nuffnang

Wednesday, April 21, 2010

Stila Lip Color in Nicole

Akhirnya pakai jugak Stila Lip Color in Nicole ni lepas dekat nak setahun simpan. As usual bukan nya tak nak pakai but yang sedia ada kena la habis kan dulu. Lipstik ni beli time MJ Warehouse sale kat Stadium Malawati last year. RM 25. Disebabkan lepas ni Stila pun dah tak de kat Malaysia aku pun rembat la satu Stila Lip Color nih.

Cam tak real sangat color kat gambar atas tu. Sebenarnya ni color nya. Cam peach. Snap dalam kereta baru nampak the real color. Time beli nampak pink. Hurmm

Hasilnya lepas pakai amat la tak sesuai ye ngan kulit aku. Nampak pucat lesi. Sama je macam tak pakai lipstik. Kulit gelap macam aku tak sesuai kot pakai color yang soft2 ni. Maybe time beli tu tetiba aku perasan kulit cerah berseri. Tu sedap je beli. Hikhikhik. Pastu sekarang pakai tak cantekkk. What say u?

So how?Jawapan nya pakai je la kat ofis kan. Sebab bukan ada orang nak tengok pun. Nak buang sayang. Pakai la jugak nak sedapkan hati sendiri. Gamba kat bawah ni pakai eye shadow Stila Pon Pon Gerbera (PPG), blusher Stila PPG n mascara Clinique. Pic malas nak snap. Lain kali la ok. Hehehe tak reti la nak buat entry face of the day (FOTD). So camni pun kira ok la kot. Saya budak baru blaja :P


Ni la lipstik Revlon ku yang dah nyawa2 ikan. That's y boleh bukak lipstik Stila tu. Yang ni pun beli sekali ngan lipstik Stila kat whouse sale. Rm1o saje. Revlon Pinkerrable (gitu la kot nama nya) color purple pink. Memang sangat sesuai la dengan jiwa ku. Dan2. Sesuai ngan kulit ni ha. Tapi dah nak habis. Sob sob. Yang Nicole tu pun tak macam yang ni. Caner?

Cerita pasal Revlon tu teringat 1st lipstik yang aku pernah ada. Lipstik n lipgloss Bloops. Kira Revlon tu second lipstik. Pastu baru la collection Stila membiak2 dengan jaya nya :)) Dua2 ni dah selamat masuk tong sampah. Eh silap. Lip gloss masuk lubang jamban :D Lepas tu lansung tak beli Bloops dah. Bukan tak best tapi kena tunggu lain tahun pulak. Tak nak la bukak kedai lipstik kat rumah.

Pssssttt...pssssttt...aku nak share ngan korang something nih. Aku kalau nak buang mekap2... aku sure nak buang kat tong sampah yang spesel2. Ada ke tong sampah spesel oit? Ada laaaa. Tong sampah kat shopping complex tu spesel aper. Sebab dok dalam tempat ada air cond. Pastu cantik la sket kan. Even last2 masuk lori sampah jugak. Ahahahaha. Malas nak cakap reason nape aku buat camtu. Tapi suke hati ai la kan nak buang mana. Lalalala

Cerita samples tak habis lagi ni. Malas pulak nak sambung. Korang pun sure dah malas nak baca :(

6 comments:

The Me said...

tak tahan nk gelak... stila tu agak2 nk buang sbb rasa x sesuai ngan warna kulit kan, sedekah kt akak je la.. muahahahaha... akak cerah kan? kan? :P

cuna said...

Uhh?Nape tak tahan nk gelak?Tak sesuai kan. Pakai pun sama je macam tak pakai. Tak nampak pun. Ye2 akak cerah. I knew it but tak yah la bagi coz akak dah ade banyak :))

Nurul Husna said...

kasik nurul pon takpe.... :P

Nurul Husna said...

tp bagi nurul, mcm santekkk je husna pakai lipstick tuuu. sesuai je. same kaler ngan pipi. hehe

harim hamdan said...

ha pastu satu lagi tempat dia ni pernah buang ialah aku!
hhahahaha...

gurau2 je ye cuna :P

cuna said...

Nurul: Cantek ke?Dah cakap cantek terus tak jadi nak kasik nurul. hehehe. keji x?

Harim: Wahahaha. Tu tak dikira buang sebab tak habis lagi. kuikui. Kekebasan terasa bile pakai lip glaze vanilla mint. Smudge pot memang out tak reti pakai. So serahkan pd yg pakar :P Cekgu Harim ajar pakai mascara je. eye liner tak ajar. Tak abis syllabus :D