nuffnang
Thursday, February 14, 2013
Meaningless
Well, life must go on. Bukan senang nak lupakan kenangan pahit. Saat berendam air mata. Even dah 3 tahun berlalu kadang2 peristiwa tu asik bermain di kepala. Macam tengok video. Nak jadikan drama pun boleh. Kadang2 bila kita tengok drama kan ada yang kita rasa tak logik la merepek la kan. Bila terkena dekat diri sendiri baru kita tau logik ke tak logik. Sampai ke hari ni aku still tak sangka ada rupanya manusia yang sebegitu rupa dalam dunia ni.
Semalam rasa nak demam balik. Bila cuti panjang jalan sana sini elok pulak tak demam. Nak buat kerja pun agak slow motion. Jiwa kacau. Entry pun dah start ber'emo2' belaka :p Nanti la nak cari mood update entry yang ceria sikit ye =)
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan
Friday, March 25, 2011
Rindu Nak Shopping
Owhhh...bulan ni sebab dok diam2 kat umah aku adalah lansung tak menyopping. Tapi aku adalah 'terbeli' mekap thru online. Geram sangat dah kot :P Nanti bila dah dapat barangnya aku tepek la kat sini. Lepas ni aku pencen la kejap beli mekap sebab nak simpan duit beli barang2 for Irfan je. Kata dah ada anak. Tak boleh la pikir pasal nak beli barang sendiri je kan. Agak2 korang boleh caye tak? :P
Yang aku tau gaji bulan ni maybe akan banyak spend kat makanan....hohoho...awal2 tak kesah lagi makan tak sedap pon...dah nak ujung2 pantang ni mula la pikir nak makan macam2. Aku dah siap list ni nak makan apa ni...hahaha...
Monday, February 14, 2011
Mood Lari
Patut hari ni ada sesi performance appraisal ngan bos...
Tapi bos diam je aku lagi la tak kuasa nak tanya....
Even antenatal checkup kat KK pun aku tak pegi pagi tadi...
1st time ngelat tak pegi....Sakit perut...Sakit satu badan...
Tak larat dah kot bila dah jadi once a week kena pegi...
Ingat nak stop dah pegi KK...pegi private je cukup
Tapi kat private tak amik Hb la pulak kan...
Esok check up kat Naluri....
Tak nak ngelat kot sebab Myo boleh temankan :P
Psssttt...aku dah beli hp baru tu....
Nanti la cerita....Ada ke orang nak tau?...huhuhu...
Beli sandal baru jugak....
Kaki dah bengkak macam kena sengat tebuan dah T_T
Nanti la jugak cerita....
Lepas ni akan sibuk2 kemas barang...
Next week nak pindah dahhh.....
Bubbye Damansara!
Dah...dah....patut tak ada mood ni...
Tak boleh update panjang2 :P
Tuesday, November 9, 2010
Weekend Yang Hilang
Celebrate birthday kat Chop n Steak Kg. Baru...
Since Jumaat hari tu besday Myo maka malam tu pergi la celebrate ala kadar. Makan2 kat Kg Baru kat Chop n Steak....alaaa...yang kedai kapal tu. Umah macam kapal karam pastu makan kat kedai kapal. Elok sangat la tu kan :P Aku order chicken chop n Myo order beef black pepper steak. Kat situ pun makan laju2. Kepala dok ingat keje yang tak siap lagi. Mood adalah spoil sebab tunggu makanan lama giler. Biasa la weekend orang ramai. So kesimpulannya aku adalah perosak malam yang sepatutnya indah tu....huhuhu.
Rasa macam nak tukar handphone baru....
So memang tak ada gambar lansung malam tu. Dengan handphone yang dah tak boleh amik gambar dah...agak malas nak bawak kamera. Tetiba rasa macam nak tukar je handphone buruk yang dah dekat 3 tahun aku pakai ni. Handphone apa ek yang best? Nak yang bawah 1k la kot tapi best. Ada ke??
Shopping barang dapur kat Tesco...
Huhhh...tetiba rasa nak bebel banyak plak. Since Jumaat malam tu nak rush balik...maka tak sempat la nak singgah beli kek. So Ahad tu kitorang kua lagi. Pergi Tesco. Tu pun tujuh lapan kali jugak pikir nak kua ke tak sebab keje still lagi menimbun. Last2 kua jugak since barang dapur dah tak ada. Dok tangguh2 sampai seminggu tak beli2.
1st time makan kat Jom Bali...
Before shopping barang dapur plan nak makan kat Santai. Boleh plak time2 gitu full house. Terpaksa la pegi Jom Bali. 1st time dtg situ so memang tak ada idea nak makan apa. Last2 share je makan sepinggan ngan Myo makan nasi goreng kampung. Dee, aku nampak air yang i'm pretty, u r handsome tu tapi tak try pun....huhuh. Lepas shopping laju2, beli kek...terus cabut balik.
Nak mengadu pasal kerja....
Memang horror betul keje sejak dua menjak ni. Sampai tak cukup tangan. Kalau kaki ni boleh pakai pun aku pakai kot buat keje. Straight seminggu ok tak cukup tido. Ni kalau dapat OT confirm kaya...huhuhu...jangan mimpi la kan coz dari start keje dulu sampai sekarang tak pernah nya ada OT dalam kamus hidup aku. Time praktikal ada la. OT lagi banyak dari gaji :D
Bos yang sangat kejam....
Dapat replacement leave pun 3 ari aje for weekend. Padahal hari2 pun keje macam robot dari pagi sampai ke pagi. Dah macam burung hantu. Lepas tu projek ni tak settle dah kena join projek lain. Hoittt giler ke hape semua orang ni??? Aku dah sesak nafas buat kerja sampai lembik pun orang tak peduli. Suka2 je nak suruh buat semua mende.
Huhhh...lega dah abis lepas geram. Boleh sambung buat keje balik. Kalau nak cerita pasal kerja...3 hari 3 malam pun tak kan habis. Dah2...habis dah sesi melepas geram. Lepas ni boleh buat entry hepi plak :)
p/s: Saje buat sub title sebab entry aku kali ni panjang berjela. Dah la tak ada gambar kan. Ada ke orang nak baca. Buat pedih mata je T_T
Sunday, October 31, 2010
Inai Baru Habis
Sekarang tinggal inai kat ibu jari je sket. Ibu jari kaki pun ada lagi coz kuku tu lagi besar ;P
Tadaaaa....inai dah ada balik...hihihi...suka2....Semalam bosan2 tengah tengok TV rasa nak pakai inai. Pakai kat kuku je pun. Tak ada la beria nak lukis2 macam time kawen dulu kan. Tu pun pakai sebelah tangan saje.
Pakai inai tube Mahraja ni je. Tu pun akak aku tolong belikan time nak kawen dulu. Alang2 ada lagi pakai je la. Orang bagi pun tak kan nak bazirkan je kan. So pakai je la before expired nanti kang....
Tuesday, September 21, 2010
After 2 Months WFH
Plus time lunch boleh tido kejap :D
Kalau tak...ada yang kena beraya tanpa gaji kang.
Jenuh nak kumpul balik cuti.
Dah banyak kali jugak aku dok menceceh pasal impian aku tu kat blog ni
Teka la teka la...
Friday, July 30, 2010
Stress = Gastric
Stress ngan gastric...
Lepas dah jumpa specialist dia cakap aku gastrik sebab stress
Baru aku tau rupanya stress boleh menyebabkan gastrik
Macam la before ni tak penah stress
Memang tengah stress tapi tak sangka kesannya teruk skali
Kadang2 stress tu sume sikit2 je
Tapi bila kumpul2 jadi banyak
Paling stress kat tempat keje
Stress keje banyak boleh handle lagi kot
Sume orang banyak keje....sume orang bz
Tapi kalau dah keje ngan orang yang ntah pape
Nak tengok muka dia pun aku dah stress
Memang nampak salah aku je
Pusing2 aku jugak yang salah
So salah ke aku nak stress??Huhuhu....
Ohhh tetiba rasa nak resign je
Camne ni? Aku pun dah tak sanggup mengidap sakit lama2
Ada ke patut aku MC orang tu boleh assign task kat aku??
Siap bagi due date siapkan esok hari nya
Wahhhh nape la ada orang gila camtu dalam dunia ni?
I need a breakkkk....
Rasa nak pegi tepi pantai pastu nak jerit kuat2...
"I HATE $#%$#% TO THE MAX!!!"
Owhhh ni special entry dari orang yang tengah sakit perot...
Harap maklum...
Monday, June 14, 2010
I'm Back!
Banyak cite nih nak di'update'.
Aku baru masuk ofis arini. Penat.
Umah tak habes kemas lagi. Camne nak update blog?
Cam biasa kat umah baru of coz la tak de tenet lagi.
Ntah bila nak ada pun i dunno lah.
Harapkan tenet kat ofis je ni ha. Nak start ngan cite ape dulu ni ye?
Behind the scene? Ke kenduri terus? Nikah dulu?
Honeymoon dulu ok tak? Hohoho.
Ni mau lagi 2 bulan pun tak habis cite kat blog.
Bagi korang lepak2 dulu pastu baca la cite kawen aku sampai muntah.
Hahaha. Nak letak gambar banyak2. Tak kira :D
Friday, May 28, 2010
Hari Ini Hari Jumaat
And yes hari ni jugak Hari Wesak n most of us cuti...
Hari ni hari Jumaat last aku SINGLE...
Jumaat depan DOUBLE pulak :P Insya-Allah...
Jumaat depan dah nikah...lagi 6 hari je ni...
Sangat berdebar2 plus eh betul ke ni??
Weekend kali ni bukan untuk bersantai2 or bersuka ria...
Memang sangat
Last untuk buat last min preparation...
Siapkan doorgift for 1000 orang....
Sakit badan pinggang sume weh...
Tapi tak boleh mengeluh....
Langsir hall dah siap pasang...
Petang tadi dah pegi fitting baju yang tak berapa nak siap...
Mak andam tu memang sangat merisaukan aku...
Entry ni tak de motif sangat....
Saje je nak pot pet pot pet di hari minggu :)
Sekian...
Wednesday, May 19, 2010
I've Hit A Car
Actually we've an appointment with someone at 7pm. Need to fetch Myo before that. But then only around 630 baru aku kua ofis. Plus hujan plus traffic light rosak sana sini plus jem. Sampai lepas satu simpang ni aku drive macam biasa. Jarak ngan kereta depan pun agak2 boleh muat lagi satu kereta. Then that car naik bump. At that time aku dah siap tekan brek. Entah camne kereta cam tak nak berenti jugak. Rasa cam dah tekan brek sekuat hati. At last aku pejam mata je coz tau memang tak dapat brek jugak and GEDEGANGGG!!!Owh time ni aku rasa cam nak pengsan serta merta. Kuat ok bunyi nya. Rasa cam nak luruh jantung pun ada. Time tu orang depan tu dah kua kan tangan soh benti tepi. Ok fine...of coz la memang aku nak benti pun.
Time dah berenti baru aku pasan aku baru je melanggar sebuah kereta mahal. Huhuhu. Sekali kua la mamat ni pandang slack kat aku sambil belek2 bonet kereta dia. Time tu aku dah separuh pitam padam enjin gigih2 kua kereta. Prung prang prung prang jugak la. Siap kena lecture ngan mamat tu. Aku dah mintak maap seploh kali dah. Time nak brek pun memang agak jauh. Just brek tu serius cam tak makan :( Huwaaaaaaaaaaaa. Tapi sebab aku dah langgar tak boleh la nak cakap banyak. Mamat tu pun buat muka garang (ada ke orang nak senyum pas kereta die kena langgar? dusshhh!). Aku memang terasa kerdil giler time tu even aku sama tinggi je ngan dia :P Yela. Style mamat tu pun dah cam ala2 tokoh korporat yang berjaya.
Actually a day before ada tukar brake pad baru since ada mechanic ni cakap brake pad tu dah haus. Then after tukar, Myo dah rasa brek tu cam tak pick up sangat. Siap ada bau2 hangus. Jumpa mechanic tu balik dia cakap memang camtu. Kena tunggu 2 or 3 days baru brek boleh pick up macam biasa. Then aku dah bawak kereta tu from SA to Gombak, Gombak to Damansara memang tak de problem. And seriously time bawak petang semalam lansung tak ingat pasal mende tu :(
Tak sanggup nak ingat dah. Terngiang2 lagi ni bunyi dentuman tu. Nasib baik la kereta orang tu tak de pape. Nasib baik jugak la aku pun selamat. Alhamdulillah. Side signal kete aku je la dah terkulai layu. Ohhh adakah ini dugaan buatku sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Tetibe. Atau adakah ini tanda2 aku kena pencen bawak kereta? Hari ni tangan kanan aku dah rasa lenguh2 sket sebab tahan dari terkena stereng semalam. I'm in trauma rite now
p/s: Morale of the story....sila jangan tukar brake pad anda time kena balik keje lewat. Huhuhu. Memang tak de kena mengena lansung.
Monday, April 12, 2010
Are You There?
1) Korang memang teramat2 bz so boleh blog walking jek. Kira ok la tu kan. Si Cuna ni banyak bunyik pulak nak soh komen2 bagai :P
2) Korang memang tak ada idea nak tulis apa
3) Korang ada idea tapi malas nak susun ayat cantik2 (Kalau masuk part ni don't worry sebab aku bukan cekgu BM pon)
4) Ada idea tapi malas la pulak nak taip kan
5) Korang memang tersangat la low profile sampai tak sanggup nak mencapub (mencari publisiti) kat blog yang tak berapa nak glemer nih :D
6) Or lepas baca entry cik Cuna korang rasa cam terkedu/terpegun/terharu sampai tak dapat nak diluahkan dengan kata2.
7) Korang saje je tu kan nak feeling2 jadi artis. No comment! (sambil cover2 muka ngan tangan)
Hohoho korang pilih jawapan mana satu. Taip je nombor berapa kat komen tu. I nak buat kaji selidik sket nih (^__^) Arigato!
So untuk mengatasi masalah2 korang seperti yang disenaraikan kat atas tu maka aku dengan senang hati nya nak provide solution nya kat sini. Kekeke. Aku dah letak Reactions kat blog ni. So that each entry korang boleh la nyatakan apa perasaan korang. At least aku tau korang ada la jugak singgah baca walaupun kadang2 pening2 nak habiskan :P

Senang je. Just click kat box mana yang korang rasa sesuai pastu dah. Tak payah susun ayat, tak payah taip, memang low profile giler coz i pun tak tau sape yang click2 tu, kalau korang artis pun memang i tak tau. Hohoho.
Tapi aku provide 3 pilihan je. Funny, Interesting, Cool. Sume reactions positive. Negative no need. Saje nak paksa korang buat2 suka apa yang aku bebelkan (^_^) Yang rajin komen teruskan usaha anda mengkomen. Mana tau tetiba aku nak buat award kat sesape yang paling banyak drop komen ke. Lalalala
p/s: Actually komen2 korang tu pembakar semangat utk aku terus berblogging walaupun aku banyak merepek je kat blog ni (Huhh....nak berblogging pun kena ada pembakar semangat...mengade sgt). Macam la aku rajin sangat drop komen kan. Ye2 saya pun sama
Wednesday, March 3, 2010
I'm Alive
Hav to accept that my life really empty without blogging...
sob sob sob...
So here I am in my new blog!
Dun worry coz me and Myo tak de gaduh2 pon....
But we are not sharing2 blog anymore...
So from now on feel free to visit my new blog okay!
Thursday, February 4, 2010
Salesman Kuang ajar
so tgk la beria2 die cite pasal jd ahli dorg la baya xmahal. can pay by installment la..sume so i pon dgr la. mane tau menarik perhatian.dari sorang ke sorang .. main pass2 igt aku bola ke..makin pass makin kedlm booth dorg..igt blh goal la ke?..pas2 last skali cm otai die la terang2 siap tunjuk membership kad die xde expired date la ape la..dgr die berceramah lame gk..then aku ckp la xpe nk tgk2 jek.. pas2 die ckp "ni tgh promosi nih..200 org jek..pas2 xde dh"..hmm.. sepanjang die berceramah tu 5 kali gk la ckp tgh promosi2 200 org.. ---aku mls nk cite detail wpun dh agak detail tp phm2 la korg k---
la~~~~~st skali aku ckp okla ade phamplet x? blh die ckp. kne join dulu baru die bg kalo bkn ahli kami xlayan..n die nye rational " xkn kite nk bg service kt org yg xbayar kite tul x?" wtfuuuuuuuu....
xphm la.. lg satu ade gk yg jnis meronda2 jual brg keselamatan kenderaan..sape penah kene sile agkt tgn plzz...hehe yg tu pon satu bkn main kuang ajar lagi...aku pnah kne ape ek lebih kurang cmni la "saya nk ajar abg... xtau jgn la bodoh sombong" ish die nih..suke ati kite la kn nk amik service die ke x..btul x?hak pengguna kn2...
dorg cm desperate sgt kalo kite x amik service dorg..cm akan mati jek bile dh abis ari tu.. xphm2...perangai cm samseng tp nk bg service kt org lain..lagi2 yg keselamatan kete tu..fuh serius cm samseng jln raya.. xblh ke elok2 tanye. pas2 kalo org xnk terima la seadanye org dh xnk nk buat cmne kn.. ni x kalo blh nk jgk org bg duit...cm peras ugut pon ade..
lagi satu sgtlah xberpuas ati skali.. mempergunakan perkataan "salam" n "bangsa melayu"....uuuuuuiih bukan main lg.. ape ntah aku dh lupe die ckp ape..tp mmg la..memalukn...
off topic..time jln2 kt tesco td jmp nih adakah mata ku memainkn ilusi atau....
or mayb mmg aku xtau maksud name tersebut..hehe
Wednesday, February 3, 2010
Finally...The Time Has Begun
Akhirnye semalam tepat jam 9 malam, aku berjaya abiskan saki baki keje yang terakhir. Kekeke. Cam hape. Hari2 pun balik lambat. Penat wehh ari2 dok tegak ngadap laptop dari pagi sampai malam. Maybe ade orang lain pun keje camtu jugak. Tapi tak kire. Nak jugak ngadu kat sini.
Hari ni ngan senang hatinye bangun pagi pukul 9. Mission arini nak update blog...nak qada' balik baca blog2 orang lain yang aku dah termiss entry nye. Ada la dalam seminggu lebih dah tercicir. Kalau tak each time aku nampak sesape yang update kat blog list aku tu...aku terus pegi baca.
Emm...pastu ape lagi...Haa... pastu nak baca Cleo yang aku beli since last week tapi tak baca2 sampai sekarang. Pastu nak cek e-mel yang dah bape puluh dalam inbox tu aku tak baca2. Lagii...FB aku yang dah bape kurun aku tak jenguk. Gile banyak mende nak buat arini
Arini ngan esok je la yang dapat rest betul2. Semalam baru habis Cycle 1. Next week dah start Cycle 2 pulak. Maka next week akan bermula balik la hidup ku yang haru biru sampai la bulan Mac nanti. Tu laaa...suke lagi kaler biru. Lalalala
Wednesday, January 20, 2010
Para-para Gigi?!
Wednesday, December 30, 2009
Glamer ke Meor?
Saper2 yang dah bace blog iza sure dah tau kan.
Sape yang belom tu cube tengok...
Ni kat website Prestariang.Company yang organize professional cert in IT field. Aku and Meor ade la cert Microsoft Certified Application Developer (MCAD) tu. Pastu simpan skill ngan cert yang ade. Hohoho. Cam la ber'skill' sangat kan. Last2 dua2 orang tak buat programming ;)
Ok...tell u the truth...semalam bosan2 cam biasa g singgah2 blog orang. Oh aku memang tak kire bz ke tak ye. Kalau rase tensen2 g lawat2 blog orang dulu baru sambung buat keje. Gitu la konsepnye. Hehehe. Suke suki je kan.
Aku agak pelik bile tetibe ternampak title post iza tu. Myo Glamer. Huhhh??Setahu aku la kannn...aku lagi glamer. Muahahaha...Then tetiba nampak muka Myo kat banner tu. Aku dah gosok2 mate sambil tengok dekat2 skrin laptop aku ni ha. Rasa cam ye tapi cam bukan Myo. Camne tu?Tak kan la adik Myo kan.
Senyuman tu memang paling lebar laa. Pose bukan main lagi cam rupe ahli korporat gitu...cam usahawan berjaya pon ade jugak...Dah siap dari tepi lagi...plus tak pandang camera...huh tak hengat
Lama2 tengok aku dah rasa nak gelak. Dah la kat ofis ngadap team mate. So terpaksa la tahan maintain. Padahal dah tersengih sorang2 cover gelak. Kalau kat umah memang aku dah gelak pecah perut dah. Wahahaha. Abis la aku balik ni kene pikir nak belanja Meor makan ape.
Hurmm...aku pun amik MCAD ape. Nape tade ye gambar ku? Lalala. Tapi musykil jugak ni. Iza, ape ko buat pegi website Prestariang tu? Mimpi apekah? Mau jadi fasilitator ke? Cop2 lagi satu mane ko tau Meor kene kejar ngan orang yang soh die jadi model? Hehehe senanggg... tanye kat blog je ;)
Ohh ye sok dah nak masuk new year. Happy New Year to all! Tahun baru ngan semangat n azam baru. C u next year!
Saturday, October 17, 2009
Tips of the Day

Last week 3 hari amik MC. Start hari Rabu sampai Jumaat. 3 hari jugak tak pergi kerja. 3 hari jugak terbaring atas katil. Sampai sakit2 badan baring je. Penyakitnya? Memang misteri nusantara. 1st day doc cakap maybe gastrik. Malam before tu siap tak boleh tidur dok asik muntah je kan. Abis lembik lesu. Sy ni memang agak jarang sakit. Ye. Walaupun saya kurus tapi saya sihat dan kuat :) Tahun ni, ni la kot tetiba sakit.

2nd day datang balik klinik sebab cam tak ada perubahan pun. Cam makin teruk je perut. Doc pun boleh tak de idea dah sakit apa. Maybe denggi. So amik la darah. Petang tu dapat result darah ok je.

3rd day datang lagi sekali. Doc tu pun dah malas nak layan agaknye. Dia suruh pergi hospital terus buat further check up. Btw gambar2 ni amik time 3rd day. 1st and 2nd tu memang lemah longlai tak berdaya nak buat apa. 3rd day still sakit tapi cam gigih2 jugak snap. Tak best la nak cerita kalau tak nampak gambar nye.

Sy memang malas betul nak pergi klinik ni. Apetah lagi hospital. Tapi dah mak dah beria2 suruh pergi, memang tak boleh nak cakap apa la kan. Bila kerisauan mak dah melebihi kerisauan ku terhadap diri sendiri, maka kena la pergi.

Walaupun MC, hati dok resah gelisah pikir kerja kat ofis. Mak aku pun bising kenape la sayang sangat kat ofis tu. Tak payah la nak rajin2 sangat. Of course la aku tak rajin kan. Tapi tetiba teringat lagi 2 hari projek tu nak sign off. Memang la tak de apa yang pelik. Tapi bayangkan aku dah 2 bulan dengan team aku tu bersusah payah bertungkus lumus buat kerja. Tambah2 aku la satu2 nya junior dalam team tu. Kene tegur, kene marah, perli, kutuk habis sume la kene. Dari tak tau apa sampai la tau semua. Tetiba bila dah nak end of project aku tinggal kan kerja terbengkalai. So rasa cam tak best.

Tak tau la korang paham ke tak. Tak best tu sebab tak dapat menikmati detik2 terakhir nye. Merasa nikmat kemerdekaan yang sebenar lepas penat jerih gigih bekerja. Ape daa aku merepek ni. Harap2 ada la orang yang faham perasaan aku yang aku cuba describe kan tu. :P
Ben 10 pun ikut pergi klinik jugak.

So on the 3rd day tu pergi Hospital Tawakal. And sekali lagi doc tu pun tak berapa sure aku sakit apa. Maybe gastrik, maybe food poisoning. Tapi dia cakap tak serius sebab dia nampak aku sihat je. Hello doc. Abis tu tak kan nak i datang merangkak2 baru u cakap i sakit? Tu aku cakap dalam hati je la kan. Padahal dalam perut aku dah macam2 bunyi. Bukan setakat vibrate. Ada bunyi air mengalir, paip pecah, gendang, cengkerik and macam2 lagi la. Dah macam loji air je dalam tu. Sakit nya hanya Tuhan yang tahu.

Sampai sekarang pun tak habis2 lagi makan ubat-ubatan tu. Kiranya ni sakit 2nd teruk pernah aku alami lepas denggi. Denggi tu memang terus hospitalized.

Sakan betul aku pergi klinik hospital kan. Laju je pasal ada ING card. Menghabiskan duit company je. Tapi best pulak pakai. Macam pakai kad kredit pun ada. Just tak boleh pakai for shopping la kan. Tak dapat pakai credit card, ING card pun jadi laaa.
Hai obat...hai obat...mari makan obat. Tau tak lagu tu?Ubat sebeban hasil lawatan 2 hari ke klinik. Hehehe. Rasa nak terkeluar balik je makan. Banyak sangat. Sekarang dah sihat simpan je la.
2 keping MC. Mula2 dapat 1 hari je. Dah doc tu pun dah tak tau aku sakit apa esoknya dia terus tambah 2 hari lagi. Senang. Tak de la aku datang kacau dia dah :D Pecah rekod amik MC paling banyak setakat ni. Kalau tidak paling terer pun 2 hari je.
Ni pulak ubat hospital yang dikatakan ori tu. Doc tu la yang cakap kan. Aku telan je. Mana ku tau ori ke tidak. Tapi agak berkesan coz nampak perubahannya lepas makan. Tak de la perut rasa cam loji air dah.
Wednesday, September 16, 2009
Duit Raya
Posted by cuna: disebabkan ade technical prob, kene mintak tolong meor publish kan.
Wednesday, September 9, 2009
Cantik kan??
09/09/09
09:09 PM
Cantik kan date ari ni? I lloike (^_^)
Tapi tak de pape yang menarik pun yang jadi hari ni
Pegi keje cam biase, bekerje sampai rase lunyai n terus balik umah
Nothing special for today
Tak de pape jugak nak story
Saje nak cakap date arini sangat cantikkkk :P

