24/11/2010 - WedLast week hari Rabu pegi buat antenatal checkup lagi. Pukul 9 pagi dah tercongok kat KKIA tu. Tersengguk2 mengantuk tunggu turn. Dekat pukul 12 jugak la baru settle. Ni la aktiviti bulanan yang paling membosankan. Tapi demi baby ku gagahi jugak T_T
Camni la kalau buat checkup kat gomen. Kena la bersabar kan. Dah dapat free tu. Dapat pulak time nurse tengah tak ada mood. Lagi la mengurut dada tahan sabar. Fuhhh....Nak buat kat private clinic or hospital paham2 aje la kos nyer. Nak pulak insurans company tak cover part2 pregnancy ni. Tapi nanti dah dekat2 nak due date memang dah plan nak sambung checkup kat private medical center. Tak sanggup aihh nak deliver kat hospital gomen.

Cakap macam dah 3x kali beranak kat hospital gomen je kan :P Actually aku dah pernah warded kat HKL time kena demam denggi. Rasa dah serik dah nak jejak kaki kat situ. Tak sakit pun boleh jadi sakit ngan treatment certain nurse2 dorang. Even budak praktikal pun 2x5 je. Tak pe la keluar duit sikit asalkan bahagia. Sikit lagi boleh claim kat company.
Tiap kali checkup biasa la kena amik darah, timbang berat n amik blood pressure. And macam biasa jugak Hb low lagi. Kena bebel2 suruh makan sayur, minum susu, tidur secukup nye. Part tido tu memang lebih dari cukup la kot. Mana tak nya. Cuti seminggu dok rumah semedang. Tak cukup tido tu memang pelik la kan....hiks!
Lagi sekali kena cucuk kancing gigi (tetanus). Hari tu minggu yg ke 20 dah cucuk sekali. Ni minggu 24 kena lagi sekali. Ingatkan sekali je. Rupa2nya 1st baby memang kena cucuk 2 kali....
sob...sob...sob....tak sukaaa kena cucuk. Lepas cucuk sengal2 bahu belah kiri. Gerak sikit dah sakit. 3 or 4 hari lepas tu jugak la baru ok =)

And malam tu jugak berkobar2 pegi klinik nak scan tengok baby boy ke girl. Dah lama dah tunggu saat2 ni. Dah banyak kali asik tangguh2 je sebab bz tak habis2. Lagipun tu 1st time nak tengok baby ngan Myo. Berita baiknya....baby sihat n normal =) Dan lagi baik bila doc cakap baby kitorang ni adalahhhhhh.....baby BOY!!!! Senyum lebar aku bila dapat tau tu. Tapi doc cakap maybe je sebab tak clear sgt. Time scan tu baby macam tengah pusing sket. Malu2 gitu. Tu mesti mewarisi sifat2 mama nya....ahaks!
Tapi before scan aku macam dah dapat rasa jugak la baby dalam perut ni boy. Kalau tak dapat boy pun tak ada la nak frust ke hape kan. Just for first baby memang mengharapkan baby boy. Kalau girl pun best. Boleh shopping baju kiut miut banyak2 ;) Apa2 pun yang penting baby sihat....Berat baby dah 777 g sekarang :)

Time scan tu baby tak banyak gerak. Dok diam je. Padahal before sampai klinik sakan jugak tendang2. Lagi best lepas dah scan tu lagi kuat buat sepakan penalti sampai aku pun gerak2 sekali...punya la kuat kan. Macam ada ombak dalam perut pun ada. Tapi best je.
Time2 sekarang memang rasa nikmat je preggy. Sakit2 pinggang tu boleh tolak tepi je. Jalan semput2 pun boleh tolak tepi. Ok je kalau nak dibandingkan dengan time 1st trimester dulu. Morning sickness sampai tak larat nak bangun. Melepet je hari2. Dekat 4 bulan jugak la lepas tu baru ok. Time tu memang rasa lama je masa berjalan. Tu la dugaan time preggy. Lain orang lain pulak cerita nya. Tapi tu semua baru sakit sampingan je. Sakit time nak deliver nanti mesti lagi berganda2. Mintak2 semuanya dipermudahkan oleh Nya nanti....Amin...