Next, ke kaunter Clinique. Redeem Clinique Even Better foundation. Tau thru FB kalau tak silap. Orang kat kaunter tu pun dah kenal aku sebab pernah beli skincare sekali dulu. Sampai ke sudah aku tak pakai2 lagi. Baru nak bergiat pakai skincare balik. Kalau tak dari hujung2 pregnancy sampai la Irfan dah 5 bulan kot memang tak bersentuh segala tok nenek skincare pun T_T
Lagi...Terjah Lancome. Tapi kali ni bukan kaunter. Pegi kat road show booth dia. Time ni before pegi cuti2 kat Morib. Gigih singgah Mid Valley dulu. Ingatkan kejap je.

Kat sini tak boleh redeem je. Dorang buat macam exchange program. Bagi dorang mascara yang dah pakai lepas tu baru la dapat sample mascara dorang. Lepas tu bukan boleh terus dapat. Nak kena duduk dulu pulak tunggu. SA tu pakai kan mascara baru tu plus touch up sikit2 muka ku yang dah sedia ada mekap :P Ni muka before di touch up...
Lepas dah touch up touch up SA tu suruh buat skin test pulak. Biasa la kan. Dorang confirm beria2 suruh beli something jugak. Dorang buat promo beli produk worth RM 250 dapat free makeover plus photoshoot sekali.
Aku pun layankan je la since tak pernah buat skin test pun before ni. Biasa harap kan SA belek2 muka aku je. Ni pakai mesin dia. Siap tonyoh2 mende tu kat muka aku then boleh nampak la struktur kulit kat komputer dia. Tau la condition kulit kita ni camne. Baru la dia recommend kena pakai apa bla bla bla. Aku boleh dengar explanation dia dalam 1st 5 mins je kot. Lepas tu bila dia masuk bab2 epidermis habis segala keluar terus lost sebab kepala dah sampai kat Morib...hahaha...
Lepas dah dengar bebelan SA tu dapat sample free. Sample yang tak disangka2 akan dapat. Tak payah mintak pulak tu. Dorang ni banyak je sample tapi kedekut nak kasi. Antara orang rajin mintak ngan tak je. Tu pun dah mintak kekadang ada yang buat muka. Tak paham betul. Sudahnya abis masa kat Mid Valley je time tu. Tu yang lambat sampai ke Morib.
Tak lama pun kat Mid. Setakat nak redeem sample je. Nak beli something jugak kat Guardian tapi tak jumpa. Balik sambung melepet kat rumah. Kepala berat la time demam2 kan. Kalau sihat dah merata jalan kot.
Panjang berjela pulak entry freebies aku. I just luv freebies. Rasa cam mencabar jugak pegi redeem2 ni. Tebal muka pun ada kekadang. Bak kata Meor cam peminta sedekah dah...huhu...Tapi peduli hape kan. Memang dorang yang announce boleh redeem. Aku redeem je la. Lepas redeem tu rasa cam satu perasaan puas hati...hehe...Tak tau la nak describe camne :P Well, this is only a small part of Cuna's world ;)



















Before dapat 2-pc gifts tu BA dia consult la sket2. Aku pun dah tersangat penat nak dengar detail yang dia cakap. Penat shopping before tu. Cite shopping tak kua lagi. Nanti cite. Banyak je rasa nak cite. Wed preparation punya post pun tak sambung2 lagi ni. Wuiiii banyak2





