nuffnang

Friday, October 5, 2012

USS Globe

13/09/2012 - Thurs

Lepas je naik escalator tu pusing belakang dah nampak USS globe ni. Sampai2 terus dengar lagu dalam cerita Jurasssic Park tu. Lagi la semangat berkobar2 nak masuk. Terus rasa macam tak percaya dah sampai sini. Maklum la planning sket punya lama nak datang sini. Alhamdulillah akhirnya sampai pun kami 3 beranak kat USS ni ;)


So bermula lah sesi bergambar depan globe ni sampai lebam. Memang penuh orang time ni. Kitorang sampai  9 lebih. Gate USS tu bukak pukul 10 pagi. So memang tak ada kerja lain la selain bergambar sampai gate bukak :D



Memang agak susah nak ajak Irfan amik gambar. Dah la orang tu baru bangun tido. Kena paksa pandang kamera pulak kan. Memak tak layan la :P



Ehhh...aku tepek je la gambar apa yang ada dalam kamera ni. Padahal semua depan globe je ha....hehehe...



Tiap kali amik gambar mesti ada je orang2 lain yang sesat sekali dalam gambar. Memang susah nak tunggu line clear. So belasah la jugak amik gambar macam tak ada apa2 yang terjadi ;)




Kami pakai tripod aje. Kata kena berdikari kan. Terpaksa la usung tripod tu ke hulu hilir. Tu pun kalau rajin baru la nak keluarkan dari beg. Kalau tak gilir2 je la amik gambar.



Papa Irfan sempat lompat2 kat sini. Nak jugak buat tapi cam terasa diri ini macam dah agak tua je nak buat aksi begitu. Papa Irfan tak apa la muda lagi...hihihi...


Ni je satu2nya gambar aku sorang. Lepas boleh pulak pegi pejam mata time tu. Dah transfer gambar dalam PC baru perasan rupa2nya aku tido time ni...haihhh....Terus lepas tu ajak Papa Irfan repeat datang sini lagi. Nak amik gambar depan globe ni balikkkk....huwaaaaa....


Suruh Irfan amik gambar sorang2 dia pegi cangkung baik punya. Orang pun memasing sibuk je lalu lalang kekadang tu. Dah tau tu tempat amik gambar tu kot ye pun toleh la kiri kanan dulu before jalan. Tak pun lalu je tempat lain...huhu...




Last pose amik laju2 before masuk sebab dorang dah buat announcement nak bukak gate...weeehuuuu...


Get ready! Dah nak masuk nih.Ohhh ye....kitorang beli tiket online je. Tu pun 2 hari before datang kot baru nak beli. Tunggu tiket murah. Last2 ada pun less 15% untuk Maybankard members. So dari S$68 dapat la S$57.80 sorang. Dalam RM 140 gitu pas convert. Ok lah kan dari tak ada less lansung ;)


Entry hari ni tepek gambar kat globe je lah. Dah lemau sebenarnya nak update belog di hari Jumaat ni :P

p/s: Eh korang...3rd GA dah start tau. Start 1 Oct sampai 30 Nov. Pepandai la korang buat apa yang patut...hihihi...Tak tau nak kena buat apa ha korek2 la entry sebelum2 ni. Tak ada ulang tayang dah :P Hadiahnya kalau ada masa nanti akan ditepek ;)

2 comments:

Fiszah_pjo said...

syoknye..kami lom sampai2 lagi..takpe.nnti nk g leh refer balik blog cuna :)

cuna said...

fiszah: tggu atirah bsr sket pn xpe. mesti lg best sbb byk ride yg dia blh naik ;)