Assalamualaikum...Baru nak update ni ha. Celebrate birthday orang yang masuk ke alam baru. Alam 3 series huhu...Tak suka sebab orang still anggap aku ni macam budak2. Aku lagi suka orang treat aku as an adult yang dah masuk umur 30 tahun T_T
Ok ni bukan nak cerita sedih2. Ni cerita happy sebab ada orang belanja makan. Excited kemain sebab Papa Irfan dapat balik awal hari tu. Pukul 8 lebih kira awal lah kan as long as kedai tak tutup lagi. Kalau tak paling awal sampai rumah pun pukul 10 malam. Biasa lambat lagi. So bila hari tu sampai awal rasanya aku la orang yang paling bahagia dekat dunia kot! :D
Gambar makanan tak ambik pun. Lapar sangat makanan sampai terus makan sampai licinnn. Lagipun standard makan dekat Nandos order ayam. Ni nak posing2 dengan anak sendiri pun kena pujuk rayu bagai.
Ini budak kecik memang sangat susah nak bergambar dengan dia. Macam retis!
Chenta hatiku...Eccewwwaahhhh...Nak jugakkk :P
Makan kek! 1 slice je. Nak kek besar tumpang kek birthday Irfan je la ye
Balik rumah sambung makan kek lagi. Beli 2 slice tapi 1 slice tersalah ambik so balik makan dekat rumah je la. Irfan bab2 nak menghancurkan kek tu memang laju je hahaha...
Birthday Irfan pun dah lepas Sabtu hari tu 22 Feb 2014. Sama2 la kita bertukar ke angka 3 ye wahai anakku. Macam tak percaya je dah masuk 30an. Betul ke ni??? Percayalah kerana itu lah realitinya. Banyak lagi impian yang tak tercapai. Pada masa yang sama syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Nya. Semoga dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberi umur yang berkat. Aminnn...