11/02/2012 - Mon
1st time menjejakkan kaki ke Seoul Garden. Biasanya lalu jeling2 je. Actually cuti hari tu teringin sangat nak bersteamboat. So ajak la Papa Irfan pegi kedai steamboat yang dekat Shah Alam nun. Dah lama nak try tapi tak sampai2. Tapi Papa Irfan lagi berminat nak ke Seoul Garden. Ok lah tak kesah pun. As long as steamboat kan.
Irfan sedap tido dalam stroller sebab memang dari dalam kereta dia dah tertido. So kitorang boleh main masak2 dengan senang hatinya. Lagipun order kuah tomyam. Dah sah2 Irfan tak boleh join makan steamboat. Dekat sini yang paling aku suka of coz la ayam BBQ dia. Yummeh2!
Berpinggan2 jugak la ambik. Tapi ambik sikit2 la kan. Kepah pun sedap. My fevret. Tak best sebab tak banyak pilihan sayur n mee.
Tomyam dia memang pergghhhh pedasss giler. Memang pekat, likat dan berminyak. Dah la aku tengah sakit tekak plus batuk2. Memang perit jugak la rasa. Tapi tetap rasa sedap. Baru 2 or 3 suap dah start berair mata. Hingus pun meleleh...hoho...Tak sununuh. Lepas tu asik la nak minum air. Giler rugi bersteamboat kalau asik minum air je kan. Dah la buffet. Kang baru makan sikit dah kenyang.
Actually ada lagi pilihan kuah2 lain selain tomyam. Tapi memang alltimefavourite kitorang tomyam. So bertahan je la kalau pedas pun. Lagipun dah bayar. Siap dapat 1 jug refill kuah tomyam T_T
Nasib baik la ada ABC sebagai penyelamat. Asal pedas je kemam ais tu dalam mulut. Baru la lega and boleh continue makan balik. ABC ni kena buat sendiri. Dia dah siapkan bahan2 dekat tempat buffet tu. Pandai2 la kisar ais n campak2 bahan mana yang nak. Ni Papa Irfan yang buatkan. Aku tukang makan je...hehe...
And ambik aiskrim jugak. So bergilir2 la makan ABC dengan aiskrim ni bila mata dah start berair tahan pedas :D
Tukang masak yang berjaya =)
Ni tukang makan yang berjaya. Dekat sejam lebih kot kitorang dalam tu. Total makan untuk 2 orang RM 100 lebih. Tak tau la exact amount sebab Papa Irfan yang bayarkan. So sorang dah RM 50 gitu lah kan. Giler rugi kalau makan sikit dah nak balik. Kalau makan dekat luar paling mahal pun baru RM 30.
Agak2 dekat nak habis makan Irfan pun bangun. Time tu perut pun dah rasa sendat. Suapkan nasi goreng, kuih n buah sikit dekat Irfan then challo.
Cubaan paparazzi untuk ambik gambar. Malas dah nak bergambar. Hidung pun dah kembang kuncup tahan nafas sebab kekenyangan...hahaha...Tak senunuh lagi :P
Sebenarnya nak amik gambar meja lepas dah habis makan. Licin semua pinggan ok. Tak ada membazir pun. Ada ABC je sikit tinggal. Tu pun sebab dah cair. Sedap2. Boleh datang lagi. Tapi bagi kitorang agak mahal la kalau nak makan selalu. Setakat setahun sekali boleh la kot. Boleh pecaya ke?
Jalan sikit dah cari kerusi...hahaha...Dapat la snap gambar Irfan senyum. Tu pun lepas cakap kalau nak tengok Upin Ipin pandang kamera. Kemain tersengih2 lepas tu siap buat peace. Tapi aku pulak yang tak sempat nak snap...huhu...
Dah duduk lama2 tu apa lagi kan. Amik gambar je la. Biasa kalau jalan2 jarang nak duduk lama2 ni. Paham2 je la lepas bersteamboat. Perut pun berat semacam je rasa :P
Kali ni bershawl lagi. Beli dekat Al-Humaira Contemporary lagi. Siap jadi member yang tak tahan tu :P
Round2 1 Utama kejap then singgah beli Tako Tao untuk Irfan. Terus singgah ke Molly Fantasy dekat bawah tu. Kesian pulak tengok Irfan macam bosan je. So kasi dia main puas2.
20 minit kena bayar RM 3. Lepas tu tambah RM 1 untuk berapa minit tah. Sejam kot. Haihhh lupa sudaaa...
Banyak sangat benda nak main. Main pun kejap2 je sebab excited sangat kan.
Before balik beli aiskrim ni. Alaaa lupa la nama dia. Gelato kot. Papa Irfan cakap sedap. Aku rasa biasa je. Tak rasa nak beli lagi pun.
Esoknya cuti lepak2 dekat rumah je. Petang sikit keluar melawat cousin Irfan dekat hospital. Then beli barang sikit dekat Giant. Malas dah nak update. Lagipun esok dah cuti. Next week of coz la nak update cerita lain pulak kan ;)
p/s: Irfan's birthday...Another 7 days to go =)