Hari ni dah 14 Februari. Tak ada apa yang menarik pun untuk dikenang sempena date ni. Kalau boleh tak nak ada 14 Februari pun dalam kalendar T_T To be exact, 14 Februari 2010. Hari yang kurang bernasib baik bagi aku. Jumpa orang yang salah di tempat yang salah. Kesannya luka yang sangat pedih untuk ditanggung. Habis ayat novel semua keluar nih :P
Well, life must go on. Bukan senang nak lupakan kenangan pahit. Saat berendam air mata. Even dah 3 tahun berlalu kadang2 peristiwa tu asik bermain di kepala. Macam tengok video. Nak jadikan drama pun boleh. Kadang2 bila kita tengok drama kan ada yang kita rasa tak logik la merepek la kan. Bila terkena dekat diri sendiri baru kita tau logik ke tak logik. Sampai ke hari ni aku still tak sangka ada rupanya manusia yang sebegitu rupa dalam dunia ni.
Semalam rasa nak demam balik. Bila cuti panjang jalan sana sini elok pulak tak demam. Nak buat kerja pun agak slow motion. Jiwa kacau. Entry pun dah start ber'emo2' belaka :p Nanti la nak cari mood update entry yang ceria sikit ye =)
No comments:
Post a Comment