nuffnang

Friday, February 8, 2013

A' Famosa Cowboy Town

27/01/2013 - Sun

Next, A' Famosa Cowboy Town. Agak liat nak update sebenarnya. Maklum la esok dah nak start cuti panjang. Sibuk berangan nak pegi jalan2. Tapi bukan pegi bercuti la. Kang bajet lari. Dah la birthday Irfan bulan ni. Asik bercuti je kerjanya. Ingat kerja cop duit? :P

Cowboy Town ni bukak pukul 6 petang. So between gap tu terasa agak lama jugak la. Lain la kalau stay situ. Boleh la jugak balik bilik lepak2 dulu. Pukul 6 terpacak kitorang masuk. Tak payah beli tiket sebab dah redeem sekali voucher time dekat Safari Wonderland. 


Masuk2 lengang aje. Sebab Red Indian show start pukul 8.30 malam. Tu la acara kemuncaknya. So sementara nak tunggu malam tu buat la apa yang patut. Nampak poney ni tersadai dekat tepi. Kasi chance la Irfan naik. Bila lagi kan.



Statik je duduk atas tu.Mengamuk tak excited pun tak.




Tak jauh mana pun jalannya. Jalan straight then patah balik.


Ada train and kereta kecik. Kalau naik bayar RM2 kot kalau tak silap. Tapi memang tak berkeinginan pun nak naik. Time2 macam tu yang bukak children theme park dengan fun fair je. Lupa pulak nak amik gambar area tu. Lagi ada tempat bowling, tempat shopping. Kitorang jalan2 je.




Hari dah gelap tapi show still belum start. Last2 terjebak naik gajah. Asik tengok orang naik je. Lepas bosan tak tau nak buat apa. Naik je lah merasa sekali. Sorang RM15. Kalau naik dekat Kuala Gandah tak sampai RM 10 kot. Time tu tak nak naik pulak :P Gambar atas gajah yang blur. Tak ada gambar dengan gajah tu sekali. Dah datang 3 beranak je sape la yang nak amikkan gambar kan.


Lepas tu keluar kejap. Boleh je keluar masuk asalkan tak tanggalkan wrist band tu. Lepas tu baru la nak ambik gambar dekat entrance. Time mula2 datang terlupa nak ambik :P



Dekat2 pukul 8.30 masuk tempat show sebab dah tak tau nak buat apa dah dekat luar tu. Kematu jugak la punggung duduk atas kerusi simen dekat situ sementara nak tunggu show start.



Train yang berliplapliplap di malam hari. Ada lagi orang naik train. Dorang tak tau train tu pusing dekat tempat show. Kesian ada yang tutup muka sebab malu orang kiri kanan amik gambar. Memasing tak ada kerja siap lambai2 tangan lagi kat dorang yang dalam train tu...huhu...



Dekat pukul 9 kot baru show start. Start dengan Red Indian show.


Show tu memang penuh dengan api je la sana sini. Masuk api dalam mulut la...



Ala2 juggling la...Biasa dapat tengok dekat TV je. Ni baru la dapat tengok depan mata. Awesome!






Lepas Red Indian show tu break kejap. Sambil tu dorang bawak keluar la gajah, poney, maskot la jalan2 situ bagi orang ramai amik gambar. Ular pun ada. Nasib baik sangkut dekat bahu Papa Irfan. Memang dia main sangkut je dekat bahu orang tak kisah la orang tu cakap tak nak ke apa. Lepas tu amik gambar. Taktik nak suruh orang beli gambar la tu kan.


Lepas tu ada animal musical parade. Keluar la segala kuda dengan cowboynya, ayam itik lembu keluar berlari. Sangat cute. Macam2 binatang jugak la yang keluar. Tak ingat sudah. Tapi binatang liar tak ada la kan.


Bila dah malam makin banyak la gambar yang blur. Kalau pakai kamera mahal syok la ambik gambar malam2. Tapi sebab Papa Irfan dah susah payah ambikkan gambar aku upload je la. Harapkan aku setakat 2 or 3 kali snap lepas tu statik dekat situ. Fokus tengok show. Bayar mahal kot...hahaha...



Clown pun ado...


Time binatang keluar banyak2...toleh atas tengok ada tikus2 yang tengah meniti tali tu...Risau kot2 ada yang terjatuh lepas tu landing dekat atas riba...huhu...Time ni bateri kamera dah kong...Seharian pakai. Nak tak nak ambik pakai kamera handphone aje la.


Dah nak hujung2 tu keluar la segala tarian kebudayaan. Memang rasa macam pelancong betul lah. Siap nyanyi lagu cuti2 Malaysia.


Ada kereta berhias.


Jet berhias pun ada.


Beca berliplap pun ada. Tapi tak boleh naik :P Sepanjang show tu memang dorang nyanyi live. Nasib baik la suara memasing sedap. So memang enjoy la =)



Dekat sejam jugak la show tu. Tapi rasa macam kejap je. Irfan pun boleh tahan la tak meragam pun. Ada la kekadang nak berjalan sesuka hati dia. Tapi most of the time memang dia maintain je duduk dekat kerusi sebab ada banyak benda pelik yang dia tak pernah tengok ;)

Last sekali ada fireworks display. Best2. Dah lama tak tengok fireworks live. Asik tengok dekat TV je. Maklum la kitorang ni jenis yang tak keluar celebrate time new year or merdeka. Last tengok live time study dulu je la. Tu 7 tahun lepas. So memang tak berkelip la mata tengok bunga api yang meriah malam tu. Hepi2! Sangat happening! Memang akan ada tiap2 malam fireworks dekat A' Famosa ni. Kalau tido sini 5 malam, 5 malam jugak la boleh ngadap bunga api :P


Dah habis fireworks display tu kitorang singgah beli gambar. Memang berjaya jugak la taktik dorang tu. Beli gambar kitorang dekat entrance dengan gambar kitorang dengan ular. Buat kenangan. Boleh la sekeping RM 15. Pejam mata je la bayar. 

Lepas tu ada show Red Indian lagi dekat luar. 2nd show katanya. Ada magic show and dancing show apa lagi entah. Ada 4D Theater jugak. Ala2 macam dekat USS tu. Kerusi gerak2 percik air bagai. Tapi tiket kitorang tak included untuk 4D show tu. So memang tak dapat masuk la. Kitorang terus balik laju2 sebab nak balik rumah terus.

Cowboy Town tu tutup pukul 12 pagi. Memang sangat sesuai la untuk kitorang yang kuat berjaga ni. Tapi tu la takut lari bajet. Kang awal2 bulan wallet dah kering. Cowboy Town fees ni dalam RM48 kot. Time weekend semuanya mahal. Kalau stay dekat A'Famosa ni tak silap boleh dapat harga tiket lagi murah. Kitorang beli dekat Groupon je. Sorang RM 53 untuk masuk Safari Wonderland ngan Cowboy Town. Kira murah dah tu =) Next time boleh datang lagi pegi water theme park pulak. Plus repeat ke Safari Wonderland :P

No comments: