nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Irfan's 2nd Birthday Party: Part 1

23/02/2013 - Sat


Menu time birthday party Irfan hari tu. Aku masak nasi tomato dengan mi hailam je. Ada makanan yang order je. Nasi tomato pun sampai ada 3 lauk. Mak siap masakkan rendang. Excited la tew anak2 cucu nak datang ;) Abang pulak bawak gulai ikan patin masak tempoyak. Haaa apa lagi. Terus makan tak pandang menu lain dah.


Kalau dah start makan dengan nasi memang habis la. Aku dah warning siap2 ada lagi menu lain. Tapi tak muat nak hidang semua. So keluarkan secara berperingkat. Tapi memasing sedap borak sambil makan nasi dan tambah lagi. Terus tersandar kekenyangan. Mi hailam tak sempat pun nak hidang. Last2 tapau bawak balik sorang sikit...hohoho...


Aktiviti kanak2 apa lagi kalau bukan main2 sampai lebam. Paling bergembira of coz la birthday boy. Suka la dia ramai nak melayan.


Kesian kena paksa pakai baju besar gabak. Lepas ni kena simpan baju tu sampai umur 3 tahun kot baru boleh pakai balik :P


Hadiah Irfan yang dapat terus bukak time tu jugak. Jadi rebutan cousins dia. Main ramai2 kejap je dah jahanam benda tu. Pakat ketuk sorang sikit...hahaha...Berbaloi jugak la. Irfan pun suka main. Kitorang tak pernah terfikir pun nak belikan Irfan mainan ni. Padahal dulu time kecik aku suka jek main ;)


Susah nak panggil orang tengah bz pandang kamera.


Budak kecik ni senang. Panggil je terus berdiri tegak depan tu. Bagus2 =)


Khusyuk tengok cousin dia main game. Tumpang orang je la ye Irfan. Mama ngan papa tak ada ipad, tab or whatsoever...


Biasala orang dapat mainan baru. Excited kemain. Duduk sorang2 tepi tu macam2 dia lukis.



Alamak dia dah perasan...


Marah betul paparazzi nak ambik gambar dia. Ambik gambar artis pun tak susah macam ni tau...huhu...


Mengenang nasib. "Haihhh...Sampai bilakah saya harus dikejar oleh paparazzi2 ini?"


Lepas makan2 dan dah puas berborak baru buat bacaan doa selamat. Lepas tu terus potong kek birthday. To be continued...

No comments: