nuffnang

Tuesday, February 5, 2013

Safari Wonderland: Safari Truck Ride

27/01/2013 - Sun

Plan asal sebenarnya nak ke A Famosa. Tapi bila memikirkan kalau nak stay dekat dalam tu 1 malam pun dah mahal kemain. Dengan time cuti panjangnya. Kalau datang 2 or 3 family ok lagi boleh tong2 untuk bayar 1 villa tu. Tu yang last2 tido dekat PD 1 malam. Yang silapnya kitorang sampai lambat. Pukul 12 baru nak checkout. Dengan nak singgah makan, isi minyak, beli baju Irfan lagi. Pukul 3 jugak baru sampai T_T 


Mula2 macam teragak2 jugak nak pegi ke tak sebab Irfan dah beberapa kali muntah. Sampai baju yang bawak extra pun dah nak habis. Last2 decide pegi jugak sebab dah separuh jalan. Lepas ni malas dah nak datang balik. Lagipun kitorang beli voucher dekat Groupon and expired hujung bulan ni.


Kami pegi ke Safari Wonderland. Actually ni gambar time nak balik. Sampai2 excited tengok gajah dekat entrance sampai lupa nak bergambar dekat sini ;)


Irfan sangat excited even baru nampak gambar tiger je dekat situ. Lepas entrance masuk2 kitorang jumpa tempat Safari Truck Ride ni dulu. Nak masuknya kena lalu palang yang berpintal2 macam nak queue beli tiket wayang tu. Tapi tak ada orang pun. Just patut boleh sampai 5 saat boleh jadi 5 minit sebab main pusing2 dalam tu :D


Tak ingat pun naik ambik gambar before naik trak. Yang pasti memang 1 trak tu full dengan orang. Muat2 je. So kalau binatang2 tu belah lain memang dapat tengok dari jauh aje la...



Rasanya lebih kurang sama macam tengok binatang dekat zoo2 lain jugak la kot. Just kat sini trak tu dia lalu betul2 sebelah binatang tu. Stop kejap bagi orang amik2 gambar lepas tu jalan. Ehhh ke ada zoo macam tu jugak. Dah lama dah tak ke zoo :P







Memang sangat real lah sebab time trak tu lalu harimau tu jalan betul2 dekat sebelah trak. Memang masuk dalam kandang dia. Bila nak keluar orang dekat situ tutup balik pagar. Buka semata2 nak bagi trak masuk je.



Berendam time.


Tiger posing.



Bebear. Irfan kemain suka dapat jumpa bear nih. Dari jauh dah jerit bebear kuat2. Kiut je bear ni bila datang dekat dengan trak.


Tak sampai 15 minit kot round dengan trak tu. Lepas tu dah tak tau nak pegi mana. Actually banyak lagi tempat and show dalam tu tapi kitorang yang tak tau. Tak perasan pun jalan nak pegi ke tempat lain tu. Tau2 pukul 5 dah nak tutup. Time tu la baru nak jumpa map...hahaha....Agak rugi la sebenarnya sebab sampai lambat sangat. Nasib baik la pakai voucher. Tak la terasa rugi sangat bayar fees mahal. Time peak hours tak silap 1 adult RM 48. Kebetulan time kitorang nak balik ada lagi 1 last show. Sempat la pegi before balik. To be continued...

2 comments:

Dnazz said...

bestnya dah sampai a famosa. ptutnya kami dtg sini last nov 12, tpi last minute cancel plan sbb baru blik dr medan masa tu..best tak kat sana cuna?

cuna said...

dnazz: best iza. lg best kalau stay situ terus. blh harung masuk waterworld, safari n cowboy town skali ;)