nuffnang

Friday, April 2, 2010

Berjimba di Hari Kerja

30/03/2010

Hari Selasa hari tu aku n Myo amik half day. Pegi pusat kesihatan kat Bukit Aman. Buat HIV test uols. Huhuhu. Tu lain kali cite. Satu gambar pun tak amik time tu. So cam malas nak update. Ni nak cite pasal lepas dah settle HIV test tu. Kua2 pusat kesihatan tu je hujan amat la lebat.


Kua tu baru pukul 4 lebih. Kalau kat ofis tu sure tengah buat keje sambil nguap2 :D Tetibe tingggg.....rasa cam tak syok pulak balik awal.....singgah 1U tengok movie apa best. Sume tak best hokey. Bosan2. Last2 beli tiket movie How To Train Your Dragon. Cite kartun?? Aku memang tesangat la tak suke nengok cite kartun2 ni. So nape nak bazirkan duit??Jawapannye of coz la sebab Myo yang nak tengok kan. So follow je la.


Before nak tunggu show time round2 dulu. Giler bes jenjalan kat 1U time orang keje. Nampak jalan dari ujung ke hujung. Boleh golek2 baring2 joging2 ke ape yang patut. Hohoho. Tapi memang serius best. Maybe sebab aku tak pernah or dah lama tak amik cuti n jalan2 time keje. Ade pun MC. Dah sakit of coz la dok umah je. Baru perasan selama ni aku gigih berkerja. Hehehe. Nak jugak perasan

Emm aku tak reti nak review2 cite ni. Kalo dulu share2 blog boleh la harapkan myo nak update kan :( Yang aku tau cite ni not bad la. Tak de la aku nengok sampai tertido pun. So far memang aku tak penah tido laaa tengok movie. Giler rugi bayar tiket mahal2 pastu pegi tido dalam tu. Rasa cam penah baca kat mane ntah. Cite ni punye kutipan lagi banyak dari Alice in Wonderland tu. Tapi Alice in Wonderland pun aku tak tengok maka nya tak dapat la nak compare2.

Actually gambar ni aku tengah tunjuk kat Myo lipstick si Mad Hatter ni pakai. Cam cantek pulak. Kekeke. Mekap pun cantek. Part bulu mata yang paling tak tahan tu (^_~)


Ok aku cite la sket2. Cite ni pasal ada sorang budak ni, Hiccup. Dia orang Viking. Orang2 viking ni pulak keje nye bunuh dragon je takde keje lain. Hahaha. Yang Hiccup ni pulak tak macam orang Viking yang sume tough2. So dia buat keje belakang tabir je siap2 kan weapons sume. Masalahnya dia cam tak puas hati sebab dia tak macam orang lain. Kiranya cam jeles jugak la tengok orang lain bunuh2 dragon. Dia pun nak jugakkk!

So ada sekali tu dia pegi tembak sekor dragon ni ngan meriam. Dragon tu pulak injured n dah tak boleh terbang. Hiccup yang baik hati ni pun tak sampai hati nak bunuh n pergi jaga pulak dragon tu. Dia bagi nama Toothless kat dragon tu. So dia banyak la kaji pasal dragon n apa kekuatan or kelemahan dragon bila hari2 ngadap si Toothless tu. Kira Toothless tu cam dah jadi geng dia.

Kebetulan pulak time tu dia join Dragon Training. So dia applikasi kan la apa yang dia tau lawan dragon2 tu. Tapi dia tak bunuh sekor pun. Huhhh penat cite. Nak dipendekkan cite, ayah si Hiccup ni mengamuk cos Hiccup ni bukan nak bunuh dragon tapi pergi jinak kan lagi dragon n buat jadi kawan dia. So konfliknye kat situ sebab ape yang Hiccup buat bertentangan ngan ape yang orang2 Viking buat. Kat sini la cam jadi part menarik bile Hiccup ni membuktikan ape yang die buat tu betul. Ending cite cam biasa tak dapat la aku nak cite kat sini. Sila cari spoiler kat tempat lain :P

Overall bes la. Sebab ada dragon2 tu sume (Ni if Myo baca of coz die bangga coz die dah berjaya menarik aku ke dunia kartun die :P) Tapi Hiccup tak ensem pun. Walaupun tak de hero hensem or aksi tembak2 kira ok la. Lepas ni Myo dah warning awal2 nak tengok Clash of The Titans. Aku malas betul la cite2 yang ada monster alien sume nih. Nasib baik si Sam Terminator/Avatar tu ade tau. Bole la kot gigih2 nak tengok. Tak sabar nak tengok Iron Man 2 je ni. Cite super heroes ni sume aku layan. Baru rasa cam berbaloi2 bayar tiket wayang (^__^)

Syoknye dapat cuti even half day je. Kat toilet pun boleh gedik2 amik gambar sorang2 coz lengang tak de orang. Kalau takkk...masuk tak sampai bape minit je kua2 orang dah beratur. Huhuhu. Balik tu jem. Pastu Myo berangan2 dia jadi dragon. Boleh sembur2 api dari mulut so that kete sume dok tepi n kitorang bole jalan terus :D Padahal kalau dah jadi dragon baik terbang terus je kan. Hikhikhik

So pas ni no more cuti2. Cuti kene simpan dok dendiam. Aku awal2 dah apply for marriage leave. Tak ingat bila. Bulan 1 kot. Cam hover awal. Nak buat camne dah tak de choice. Kang tak book awal2 selambak manager aku tu longgok kan keje. Dah la senior2 team aku tu cutinya bukan main banyakkk lagi. Kan naya bile masing2 sume sibuk nak amik cuti secara berjemaah time wedding week aku tuh.

3 comments:

Ayna Jalal said...

u x suke cite kartun??? itu le yg besh tau dr cite hantu yg ntah ape2, hehehhe =P

cuna said...

aah i tak suke cite kartun. since abis primary school lagi kot. huhuhu.cam bosan je.cite hantu laaaagiiii i nyampah. takut pun ade. hikhikhik.i prefer cite yg ade action2 lawan2 gado2. baru rase adventurous :P

AnnaYJia said...

Hi Dear^^
I'm having my first giveaway here,
http://fancyillusionist.blogspot.com/2010/04/my-april-love-giveaway.html
, feel free 2 join ya^^thx^^