nuffnang

Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Legoland: Miniland

31/05/2013 - Fri

Last resort is Miniland. Dah pukul 6 lebih time ni. Tapi still panas. Badan pun dah lunyai seharian berjalan je hampir non stop.


Senyum pun macam dah tak lalu...huhu...


Mana yang sempat je ambik gambar. Tak habis belek satu2 pun building miniature dekat situ.


Taj Mahal. Semua landmark yang ada dekat Asia Tenggara ni dorang buat dari lego. Sangat kagum. Berapa lama la agaknya dorang siapkan semua tu kan.


Singapore...


Ni tak tau la kontena dekat mana.


KLIA...Kalau tak silap tiap2 building  ada je something yang bergerak. Kiranya bukan semua benda statik la  kat sini. Macam KLIA ni ada flight or lori yang bergerak. So budak2 pun suka tengok.



Masjid Putrajaya...



Tasik Putrajaya...


Ni tak tau la negara mana. Tapi orang tu menari2.


Laos tapi tak tau la buiding apa...


Banyak la lagi miniature yang ada. Sebab dah penat sangat memang tengok pun sekali lalu. Ada tempat yang tak lalu pun.


Sudah mau pulang...




Us...Semua ada except Papa Irfan yang tengah ambik gambar...


Pukul 7 lebih kitorang dah gerak balik. Time cuti sekolah Legoland bukak sampai pukul 8. Tapi dah tak lalu la kan nak round lagi sampai pukul 8. Balik tapau KFC je makan dekat bilik ramai2.


Ni gambar dekat Dino Island. 2nd round punya. Teruk kena simbah air sebab dekat belakang ringan. Nasib baik la tak pakai shawl. Kalau tak, tak tau la macam mana rupanya. Mula2 tak berani pakai shawl sebab takut bila naik roller coaster kang bila turun tinggal inner je. Tak ke naya :P  Dalam gambar tu aku beranikan diri je angkat tangan. Kalau tak kena pandang slack dengan Papa Irfan :P Tak sporting katanya. Untuk cantikkan gambar angkat je la walaupun rasa macam nak terjatuh ke bawah je T_T


Project X 2nd round jugak. Pegi lagi sekali before balik. Tinggalkan Irfan kejap dekat playground dengan pak cik dia. Agak2 dia tengah leka main kitorang pun cabut lari. Background pun dah gelap sebab dah dekat pukul 7 kot. Dengan sun burn nya. Memang berkilat habis muka. Sekali tengok dah macam 1 family ngan orang belakang. Pakai sun block pun macam tak ada effect dah...hahaha...Kulit aku ni jenis senang gelap. Kena panas sikit je dah mula la nak gelap T_T

Tu bukan aksi romantik nak pegang2 tangan ok. Tu kononnya berani nak angkat tangan. Sekali bila tengok bawah terus rasa gayat. So secara automatik terpaut tangan Papa Irfan...hehehe...Korang yang tak pernah try angkat tangan time naik roller coaster boleh la try lepas ni ye :P


Map Legoland. Awal2 lupa nak letak. Macam kitorang hari tu start dari belah kanan, Lego City. PIL n adik2 start dari Lego Technic. Tu yang jumpa dekat tengah2 tu. Miniland dekat tengah2. So boleh pegi bila2 je. Tapi sebab time kitorang datang tu panas je sepanjang hari so Miniland jadi tempat last kitorang pegi.


Overall best la jugak Legoland ni. Tapi of coz la USS lagi best kan. Tak boleh nak compare kan sangat la sebab tu 2 tempat yang totally different. USS meriah sebab banyak ride n show. Movie character pun keluar masuk. So memang rasa meriah. USS pun lagi besar kot. Lepas ni bila Irfan dah besar sikit kena la datang Legoland lagi. Baru la banyak benda sikit dia boleh main. Round kali ni bagi mama n papa dia rasmi dulu ;)

Monday, June 17, 2013

Legoland: Lego Kingdom + Lego Technic

31/05/2013 - Fri

Jelajah Lego Kingdom pulak.


It's time for roller coaster. Mulakan dengan yang biasa2 dulu kasi warm up. Dragon's Apprentice. Memang untuk budak2 pun. Tak berapa tinggi sangat n kejap je. Tapi Papa Irfan cakap dia pening kepala lepas naik benda ni sebab dia macam banyak selekoh2. 


Ni on the way nak masuk tempat Dragon's Apprentice. Macam castle kecik.



Yang ni rail The Dragon. Memang lagi ganaz la dari Dragon's Apprentice tu. Tengok rail pun boleh tau kot. Kepala aku pun siap terhantuk ke tepi time menjunam tu. Siap tertunduk sampai susah nak angkat kepala. Memang extreme jugak la. Cuba sendiri baru tau kot macam mana ;)


On the way masuk castle The Dragon. Castle ni lagi besar dari yang castle lagi satu tu. Rasa macam lama je nak sampai tempat nak naik roller coaster tu.



Peti belakang tu tempat letak handbag. So kalau bawak pun tak payah risau nak cari tempat simpan handbag. Dorang mesti ada sediakan box or rak untuk letak barang. Tak pun letak je dekat tepi2 tu. Tak payah bayar pun macam dekat USS.As usual dorang ambik gambar time main tu. Again kitorang tak beli pun. Muka burok giler kot...hahaha...


Balik main 2 jenis roller coaster tengok2 Irfan tengah sedap tido. Baru teringat tak naik lagi satu roller coaster. So sambung lagi =) Merasa jugak akhirnya naik roller coaster kali ni. Dekat USS tak merasa lansung. Dah lama tak lepaskan gian. Dulu last naik masa zaman bujang.


Dah masuk area Lego Technic. 


Project X. Mende ni dah dalam area Lego Technic. Yang ni naik 4 orang 1 kereta tu. Yang paling best aku rasa. Tak bosan sangat macam Dragon's Apprentice n tak extreme sangat macam The Dragon. Memang best giler. Aku pun tak ada la berani sangat. Tapi kalau takut jerit je la kan. Bila lagi dapat jerit2. Kalau tempat lain jerit2 kang orang ingat kita orang gila pulak :D


Roller coaster yang ni agak gayat jugak la time dekat corner tu. Rasa macam nak tercampak kat bawah. Nak beli gambar tapi tak cantik jugak. Last2 before balik main lagi sekali benda ni semata2 sebab nak beli gambar :P


Singgah Lego Academy. Dekat dalam tu tak ambik gambar pulak. Main Lego Chima. Main bodo2 pun dapat certificate...hehe...


The Dragon castle as background. Tu kat tangan dok pegang cert main Chima tu.


Ni cert nya. Boleh la setakat nak buat kenangan. Tak kan nak pakai untuk apply kerja pulak kan T_T


Balik2 Irfan still sedap tido lagi. So sambung jalan lagi. Patah balik ke Land of Adventure. Banyak lagi tak cover area situ plus PIL n adik2 start dari side lain. Singgah Kids Power Tower. Yang ni aku tak main pun. Papa Irfan n adik2 dia je main. Malas nak main sebab benda ni nak kena tarik2 tali nak bagi kerusi tu gerak.


Tak sempat nak snap gambar sebab khusyuk sangat tengok dorang main. Sedar2 dah habis. So kita google lagi la ye ;)


Jalan2 sini je tempat makan yang dekat. So memang tak cari tempat lain dah. Order 2 Family Pizza Combos n 2 Pasta Combos. Cukup la untuk kitorang 10 orang. Mahal tu memang mahal la. 1 set pizza pun dah RM 50 kan. Tapi tak kan nak berlapar je sampai malam. Tu pun time kitorang makan ni dah pukul 4 lebih kot. Bernyanyi sakan dah perut time ni. Tapi pizza n spagetti dia memang sedap la. Sampai teringat2 balik tu :P


Lepas tu pegi solat. Belakang tu ada surau.


Then sambung jalan2 lagi dan lagi dan lagi...



Save the best for last. Dino Island. Lagipun memang dah tau naik benda ni confirm akan basah lenjun. Kalau korang boleh nampak kitorang yang duduk depan sekali tu. Memula macam tak nak naik sebab malas la nak basah2. Baju tukar pun tak bawak. Tapi pikir2 balik nanti teringat2 pulak bila dah balik. So naik aje la. Lagipun MIL dah bagi green light nak tolong jagakan Irfan yang tengah tido tu ;)


Yang nampak tangan je tu Papa Irfan. Aku memang dah tak nampak apa sebab tenggelam dalam air...huhu...Ni 2nd round naik. 1st round ok lagi sebab sampan tu balance. So basah pun tak teruk sangat la. 2nd round berat dekat depan sebab belakang budak2 je. Tu yang complete basah luar dalam T_T


Ni FIL n adik2. Conquer satu sampan tu. Best wooo main benda ni. Rasa nak ulang banyak2 kali je. Dekat situ dorang ada provide body dryer. Tapi kitorang tak pakai pun. Kering semulajadi je sebab hari memang tengah panas. Sementara nak balik dah nak kering.


Elok2 je habis main Irfan pun bangun. Lepas tu singgah Beetle Bounce. Hampir2 dapat naik tapi tak jadi sebab tetiba Irfan nanges bila kena tinggalkan dengan pak cik dia. Maklum la jarang2 jumpa. Harus la dia tak kenal kan. So tak merasa la naik benda ni. Gambar pun tak sempat snap. PIL n adik2 je yang naik. Sekali tengok macam Space Shot dekat Genting tapi yang ni rendah sikit.


Dah habis kot update semua tempat dalam Legoland. Just dekat Lego Technic tak sempat nak main Aquazone Wave Racers n Technic Twister. Wave Racers ni macam main tembak2 kot. Ada la basah sikit2. Q hari tu panjang sampai ke petang. So skip je la main ni. Adik2 Papa Irfan je yang rajin nak beratur time tu. Pic courtesy from google lagi ;)


Technic Twister ni macam spinning cup tu je. Dah biasa jumpa. Lagipun memang tak sempat nak naik dah since Irfan pun dah bangun.


Hampir habis tapi tak habis lagi. Tinggal pics dekat Miniland je then boleh tutup cerita. Jenuh jugak nak refer sana sini. So korang yang ada plan nak ke Legoland nanti boleh la plan nak main apa lepas ni. Rasa macam 1 hari tak cukup je nak cover semua especially bila bawak budak kecik. Tapi still berbaloi jugak la pegi kali ni sebab ada orang nak tolong jagakan Irfan kejap =)

Thursday, June 13, 2013

Legoland: 4D Movies + Land of Adventure

31/05/2013 - Fri

Jom sambung cerita Legoland balik. Kelmarin baru balik dari bercuti dekat PD. Ambik 2 hari cuti lagi. Tu entah bila nak update pun tak tau la sebab pasal Legoland pun berlonggok lagi nak update T_T Agak slow nak update sebab map dah hilang entah ke mana. Susah nak refer kalau tak ada map. Next kitorang pegi Lego City Airport. Ni je la harapan yang boleh bawak Irfan masuk. Memang tak banyak tempat yang dia boleh masuk. Sebab tu la free kan.


Mende macam ni ada jugak dekat USS. Tapi dinosaur la kan. Lagi best kot sebab ada background music n lama sikit. Tapi belasah je la naik jugak.


Siap 2 round sebab Irfan pun mintak nak naik lagi.


Suruh buat peace hamik 4 jari terus keluar...hahaha...


Lagi satu ada Rescue Academy. Yang ni memang aku tak minat la nak main. Main ni kena macam lumba siapa cepat padamkan api n cepat sampai balik. Ada orang yang jaga situ siap announce kan sape menang. Tapi memang tak ada pape hadiah la kan. Papa Irfan main dengan adik2 dia before kitorang balik. N of coz la dia menang kan. Time tu aku sibuk melayan Irfan dekat playground. So memang non ada gambar. Google aje pic. Last2 keluar gambar omputih ni. Boleh la kan dari tak ada lansung :P


Habis jelajah Lego City. Moh kita ke Land of Adventure pulak.


Lost Kingdom Adventure. Yang ni Irfan boleh masuk. Dekat dalam tu just naik kereta n kena tembak2. Irfan pegang pistol tapi statik aje. Terkedu di situ. Kalau dekat rumah kemain lagi main tembak2. Ada jual gambar lepas keluar tu tapi kitorang tak beli pun.




Beratur dekat Observation Tower. Dekat sini boleh tengok seluruh Legoland tu from top view. Must be interesting kan.


Beratur separuh jalan lepas tu keluar balik sebab malas dah nak tunggu...huhu...Skip aje la benda ni sebab nak kejar show 4D movie. Lagipun Irfan dah start mengantuk.


Next pegi 4D Movie Xperience @ Lego Studios. Ada 3 4D movie boleh tengok. Kitorang sempat tengok Racers n Spellbreaker je.


Tunggu turn nak masuk. Ramai sunggguh orang.


Dah nama pun cuti sekolah memang kena hadap la keadaan macam ni kan. Tapi tak ada la lama sangat tunggu sebab ramai2 pun semua boleh masuk sekali.




Dalam theathre. Memang sangat heaven bila dapat masuk dalam ni. Air cond memang terbaek. Dah la dekat luar panas terik. Memang berpeluh tak hengat. Sekali bila dapat masuk tempat sejuk memang terasa nikmatnya.


Peace yo!


Kali ni Irfan dengan relanya pakai spec tu. Dulu time dekat USS memang dia tak nak pakai lansung. Last2 memang tengok gambar Shrek yang blur tu je. Ni memang dia pakai spec tu sampai habis. Ok la 4D movie dia. Tapi aku tak berapa suka sebab tak ada suara. Shrek dekat USS lagi best...hehe...

Baru aku tau kartun Lego memang tak bercakap...hahaha...Tu pun Papa Irfan yang bagitau. Giler bosan. Bosan2 pun Irfan memang khusyuk tengok sampai habis. Kitorang sempat tengok 2 movie. Lagi satu tak sempat sebab nak pegi naik roller coaster pulak. Lagipun nak tengok next movie kena beratur balik.


Gambar agak berterabur. Aku sendiri pun dah tak ingat pegi mana dulu. Kekadang bukan ikut turutan sangat pun. Lepas tu gambar ada yang dari kamera n ada yang dari handphone. So bila nak update entry ni dekat blog main agak2 je la :P



Belakang tu kedai pizza. Lepas main roller coaster terus pegi makan dekat situ


Dekat Royal Joust ni ada macam kuda mainan yang gerak sendiri tu.


Lebih kurang gini. Main google jugak. Mula2 ingat Irfan boleh main sebab just duduk je situ kan. Sekali beratur sket punya lama tengok2 tak boleh naik...huhu...Kesian Irfan. 


Merlin's Challenge. Beratur dekat sini jugak. Pun Irfan tak lepas naik. So kitorang pun tak naik la T_T Gambar ihsan google lagi. 


Sampai area roller coaster kitorang tinggalkan Irfan dengan PIL. Bagi susu sebotol lepas tu cabut lari. Irfan pun memang dah mengantuk sesangat tu. Tu yang konfiden aje tinggalkan dia.


Ada banyak lagi tempat kitorang tak cover dekat Land of Adventure. Sebab Irfan ada orang nak tengok kan kitorang terus pegi ke Lego Kingdom. Tempat segala roller coaster. Next entry la kot. Ni pun merangkak2 nak update T_T