nuffnang

Showing posts with label clothes. Show all posts
Showing posts with label clothes. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Viva Home Shopping Mall

29/04/2012 - Sun

Sambung balik previous entry. Disebabkan tak jumpa tempat makan kat Kenanga Wholesale City tu last2 kitorang ke Viva Home Shopping mall semata2 nak cari makan. Lagipun memang tak pernah sampai ke situ lagi. Unexpected plan jugak datang sini. Ingat kalau datang pun bukan on the same day lah. Before ni tak pernah tau pun pasal kewujudan tempat ni. Bila dah baca blog Azy and lepas tu ternampak pulak pasal tempat ni kat billboard rasa cam teringin pulak nak pegi.


Sampai2 terus cari changing room. Dah seharian jalan kena la tukar pampers kan. Memang luas bilik kat situ.


Sekali ngan tempat nursing. Kalau tak ada orang memang heaven la. Kalau ramai tak ada privacy jugak sebab pakai langsir gitu aje. Lagi best baby room kat JJ kot walaupun agak sempit.


Nampak Kenny Rogers je yang best kat situ. Lagipun Irfan boleh tumpang sekali. Nasi dia memang tiap kali jalan je mesti bawak. Air masak pun bawak dari rumah. So beg Irfan je dah default 2 bijik kalau keluar jalan2...huhu...Tapi bila Irfan dah nampak kitorang makan mende lain dia nak mende yang sama jugak. So kena la standby foods yang boleh suap kat dia sambil2 makan nasi bekal.


Nak cari tempat makan pun nak kena cari tempat yang luas n selesa. Aku prefer kedai yang ada kerusi panjang sebab baby chair memang dah tak boleh pakai sekarang ni.


Macam biasa laaa. Kalau nama pun dah Irfan Naufal memang tak sah kalau duduk diam aje. Ada je aksi2 dia. Kadang2 tu dah naik atas meja nak joget2 lagi :P





Suka tengok muka sendiri kat cermin...


Sekarang ni kalau tanya dia mana gigi menyengih je la tunjuk gigi dia. Gigi tajam2 pulak tu. Kadang2 cakap tunjuk gigi tak paham jugak. Tapi bila cakap 'gigit kang' terus sengih tunjuk gigi...huhu....Dah 8 batang dah gigi Irfan sekarang ni. 4 atas 4 bawah. Gigi geraham pun nampak macam dah tumbuh.


Awal2 dulu dah ajar tunjuk nose. Dah pandai dah. Lepas tu ajar tunjuk ear pulak. Pandai jugak. Tapi bila tanya nose balik dia still nak tunjuk ear dia jugak. Habis nose dilupakan...hahaha...


Lepas makan terlalu pulak tempat mainan. Kasi la Irfan testing kereta kat situ ;)



Lepas tu round2 kejap. Tak singgah mana2 kedai pun. Memang mall ni banyak kedai jual barang2 untuk home deco je. Kitorang udah ler tak ada rumah sendiri. Nak deco apanya kan...huhu...

Singgah kat kerusi kat LG floor. Yang menariknya kerusi kat sini ikut floor apa. Kalau lower ground floor paling meriah kerusinya sebab LG. Ramai sikit boleh bertenggek. Kalau 1st floor ada nombor 1 aje....hehe...Menarik sebab tak pernah jumpa ;)


Dapat belon seketul untuk Irfan. Suka betul dia. Tapi time orang tu kasi dia boleh buat muka blur. Bila dah dapat orang nak amik pun tak boleh. Time nak masukkan dalam kereta dia boleh menjerit sekuat hati sebab belon dia kena amik...huhu...



Ni hasil rembatan kat Kenanga Wholesale City. Patut beli 2 helai baju je. Tapi ada kat satu kedai tu bajunya mahal bebenor kalau beli sehelai aje. Terus pusing2 tambah lagi 2 helai baru dapat harga murah. Siap beli belt yang dorang letak kat patung depan kedai tu. Padahal kedai tu memang tak jual aksesori. 1st time beli belt. Belt yang ada before ni memang dapat sekali ngan baju. Lepas tu tak sanggup dah nak singgah mana2 kedai. Takut tergoda lagi T_T


Ni baru betul2 habis update cerita bulan April. Semalam tak jadi :P

Wednesday, May 9, 2012

Wedding Fatin

07/04/2012 - Sat

Last month kitorang ada pegi kenduri member aku time kat SMAP Labu dulu, Fatin Hamimah. Kat Tasik Titiwangsa. Best jugak buat wedding kat tepi tasik ni. Kalau malam mesti lagi best. Ko dah kawen ye Cuna. Jangan verangansss!


Muka Irfan yang baru bangun tido. Sempat la dok setempat beberapa minit. Kalau tidak menggelupur nak turun agaknya.


Rasmikan baju baru Irfan lagi....hehe...Baju beli last year yang diperam. Dulu beli banyak2 time warehouse sale je senang. Lepas tu beli saiz besar2. Sekarang banyak yang dah boleh pakai ;)


Pengantin baru...Suka betul tema dorang....baby blue...Cam tema kitorang dulu...huhu...Berangan lagi sekali :P


Bergambar ngan pengantin before balik. Sempat jumpa beberapa orang kawan sekolah dulu. Tu pun borak2 kejap je. Masing2 single mingle lagi. Lepas makan dorang terus balik. So tak sempat la nak borak2 panjang ngan dorang coz aku sibuk melayan si kecik.


Balik tu transform dulu then gerak ke Time Square. Ada mission di situ ;)


Singgah Elianto beli lip ngan eye shadow brush. Yang lama punya dah uzur bebenor. Alang2 ada sale time tu amik seketul eye liner jugak. Tak tau la kenapa kalau nak beli something kat Elianto je mesti kalau boleh nak pegi yang kat Time Square punya. Padahal sama je kot Elianto kat mana2 pun...


Beli baju lagi. Cardigan actually. Kat Time Square kan ada macam2 jenis kedai baju. Macam2 fesyen ado. Naik juling mata tengok. Last2 dapat la 2 helai. Itu pun tak berapa menepati citarasa. Tapi bila Irfan dah start pasang siren citarasa letak tepi je la. Amik je apa yang sempat...huhu...


Shopping lagi kan. Agaknya shopping ngan Cuna ni memang tak boleh dipisahkan kot. Kalau dah dapat shopping tu even window shopping pun balik dah boleh tersenyum lebar =)

Friday, May 4, 2012

Therapy on Weekends

01/04/2012 - Sun

Biasanya time weekend je la time untuk berjalan2 makan angin bertiga. Rasa cam lapang n happy je kalau dapat keluar mana2 time weekend. Menghilangkan penat walaupun lepas balik2 tu penat jugak...huhu...


Biasa memang Irfan orang 1st yang siap dulu. Dia main2 tunggu mama dia siap sampai la dah rasa bosan...hehe...Ni kereta fevret dia la kat rumah tu. Ke hulu hilir ditolaknya. Naik jarang. Dia lagi suka tolak pusing2 satu rumah :P



Ni weekend outing beberapa minggu yang lepas la kan. Lepas balik dari Morib.Kitorang pegi JJ. Aku pun dah lupa datang cari apa kat situ. Tapi time keluar tu terlupa bawak kasut Irfan. Kebetulan kasut Irfan yang lama pun dah macam ketat. So alang2 beli je la baru. Lepas bayar terus pakai kat situ jugak. Tengok la sikit punya susah Irfan nak pandang kamera sampai kena pegang kepala dia. Geram tau. Anti kamera pulak anak bujangku sorang ni.


Lepas round2 sikit kat JJ tu kitorang ke Tesco pulak beli barang dapur. Cam aktiviti bulanan jugak la pegi Tesco ni. Kalau rajin 2 kali sebulan pun jadi. Irfan dah besar ni senang sikit nak bawak. Letak je depan tu. Kalau tak nak kena cari tempat yang ada seat baby dalam troli tu. Biasa mesti tak dapat sebab orang dah amik. Pakai carrier jugak last2.


On the way nak turun ke parking ni nampak la pulak kereta kecik ni. Papa Irfan la yang laju letak Irfan dalam tu. 50 sen je katanya. Biasa paling koman pun mesti seringgit. Apa lagi. Suka kemain la Irfan dapat main. As expected bila angkat nak balik je terus dia pasang siren. Sepanjang jalan pulak nak memujuk lepas tu T_T


Ohhh ye...Kat OU tu terlalu outlet Nichii. Ternampak pulak kat depan tu ada banner sale...heheh...Dah lama tak masuk Nichii. Ada la sekali dua kot pernah masuk tapi tak pernah ada hasil. Entah camne hari tu boleh rembat 2 helai blouse ;) Susah betul kalau virus shopping baju ni dah datang tau...huhu....


Actually bukan every weekend pun dapat keluar. Ada jugak masa2 kena terperap je kat rumah T_T Memang tak best la kan sebab bila dapat keluar weekend je baru la rasa bersemangat nak teruskan 5 hari weekdays yang seterusnya yang super duper bz dan penat. Ke mind setting je tu? Whatever la kan...Yang penting ini adalah salah satu cara yang boleh membuatkan diri ini terus happy =)

Thursday, April 19, 2012

Dah Lama Tak Shopping Baju

10/03/2012 - Sat

Yesss...memang dah lama tak shopping baju Irfan. Baju mama Irfan laaaagiiii la dah lama tak shopping. Since kawen kot memang lansung tak shopping baju. Dekat 2 tahun dah. Seriusss lama. Macam tak percaya pun ada. Beli pun nursing wear 2 helai awal2 lepas deliver dulu. Tu pun for nursing purposes. So tak kira la kan ;)

Awal bulan Mac hari tu kan ada 3rd Maternity and Children Expo. So saje la pegi kot2 boleh shopping baju Irfan. Last shopping baju dia pun before raya last year kot. Ada baju yang dah start sendat2 dah.



Last2 kitorang tak dapat apa pun kat expo tu. Semua cam tak menarik je. Space dorang amik sikit sangat. So sangat la bersesak kat dalam tu. Kesian kat Irfan je la. Dengan tangan kosong terus keluar. Time nak keluar tu la ternampak kat hall depannya ada sale Hush Puppies. So jenguk2 la apa yang ada.



Tak sesia singgah situ sebab ada hasil rembatan...hehe...Dapat la beli baju Irfan sehelai. Beli seluar slack ngan sling bag untuk Papa Irfan jugak. Papa, tu kira hadiah anniversary bulan 6 nanti la ye ;) Jangan lupa hadiah untuk mama (^_^)


Dan yang pastinya Mama Irfan la yang over. Maklum la dah lama tak shopping baju. So dia punya aura tu lain sikit...hahaha...Pejam mata je la bayar sebab memang dah murah dah baju2 kat situ. Banyak yang 70% less. Kalau ikutkan hati mau lagi bertapa kat situ selongkar timbunan baju2 kat situ. Tapi kalau Irfan dah pasang siren tu harus la sedar diri kan ;)


Esoknya kitorang ke Mid Valley lagi. Nak tengok movie John Carter. Mula2 tak nak tengok. Tapi Meor nak sangat tengok movie tu aku follow je la. Nasib baik best. Minggu before2 tu dah tengok Ghost Rider. Nak habiskan voucher yang company aku kasi punya pasal. Tu pun 1 voucher kasi kat member ofis Meor sebab kitorang memang dah tak ada masa nak tengok2 movie dah. Dari expired camtu je baik kasi orang lain.



The best thing was kitorang pegi singgah lagi sale Hush Puppies tu after habis tengok movie tu :P Macam tak puas hati sebab tak habis belek2 semalamnya. Dah last day baju yang tinggal pun macam kureng best la jugak. Tapi tetap ada hasil...hehe...Habislaaa...Once virus shopping baju ni datang memang bahayaaaa....


Tak lupa jugak tambah baju Irfan. Beli yang besar2 je. Kang dah besar sikit boleh pakai. Stok baju beli last year pun banyak lagi boleh pakai ;)


Sori la kalau ada yang tak suka aku tepek2 hasil rembatan ye. Cam penat dah nak hipokrit kat diri sendiri tunjuk hasil rembatan dalam plastik je. Maksud aku before ni memang selalu je snap gambar hasil rembatan. Siap letak harga satu2 lagi. Orang lain masing2 punya style la kan. Korang jangan salah paham pulak tau ;) But since stalker muncul dalam hidupku macam dah teragak2 nak buat macam tu dah. Now dah penat nak pikir and jaga hati orang lain dah. Nanti aku jugak nak yang selak2 balik entry2 lama nak refer. So jangan mara aaa...Peace =)