nuffnang

Showing posts with label collection. Show all posts
Showing posts with label collection. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Shower Gelssss

Masih lagi bercuti. Nyempat update blog kejap...hehe...Hari tu time tengah kemas2 almari tetiba tengok penuh ngan show gels aje. Iye. Memang dah bersepah2. Setakat area camtu memang Irfan dah boleh capai. Kejap2 kang tau dia dah buat main T_T Sekarang almari ni dah berjaya dikosongkan. Kasi pinjam kat adik. Dia nanti PJJ so memang tak perlu nak beli segala barang rumah.


Dan aku dengan rajinnya telah susun semua shower gels yang and amik gambar. Saje amik gambar kenangan ramai2 before kena pakai :P Sekali tengok macam dah boleh buat stok setahun...hohoho...Tak pun lebih sebab bukannya selalu pakai. Selang seli jugak pakai ngan shower gel biasa. 

Emmm...mostly banyak yang beli dekat Body Shop kot. Asal ada sale je tangan mula la gatal nak beli kannn T_T Yang lain2 ada la sesat L'occitane ngan Yves Rocher. Ada masa2 nak la rasa extra wangi. Boleh jadi terapi jugak time stress. Kalau tengah panas2 mandi pakai pun best sebab rasa fresh and sejukkk je =)


Hari tu tertambah lagi stok sebab boleh buy 1 free 1...hehe...Yang lagi satu tu dapat free masa pegi Women's Weekly Shopping Event hari tu =)


So lepas ni aku akan cuba pejam mata kalau ternampak ada shower gels on sale kat memana lagi. Tapi kalau tengah pejam mata pun boleh capai sebotol dua tu nak buat camne kan :P

Tuesday, January 18, 2011

Goodbye My High Heels!

Lately mood nak update blog macam dah ke laut. Baca blog orang je rajin. Kelmarin baru nak start kemas2 kain baju sikit masuk dalam beg. Dapatla clearkan separuh almari kot. Lepas tu selongkar2 kasut dalam almari kasut. Sejak preggy ni semua kasut2 simpan diam2 dalam almari.

Ni aku panggil kasut nurse. Tak tau la ada nurse nak pakai kasut cenggini ke tak kan :P Kasut Cleef. Masa awal2 kerja memang aku nampak jenis Cleef je lawa n tak mahal sangat. Tak mahal pun aku tetapppp tunggu time ada sale.


Pakai pun time pegi kerja je. Tinggi tak tinggi sangat la. Boleh lagi la redah2 parking lot yang penuh ngan batu2 kecik tu.

Ni aku panggil kasut dating....hahahaha....suka hati aku la kan nak bagi nama apa....Sekarang ni pun kasut2 Cleef macam bosan. Banyak sandal2 flat je. So cintaku dah beralih arah. Aku kan suka window shopping. So time round2 tu berkenan pulak ngan kasut Primavera ni. Putih lagi.


Pun tak tinggi sangat. Tapi lenguh jugak la kalau nak pakai round2 shopping complex. Pakai time dating pun so that dapat jalan sama tinggi ngan Myo. Tak ada la terkapai2 gitu :P Dah pakai tinggi camni pun koman2 sampai telinga dia jugak T_T


Ni kasut kerja yang wajib ada dalam kereta. Ohhh dulu before preggy memang kereta aku tu dah macam stor kasut. Senang letak dalam kereta. Agak2 nak pakai cari je kat tempat letak kaki tu. Tapi sekarang dalam kereta dah clean n clear. Semua aku dah angkut letak kat umah diam2.


Alain Delon. Pun tak tinggi sangat. Janji tak flat. Tak syok kot kalau pakai kasut flat je. Beli kasut ni pun sebab time tu ada less :) Time awal2 preggy dulu dalam 3 bulan lebih aku saje try test pakai kasut ni pegi ofis. Sekali officemate nampak terus jerit kat situ jugak. "Ehhh jangan pakai high heels. Bahaya ni. Cepat pegi beli sandal".....huhuhu....padahal memang aku dah beli sandal pun time tu. Saje gedik nak pakai jugak kasut tu. Tapi memang time tu rasa dah tak selesa.


Primavera lagi. Hitam pulak. Yang ni sempat pakai berapa kali je kot. Pun pakai time jalan2 je. Kalau lambat kena tinggal....hohoho....So before aku kena tinggal baik laaa aku tinggalkan dulu kasut ni kat umah :D


Agak tinggi sket kot heelsnya. Tunggu la lagi 5 or 6 tahun lagi aku pakai balik....hahahaha...

Yang ni kasut emergency yang wajib ada dalam kereta jugak. Valentino Rudy. Colourful sket. Ni agak2 tak tau nak matching ngan baju pakai je kasut ni senang.


Lagi satu sebab ni wedges. So agak2 macam nak kena jalan laju2 pakai kasut ni baru la dijamin selamat. Selamat tak kena tinggal. Pegi kerja pakai pegi jalan2 pun pakai. Memang berbaloi2 di situ :)


Kasut Bonia idaman kalbu. 1st time tengok harga time tu RM400 lebih. Terus pucat kat situ. Lepas tu tiap kali round tempat kasut mesti nak intai2 kasut ni. Sampai la ada satu hari ni entah macam mana ada less sampai 70% kot terus aku zasssss beli tak sempat pikir dah. Lepas aku beli tak lama lepas tu dia less lagi....haihhhh....

Ingat nak jadikan hantaran je. Tapi time beli ni belah Myo dah siap gubah2 kasut hantaran. So macam segan tetiba nak tukar2 pulak. Kasut ni sempat pakai sekali je pegi kenduri kawen lepas tu terus aku tau aku dah preggy :P

Last but not least kasut hantaran aku ni. Carlo Rino. Time beli tu memang tengah less giler2. Ingat nak pakai jalan2. Tapi pikir2 time tu dah nak kawen terus jadikan hantaran. Ni high heels yang paling tinggi yang aku ada kot. Sempat try sekali je time pegi honeymoon. Nak jalan dari bilik ke hotel lobby pun dah melecet....hihihi....


Dan yang paling penting adalahhhh......sandal buruk ku ini. Hawk Eye. Even buruk pun sangat2 la berjasa. Ni latest condition lepas balik dari Cameron hari tu. Ngan pijak tanah lembik, kena hujan, lumpur segala....

Semestinya bukan high heel la kan. Flat pun tak flat sangat. Kasut ni la aku pakai pegi ofis, dating, shopping barang, driving, pegi toilet....hikhikhik.....Kalau tak sket2 nak tukar kasut. Pegi ofis pakai lain, driving pakai lain, dating pun nak lain.

Well, high heels aku tak ada la high mana pun kan. Tak sampai lagi tahap yang tirus tajam tu. Sekarang pun dah jarang nak cuci2 mata kat section kasut. Kalau tak maunya makan hati nanti. So semua kasut2 aku tu dah selamat simpan dalam kotak dah. Lepas ni tak tau la bila nak pakai balik. Kang pakai time nak kendong baby ada yang terpeleot pulak kan. Baby dah besar tak kan nak main kejar2 ngan baby pakai high heels kots :D So azam tahun ni tak nak beli high heels dah.....hehehehe....tetiba nak buat azam baru :P

p/s: Arini dah genap 8 bulan aku preggy :)

Tuesday, November 23, 2010

Baca Jangan Tak Baca

Hari tu lepas shopping barang2 dapur singgah myNews. Since preggy ni boleh kata hampir tiap2 bulan memang confirm aku beli magazine Pa&Ma ngan Mami&Baby. Start dari aku tau aku preggy lagi. Tapi ada la jugak la yang termiss. Bukannya apa. 1st time kan peknen. Serba serbi tak tau. Tak kan nak tunggu orang bagitau sebutir2 kan. At least lepas dah baca mag ni baru la rasa macam confident sket. Kalau tak risau pasal macam2.

Dah dapat Mami&Baby tu ternampak plak Cleo. Memang dah berzaman ye tak beli Cleo. Since dah kawen ni memang lansung tak pernah beli. Kalau tak kadang2 ada la jugak terrrbeli :P So saja la beli sekali.


Ni hasil mag yang aku dok beli tetiap bulan. Baca nya confirm la tak habis lagi kan. Ikut suka hati aku je nak baca topik mana. Kalau rajin bukak balik mag yang sama.


Yang tu baru yang aku beli. Belum lagi yang akak aku bagi sebeban lagi. Ni collection entah dari tahun bila. Tu yang previous entry keluar petikan Pa&Ma 2007 tu...hiks! Tapi kan....baca mag yang lama2 lagi banyak info yang best. Yang baru dah ketandusan idea kot.

Kesimpulannya collection Pa&Ma ngan Mami&Baby lagi banyak dari segala Cleo, Women's Weekly, Female bagai. Ni pun beli dalam setahun. Jarang2 je beli. Beli pun saje2 nak tengok latest fashion, promotion ke apa. Dalam2 tu jugak ada cerita pasal kerja n relationship.

So kat bawah TV tu penuh ngan magazine2 tu je la. Bosan2 selak2 mana yang tak baca lagi. Ehhh tu meja TV baru tau....baru nak expose :P Sebelah letak magazine mama2.

Side sebelah lagi magazine yang muda remaja. Ada nyelit jugak Gempak. Myo punya. Aku tak boleh nak baca Gempak. Kang pening kepala....hahaha....

Dulu rajin beli Cleo pun sebab boleh redeem freebies. Tapi ok jugak sebab boleh tengok the latest makeup or skincare. Tak dapat beli pun at least boleh jamu mata. Cleo bulan ni dapat sample shampoo ngan conditioner Sunsilk. Pastu dapat sikat pink tu. Konon boleh buat test sendiri "Capai lah markah 10"....ha gitu....macam dalam iklan :D

Lagi ada poskad L'occitane tu. Dah nak Christmas + year end ni memasing sibuk buat set promo. Murah la kot dari biasa. Pastu kalau beli Cleo boleh la pakai kad tu beli set yang murah 10 hengget dari promotion price.

Baby sungguh aktif pepetang lepas hujan ni. Sampai senget2 perut aku ni ha kena sepak terajang....huhuhu....Baby suruh pergi scan tengok dia kot kan :P

Tuesday, April 6, 2010

My Perfumes Update

Dah lama rasanya tak update pasal perfume. Saje nak update kat korang ape yang dah jadi kat perfume2 yang aku update kat sini dulu. 2 botol perfume dah kering kontang aku kerja kan.

Forever Yours Silky Girl....perfume 1st aku....hohoho. Time tu dah 5 or 6 bulan start keje baru beli perfume ni. Giler saving. Tengah bajet2 nak beli kereta la kata kan. Tu baru start keje. So before tu korang bayangkan je la sendiri aku pakai apa. Malas cite :P Dekat 2 tahun baru abis pakai coz lepas tu perfume aku dah membiak2. Dah la 50ml. Even harganya murah je tapi bau nye tetap best.

Miss Sixty Summer....1st perfume yang aku beli kat warehouse sale. Actually yang 1st Kenzo Leaf tapi sebab bau dia tak best aku jadikan die 2nd perfume. wahahaha. suke2 aku je. Miss Sixty bau die best gilerrr. Rase fresh je sepanjang hari. Sedih sebab dah habis :(


Britney Spears Curious...dah nyawa2 ikan. Bought from online shop. But still ori tau. Sebab sayang nak habis kan aku simpan dulu diam2 dalam almari. JLo Live Luxe. Perfume palingggggg best so far aku pernah pakai. Memang kene la ngan jiwa aku nih. Hahaha. Dan2 je kene. Sayang jugak. Tak sanggup nak habiskan.

Sebab dua botol dah kering kontang, maka nya kene la bukak lagi 2 botol baru. Hehehe. Tak boleh la hari2 nak pakai perfume same. Bukan nak ngade2 ke hape. Just bila tukar2 rasa cam tak bosan sangat. Camne ye nak explain. Kira cam hari ni agak2 malas nak pegi ofis so bila pikir aritu nak pakai perfume ape sure rasa ceria je. Ha gitu. Bole pakai ke alasan tu? Hohoho. Serius tak reti nak explain. Just my own opinion lah.

Burberry The Beat yang beli time warehouse sale. Beli set ngan lotion sekali. I loike the scent! Anna Sui Flight of Fancy beli kat warehouse sale jugak. Bau biase2 saje but not bad. Actually pakai perfume pun bukan nak bagi satu ofis bau. Untuk idung sendiri saje (^_~)

Beberapa minggu lepas dapat present ni. Myo bagi. Actually die tolong pass kan je. Adik die, Deja yang bagi. A gift from Japan (^___^) Ni kalau memang Myo bagi confirmmmm aku pengsan. Dalam mimpi pun tak kan jadi okay. Hehehe

Tadaaaa....perfume lagi. Menambahkan perfumes collection yang sedia ada. But of coz I loike! Salvatore Ferragamo Incanto Bliss. Finally ade collection SF ni. Dah lama jugak aim2. Dah hampir2 terbeli Incanto Shine time pergi warehouse sale but kene letak balik sebab dah terover budget time tu :P Lagi best sebab botol kaler biru. Kotak pun biru. Suke2. I'm just so in luv with blue :)

Dah habis cite perfume. Banyak lagi cite yang tak tercite ni. Tulis panjang2 pun bukan korang nak baca kan. Lalala. Hari ni rasa cam nak buat satu keje gile je. Hikhikhik. Tak mo cakap. Kang korang cakap aku gile...

Nway the point here is i nvr bought any branded items without any discount or promo. So korang tak bole pikir aku ni nak pakai yang mahal2 jek. Bukan gitu. Sume tu dah murah for a branded item (^_^)

Tuesday, December 15, 2009

Gift of Smile @ Watson

Halahaiii rase cam lame je tak update. Asal rase nak update je singgah2 blog orang lain dulu. Dah puas singgah pastu terus tutup PC. Tahun bile nye nak update kalau gitu. Hahahahha.

Ni nak update cite minggu lepas punye minggu lepas lepas. Sekarang kan Watson tengah Christmas sale. Bukan Watson je pon. Merata2 sale. Rambang je mata ku ini (@_@)



Tapi aku bekenan kat si Winnie the Pooh sekor ni. Watson buat "Holiday Smile with Watsons" campaign. For every RM10 purchase are entitled to purchase an exclusive Winnie the Pooh collectible for RM9.90 (Normal price RM19.90) . Watsons will donate RM0.50 to the Gift of Smile Campaign. Ha gitu la lebih kurang.



Ade la dalam 5 jenis stuffs si Pooh ni. Ade mug, pouch, blanket, payung n botol air. Bole la tengok kat sini kalau rajin.


Awal2 aku dah nampak cosmetic bag ni. Cumil cumil. Tapi agak sentap sebab tak de kaler biru :( Orange ngan pink saje. Of course aku angkut yg orange. Pink tu memang last choice lah. Sori peminat2 pink ;)


Hurmm asal nampak mende comel je nak beli. Tu la prob aku. Memang pantanggg. Nak isi ape la ni. Kalau nak pegi travel mane2 best jugak ni pakai. Masalahnye ade ke aku nak travel??? Cam agak musykil di situ.

Oh ye time ni aku beli face mask so that baru dapat beli pouch ni. Face mask??Again for the 1st time. Akan di'reveal' kan dalam next entry :D



Next trip beli mug pulak coz mug nye kuar lambat sket.



Again holoh oloh oloh cutenyeee. Dannnn entah bile nak pakai pun tak tau. Nak pakai kat ofis buat air panas pagi2 or petang memang tak kan laaa. Air panas pun liat nak telan. Time jumpe my future mother in law pun berair2 mata nak abiskan air teh o secawan. Hohohoh



So alasan yang paling kukuh nape aku beli mug ni adalahhhh.....sebab tutup die kaler biruuu...Yehaaaa. Boleh terima tak alasan tu? :P



Biru adalah kaler yang paling cool pada aku. So kalau pape yang berwarna biru biasenye akan lebih menarik perhatian ku. Contohnye gelas McD ni.



Dah lama beli tapi tak pernah pakai pon. Simpan je dalam almari diam2. Saje buat collection + buat semak dalam almari sendiri.



Ohh dah out of topic. Ohh ye...promo ni until 3rd Jan 2010. So kalau korang malas nak singgah Watson tu belek2...tengok je online catalogue nye kat sini. Aku baru je tengok. Tetibe cam nak beli satu mende. Oppsss....

Monday, June 29, 2009

Bumblebee!

Oppss ooo....At last aku terjebak beli robot ni. For the 1st time in my life u noe ;P Bukannya apa, just terpegun sejenak ngan promise anak sedara aku. Kalo aku belikan dia Bumblebee ni, aku suruh die promise:

1) Kalau masuk my room tak kan usik2 and jahanam kan barang2 yang ada
2) Tak bole nak kunci pintu pastu pegi main sabun dengan sesedap rasa (keje aku asik beli sabun je)
3) Behave , tangan tu kene dok dendiam (lain tau 1 ngn 3 even nampak cam sama :D)


Ha gitu, laju je die angkat jari telunjuk dia "I promise". Ngan senyum lebar sampai ke telinga. Belum beli lagi tu. Siap datang tepi aku konon2 nak sayang muah2 lagi. Wah3. Bukan main lagi. Kalo tidak jangan harap la. Biasa la boy, control macho.

Tapi cam bleh caye je kan. Jahanam je robot tu sure dia start balik kerja lama. Biasa la budak2. Aku beli je la sebab his promise yang menawan kalbu tu. uhuk2. Aku beli satu, mak beli satu. N maybe kene beli lagi satu. Y?Sorang je yang mintak. But....ade lagi 2 org budak kecik yang main2 ngan dia jugak. So imagine je la kalau yang lagi 2 orang tu tak dapat. Tak kan boleh nak tengok camtu je. Sure bercakar2 plus berebut. Abis cabut kepala kaki Bumblebee tu kang. So kena beli 3 Bumblebee. Ni baru ada 2. Beli Bumblebee ni kat Petronas. Isi minyak RM30 boleh dapat RM15.90. Mati2 ingat RM10 je.

Aku dah buat experiment dulu kat Bumblebee tu. Aku kan bukan peminat robot. So kene la blaja cmne nk bukak2 mende tu. Kang camne nak tunjuk skill kat anak sedara kan. Hehehe. So belajar tukar2 robot jadi kete, kete jadi robot sampai lebih 10x. Kekeke. Mesti la Cikgu Meor yang ajar. Otai robot2. Owh yee...sekarang aku dah terer gile dah ye transform2 Bumblebee tuh. Hahaha bangga2. Ishh kan dah terjebak. Kang ada yang aku beli untuk aku satu kang ;) Optimus Prime cam menarik je :D

Monday, June 8, 2009

Perfumes Collection

Sambung balik entry perfume aritu. Skrg ni aku stop beli pefume da. Bukan perfume je. Sume2 la. Kne recover balik duit2 aku yang dah terbang melayang Stila amik. Kekeke. Perfume2 kali ni aku order online saje. Memula join member aku sebab dia nak order sekali banyak. Pastu aku pandai2 sendiri pegi order. So sebab member penah try, aku memang confident la ngan originality nye. Cam try skali nk lagi ;P Murah la sket compare to counter sebab orang nye deal direct ngn supplier. Kalo nak jamu2 mata bleh la g kat sini.

Britney Spears Curious 30 ml - rm 85. Bau aku xreti nk describe tapi bila pakai rasa fresh.


JLo Live Luxe 30ml - rm86. Bau sweet + fruity. Masyukkk.


Sebab box dia adalah sangat cantik, aku snap depan belakang. hahahah.


Akak tu wrap kemas gile. So mmg best la order kat die. Order arini blh dapat sok lusa.


Britney Spears Midnight Fantasy 30ml - rm86. Bau manis cm gula. Vanilla + ala2 Cupcake kot.


Gamba box tengah bungkus2 pun nk snap. Rasa thrill sket nak bukak :D


Miniature perfume Christian Dior Dolce Vita rm36 kot. Lupe da. Sebab yang besa mahal sgt aku try yg kecik saje. Bau best. Ala2 exec gitu. Soft je.


Miniature Bvlgari Aqua Marine rm 25. Bau ikannn. Huhu. Dah lame2 bau macho tu datang ;P


1st branded perfume yg aku beli. 1st time jugak order online tumpang member aku n perfume paling mahal aku penah beli. Pefume ni jgk paling wangi n aku paling sayang :D

DKNY Be Delicious 30ml - rm125. Bau epal n fresh. Cap dia bley buat cermin lagi ;)


Aku beli perfume2 ni bukan sekali byk2. Beli satu2. Bln lain2. Huhuh. Xmo beli dah kot. Tapi ade lagi nak letak kat next2 entry. Time buat entry ni mmg dah stop beli. Tambah2 pas Stila mengganggu gugat hidup ku. Huhuh. Perfume2 ni aku beli pun pas dah setahun lebih keje. b4 tu pakai yang murah2 saja. Next entry cite =)