nuffnang

Showing posts with label Anna Sui. Show all posts
Showing posts with label Anna Sui. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Day 23 & Selamat Hari Raya

Salam Ramadhan. Dah ada yang dah start cuti raya ke? Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa. Dah masuk bulan 8 dah pun. Baru ni la nak update pasal bulan puasa. Last update dah masuk bulan puasa tapi pegi update cerita before puasa. Lepas tu terus menyepi. Macam tak lalu dah nak update belog. Tapi sebab kesian tak ada update di bulan puasa ni aku kasi update la sekali before raya. 

Ni gambar masa 6 Ramadhan kot. 1st weekend berpuasa. So adik beradik yang lain ramai la datang berbuka dekat rumah mak. Memang meriah sorang sikit bawak makanan. Tiada pembaziran berlaku ye walaupun makanan banyak sebab kitorang memang ramai =) Minggu2 yang lain dah tak meriah sebab masing2 dah ada agenda masing2. Kitorang je yang setia berbuka dengan mak n ayah. Tak keluar pegi ukur mall pun even weekend. Tiap2 minggu tak miss berbuka dekat rumah mertua. Macam tak percaya :P


14 Ramadhan si kecik molek ni dilahirkan ke dunia. Qaisara Nadhirah. Anak sulung adik aku. Cucu yang ke 23 mak n ayah. Lahir pun 23 Julai. Seminggu before birthday atok. Molek sangat la tu ;)


18 Ramadhan cubaan berbuka di luar. Memang tiap2 hari kami berbuka di rumah je. Tak sampai hati nak biarkan mak berbuka sorang2 dekat rumah. Ayah pulak memang biasa berbuka di masjid. Kebetulan hari tu mak pun nak berbuka di masjid. Kitorang pulak keluar jalan2 before tu. Terus plan nak berbuka di Times Square. Sampai2 dah 5.30. Pegi Kenny Rogers fully booked. Secret Recipe pun sama. 

End up dapat reserve dekat Wendy's. Bila datang lagi sekali nak beli foods tengok2 orang lain dah relax je dok meja yang kitorang book tu. Memang hampehdotcom betul. Last resort berbuka di Krispy Kreme. Makan donut n sandwich n terus pecut balik rumah. Last2 beli nasi arab dekat depan rumah je...haha...Punya la jauh berjalan. Baik awal2 beli nasi arab berbuka dekat rumah je ken :P So experience berbuka dekat luar adalah sangat horror sebab orang tersangat la ramai. Everything seems kelam kabut. Maklum la dah biasa berbuka di rumah. So tak tau macam mana keadaan dekat luar T_T


Ni agenda asalnya. Pegi Luxasia warehouse sale dekat Parkroyal. Actually dah cuba menahan diri supaya tak pegi sana. Lagipun tak ada partner in crime. 1st day boleh tahan lagi. 2nd day memang tak senang duduk tambah2 bila Ayna bagitau dia tengah shopping dekat situ. So pecah dah pecah rekod la untuk tahun ni. Luckily hubby nak bawak. Kalau tak memang tak lepas la nak drive kat tengah2 bandar tu. Dapat 6 stuffs for myself. Ni pun memang control habis dah ni. Tak banyak macam previous haul. Beli perfume 2 botol, shower gel 1, cleanser 1, make up kit 1 n lipstik 1. Done. Puas hati. So tak ada la asik teringat2 je kan ;)


Kelmarin 21 Ramadhan akhirnya berjaya berbuka di luar seperti yang dirancang....hehe...Berbuka di Nando's yang baru bukak dekat rumah kitorang ni. Saje nak try test Nando's baru :P Mencabar jugak la sebab nak kena tunggu dari pukul 6.30 dekat situ. Paham2 la budak kecik macam mana. Mana boleh nak duduk lama2. Dah hujung2 tu Irfan boleh pegi berdiri atas kerusi buat show pulak. Kami pasrah je la T_T


Irfan Naufal so far dah 2 kali join bangun sahur. Ada sekali tu orang dah habis sahur dia baru nak pegi dapur...haha...Makin banyak akal anak bujang aku sorang ni. Kadang2 rasa out of control dah...huhu...Ni baru anak sorang oi. Tapi penat2 layan dia pun selalu je nak tergelak tengok gelagat dia yang dah macam2 tu. Memang sekarang tengah berada di fasa comel ;)


Di bulan puasa ni jugak dapat tahu kena transfer ke company lain. After 4 years working at current company. Actually dah start dah awal tahun tapi by batch. Aku termasuk dalam 3rd batch. So hari ni officially dah under company baru. Company baru dekat Cyber. Alhamdulillah still boleh work from home macam biasa tapi tak tau la nanti2 macam mana. Hari ni ada onboarding session ala2 orientation la kan. Jauh pulak rasa nak ke Cyber. Ada jugak dugaan untuk kami before puasa lagi. Tapi tak dapat nak luahkan di blog kesayangan ni. Hopefully kami dapat tempuhinya selagi terdaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kami. Aminnn....

Rasanya lepas ni tak update blog dah kot sampai la lepas raya. So nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir & batin. Semoga bergembira bersama yang tersayang di hari raya nanti. Yang balik kampung jauh2 tu berhati2 di jalan raya ye =)

Tuesday, April 17, 2012

Redeem Freebies

Sesi meredeem di bulan Mac dimulakan dengan redeem sample perfume. Salvatore Ferragamo ada perfume baru, Signorina. Dapat tau pun dari Cleo newsletter. Sampai kaunter SA kat situ cakap dah habis. Time nak blah dia cakap suruh tunggu kejap pulak. Dia kasi miniature perfume lain. Attimo. Agak lama sikit la dari Signorina. Amik je la kan since orang nak kasi. Miniature pulak tu. Tak pernah2 redeem perfume dapat miniature. Biasa dapat vial aje. Koman2 nak dapat miniature pun kena beli perfume dia.

Perfume Signorina tu dia letak dalam vial kosong. Siap dapat 2 vial terus. Time2 tu jugak dia isi perfume nya. Tak kesah la botol plain ke apa kan. Sebab biasanya kalau sample ada la jugak tulis nama perfume kat situ plus wrapper sekali. Tak tau la kenapa orang tu beria2 nak kasi jugak kat aku. Puas hati dapat redeem. Tak sesia aku menebalkan muka kat situ...hahaha....Selagi boleh redeem aku redeem je. Tapi nak beli kat kaunter tu memang tak koser la kan. So far tak sanggup lagi nak leburkan duit beli branded perfume kat kaunter. Time warehouse sale tak pe ;)


Next, ke kaunter Clinique. Redeem Clinique Even Better foundation. Tau thru FB kalau tak silap. Orang kat kaunter tu pun dah kenal aku sebab pernah beli skincare sekali dulu. Sampai ke sudah aku tak pakai2 lagi. Baru nak bergiat pakai skincare balik. Kalau tak dari hujung2 pregnancy sampai la Irfan dah 5 bulan kot memang tak bersentuh segala tok nenek skincare pun T_T


Lagi...Terjah Lancome. Tapi kali ni bukan kaunter. Pegi kat road show booth dia. Time ni before pegi cuti2 kat Morib. Gigih singgah Mid Valley dulu. Ingatkan kejap je.


Kat sini tak boleh redeem je. Dorang buat macam exchange program. Bagi dorang mascara yang dah pakai lepas tu baru la dapat sample mascara dorang. Lepas tu bukan boleh terus dapat. Nak kena duduk dulu pulak tunggu. SA tu pakai kan mascara baru tu plus touch up sikit2 muka ku yang dah sedia ada mekap :P Ni muka before di touch up...


After touch up...not right after la tapi...After two hours kot. Dah sampai Morib baru nak amik gambar. Dah berpeluh bagai. Macam tak ada beza pun. Maskara pun tak nampak sangat :P


Ni mascara kesayanganku yang aku korbankan. Anna Sui Volume Up mascara. My 1st mascara. Dari tak reti nak pakai lansung sampai la sekarang aku pakai. Sentimental value jugak ni. Still ada saki baki kot tapi aku lagi excited nak try mascara Lancome yang baru. Nak tak nak kena la korbankan sebab mascara must be worth RM 65 baru dapat tukar. Anna Sui confirm lepas sebab kalau tak silap kat kaunter dalam RM 90. Well of course la aku beli tak sampai RM 50 kan ;)


New mascara from Lancome...Hypnose Dolly Eyes. 2ml je. For me...boleh laaa...Lagi suka mascara Anna Sui kot. Bau pun lagi wangi. Rindunyerrr kat mascara lama. Entah bila lagi la Anna Sui nak buat warehouse sale T_T


Lepas dah touch up touch up SA tu suruh buat skin test pulak. Biasa la kan. Dorang confirm beria2 suruh beli something jugak. Dorang buat promo beli produk worth RM 250 dapat free makeover plus photoshoot sekali.


Aku pun layankan je la since tak pernah buat skin test pun before ni. Biasa harap kan SA belek2 muka aku je. Ni pakai mesin dia. Siap tonyoh2 mende tu kat muka aku then boleh nampak la struktur kulit kat komputer dia. Tau la condition kulit kita ni camne. Baru la dia recommend kena pakai apa bla bla bla. Aku boleh dengar explanation dia dalam 1st 5 mins je kot. Lepas tu bila dia masuk bab2 epidermis habis segala keluar terus lost sebab kepala dah sampai kat Morib...hahaha...

Menarik tu memang la menarik. Tapi bertabah je la kan. Kalau semua mende menarik nak beli memang parah la. Dah siap dia tick2 produk untuk aku, aku siap suruh dia tulis harga2 sekali. Banyak songeh pulak kan. Padahal bukan nak beli pun :P Sampai sekarang kalau ada masa je aku belek2 pamplet tu. Tengok la nanti2...one fine day... =)


Lepas dah dengar bebelan SA tu dapat sample free. Sample yang tak disangka2 akan dapat. Tak payah mintak pulak tu. Dorang ni banyak je sample tapi kedekut nak kasi. Antara orang rajin mintak ngan tak je. Tu pun dah mintak kekadang ada yang buat muka. Tak paham betul. Sudahnya abis masa kat Mid Valley je time tu. Tu yang lambat sampai ke Morib.


Last but not least....Sample BB Cream Estee Lauder...CyberWhite Brilliant Cells. Yang ni memang aku dah story kat previous entry. Gigih ok demam2 pegi jugak Mid Valley nak redeem time cuti pertabalan Agong hari tu. Tu pun dapat sachet kecik aje. Sambil tu jalan2 la kan.


Sempat la singgah makan kat Chicken Rice Shop.


Tak lama pun kat Mid. Setakat nak redeem sample je. Nak beli something jugak kat Guardian tapi tak jumpa. Balik sambung melepet kat rumah. Kepala berat la time demam2 kan. Kalau sihat dah merata jalan kot.


Panjang berjela pulak entry freebies aku. I just luv freebies. Rasa cam mencabar jugak pegi redeem2 ni. Tebal muka pun ada kekadang. Bak kata Meor cam peminta sedekah dah...huhu...Tapi peduli hape kan. Memang dorang yang announce boleh redeem. Aku redeem je la. Lepas redeem tu rasa cam satu perasaan puas hati...hehe...Tak tau la nak describe camne :P Well, this is only a small part of Cuna's world ;)

Monday, April 26, 2010

Sedang Menghabiskan Skincare Samples:Part 4

Last update on skincare/cosmetic samples. Berzaman rasa nya nak habis kan cite samples ni. Bila dah start cerita kat blog n share ngan korang baru la bersemangat sikit nak habiskan samples yang ada. So let's get started...

20) Sample Clinique Superfit Makeup yang di redeem last year. 1 dah habis pakai. Another 2 to go. Kan aku dah cakap. Aku ni bukan jenis orang yang pakai foundation. Ni dah buat entry pasal samples baru la sibuk2 nak korek balik apa lagi yang dah redeem andddd baru teringat pasal foundation Clinique ni. So....ganbatte!

Btw foundation Clinique ni not bad lar for me. But still tak boleh kalahkan RMK. Balik2 RMK jugak. Nak buat camne. Memang foundation RMK best tapi memang sangat slack kat SA dia. Huhh bad RMK! Tak mo beli dah.

21) Moisture Rich Powder foundation. On the way. Kadang2 je pakai sebab tengah pakai powder foundation Stila. So susah nak habiskan. Texture ok, shade ok.

22) Anna Sui Clear Foundation Primer. Dah habis. Berzaman nak habis kan coz once a week je kan pakai. Bau best tapi quite sticky. So bila pakai tu rasa cam panas semacam je.

23) Anna Sui Control Color Primer. This one pun sama. I just like the scent. Pastu bila pakai nampak macam shimmering sikit2. Tak best sebab rasa kesat je. Susah nak rata kan. Tinggal lagi 1 sachet tak pakai.


24) Sample in tube Advanced Night Repair Eye Recovery Complex. Tengah pakai. Every night before tido memang gigih pakai. Baru jugak start pakai since buat projek habiskan samples ni. My 1st eye cream sample.

Kalau tak tengok balik post lama2 kat blog ni memang tak ingat dah. There u r. Thats y it's important for me to put them here in blog each time I redeem it. So that senang nak keep track. Agak2 tak nampak depan mata selongkar balik kat laci, almari or kotak sume. Huhh banyak pulak tempat simpan nye.

Ooo lupe nak review. So far Eye Recovery Complex ni cam ok even still nampak lagi dark circles ku ni. Suruh beli actual size la kot baru nampak effect.

25) Advance Night Repair Synchronized Recovery Complex. Yang ni dah habis. Yang dalam sachet2 ni senang je nak habis kan. Celah gigi jek. Pakai 2 or 3 kali dahhh habis. Tak suka bau dia. Tak best. Bau tak best tolak tepi. Kekeke

26) Clinique 3-Steps samples : Liquid Facial Soap, Clarifying Lotion and Moisture Hydratant. Dah habis. No scent but dunno y i still fall in luv with this skincare.


27) 4 Clean Start sachets from Dermalogica. Ready, Set Scrub! Scrub yang not bad. Rasa cam tonyoh kertas pasir kat muka. Hohoho. Agaknya kuar la sume dead cell or segala blackheads. Memang betul2 hard core punye scrub.

28) Wash Off. Pun ok sebab bau ok n just ok to my skin. Finished. Good job. pat pat pat.

29) Bedtime for Breakouts n Wash Off. This one not good not good. Smell memang out. So get outtt!! Muahahahah. Dah habis pun.

30) Welcome Matte SPF15. Moisturizer with oil controllers to minimize shine. This one....wahhhh sukernyeeee. Kalau dapat sebijik actual size ni syokkk betul. Ade lagi sikit. Sayang nak habiskan. Moisturezer yang sangat best. Bau marvellous! But range Clean Start ni for teenagers below 25 yrs old. I dah tua so how?? :( Boleh ke kalau gatal2 nak beli jugak? Emm maybe should try other Dermalogica product range. ~sigh

If nak beli travel size for all these 4 types will cost RM180. Hurmm. Dulu muda2 tak tau. Kalau tau pun macam la boleh beli kan kan :P


Huhhh at last habis jugak update pasal samples2 ni. Kalau tak korang pun tak tau kan apa jadi lepas aku sibuk redeem sana sini tu. Simpan je ke buang ke bagi orang ke. So from post Part 1 until Part 4 tu sume dah cerita samples apa yang aku dah pakai n on the way pakai.

From Part 1 until Part 4 sume ada 30 samples yang aku dah update. From 30 samples tu baru 11 samples je yang betul2 dah habis. Yang lain on the way. Hohoho. Banyak nya lagi.

Mana2 yang tak update lagi tu ha korang paham2 je la kan. If korang click on label 'freebies' korang boleh agak2 dah bape banyak lagi tak habis. Bagus jugak berblog ni rupenye. Senang nak keep track ;) Actually buat entry ni sebab ada something nak cerita kat korang. Tapi shy2 cat. hikhikhik. So buat entry intro dulu (intro pun tak hengat sampai Part 4 :D ) Tapi cam shy2 cat lagik. Caner?

Tuesday, April 13, 2010

Sedang Menghabiskan Skincare Samples:Part 2

Sambung balik entry Sedang Menghabiskan Skincare Samples: Part 1. Sekarang pakai Anna Sui Whitening Cream. Night cream yang hari2 aku gigih nak habiskan. Kekadang tu mata boleh bukak separuh je (punye la mengantuk) pun pakai jugak. Kalau tak... bila rajin baru pakai. Lalalala. Scent memang tip top. Result nya korang tengok la sendiri. Ada nampak aku makin cerah berseri2? Ada? Tade kan. Agak nya memang kulit aku ni tak nak respond dah ngan skincare2 ni. Dah tua2 camni baru sibuk nak jaga kulit T_T

Ni beli time warehouse sale last year. RM56 kot. Rasenye whouse sale yang last yang aku spend boleh tahan banyak. Lepas tu pencen sampai sekarang. Almost a year dah ni. Ok ni memang bukan cite pasal samples. Tapi sebab si Anna Sui ni la i tak dapat nak habiskan samples2 yang lain sampai sekarang. Huhuhu


5) Anna Sui Super Mascara Volume Up. Tak habis pakai lagi. Ni pun cam lari sket dari title post coz bukan skincare. But still can consider sample. Dapat free time borong Anna Sui kat warehouse sale. My 1st mascara. Dulu memang tak reti lansung pakai mascara. Naseb baik
cekgu Harim ade (^_~) Sempat buat session how to put on mascara kat food court Pavillion lagi. Memang sungguh exclusive ye.

Mascara ni pun ade sejarah. If dulu kalau Myo dengar aku nak pakai mascara memang dia akan pandang satu macam. Memang protes habis. Sekarang??Tidak lagi :D Siap jadi pengkritik tetap tau. Pastu slow2 aku pun reti la pakai even tak de la macam pro.

Hisshhh tak bole la nak cerita straight to the point. Mesti merebak2. Nway, Anna Sui mascara ni memang super duper best! Bulu mata nampak lebat, lentik,bau pun best, senang pakai, tak comot, senang nak cuci n sume best. Memang best in the world lah. Tak kire la even tak try sume mascara dalam dunia ni lagi :P

6) Anna Sui Moisturizing Fluid ni pun dapat sekali ngan mascara tu. My 1st moisturizer sample. Lagi best coz before tu memang aku tak penah pakai moisturizer. Tinggal lagi suku botol. Botol nye sangat cute okay. Bau pun best. Tu yang aku suka Anna Sui ni.

Sekarang kena stop pakai kejap coz nak habiskan RMK Skintuner (moisturizer) yang tak de mfg date sticker tu :( At least yang sample ni aku tau bila nak expired. Kang simpan Skintuner tu dulu mau nye mfg date die 2006 ke...habis muka ku ini. Ni sume gara2 SA RMK yang sengal itu. Huhhh!

Ehh rasa cam panjang je entry aku ni. Kalau rasa loya2 nak teruskan, korang pegi la lawat blog lain dulu macam yang
Dee pernah buat. Then jangan lupa datang balik blog ni sambung baca bebelan aku ye :p

7) MJ Mud Pac Anti Stress. Rasa cam pernah review pasal mask ni. Tapi masukkan je la sekali coz ni review secara bundle. Hehehe. Btw aku ni memang tak reti nak buat review2 cam kat blog orang lain. Review ikut suka aku je. I pun bukan nye beauty blogger. Nway mask ni memang best sebab rasa sejuk je. Boleh tertido terus kalau pakai.

8) MJ Whitening Mask. Memang lansungggg tak best. Bau memang out. Pastu bila pakai muka rasa pedih and rasa pening2 nak pitam. Huhuhu. Nak tido pun tak selesa. Tak suke tak suke. Pakai separuh pastu buang. Tapi according to my beauty advisor, Mr Myo, rasa tu memang biasa je coz it's a whitening mask. So tu macam proses dia nak cerah kan kulit bla bla bla. Tak reti nak explain. Tapi ayat Myo memang sebijik cam ayat seorang BA. Agaknya tu hasil dia ke hulu hilir ikut aku pergi redeem ;)

9) Vichy Bi-White Double Corective Whitening Essence. If korang perasan aku dah letak nombor kat each sample yang aku nak cerita. Dah update kat previous entry jugak. Senang nak keep track dah bape sample berjaya dipakai :P Vichy bau tak best. Aku kalau bau tak best memang tak boleh tahan. Terus out. Tapi sample tu dah habis pakai.

10) B-Liv by Cellnique Blackheads Sebum Gel. On the way pakai. Not bad tapi still tak dapat nak mengawal 'kepala hitam' yang berleluasa kat atas hidung ku ini. Pakai Biore Pore Pack pun gitu jugak. Hilang sikit naik nya banyak. Camne? Help help!

Dah kene stop dulu. Rasa cam dah panjang. Terpaksa buat Part 3 :P Kang ada yang break baca blog orang lain lepas tu terus buat2 lupa nak datang blog ni balik. Hehehe

Thursday, October 22, 2009

Letting Go Some of My Precious Stuffs

These are what I call precious stuffs. I never thought to buy and don't want to use them. I luv all of them. As my stuffs keep increasing day by day I wanna let go some of them with reasonable prices. Check it out. Maybe u would like to buy one or two. All still new in a box and never used before.



A) Body Shop Lip Gloss in Sunrise Pink --> RM37



B) Stila Lip Glaze in Pon Pon Gerbera --> RM40 (sold)



C) Long Wear Lip Color in Exquisite --> RM45 (NP:RM95) (sold)




D) Stila Silk Shimmer Gloss --> RM40 (NP:RM95)




E) Anna Sui Super Mascara DX Volume Up (with nice rose scent) --> RM40 (sold)




F) Stila Plumping Lip Glaze in Vanilla Mint --> RM40 (sold)




G) Stila Lip Glaze in Mandarin Mist --> RM40 (sold)




H) Stila Plumping Lip Glaze in Melon Mint --> RM40 (sold)



I) Stila Lip Glaze in Honey Dew --> RM40 (NP:RM95) (sold)




Stila Convertible Color Dual Lip and Cheek Cream in Petunia --> RM36 (sold)



Stila Moisture Powder Foundation Refill in Shade B --> RM36



Anna Sui Flight of Fancy EDT 30ml --> RM75



Anna Sui Night of Fancy EDT 30ml --> RM75 (sold)






Burberry The Beat set (EDP Perfume 50ml and Perfumed Body Lotion 100ml) --> RM150 (sold)





If anyone interested to buy please email me at cuna_02@yahoo.com

reason of letting go: toooooooo many...dunno can finish or not

Saturday, October 17, 2009

Pengubat Hati Luka

Hari Selasa tu berkejar-kejar pergi KLCC lepas kerja. Konon nya nak meredeem sample perfume Anna Sui. Terbongkok-bongkok nak fill in details.



Bau perfume ni not bad la. I loike. Memang bau fevret ku. Fruity+floral. Macam JLo Live Luxe ku yang dah nak abis. Botol cute giler coz bentuk gitar. Memang sangat sesuai untuk dibuat collection. Gerammm tengok. Nak je beli sebotol. Tapi memikir kan perfume2 lain yang tak habis-habis, maka kena la simpan je hasrat tu. Sebotol 30ml pun dah RM163. Beli karang pecah rekod pulak.



Asalnya datang nak cari sample Moschino. Alaa yang dalam Entry Hanginnn aku tu. Memang sampai ke sudah tak puas hati kan. Sanggup susah2 datang KLCC walaupun dah tau harapan nak dapat tu tipis. Kalau setakat nak redeem Anna Sui tu kat 1U pun boleh. Tapi harapan memang tinggal harapan la coz kat KLCC pun dah habis. SA tu suruh try cari kat Pavi pulak. Memang malas la kan. Dah la parking mahal.

Otw nak pergi parking ngan jalan laju-laju tu boleh pulak ternampak kedai ni. Opening soon. MIU MIU. Hey Miu! U wanna open a new shop ar?Y didn't roger2 me? Hehehe. Maybe later bila kedai ni bukak boleh la come and look look. Tak de ke orang nak bukak kedai CUNA CUNA? :D




Before balik ada orang nak posing kat bot Ralph Lauren pulak. Ada promo perfume Ralph Lauren kat bawah tu. Tak sempat nak try sebab nak cepat balik.



Keluar je KLCC tu tak balik terus. Pergi jugak Pavi dengan hati yang berat. Well of coz la dah habis sebab ni dah nak hujung bulan pun. Tapi entah kenapa nak jugak pergi. But u noe what?? SA Moschino ni baik gilerr. Soooooooo friendly. Setakat aku buat kerja meredeem ni tak pernah aku jumpa SA yang macam tu. Even sample dah habis pun dia still cakap "If ada lagi sure i give to u". Whoaaa baiknya. Bukan macam SA hari tu. Hampesss. So tak dapat sample pun dapat la bau Moschino tu. Yup bau nya sangat besss. I loike. Fruity2 kot.


Sepanjang jalan balik rumah dok cium bau kat tangan. U noe why?? Coz semburan tu harga dia RM6. Tak bayar pun kat SA tu but bayar kat parking machine. Dah parking kat pavi kan. Per entry dah RM6. Datang pulak semata2 nak cari Moschino. So memang menikmati la bau Moschino tu sampai balik. Hahahah. Sangat puas hati dan gembira walaupun tak dapat sample yang dicari. Ada jugak rupanya SA yang baik hati. Kalau tak masing-masing buat muka macam orang kaya je. Berlagaknya bukan main lagi kan. Tetiba kan rasa macam nak datang lagi situ beli perfume Moschino tu. Giler tak?


Ni dia perfume vial Anna Sui Rock Me! Tak best sebab dab-on je. Kalau spray syok sikit.


Nak redeem still boleh lagi ni. Sampai 7 Nov dekat Parkson KLCC, Pavilion or One Utama. Just print out this mailer. Thanks to Miu for the info. But don't forget. Must be printed in colour ye. Kalau tak kena reject. Aku siap beli ink printer colour lagi semata-mata nak print mende alah ni. Hehehe.




Sling bag Rock Me! tu canggih betul. Mesti macho habis la kalau dapat bawak jalan-jalan. Tapi bukan senang-senang je nak dapat. Kena beli up to RM380 baru la boleh. Dapat la sekali aksesori Anna Sui yang lain-lain nya. Aku hanya boleh berangan je la kan nak dapat.