nuffnang

Showing posts with label just sharing. Show all posts
Showing posts with label just sharing. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13

05/05/2013 - Sun

Dekat FB orang tak habis2 lagi cerita pasal PRU13. Harus la aku update dekat blog. Hari bersejarah kot 5 Mei tu. 1st time aku pegi mengundi....hoho...Patutnya dah 2nd time. Tapi dulu tangguh2 boleh pulak terlepas terikh register. So bila orang pegi mengundi n dengar result rasa menyesal jugak la tak register T_T Kali ni dah semangat register awal2 dekat post office. 

Hari mengundi pun semangat keluar rumah awal2. Dekat pukul 8 dah keluar pegi rumah kakak nak ambik dia. Yang lain memasing tempat mengundi kat tempat lain. Kalau parents ada boleh pegi ngan dorang je. Sekali boleh pulak aku sesat nak cari rumah kakak aku tu. 8 lebih jugak la sampai sekolahnya. Ramai kemain orang. Even pegi sama last2 kitorang seperate jugak sebab saluran tak sama...hehe...Ada setengah jam kot beratur. Tu queue dah jadi bentuk L. Masa aku beratur bentuk I je. Ehhh  kalau bukan sebab kakak aku memang tak koser aku datang pepagi. Baik datang tengah hari or petang2 sket. Pemalas nak beratur nih.


Dah selesai dalam pukul 9 pagi. Tak cantik la orang tu kalerkan. Kuku tu tak kaler full...hahaha...Basuh pinggan sket je terus pudar kaler kat kuku tu. Kena sabun basuh baju 2 3 kali terus hilang semua. Memang tak ada pun aku nak sental2 pakai sabun hebat2 nak hilangkan ink tu. Lagipun tak mengganggu hidup pun kalau ink biru tu ada kat jari. So tak ada la beria nak tanggalkan ;)


Tengah hari sikit keluar pegi JJ Wangsa Maju. Singgah Body Shop beli shower gel ni. Sempena PRU13 boleh beli shower gel 60ml ni dengan harga RM 1 je. Kalau tak RM 8.90. Aku ni kan pantang kalau ada promo2 ni. Nak jugak la walaupun boleh beli sebotol je. Tu pun lepas tunjuk jari yang biru itu.


Then terus makan dekat Pizza Hut. Follow je sebab tumpang kereta adik aku. Wife dia mengidam nak makan pizza la tew ;) Spagetti bolognaise memang meriah. Kalau tak biasanya sejemput je kat tengah2 pinggan tu.


Kitorang tumpang je pizza pilihan orang ngidam...hehe...Apa2 pun layanan dekat Pizza Hut Wangsa Maju ni memang tip top lah. Rasa macam makan dekat restoran mahal2 je :P


Balik sambung tido. Time Irfan tido la merasa nak join tido sama. Tu pun dapat tido kejap je. Isnin cuti lagi. Memang best. Tapi stay dekat rumah je la since Papa Irfan kerja KL. Tak cuti pulak orang KL kan :( Even PRU13 dah habis tapi kemain kontroversi lagi. Tak tau la siapa yang betul siapa yang salah. Tapi untuk DUN n Parlimen yang aku undi tu memang menang. Tak ada kontroversi apa2 =)

Friday, January 11, 2013

Pavlova + Durian Crepe Nyum Nyummm

22/09/2012 & 14/12/2012 - Sat & Fri

Cerita yang basi sesangat dah ni. Boleh dibuat tapai. Sila lah tengok date dekat atas tu kalau nak tau betapa basinya cerita ni. Tapi alang2 dah ada gambar letak je la dekat blog buat kenangan. Boleh buat rekod hari ini dalam sejarah jugak makan pavlova and durian crepe buat pertama kalinya...hahaha...

Especially For You...Tapi beli untuk sendiri makan...hahaha....Dah lama teringin nak makan pavlova. Tapi tak tau nak beli dekat mana. Sampai la terbaca blog Asna hari tu. Tau ada akak ni jual pavlova sedap. Dekat pulak tu dengan rumah. Jadi terus la bersemangat order.


Tadaaa....Pavlova in da house. Memang meriah betul rupanya. Kebetulan ada abang n family datang. Tapi memasing tak suka. Last2 kitorang berdua je la yang bedal sampai habis :P


Kasi close up sikit. Tengok balik gambar ni pun dah terliur. Rasa nak order lagi sekali tapi tak tau bila. Dah terbayang2 kesedapannya bila disuap ke dalam mulut...ahaks!


Dorang tak suka sebab manis. Kitorang rasa ok je. Tak manis kalau makan dengan sekata atas ke bawah. Kalau main cuit sana sini sikit2 kena part yang manis tu memang la manis sesangat. Sebiji tu RM 45. Nak makan sekali sekala boleh la. Nak buat sendiri tak tau la tahun bila :D


Makan sejuk2 memang sedappp! Jemput makannn...


Lagi satu durian crepe ni. Asik la dengar orang cakap sedap tapi tak pernah rasa. Dulu2 orang panggil durian pancake. Tetiba dah ada nama glemer. Pernah try cari dekat kedai Sweet Chat. Boleh pulak orang tu cakap dah habis. Padahal baru tengahari. So kempunan di situ. Nasib baik la Kak Irma ni ada jual durian crepe jugak.


Rasanya? Sungguhhhh la sedapppp. Sampai snap banyak kali pun gambar tetap blur sebab tak sabar nak sambung makan...hehehe...Tapi silap sebab lagi 1 bekas lagi tu aku makan esoknya. Rasanya dah jadi pelik sikit. Memang kena makan terus jugak baru rasa sedap sampai menjilat jari ;)


Nyumm nyummm...memang sedap berganda2 lah. Korang kalau nak try boleh la pergi terjah blog Kak Irma ni ye. Kalau jauh pun boleh je datang sekali jalan2 makan angin. Tapi kena makan terus la. Kalau simpan dah tak terasa nikmat kesedapannya =)

Wednesday, June 27, 2012

L'oreal Family & Friends Sale

Tak sempat lagi nak update blog minggu ni. Kerja berdoyon2 tak siap lagi. Just nak habaq mai Jumaat ni ada L'oreal sale uols! Tau pun lepas baca blog Miu. Banner pun kidnap dari situ...hehe...Last time pegi memang queue sket punya berpusing2 panjang. Seksa jugak nak dapat masuk. Tu buat kat hotel. Boleh tengok kat entry ini.

Kali ni tak tau la camne pulak. Yang payahnya dorang buat hari Jumaat. Mana la cuti nak approve kalau apply leave last minute camni. Dah la projek tengah genting. Koman2 pun nak apply at least 2 minggu awal. Tapi biasa aku sebulan awal dah apply. Baru selamat. Ni cuti raya pun dah apply siap2. Kalau tak ada yang kena kerja time raya nanti...huhu...


Tapi kan...tapi kan...Rasa macam nak pegi jugak jenguk kejap pagi tu. Tak tau la berjaya ke idak. Kalau I pegi ada sesape nak join tak? Baru la rasa happening sket kalau ada geng. In case la kan kalau betul2 jadi pegi ada orang nak pesan apa2 tak? Biasa sale camni standard ada la perfumes, skincare, cosmetics etc.

Kalau boleh nak elakkan la beli perfumes ngan cosmetics. Nak cari skincare aje. Hari tu time kumpul2 semua tok nenek mekap untuk amik gambar pun dah urut2 dada tengok. Dah kumpul2 baru nampak banyak. Tak tau la bila boleh habis pakai...hahaha...Tapi tetap suka beli lagi. Nak buat camne. Dah addicted. Dapat tolong belikan untuk orang lain pun jadi la. Nak kena jimat2 ni. Kang raya banyak nak pakai duit kan...huhu...Panjang pulak bebelannya. Back to work...

Wednesday, April 18, 2012

2D1N Stay in Gold Coast Morib Resort Studio Suite @ RM 180

Wahhh...nak buat iklan tetiba. Korang still ingat lagi entry aku pasal resort ni? Pasal Studio Suite ngan Theme Park kat situ? And seriously memang rasa nak pegi lagi sekali sejak balik hari tu. Tambah2 tak jejak lansung kat pantai belakang resort tu.

Before ni ada rate murah untuk bulan Mei RM 160+ and Jun RM 120+. Entah macam mana tengok2 balik page tu semalam dah tak ada. Rupanya system error daaaa....Entah2 kalau book time aku tengok hari tu memang boleh dapat murah kan. Sebab memang dorang yang display rate tu. Rugi2. Sekarang dah jadi RM 250+ dah :(


Luckily kat Everyday ada voucher 2D1N stay kat situ. RM 180 sekali ngan breakfast, dinner ngan theme park pass. Boleh laaa dari tak ada lansung. Valid from 1 Julai - 17 Ogos. Dah nak dekat bulan puasa jugak tu. Sempat la lagi kalau book untuk awal2 Julai. Kitorang dah beli semalam. Korang bila lagi? Sekali sekala bersantai ngan family kat theme park dan berendam kat dalam jakuzi ;) Klik sini untuk beli voucher =)

Monday, April 16, 2012

Sticky @ 1 Utama + Irfan's First Ride

19/02/2012 - Sun

Minggu last outing before Irfan masuk setahun. Akhirnya last entry untuk bulan Februari. Fuhhh....mengah nak habiskan. Belum update bulan Mac lagi :P Minggu tu pegi 1U sebab nak pegi MPH members sale. Tu dah update kat previous2 entry.




Penat nyopping kat MPH terus cari KFC. Masa tu rasa cam dah lama giler tak makan KFC.



Irfan macam biasa memang tak berminat nak pandang kamera. Lagi dipanggil lagi dia sibuk nak buat kerja dia :P


Tengah jalan2 tu lalu kedai Sticky ni. Dah lama tak singgah. Meor selalu ajak aku singgah tapi aku je yang malas.


Memula tengok2 je. Tak rasa nak beli pape pun. Dulu masuk pun macam tak ada perasaan nak beli. So tengok je la orang dok uli2 candies tu. Memang ramai orang dok tengok.


Tapi last2 terjebak jugak sebab ternampak candies yang ada tulis happy birthday kat situ. Tetiba terpikir nak letak time makan2 birthday Irfan.


Quite interesting jugak la tengok proses dorang buat candies tu. Dari mende tu besar gabak dorang uli2 sampai la masukkan dalam mesin jadi macam rod lepas tu potong2 jadi kecik.



Keluar dari Sticky ternampak Barney ni dok tersengih. Mama Irfan la yang tak tahan. Dari dulu dok berangan2 nak letak Irfan kat mende2 camni. Tapi papa suruh tunggu bila Irfan dah boleh jalan dulu.



Last2 mintak permission jugak kat Papa Irfan kasi Irfan naik mende ni sekali je before dia masuk setahun...huhu...Permission granted. Laju la letak Irfan sebelah Barney tu. Siap beli buah kat tepi tu nak tukar syiling :P


Mula2 tu Irfan blur je. Lepas tu bukan main lagi seronok dia. Siap gelak2 lagi. Terus berdiri tak nak duduk dah. Benda tu dah la bergoyang2. Nak pegang pun dia tak bagi...huhu...Yang paling tak tahan bila angkat nak keluar siap nangis2 lagi :P



Pujuk2 sikit ok la dia. Siap buat ombak lagi kemain hepi =) By the time aku tulis entry ni ada la 4 or 5 kali dah kot letak Irfan kat mende2 camtu. Tapi tak nak dah la naik Barney tu. Sekejap sangat. Kesian tak sempat nak amik feel dah abis lagu nya.


Nak nyelit letak gambar Irfan kat Manjaku. Ni hari lain pulak. Kemain statik dia dok dalam tu. Best sket main kat sini. Masuk seringgit lama la jugak. Sempat la keluar 4 or 5 lagu.


Pegang stereng pun macam tak nak lepas je. Memang kalau boleh dia nak bawak balik mende tu...hahaha...So lepas ni kalau pegi Manjaku memang wajib la letak dia kat situ kot. Harus standby duit syiling banyak2. Sekarang pun dia tak boleh tengok papa dia bawak kereta. Mesti nak jugak tumpang pegang stereng T_T



Last but not least tepek gambar 3 of us banyak2...hehe...Kalau rajin ada la gambar nak tepek. Kalau tak memang susah nak ada gambar bertiga.



Ni la candies Sticky yang kitorang beli hari tu. Konon2nya nak kasi budak2 makan time birthday party Irfan. Last2 aku ngan Meor yang makan sampai habis. Budak2 ada la makan sikit2. Dorang pun tak perasan sangat ada candies. Lagipun kang mak ayah dorang jugak yang bising dok jamu candies kat anak2 dorang. Abis rosak gigi. Kitorang pun kalau boleh tak nak biasakan Irfan makan mende2 camni. Tapi tak tau la kan dah besar nanti. Confirm pandai2 sendiri punya ;)


Tamat cerita untuk bulan Februari. Esok lusa boleh la sambung cerita bulan Mac pulak. Dah nak abis bulan April dah kot ni T_T

Thursday, November 10, 2011

Aqiqah Irfan Naufal

05/11/2011 - Sat

Nak update pasal cerita raya haji dulu la sebelum jadi basi. Cerita lain yang dah basi biar kasi lagi basi :P Ehh...tapi before tu ada cerita yang lagi penting dari cerita raya. 5 November hari tu even birthday Myo kitorang tak ke mana pun. Pepagi Myo dah dapat kol kena pegi ofis. Sume dah balik raya. Tinggal dia je la. Entah server apa yang down aku pun tak tau la. Maka bergolek la aku ngan Irfan berdua kat rumah. Nasib baik Myo pegi ofis tak lama. Tapi balik2 pun dah tak sempat nak keluar sebab petang tu pukul 5 kena pegi lafaz akad. Bukan akad nikah tau. Kalau akad yang tu memang saje nak kena la kan. Ni akad jual beli lembu =) Kalau nak keluar pun takut tak sempat balik on time. So dok rumah je la.

Since kitorang tak buat lagi aqiqah untuk Irfan hari tu maka time ni la nak buat. Hari tu buat kenduri cukur jambul je. Tak buat aqiqah lagi. Banyak sangat pakai duit time tu. Kalau nak buat aqiqah nak kena tumbangkan 2 ekor kambing. Kambing kat KL ni maunya RM600 sekor kot. So kitorang decide buat time raya korban je la. Amik satu bahagian. Time ni je la ada geng nak share2 sekor lembu nak buat aqiqah. Kalau hari lain jenuh sorang sekor lembu...huhu...Lembu aqiqah memang dikorbankan dulu. Awal dari lembu2 yang orang sembelih untuk korban. Ni la lembu kitorang before kena sembelih T_T


Tunggu turn nak lafaz akad jual beli....


Lembu tengah amik feel. Kira behave jugak la lembu ni. Tak ada nak meronta2 teruk sangat. Kalau tak ada yang panjat pagar or terlepas kat memana tu.


Nak tumbangkan lembu...

Dah selamat disembelih...


Kalau aku pegi tengok time lembu disembelih ni maunya aku tak lalu makan daging dia pastu...huhu...Ni dah selamat masuk perut dah...Alhamdulillah =)



Sesi melapah pulak...





Bahagian kami...Selebihnya kasi kat masjid buat masak makan2 kat masjid malam tu. So kitorang tak buat kenduri dah la. Malam tu just masak hati ngan goreng paru. Sedappp sebab fresh2 lagi...Esoknya rebus daging buat makan ngan nasi tomato. Nama lain nasi daging. Menu special orang Penang. Cam menu wajib jugak la di pagi raya. Puas hati aku tahun ni raya dapat makan nasi. Lain je rasa kalau sehari tak jumpa nasi. Raya puasa hari tu balik Gombak dah nak petang so nasi pun dah licin licau...huhu...Buat sup tulang jugak makan ngan bihun. Before balik Shah Alam masak daging paprik pulak.


Alhamdulillah...lega rasanya dah selesai aqiqah Irfan. Terlaksana sudah satu tanggungjawab kat situ =) So lepas ni baru boleh masuk cerita raya pulak ;) Tapi kan kesian kat Myo sebab time besday dia la nak kena kerja. Pastu time tu jugak la nak kena melawat lembu...huhu...

Friday, October 14, 2011

Homestay @ Penang

Nak cerita sikit pasal homestay yang kitorang dok kat Penang hari tu. Tapi bukan exactly kat Penang la. Tempat tu kat area Tasek Gelugor, Butterworth. Still kena naik jambatan or feri kalau nak pegi Penang. Ni 1st time kot balik kampung dok homestay. Dulu2 balik kampung boleh la ramai2 dok umah Tok n Wan. Sekarang bila dorang dah tak ada kena la pepandai cari tempat nak bermalam. Biasa sewa bilik hotel je.

Memang luas la rumah ni. Setingkat tapi dah cukup luas dah. Hall pun besar. Cukup selesa la nak lepak ramai2 kat depan tu santai2. Ada 4 bilik 2 toilet. 2 bilik ada air cond. Kitorang dok bilik yang paling kecik je. Tak ada air cond pun. Master bed room kasi abang aku n family la dok coz anak dia 4 orang. So kasi priority kat dorang la kan.



Dapur pun of coz la ada. Setakat nak basuh pinggan mangkuk, masak air tu boleh la.


Ada kabinet jugak. Time ni kemas la sebab dah clear barang2 nak balik. Kalau tak penuh ngan barang2 Irfan je la. Ngan tin nestum nya, botol susu nya, flusk sume.


2nd and last nite kat situ merasa la kitorang tido kat master bed room coz abang aku n family dah gerak dulu sebab nak singgah Cameron. Best la sikit sebab ada toilet dalam tu. Luas pun luas.


Ni before nak balik. Kitorang balik last hari tu. Memang kena cek betul2 n clearkan pape yang patut. Parent n family abang lagi satu dah balik dulu pagi tu. Balik awal sebab naik flight. Datang before tu naik keretapi.


Time nak balik tu Irfan tengah sedap tido. Dah siap mandi makan sedap la dia tido. Boleh la kitorang kemas laju2. Ingat nak la amik gambar berdua ngan Myo. Tapi Myo cakap dah bertiga ni tak payah la amik gambar berdua dah. Tu yang letak jugak Irfan yang tengah tido tu atas sofa. Aku pasrah T_T


Ni pic before keluar pegi Padang Kota. Dah tunggang terbalik gambar. Malas dah nak susun. Dah la nak update asik tak sempat je. Basi sangat dah entry ni...huhu...


On the way balik tu Irfan ceria semacam je. Lepas baik demam la katakan. Lega aku tengok. Memang dah tak sampai hati tengok muka seposen dia. Sunyi je rasa hidup kalau dia tak gelak2 jerit kuat2 :P Sebab Irfan sangat behave sempat la kitorang singgah makan kat 2 RNR. Satu pencapaian yg bagus jugak la tu...huhuh...



Tapi yang teruknya time nak balik tu jem adalah melampau2. Tahap mengesot2 jugak la. Sempat la aku drive kejap sebab Myo dah ngantuk sangat. Time aku drive tu la jem makin teruk. Nak benti toilet pun cam pikir banyak kali sebab asal lalu je orang beratur sampai ke luar. Dah cam queue nak bayar time warehouse sale pulak kan.

Saje je nak cerita pasal homestay ni since hari tu aku dah terajin snap gambar. Kira berpuas hati la dok situ. Harga? 1 malam 250. So 2 malam 500. Kitorang dok 4 family. So bahagi2 je la. Sangat2 jimat dah di situ ;)