nuffnang

Friday, April 9, 2010

Sedang Menghabiskan Skincare Samples: Part 1

Sekarang tengah sibuk korek2 sample2 yang dah redeem before ni. Memang redeem nak try tapi skincare yang dah sedia ada pun tak habis2 pakai lagi. Baru habiskan Gervenne Facial Foam ni. Ni latest skincare yang tengah pakai. Gervenne je. Sesuai utk orang yang malas nak cuci2 muka macam aku ni. So beli yang murah2 je. Tu pun kadang2 tak pakai. Sejak dua menjak ni je tetibe rajin. Rajin ade makne woooo.

Dulu time study kat U lagi la malas nak jage2 muke. Ntah2 seminggu 2 kali je cuci muke :P Malam2 stay up sampai pagi siapkan assignment terus tido. Memang tak kuasa dah nak cuci2 muka. Pagi bangun cukup2 masa nak pegi class. Then how?Tu pun nasib baik pakai Safi je. Lepas tu mak belikan Syahirah. Wahhh memang pencinta produk2 tempatan betul lahhh aku ni. Mak aku pun macam kesian kot tengok anak nye ni yang tak reti nak jaga kecantikan lansung. Ni macam dah post membongkar kisah silam dah ni :P


Time secondary school lagi la teruk. Time Form 4 tengok junior hari2 dok tonyoh Fair n Lovely. Seyes tak paham. Perlu ke??Hohoho. Time hari sukan lagi best. Ohh aku dulu atlet yek. Abis sume 100m, 400m, 400x4 sume aku nak sapu. Poyo nye. Kihkihkih. Plus marching lagi. Pastu berjemur sakan sampai sun burn teruk. Tak de nye nak bersun block ke ape. Memang macam udang bakar. Kesannye??Sampai sekarang susah nak cerah dah. Dah sebati agaknye :D

So finally boleh start try2 skincare samples yang ade. Sekarang tengah pakai 1) Clean Skin Foaming Cleanser by Good Skin Lab ni. Dapat time workshop. So far so good. Bau je yang kureng best. Yang Tri-Aktiline (purple) dah bagi mak. 2) Smooth-365 tengah pakai as foundation. Texture cam tak smooth sangat. Before ni pakai foundation once a week je kot. Tapi sejak dah beli RMK foundation gigih pakai hari2. Selagi tak habis tak boleh nak bukak RMK tu :(

3) RMK Face Protector dah try 1 sachet. Tak suke sangat. 4) RMK Creamy Foundation on the way. 1sachet tu boleh pakai lebih 5 kali. Memang best sebab smooth je. Tak de lekit2. Product je la kan best. SA nye memang hampes. If tak silap sun block RMK ni 1st sun block yang aku pakai kot. Hohoho. Dah berapa tahun hidup baru tahun ni la nak bersun block bagai.


Dah lame teringin nak beli sun block Clinique. Tapi before dapat beli kene la habiskan sample2 yang ade plus sun block Syahirah ni. Huhuhu. Mak belikan satu set lengkap since last year lagi. Soh aku pakai tapi tak usik2. So tanak membazir kene la habiskan jugak.

Dulu aku memang tak heran lansung ngan skincare product. Sampai mak pun naik risau. Sekarang kalau boleh sume rasa nak beli :D Nak tau nape? Korang pun sure pelik nape la aku ni sibuk2 nak pegi redeem sane sini. Tetibe rajin nak beli magazines. Actually bile aku start redeem n beli mags la baru aku tau sikit2 pasal skincare. Macam tu la newbie macam i ni blaja :P

Sekarang ni lambat macam mane pun nak pegi keje mesti nak pakai foundation ngan sun block jugak. Kalau dulu pakai compact powder dahhh siap. Tak bole sambung dah entry ni kang panjang sangat. Pastu korang tak larat nak habiskan. Kene sambung Part 2 (^_^)

6 comments:

dEe said...

omg! tak sangkanyer ko atlet...

cuna said...

wahahaha. ala dee...bukan wakil sekolah or negeri pun. time hari sukan je wakil rumah ;)

Nurul Husna said...

tak abeh agi skincare part 1 tu? cpt la smbg part 2 plak :P

cuna said...

belom. idea tak kua lagi. hehehe

chipmunk comel said...

cuna...sorry la aritu nmpk lambai2 cmtu je.x dan nk borak2 ke pe/.sbb tergamam,pastu nk cpt.tgh cari adik tym tu.korg gi beli brg utk kawin ke aritu?

cuna said...

Hehehe tak pela.Same gak tergamam plus cam segan sebab hubby sya ada sama :P Datang situ jumpa member. Before balik saje jalan2 window shopping. Tak beli pape pun (^_~)