nuffnang

Thursday, February 14, 2013

Kedai Makan Upin & Ipin

09/02/2013 - Sat

Lepas balik kenduri kawen then round2 dekat Wangsa Walk perut dah start lapar. Time kenduri pun makan sikit je akibat hilang selera makan walaupun lauk2 nampak sedap. Last2 ajak Papa Irfan singgah makan dekat kedai Upin Ipin dekat Platinum Victory area Taman Melati. Dah banyak kali lalu tapi tak pernah singgah pun.

Irfan adalah sangat excited bila keluar kereta je dah nampak gambar Upin Ipin. Dah masuk kedai lagi la. Upin Ipin sana sini. Merchandise Upin Ipin 1 almari penuh dekat belakang tu. Ingat nak belikan tshirt untuk Irfan tapi tak ada saiz kecik pulak.


Mata tak berkelip tengok cerita Upin Ipin dekat TV.


Aku order set nasi tomato+ayam masak merah+air. Ayam masak merah tak ada rupa ayam masak merah sangat. Rasa pun macam kurang. So tukar dengan Papa Irfan :P


Papa Irfan order set nasi ayam+ air. Pun sama jugak. Something wrong somewhere.Tak tau la memang tak sedap or aku yang sudah hilang deria rasa. Tengah demam kot tekak rasa lain kan. So tak boleh komen lebih2.


Untuk Irfan order bubur ayam tapi tawar semedang. Tasteless. Last2 suap nasi ayam sikit. Lepas tu makan keropok je dia...huhu...Satu je best makan sini sebab cerita Upin Ipin non stop. Tak ada cerita lain. Iklan pun tak ada. Biasanya kalau makan dekat kedai lain memang kitorang akan pasangkan Upin Ipin dekat phone semata2 nak bagi dia duduk diam :P


Lepas ni tak tau la nak datang lagi ke tak. Cubaan pertama memang fail. Banyak lagi menu2 lain yang nampak macam menarik. Korang yang ada plan nak datang makan sini sila la order menu lain pulak ye. Mana tau kot sedap. Boleh heboh2 kan dekat kami ;)

2 comments:

Dnazz said...

mana2 restoran upin ipin mmg tasteless.kat sec7 pon sama. xsedap langsung. yang kat sec 13 depan les copaque tu boleh laaa masuk tekak lagi..hehehe

cuna said...

Dnazz: loh yeke? baru tau. ok lps ni tak mo dtg dh. mmg xsdp T_T