nuffnang

Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Day 23 & Selamat Hari Raya

Salam Ramadhan. Dah ada yang dah start cuti raya ke? Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa. Dah masuk bulan 8 dah pun. Baru ni la nak update pasal bulan puasa. Last update dah masuk bulan puasa tapi pegi update cerita before puasa. Lepas tu terus menyepi. Macam tak lalu dah nak update belog. Tapi sebab kesian tak ada update di bulan puasa ni aku kasi update la sekali before raya. 

Ni gambar masa 6 Ramadhan kot. 1st weekend berpuasa. So adik beradik yang lain ramai la datang berbuka dekat rumah mak. Memang meriah sorang sikit bawak makanan. Tiada pembaziran berlaku ye walaupun makanan banyak sebab kitorang memang ramai =) Minggu2 yang lain dah tak meriah sebab masing2 dah ada agenda masing2. Kitorang je yang setia berbuka dengan mak n ayah. Tak keluar pegi ukur mall pun even weekend. Tiap2 minggu tak miss berbuka dekat rumah mertua. Macam tak percaya :P


14 Ramadhan si kecik molek ni dilahirkan ke dunia. Qaisara Nadhirah. Anak sulung adik aku. Cucu yang ke 23 mak n ayah. Lahir pun 23 Julai. Seminggu before birthday atok. Molek sangat la tu ;)


18 Ramadhan cubaan berbuka di luar. Memang tiap2 hari kami berbuka di rumah je. Tak sampai hati nak biarkan mak berbuka sorang2 dekat rumah. Ayah pulak memang biasa berbuka di masjid. Kebetulan hari tu mak pun nak berbuka di masjid. Kitorang pulak keluar jalan2 before tu. Terus plan nak berbuka di Times Square. Sampai2 dah 5.30. Pegi Kenny Rogers fully booked. Secret Recipe pun sama. 

End up dapat reserve dekat Wendy's. Bila datang lagi sekali nak beli foods tengok2 orang lain dah relax je dok meja yang kitorang book tu. Memang hampehdotcom betul. Last resort berbuka di Krispy Kreme. Makan donut n sandwich n terus pecut balik rumah. Last2 beli nasi arab dekat depan rumah je...haha...Punya la jauh berjalan. Baik awal2 beli nasi arab berbuka dekat rumah je ken :P So experience berbuka dekat luar adalah sangat horror sebab orang tersangat la ramai. Everything seems kelam kabut. Maklum la dah biasa berbuka di rumah. So tak tau macam mana keadaan dekat luar T_T


Ni agenda asalnya. Pegi Luxasia warehouse sale dekat Parkroyal. Actually dah cuba menahan diri supaya tak pegi sana. Lagipun tak ada partner in crime. 1st day boleh tahan lagi. 2nd day memang tak senang duduk tambah2 bila Ayna bagitau dia tengah shopping dekat situ. So pecah dah pecah rekod la untuk tahun ni. Luckily hubby nak bawak. Kalau tak memang tak lepas la nak drive kat tengah2 bandar tu. Dapat 6 stuffs for myself. Ni pun memang control habis dah ni. Tak banyak macam previous haul. Beli perfume 2 botol, shower gel 1, cleanser 1, make up kit 1 n lipstik 1. Done. Puas hati. So tak ada la asik teringat2 je kan ;)


Kelmarin 21 Ramadhan akhirnya berjaya berbuka di luar seperti yang dirancang....hehe...Berbuka di Nando's yang baru bukak dekat rumah kitorang ni. Saje nak try test Nando's baru :P Mencabar jugak la sebab nak kena tunggu dari pukul 6.30 dekat situ. Paham2 la budak kecik macam mana. Mana boleh nak duduk lama2. Dah hujung2 tu Irfan boleh pegi berdiri atas kerusi buat show pulak. Kami pasrah je la T_T


Irfan Naufal so far dah 2 kali join bangun sahur. Ada sekali tu orang dah habis sahur dia baru nak pegi dapur...haha...Makin banyak akal anak bujang aku sorang ni. Kadang2 rasa out of control dah...huhu...Ni baru anak sorang oi. Tapi penat2 layan dia pun selalu je nak tergelak tengok gelagat dia yang dah macam2 tu. Memang sekarang tengah berada di fasa comel ;)


Di bulan puasa ni jugak dapat tahu kena transfer ke company lain. After 4 years working at current company. Actually dah start dah awal tahun tapi by batch. Aku termasuk dalam 3rd batch. So hari ni officially dah under company baru. Company baru dekat Cyber. Alhamdulillah still boleh work from home macam biasa tapi tak tau la nanti2 macam mana. Hari ni ada onboarding session ala2 orientation la kan. Jauh pulak rasa nak ke Cyber. Ada jugak dugaan untuk kami before puasa lagi. Tapi tak dapat nak luahkan di blog kesayangan ni. Hopefully kami dapat tempuhinya selagi terdaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kami. Aminnn....

Rasanya lepas ni tak update blog dah kot sampai la lepas raya. So nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir & batin. Semoga bergembira bersama yang tersayang di hari raya nanti. Yang balik kampung jauh2 tu berhati2 di jalan raya ye =)

Tuesday, July 9, 2013

Semanis Pavlova

17/02/2013 - Sun

Esok dah nak puasa. Tetiba teringat buah2 dalam peti sejuk lebihan buat pavlova hari tu tak habis lagi. Terus buat pavlova semalam alang2 Irfan pun tengah sedap tido. Baru hari ni jugak rajin nak update pasal misi pavlova ni. Actually 1st time buat masa bulan 2 hari tu. Before ni kan aku ada cerita aku ada order pavlova dari Kak Irma. Lepas makan terus jatuh chenta. Tapi Papa Irfan tak bagi order dah. Kalau nak makan lagi kena buat sendiri T_T

So buat la jugak refer resipi sana sini. Ni hasil 1st trial. Meringue macam hangit sikit. Tu pun dah ikut suhu n masa dalam resipi time nak bakar tu. Maybe sebab bentuk dia yang tinggi rendah tu kot. Bab nak bentukkan tu aku memang fail T_T


Taraaaa...Dah siap. Susunan buah2 pun nampak skema je...hahaha...Ni kes nak jimat buah la ni. Takut tak cukup. Sekali banyak giler lebih.


Walaupun hangit sikit boleh je makan. Langsung tak rasa part yang hangit tu bila dah rasa masam manis semua. Laku je pavlova ai ;)


2nd time buat macam cantik sikit la bentuk dia. Ni pun Papa Irfan yang tolong....hehe...Dia kan master chef. So kasi dia je la yang buat :P


Topping aku pakai ready made whipping cream je. Tak berapa nak rajin buat whipping cream sendiri. Leceh sikit nak kacau lama2. Ada buat sekali tapi tak jadi pun T_T So pakai yang dah siap terus spray je atas tu. Letak buah2 terus boleh ngapppp =)


Yang tak bestnya ready made whipping cream dia cepat cair. Baru je spray terus dah meleleh2. Lepas tu tebing meringue pulak tak cukup tinggi. So meleleh2 la ia.


Rupa tu memang dah belakang kira.


Janji dapat makan dah rasanya pun sedapppp =)


Ni 3rd time buat. Baru buat minggu lepas. Selagi rajin nak ambik gambar kita ambik je la. Kang dah malas buat terus makan je. Again meringue yang dah siap bakar. Before bakar sibuk2 buat terus lupa nak snap.


Dah siap! Ni yang jadi la. Al kisahnya before tu dah buat tapi jadi capati pulak...hahaha....Boleh pulak silap pakai tepung. Patut kena pakai tepung jagung. Tapi lupa nak label hari tu. Main ambik je tepung dalam bekas. Sekali bakar jadi nipis giler. Tapi tetap boleh makan just rupa dia tu je macam capati :P


Semalam buat lagi. Makan pun belum lagi ni. Kalau dah start buat kena buat dua kali sebab nak habiskan buah2an yang ada. Nak makan saje masam sangat pulak. Again ada tragedi. Pavlova ku hangit. Entah macam mana api tu boleh terpusing ke lain. Biasa memang dah set api atas bawah. So memang konfiden je set suhu semua tapi api tak tengok lepas tu naik atas. Tau2 je dah bau hangit satu rumah...hehehe....So far ok la buat pavlova ni. Lagi senang dari buat kek. Just leceh sikit la.

p/s: p/s: Esok Insya-Allah kita semua akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebelum tu tuan punya blog nak mintak maaf andai kata ada tersalah silap terkasar bahasa terguris perasaan sepanjang mencoret di blog picisan ni. 0-0 ye. Selamat berpuasa semua =)

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha

Dah terasa suasana nak beraya hari ni. Kerja tak siap lagi. Team lead yang non Malay yang siap dah bercuti hari ni. Apa kes kan?

Tak tau lagi beraya kat mana esok. Bulih? Patut raya belah mertua tapi dorang nak balik Johor. Baru je tau. So sampai sekarang tak decide lagi T_T

Apa2 pun selamat manyambut Hari Raya Qurban buat semua. Yang nak balik kampung tu hati2 di jalan raya ye. Enjoy your raya peeps =)

Thursday, July 19, 2012

Melawat Pusat Sains Negara

08/07/2012 - Sun

Last2 week kitorang ke Pusat Sains Negara. Asik ke shopping mall je kan. Since keluar pun dah agak lewat plan asal nak ke Zoo Negara kena la cancel coz dah panas terik. Ke PSN aje la senang. Dah sah2 hujan panas pun no hal since tempat bertutup kan.


Dah lama berangan nak bawak Irfan ke tempat2 camni. Just mula2 ingat nak la tunggu dia besar sikit. Ni tak tau apa lagi. Tapi disebabkan mama ngan papa dia dah tak sabar2 sangat, bawak je dulu 1st round. Kasi intro dulu. Jap2 lagi dah besar sikit bawak datang sini lagi...hehe...

Boleh pulak dekat2 nak sampai tu Irfan sedap tido. Sampai dah letak dalam stroller n bawak masuk dalam PSN tu ngan orang ramai yang bising2 kat situ pun dia tak bangun2 jugak. Kejut2 dia boleh sambung tido balik. Haihhh laaa...Kita nak kasi dia tengok apa ada kat situ T_T


Last2 angkat terus dukung dia. Kesian dia terkejut mula2 tu. Bangun2 tengok ada ikan besar atas kepala...hahaha...Lepas nampak ikan lepas tu terus fresh. Sibuk tunjuk sana sini =)


Dekat entrace pun dah penuh orang. Ikan pun banyak kat situ. Besar2 pulak tu. Kalau tak silap dulu pernah datang PSN ni buat lawatan sambil belajar. Ehhh...Ke tak pernah sampai lansung? Tak ingat daaa...Kesimpulannya memang lama sangat dah tak datang sini sampai dah tak ingat ada apa kat sini.





Papa Irfan la paling semangat. Habis semua mende di'test'nya. Aku ikut aje la. Tu pun kejap2 cari tempat nak duduk. Irfan pun behave je. Pelik agaknya tengok mende2 yang dia tak pernah jumpa. Something new for him =)


Ada kids place jugak kat sini. For kids below 4 kot. Mainan for babies pun ada dalam ni. Macam dalam nursery pun ada. Meriah je. Irfan pun seronok. Tapi bila disuruh pandang kamera terus buat muka seposen T_T







Dah puas round2 belah dalam kat tengah2 tu ada playground. Meriah la ngan budak2. Yang macam cage tu untuk budak2 besar la kan.


Untuk budak baya Irfan ada tempat main jugak. Untuk 4 years below. Bila dah lepaskan dia kat situ apa lagi. Sakan la dia berlari ke sana ke sini ;)



Giant piano. Irfan suka kemain main piano ni. Mana tak nya. Bila pijak ada bunyi n keluar lampu. Memang macam mainan dia la. Ada pulak geng kat sebelah.



Lama melepak kat sini. Seronok tengok Irfan excited je =) Asik la tersengih. Kalau tak bila nampak kitorang nak amik gambar je terus buat muka...huhu...


Bila tengok2 gambar baru perasan baju Irfan ni dah senteng. Kesian Irfan mama kasi pakai baju kecik lagi...huhu...So lepas ni kena asingkan simpan dalam kotak dah. Memang kejap sangat pakai baju budak2 kecik ni. Tu pun ada baju Irfan time baby aku dah pass kan kat orang.


Layan gambar je la ye. Kerja aku ngamik gambar je kat sini. Mana la nak minat bab2 sains ni. Nama je study amik Sains Komputer...huhu...Setakat tengok gitu je.


Dah habis tawaf floor bawah tu kitorang naik atas. Ada lago 1 section. Kat atas ni jugak ada Dinosaur Live. Tapi nak masuk sini kena beli tiket lain. Kitorang beli tiket paling murah je. 1 adult RM 6. Tu pun sebab beli dekat gate masuk n kat situ tak ada jual tiket untuk Dinosaur Live tu.

Dah nak balik tu baru tau ada jual tiket kat entrance tu sekali ngan entrance Dinosaur Live ni RM 15. So cam tak berbaloi la kalau kitorang nak beli lagi sebab tiket entrance tu sekali untuk semua. Mende ni ada sampai 31 July je. Kalau nak datang balik pun lambat lagi la kot.






Dah nak balik. Baru ada gambar bertiga. As usual Irfan sibuk dok pandang tempat lain T_T



Before balik sambung tengok ikan lagi. Hari pun dah petang. Muka pun dah berminyak2...haha...Habis nampak semua bila dah terkena flash. Tempat ni tutup pukul 7. Tapi pukul 5 kitorang dah nak balik. Tetiba perut terasa lapar. Moh kita pegi cari makan.


Dekat2 nak sampai OU Irfan tido balik lepas kena paksa bangun kat PSN tu...hehehe...Aman damai je tido sampai la kitorang dah nak habis makan.


Kitorang ke Kenny Rogers. Senang Irfan boleh tumpang makan sekali. Sekali dia tido pulak. Standard makan ayam je lat kat KRR ni baru puas hati. Ni pinggan Meor. Sidelines yang dia amik semua aku tak minat. Tumpang2 rasa je.


This is mine. My all time fav sidelines. Coleslaw ngan macaroni n cheese. Nasi tu amik jugak sebab tak tau nak amik apa lagi satu. Standby kot2 Irfan bangun nak makan. Sekali tunggu2 tak bangun2 jugak. Elok je tinggal beberapa ketul macaroni dia tersedar. Kesian dia dapat makan sikit je T_T


Hohhh...Panjang bebenor entry hari ni. 3 hari update baru ni nak publish. Nampaknya cerita makan angin kitorang weekend hari tu bawak ke minggu depan je la. Lusa dah nak puasa. Kot tak sempat nak update aku nak wish awal2 lah ye. Selamat berpuasa semua. Minta maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur kata yang mengguris jiwa sanubari sesiapa. Semoga kita mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di bulan mulia nanti =)

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia 2011

Yahhhuuuu hari ni cuti. Dapatla lupakan kejap keje2 ofis yang menyerabutkan kepala otak. Gambar ni amik time kitorang stop kat RNR Sg. Buloh weekend hari tu. Elok pulak kat belakang tu ada bendera Malaysia kan.


Anyway Selamat Hari Malaysia to all. Selamat bercuti. Yang nak pegi open house tu jalan bebaik ye. Jangan makan sampai full ;) Weekend ni kitorang nak balik kampung. Dah siap2 packing dah pun ni. Tinggal nak masuk kereta je =)