nuffnang

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Movie: Despicable Me 2

07/07/2013 - Sun

Alhamdulillah dah masuk 3 hari kita semua berpuasa. Cerita puasa kami biasa2 sahaja. Maybe lepas ni nak kurangkan keluar rumah especially weekend la kan. Weekdays memang sentiasa dalam rumah je. So Ahad hari tu pepagi kami dah keluar. Hari tu kan dapat free tickets Despicable Me 2. Free seating pulak tu. Kena la datang awal2 kalau tak nak dapat seat depan. Lenguh nak mendongak kang T_T

Sampai2 tengok dah ada orang buat 1 line dekat entrance...huhu...1st time tengok orang nak tengok wayang kena beratur dulu. Show start pukul 11 pagi. Tapi 10.50 baru dapat masuk. Time kitorang sampai baru pukul 10.30. So boleh tahan lama jugak la beratur dengan penuh kesabaran di dada. Dah lepas entrance tu pulak kena jalan laju2. Yang lari pun ada. Nak cop tempat best punya pasal. Dah free gitu la kekdahnya. Nasib baik kitorang sempat duduk dekat twin seat. Senang sikit nak letak Irfan.


Nak ambik gambar Irfan dengan Superman tapi dia sibuk dok kaji patung tu pulak...huhuhu....Ohhh...Pasal Despicable Me 2 tu memang awesome lah! Aku ni memang jenis tak suka tengok kartun. Tapi seriously movie ni is the best cartoon I've ever seen! Really entertaining. Memang sangat kelakar with those adorable minions. This round memang banyak sikit part yang ada minions compared to previous movie. Asal dorang keluar je confirm orang akan gelak. It was so happening coz memang penuh satu theater tu.

Lepas tu ada lagu2 old school yang best n dah lama tak dengar ada dalam movie tu. Tapi lagu versi minions la especially lagu YMCA n I Swear tu. Memang kelakar habis. Penat gelak :P Enjoy sesangat tengok movie kali ni. Irfan pun sit still until the end of da show since dia memang minat cerita ni. Dok layan Despicable Me 1st entah berapa kali. Kids confirm suka punya la movie ni. Not even kids la kot. Orang dewasa pun confirm suka. Boleh tersenyum la lepas keluar theater kiranya ;) Boleh bagi 11 stars out of 10 sebab best giler ;)


Sesekali tak dok dalam stroller kemain susah nak handle si kecik ni tau. Memang berlari sesuka hati dia. Lepas tu jalan tak tengok orang...huhu...Sekejap je ni. Lepas tu laju2 pegi ambik stroller dekat kereta. So far memang kitorang fully utilized la stroller tu. Irfan pun super duper lasak. Tak nak orang pegang2 dia. Lagi selamat letak dalam stroller kot T_T


Request si anak bujang nak singgah Toys 'R' Us. Meriah dengan toys Monsters University n Despicable Me 2 dekat depan tu. Irfan pegang tu fart guns yang minions pakai dalam movie tu...hahaha....lawak2. Bila tembak bunyi kentut. Benda ni pun dorang jual jadi mainan budak :D


As usual kalau datang ToysRUs ni kena singgah sini. Suka sangat main lego ni. Dekat rumah pun sama. Kekadang tu rasa nak simpan terus je sebab kalau dah start main tu dia punya sepah memang tak tahan. Kan benda tu kecik2. Lepas tu bila main baling rata2. So nak mengutip tu rasa liat je. Hari2 pulak tu T_T Tapi demi anak ku rajinkan diri jugak. Lagipun seronok bila tengok dia khusyuk main tu.



Ni la satu2nya harapan nak bagi dia tido. Kekadang bila mengantuk sangat dia akan jadi hyper semacam. Letak dalam stroller sekejap je dah tido. Memang dah mengantuk sangat sebab kena paksa bangun awal :P


Kekononnya nak cari tempat makan. Masuk 2 kedai dua2 pun full house. Last2 singgah Secret Recipe even tak rasa pun nak makan dekat situ. Order spagetti olio sebab tak pernah try. Not my taste. Sedap lagi yang Pizza Hut punya kot T_T


Prawn macaroni n cheese...


Irfan tido dengan nyenyaknyerrr...


So boleh la kami duduk n bercamwhoring tanpa rasa bersalah :D


Next kami ke Puchong. Pegi MyDear warehouse sale. 1st time ni pegi. Dari mengandungkan Irfan lagi berangan nak pegi tapi tak lepas2. Guess what? We bought a new car seat for Irfan...hehe...Dah 2 tahun lebih baru nak beli car seat untuk dia. Before ni pakai yang orang bagi je. Span dia pun sampai dah koyak rabak. Nak cari alas seat saje tak tau kat mana. So beli je la yang baru. Selagi Irfan boleh dok dalam tu kita pakai. Lagipun kalau tak letak dalam car seat nanti dia akan mengganas dalam kereta. Nak selamat n senang handle pakai car seat je la.

 Itu pun nasib baik tak beli stroller. Disebabkan kitorang datang last day dorang lelong display stroller. Sementara kitorang nak discuss kejap je orang lain sapu dulu...huhu....Memang plan nak cari stroller yang murah2 je n yang kecik sikit. Senang nak sumbat dalam bonet kereta yang comel tu. Stroller best2 harga RM 60 - RM 150 je. Tapi tak ada rezeki kami. Nak beli yang mahal rasa tak berbaloi pulak since dah ada stroller yang lama. Last2 pegi beli travel case. Tak pernah plan tak pernah survey pun main beli je. Tak sampai RM 100 pun. Iye2 je beli. Padahal boleh kira kot berapa kali je travel dalam setahun :P


Sebab dah dekat Puchong, aku pun pujuk2 Papa Irfan pegi Shah Alam kejap singgah Qaira Hijab...hehe...Kekononnya nak tengok2 baju kurung. Padahal dah tempah sepasang. Saje gatal nak cari lagi sepasang...hahaha....Sekali lepas belek2 macam tak ada yang berkenan. Last2 beli shawl n inner yang tak dapat beli hari tu. Cam berkira2 sket nak beli sebab dah tak ada sale macam opening hari tu. Time nak bayar tu boleh pulak suruh cashier tu panggilkan owner dorang sebab nak ambik gambar :P


Tadaaaa....Dengan owner Qaira Hijab, Ainil Hawa. At last dapat jugak bergambar dengan dia. Ni pun after 5 times snap tau...fuhhh...Tu pun still tak berapa nak sharp. Maklumla kamera dari henfon cikai je T_T Tapi ai tetap excited macam dapat bergambar dengan retis :P

Btw kali ni datang siap Ainil yang bukak kan pintu. Sempat la dia layan kejap tunjuk2 kan shawl n baju kurung raya since tak ramai orang time tu. Just time nak balik tu dia tengah meeting dalam bilik. Tebalkan je muka mintak nak ambik gambar dengan dia jugak. Kalau tak nanti menyesal....hahaha....In person memang lagi lawa orangnya. Sangat soft spoken n down to earth. Sempat la borak2 kejap. She's a lecturer n at the same time running a business. Dia sendiri jugak yang jadi model. Tu yang semua tudung pun nampak cantik tu. Lepas tu semua pun rasa nak beli =)


Begitu la hari kami Ahad lepas. Memang full of activities from morning till night. Balik tu aku kena drive sebab banyak sangat request nak singgah sana sini...huhu...Dah lama tak drive n sangat liat nak drive tme malam. Tapi nak pegi Qaira Hijab punya pasal ku gagahkan jua T_T Selamat berpuasa semua n enjoy ur weekend=)

Friday, July 5, 2013

Meet the Minions

30/06/2013 - Sun

Hari Ahad bersantai2 je di rumah. Dah petang tetiba Papa Irfan ajak ke OU. Nak try luck redeem free ticket Despicable Me katanya. But for this time tak boleh main ambik je. Kena jawab soalan dulu. Kitorang sampai sharp pukul 5 petang dekat tempat yang dorang bagi free ticket tu. Ada 3 session, 12.30 pm, 5pm n 7.30 pm. Kitorang orang 1st sampai situ. Tak nampak pun ada orang lain yang tunggu jugak.


Lama2 Irfan pun bosan la dok situ. Aku pun bawak la dia jalan2 ke kedai dekat2 situ. Papa Irfan je yang tunggu sambil main2 henfon. Tetiba dah dengar bunyi meriah je dekat belakang. Toleh2 tengok ramai orang berlari2 kejar maskot minions. Tau2 je semua dah beratur nak ambik gambar. Last2 kitorang beratur dekat belakang jugak...huhu...Dorang ni memang pantas dan tuntas betul. Entah datang dari mana pun tak tau.


Dan ni la hasilnya. Orang lain hepi2 ambik gambar Irfan boleh menjerit dengan penuh perasaan pulak time nak ambik gambar tu. Biasanya dia tak takut pun dengan maskot apa2 pun. Ni gara2 ada tangan minion tu terpegang dia. Beratur sikit punya lama last2 dia pegi buat drama...hehe....Irfan oh Irfan...Lepas tu elok je dia riang gembira.


Then pegi The Curve makan2. Terus shopping groceries dekat Tesco lepas tu. Oh time ni dah rasmi inner baru yang beli dekat Qaira Hijab hari tu. Suka inner dia sebab tak kecik sangat. Biasa cukup2 cover tengkuk aje.


So ni la our Despicable Me free tickets. Kebetulan masa beratur nak ambik gambar tu ada orang datang tanya soalan. Even tak berapa sure nak jawab dia siap bagi option pulak. So senang la nak jawab ;)


Hopefully nanti Irfan dok diam la kan. Lagipun dia dah memang selalu tengok Despicable Me yang 1st. Aku yang tak berapa minat sangat kartun ni pun terjebak jugak sebab selalu teman Irfan tengok. Tak sabar nak tengok Gru yang kelakar plus Agnes n minions yang comel2 itu ;)

Thursday, July 4, 2013

Qaira Hijab New Boutique Opening

29/06/2013 - Sat

Akhirnya berjaya jugak tengok Man of Steel hari tu. Ingat tak sempat dah sebab asik tangguh2 je. Nak tengok cerita ni kena la tinggalkan Irfan. Tu yang macam susah sikit. Kena tunggu masa yang sesuai dulu. Memang tak rugi la pegi tengok. Memang super duper best. Hero pun hensem walaupun tak femes. Bapak Superman lagi femes. Kevin Costner n Russell Crowe ;) 

Memang full of actions cerita ni. I loike! Memang cerita dari Superman tu lahir, sampai la macam mana dia sampai ke bumi n macam mana dia tahu siapa dia yang sebenar, lawan dengan orang dari planet dia sendiri n last2 jadi reporter dekat Daily Planet tu. Memang menarik jalan cerita dia walaupun dah pernah tengok yang dulu2 punya. Lagipun Superman kali ni dah tak pakai spender dekat luar dah. So macho :D


Petangnya kami ke Shah Alam. Beria pujuk Papa Irfan datang butik Qaira Hijab yang baru bukak dekat Seksyen 9. Nasib baik berjaya sebab lepas tu boleh balik kampung terus kan ;) Sampai2 memang agak ramai orang dalam tu. Dalam gambar ni ambik time nak balik. So dah tak ramai. Masuk2 terus nampak owner Qaira Hijab. Plan nak ambik gambar dengan dia before balik. Lagipun mata dah berpinar tengok tudung yang meriah dekat situ.


Irfan la orang yang paling seronok sekali. Tempat tu luas, so seronok la dia lari sana sini. Ajak duduk sekejap pun tak nak. Actually aku tak plan pun nak beli apa2 dekat sini. Saje nak cuci mata. Lagipun dulu time rancak pakai tudung ekspres memang selalu beli tudung online Qaira Hijab ni. Memang banyak beli dari situ je. Nak pegi butik pun jauh sebab butik yang lagi satu dekat Teluk Intan. Masa tu dorang tak jual shawl lagi. Yang ada pun hafmoon beads.



Rupa2nya dorang ada buat makan2 sekali. Kitorang pulak baru balik dari makan. So agak rugi la di situ sebab memang dah kenyang dah...huhu...Makanan pun dah nak abis sebab kitorang sampai pun dah pukul 6 petang.


Memang macam2 jenis tudung ada. Shawl printed, plain, halfmoon, syria, tudung ekspres semua ada. Sekarang aku dah stop beli tudung ekspres. Kalau nak pakai pun pakai yang sedia ada je. Tak berniat nak tambah collection dah.


Butik ni pun besar. Memang rambang mata la tengok tudung yang cantik2 dekat sini. Sebab hari tu 1st day opening so mostly ada sale. Banyak yang 20% sale. Excited je tengok sebab setakat yang aku beli online memang semua normal price je.


Dah dekat kaunter cashier. Mesti la ada hasil. Siap dapat membership card free. Tapi terlepas dapat free gift. 1st 100 customers je yang dapat free gift. Aku dah orang yang ke 111 T_T  Just wondering apa la agaknya free gift yang dorang dapat tu kan.


Hasil rembatan. 1 inner, 1 plain shawl n 2 halfmoon beads. Inner tu kena beli jugak sebab ada shawl yang kalau pakai jenis melekap dekat dahi. Aku tak minat sangat halfmoon beads sebenarnya. Rasa macam meriah semacam bila ada bunga2 atas kepala. Tapi entah kenapa macam minat pulak design macam tu...heheh...Sekali rembat sampai 2. Plain shawl tu pun ingat nak ambik lagi 2 helai. Lama jugak pikir n then pejam mata je la letak balik....hahaha...Kopak jugak wallet kalau semua pun nak beli kan.


Dah bayar tu dorang siap bagi sebungkus nasi ayam tapau bawak balik. Yang tak bestnya time tu owner dia dah balik. Tak merasa la aku nak bergambar dengan Ainil Hawa yang cuns melecuns tu kan...huhu...Tapi tetap puas hati sebab dapat pegang telek belek semua tudung2 dekat situ. Kalau dekat dengan rumah confirm tiap2 minggu kot aku datang lawat butik ni ;)

Wednesday, July 3, 2013

Movie: Monsters University

23/06/2013 - Sun

Alhamdulillah sekarang ni dah tak berjerebu kan. Harap2 terus ok la lepas ni. Tak dapat bayangkan kalau berjerebu di hari raya. Tak kan nak terperuk dekat rumah je kan. Tapi hari tu even berjerebu pun kitorang keluar jugak macam biasa. Lagipun kira ok la kot sebab bukannya keluar dekat open space. Kenduri tu memang tak boleh nak buat apa la. Redah la jugak. Kenduri kawan lama kot. Esoknya kitorang ke OU lagi. Nak tengok Monsters University =)

Sangat cute ok cerita ni. As usual kalau cerita kartun berani la nak bawak Irfan sekali. Tu pun dekat2 nak habis dia dah start tak boleh duduk diam. Nak pegi jalan2 pulak dalam tu. Dah start nak jerit2...huhu...Dah bosan la tu. Padahal bila pasangkan Monsters, Inc dekat rumah elok je dia dok diam. Siap dok ulang banyak2 kali pulak tu. Best jugak movie ni. Tak tau la mana lagi best sebab aku pun tak pernah tengok Monsters, Inc lagi. Kira Monsters University ni cerita pasal macam mana Mike n Sully tu boleh jumpa before dorang kerja dekat Monsters Inc tu. Best sebab kelakar n cute pulak tengok monsters yang colourful tu ;)


Balik tu singgah Uniqlo. Hari sebelumnya dah datang tapi Irfan tido so tak boleh buat video dekat sini. Ada booth camera pop-up. Kena pakai baju yang dorang sediakan. From UT range. 2 beranak je join. Aku segan...hehe...Ni aku ambik gambar je la. Dorang buat video. So kena la buat movement sikit2.


Lupa nak ambik gambar full. Dekat tepi tu ada skrin. So boleh la tengok macam2 aksi yang orang buat. Kreatif memasing. Kelakar pun ada jugak sebab dia play banyak2 kali. Buat video ni pun bersebab. Sebab nak dapatkan RM 20 voucher sorang ;)


Singgah makan n Irfan terus tertido dekat situ jugak. Dah penat sangat dia.


Irfan tido kitorang pun lepak2 la kejap...


Alahaiiii gambar yang blur. Ikutkan hati ni memang meronta2 nak tukar henfon. Tapi memandangkan pakai BB ni pun tak sampai setahun lagi maka bersabarlah wahai hati T_T


2 helai baju untuk Irfan. Pakai 2 voucher yang dapat time ambik video tu. Dapatla kurang RM40 which is quite worth it. Semangat belikan baju Monsters untuk Irfan. Mentang2 la baru tengok cerita tu :P


Tak pasal2 beli tumbler ni dekat TGV. Cannot resist as it's too cute. Blue color pulak tu ;)


Weekend ni nak pegi tengok movie lagi. Despicable Me pulak. Dapat tiket free lagi ;) Akan di'update' nanti kalau rajin =)

Friday, May 10, 2013

Movie: Iron Man 3

04/05/2013 - Sat

Seperti biasa memang tak boleh tahan nak tunggu tiket murah bila sampai part movie superhero nih. Sempat tunggu 2 minggu aje. Redah je la beli tiket mahal. Siap ambik couple seat sebab bawak Irfan sekali. Tu pun lepas banyak kali pikir. Takut dia tak nak dok diam pulak dalam tu. Ada yang balik sekerat jalan kang.


Hasilnya not bad la. Ada jugak la time2 Irfan dok tanya "Mama! Nak men men". Men men tu Iron Man la kan. Ultraman dengan Spiderman pun dia panggil men men jugak :) Dia akan jadi gelisah bila tak nampak Iron Man yang pakai suit. Kalau muka Robert Downey je yang kua memang dia tak kenal pun tu Iron Man. Kebetulan Iron Man 3 ni memang tak banyak scene yang dia pakai suit. Menggelabah jugak la nak bagi Irfan diam. Kuat pulak tu suara dia...hahaha...Siap ada part yang Pepper terjatuh dia macam nak menangis. Dah la semua tengah diam. Punya la menghayati watak kan :D


Overall ok la Iron Man 3 ni. Tak best sebab tak banyak scene yang pakai suit Iron Man. Lepas tu banyak part yang menyedihkan. For me lagi best Iron Man yang 1st and 2nd kot. Apa2 pun Robert Downey Jr. memang sangat kacak dalam Iron Man 3 ni. Nampak lagi muda. Maybe sebab hair cutting dia kot ;) Lepas ni nak tengok Iron Man kena tunggu Avengers 2 pulak.

Habis tengok wayang pegi kereta nak ambik stroller before sambung jalan2 lagi. Budak kecik ni nak tido pulak. Kemain dia dok fire orang sepanjang jalan T_T 


Iron Man dah penat. Kena recharge bateri...hehehe...


Masa dia tido kitorang singgah kedai mainan beli Iron Man Repulsor ni. Suka kemain dia. Tak tau la sampai bila boleh bertahan benda alah ni :P


Actually semua gambar ni capture dari video. Dah berapa kali ulang tengok video tu. Lawak giler. Bersungguh2 dia buat macam Iron Man. Nak letak kat blog background pulak tak berapa cantik. Memang tengah semak. Boleh pitam kalau korang tengok...hahaha...




Lega rasanya dapat keluar rumah time weekend. Tu pun sebab ada reason yang kukuh. Nak tengok Iron Man. Sekarang ni nak kena ada reason baru boleh keluar. Tak boleh keluar tanpa arah tujuan T_T Tak sabar nak tunggu weekend ni. Ada solid reason nak keluar. Hopefully plan menjadi =) Happy weekend uols!

Friday, April 26, 2013

Movie: G.I. Joe Retaliation

20/04/2013 - Sat

Berjaya tengok G.I. Joe dengan harga tiket early bird...hahaha...Memang tak rugi tengok walaupun kitorang masuk agak dah lambat beberapa minit. Baru je tengok G.I. Joe yang 1st semata2 nak tengok G.I. Joe yang baru ni. Kang tak paham pulak. Tengok yang download aje. Nak harap tengok TV memang tak jadi sebab kena layan anak bujang. 

Overall memang best la. The Rock best je walaupun aku bukan peminat dia. Bruce Willis pun best dan macho walaupun dah tua...hehe...Tengok ending macam tak berapa nak habis je. Mesti ada sambungan lagi ni. Tak sabar nak tengok Iron Man 3 pulak ni. Robert Downey Jr. kot. Mesti lagi gempak. Tapi kena bersabar dulu. Bagi harga tiket jadi murah sikit...hahaha....


Pemandangan biasa bila dah berdating berdua tu...hehe...


Petang tu keluar balik. Kononnya nak bawak Irfan tengok Croods. Macam kerja giler jugak la tengok 2 movie dalam sehari. Tapi last2 tak jadi pun sebab kitorang main redah je and seat pulak dah full. So kita round2 aje.


Pandai betul berlakon tau budak ni. Bila suruh pandang kamera lagi dia mau pandang tempat lain. Cubit kang baru tau!


Agak mencabar jugak bila sekali sekala round2 mall without stroller. Nasib baik la ada Papa Irfan yang gagah tu nak tolong dukung Irfan kalau dia dah start berlari sesuka hati dia....huhu...Tak tau la sampai bila nak harapkan stroller je. Hopefully before dia 3 tahun la kan.


Yaayyyy...Esok dah cuti. Happy weekend uols!

Friday, April 12, 2013

Wedding + Layan Movie


31/03/2013 - Sun

Macam nak tak nak je update belog sekarang ni. Rasa nak tutup terus blog ni. Bukan ada orang kesah pun kan...huhu...Nak tepek gambar wedding. Biasanya aku akan tulis wedding siapa. Kali ni tak ingat pulak namanya. Memang tak dapat recall. Tapi ni kenduri abang kepada adik ipar aku. 


Sama cantik sama padan. Baju pengantin perempuan pun sangat gojes. I loike!



Time pengantin makan beradab kitorang dah balik. Agak lama di situ sebab datang awal. Irfan pulak seminit pun tak nak duduk. Merata dia berlari...huhu...


Balik dari kenduri siap2 nak keluar pegi OU pulak. Tengok Bola Kampung The Movie. Macam tak percaya pulak aku tengok cerita kartun dekat wayang. Kartun Malaysia pulak tu. Saje nak test Irfan ok ke tak dok dalam tu. Hasilnya memang Irfan duduk diam dari start sampai habis movie. Tak ramai orang pun dalam tu. Orang siap boleh pindah2 tempat lagi. Kitorang pulak pegi ambik couple seat nk bagi Irfan duduk. Kalau tau orang tak ramai memang ambik seat biasa je.

Not bad la movie tu. Sangat mengagumkan jugak la sebab hasil kerja anak Malaysia. Kalau tengok dekat YouTube memang gambar tak cantik lansung membuatkan macam teragak2 jugak nk tgk movie dia. Tapi memang totally different. Irfan pun baru tengok sekali dua Bola Kampung dekat YouTube. Maklum la dekat rumah memang tak pasang Astro. 


Balik jalan2 kejap then kasi Irfan main seround dua.


Happy weekend uols!