nuffnang

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Day 23 & Selamat Hari Raya

Salam Ramadhan. Dah ada yang dah start cuti raya ke? Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa. Dah masuk bulan 8 dah pun. Baru ni la nak update pasal bulan puasa. Last update dah masuk bulan puasa tapi pegi update cerita before puasa. Lepas tu terus menyepi. Macam tak lalu dah nak update belog. Tapi sebab kesian tak ada update di bulan puasa ni aku kasi update la sekali before raya. 

Ni gambar masa 6 Ramadhan kot. 1st weekend berpuasa. So adik beradik yang lain ramai la datang berbuka dekat rumah mak. Memang meriah sorang sikit bawak makanan. Tiada pembaziran berlaku ye walaupun makanan banyak sebab kitorang memang ramai =) Minggu2 yang lain dah tak meriah sebab masing2 dah ada agenda masing2. Kitorang je yang setia berbuka dengan mak n ayah. Tak keluar pegi ukur mall pun even weekend. Tiap2 minggu tak miss berbuka dekat rumah mertua. Macam tak percaya :P


14 Ramadhan si kecik molek ni dilahirkan ke dunia. Qaisara Nadhirah. Anak sulung adik aku. Cucu yang ke 23 mak n ayah. Lahir pun 23 Julai. Seminggu before birthday atok. Molek sangat la tu ;)


18 Ramadhan cubaan berbuka di luar. Memang tiap2 hari kami berbuka di rumah je. Tak sampai hati nak biarkan mak berbuka sorang2 dekat rumah. Ayah pulak memang biasa berbuka di masjid. Kebetulan hari tu mak pun nak berbuka di masjid. Kitorang pulak keluar jalan2 before tu. Terus plan nak berbuka di Times Square. Sampai2 dah 5.30. Pegi Kenny Rogers fully booked. Secret Recipe pun sama. 

End up dapat reserve dekat Wendy's. Bila datang lagi sekali nak beli foods tengok2 orang lain dah relax je dok meja yang kitorang book tu. Memang hampehdotcom betul. Last resort berbuka di Krispy Kreme. Makan donut n sandwich n terus pecut balik rumah. Last2 beli nasi arab dekat depan rumah je...haha...Punya la jauh berjalan. Baik awal2 beli nasi arab berbuka dekat rumah je ken :P So experience berbuka dekat luar adalah sangat horror sebab orang tersangat la ramai. Everything seems kelam kabut. Maklum la dah biasa berbuka di rumah. So tak tau macam mana keadaan dekat luar T_T


Ni agenda asalnya. Pegi Luxasia warehouse sale dekat Parkroyal. Actually dah cuba menahan diri supaya tak pegi sana. Lagipun tak ada partner in crime. 1st day boleh tahan lagi. 2nd day memang tak senang duduk tambah2 bila Ayna bagitau dia tengah shopping dekat situ. So pecah dah pecah rekod la untuk tahun ni. Luckily hubby nak bawak. Kalau tak memang tak lepas la nak drive kat tengah2 bandar tu. Dapat 6 stuffs for myself. Ni pun memang control habis dah ni. Tak banyak macam previous haul. Beli perfume 2 botol, shower gel 1, cleanser 1, make up kit 1 n lipstik 1. Done. Puas hati. So tak ada la asik teringat2 je kan ;)


Kelmarin 21 Ramadhan akhirnya berjaya berbuka di luar seperti yang dirancang....hehe...Berbuka di Nando's yang baru bukak dekat rumah kitorang ni. Saje nak try test Nando's baru :P Mencabar jugak la sebab nak kena tunggu dari pukul 6.30 dekat situ. Paham2 la budak kecik macam mana. Mana boleh nak duduk lama2. Dah hujung2 tu Irfan boleh pegi berdiri atas kerusi buat show pulak. Kami pasrah je la T_T


Irfan Naufal so far dah 2 kali join bangun sahur. Ada sekali tu orang dah habis sahur dia baru nak pegi dapur...haha...Makin banyak akal anak bujang aku sorang ni. Kadang2 rasa out of control dah...huhu...Ni baru anak sorang oi. Tapi penat2 layan dia pun selalu je nak tergelak tengok gelagat dia yang dah macam2 tu. Memang sekarang tengah berada di fasa comel ;)


Di bulan puasa ni jugak dapat tahu kena transfer ke company lain. After 4 years working at current company. Actually dah start dah awal tahun tapi by batch. Aku termasuk dalam 3rd batch. So hari ni officially dah under company baru. Company baru dekat Cyber. Alhamdulillah still boleh work from home macam biasa tapi tak tau la nanti2 macam mana. Hari ni ada onboarding session ala2 orientation la kan. Jauh pulak rasa nak ke Cyber. Ada jugak dugaan untuk kami before puasa lagi. Tapi tak dapat nak luahkan di blog kesayangan ni. Hopefully kami dapat tempuhinya selagi terdaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kami. Aminnn....

Rasanya lepas ni tak update blog dah kot sampai la lepas raya. So nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir & batin. Semoga bergembira bersama yang tersayang di hari raya nanti. Yang balik kampung jauh2 tu berhati2 di jalan raya ye =)

Wednesday, March 6, 2013

Cheese Cakes

30/01/2013 - Wed

Kejadian 1 bulan lepas. Entah macam mana aura nak mem'baking' tetiba datang. Time weekdays pulak tu. Tengah malam buta lagi. Pukul 3 pagi baru siap 1 kek :P Kira hari ni dalam sejarah jugak la nih...hahaha...Selama ni minat makan je. Well, 1st trial tak berapa nak menjadi sangat laaa. Buat blueberry cheese cake. Tapi kejap je dah habis licin 1 bekas tu. Tak sempat nak snap gambar pun. Tengok2 ni je yang tinggal.

Actually tak berapa nak jadi sebab topping atas tu tak jadi keras. Base pun agak hancur. Silap teknik. Yang jadi part cheese tu aje. Next time buat Insya-Allah jadi. Tapi next time tu tak tau bila lagi la kan. Tunggu aura je datang...hehe...Apa2 pun budak2 memang suka ;)


Tak sampai seminggu lepas tu buat blueberry oreo cheesecake pulak. Nak menghabiskan blueberry filing ngan cheese cream kekdahnya. Lagi2 cheese cake. Dah memang peminat cheese. Apa2 yang ada cheese sentiasa menyelerakan...yummeh2! Buah tak ada stok dalam fridge. Tepek je la anggur atas tu. Tu pun anggur yang hilang dulu. Budak2 kutip anggur baru makan kek :P


Agak berjaya compared to 1st project. Kali ni bakar. Yang 1st cake to non baked. Masuk fridge je dah siap. Tu yang rajin nak buat tu. Dah 2nd time rajin nak membakar pulak ;) Just part oreo layer tu macam nipis sikit. Next time kena derhaka buat 2 bungkus oreo. Tapi yang peliknya budak2 tak suka pulak bila makan oreo dengan kek.

Kali ni sempat snap gambar. Tu pun pinggan dah comot2 sebab dah makan 2 or 3 potong baru teringat nak snap...hahaha...


Actually ada lagi 1 baking projek yang dah berjaya dilaksanakan. Siap buat 2 round. Itu next time la pulak cerita ye. Sebab tu dah kategori lain. Bukan cheese cake dah ;) Hari ni berjaya masuk ke ofis buat pertama kalinya untuk tahun 2013...hehehe...Makin liat nak ke ofis. Ni pun datang sebab ada benda nak kena submit. Dah lama rasanya tak berkemeja and pegi kerja sesama dengan incik hasben ;)

Friday, December 7, 2012

Beach Mode On

Alhamdulillah kerja boleh dikatakan dah settle. Lega rasanya. Lepas dah bertungkus lumus mengerah tenaga siapkan kerja tak sangka pulak ada berita sedih lepas tu. Pasal kerja jugak lah. Tapi tak mo sedih2 dah. Sekarang nak hepi2 dulu.

Tengah berangan2 nak pegi bercuti. Teringin nak ke pantai. Bila rasa nak hilangkan stress harus la terus terbayang pantai. Memang automatik camtu. Tapi tak tau la menjadi ke tak plan kitorang ni sebab very the last minute baru rasa nak pegi.


Gambar ni time kitorang cuti2 ke PD before bulan puasa hari tu. Tak sempat pun nak update kat blog. Tangguh2 last2 peram je cerita ni. Tengok la kalau rajin akan ku update jua...hehe...Irfan kemain seronok lagi dapat main pasir. Tu yang nak sangat bawak dia ke pantai lagi. Minggu ni jugak dah start sale Big Bad Wolf book sales kan. Tu pun nak pegi jugak. Semua nak pegi camne nih? huhuh...

p/s: Kali ni BigBadWolf bukak straight 63 hours kan dari 7/11 Jumaat 6.30 pagi 9/11 Ahad 9 malam. Shopping la sampai ke pagi buta pun sampai lebammm...haha...

Monday, December 3, 2012

Buzy Bee

Seriously memang tak sempat lansung nak update blog last week. Terkejar2 nak siapkan kerja yang bertimbun. Kali ni cover kerja team member lain pulak yang amik cuti. Tetiba time ni jugak la tak boleh nak upload gambar. Picasa album exceed limit pulak. Dah bertahun berblogging tetiba nak exceed limit. Memang menagada betul! huhu~ Nak configure balik pun tak ada masa lagi ni.

Rasa macam workaholic je kekadang tu siang malam ngadap kerja je. Makan minum tido semua entah ke mana. Tunggang terbalik sudaaa. Boleh work from home tak semestinya boleh bersenang lenang kat rumah. Makin menjadi2 ada la mengadap kerja nak kejar dateline. Lagi stress kalau Papa Irfan pun sama bz balik kerja malam. Memang lepas Irfan tido jugak la baru dapat ngadap kerja. Biasanya lepas pukul 12 lebih. Kadang2 dengan Irfan sekali terlibat tak nak tido sampai pagi buta. Siap tarik2 tangan tak bagi klik mouse...huhuhu...Sian dia terabai kejap.

Dalam setahun mesti ada sekali dua dapat projek camni. Bagi kerja banyak lepas tu nak suruh siapkan cepat2 dengan resources yang sikit. Bayangkan aku sorang je kena execute 130 test scripts dalam masa seminggu. Memang tak tenteram hidup ok. Kalau semua smooth ok lagi. Ni kang jap2 server down. Jap2 tenet slow. Jap2 lagi tengok script tak betul....huwaaa...Memang rasa nak nanges je buat kerja.

So tinggal lagi seminggu nak berhempas pulas lepas ni. Chaiyok2! U can do it...hoho...Lepas tu rasa macam nak cuti2 Mesia je nak release tension. Tu pun kalau kerja tu tak melarat2 sampai ke minggu lagi satu. I wanna take a break! Entah tahun bila nak update pasal kenduri n pegi Singapore hari tu pun tak tau la T_T

Friday, November 23, 2012

Irfan 21 Bulan

Hari ni adalah hari yang sangat memenatkan dan menstresskan...huhu...Kerja tetap kerja. Tapi bila dah bagi berlonggok2 lepas tu suruh siapkan dalam masa 1 minggu memang sangat menyesakkan nafas. Kadang2 rasa macam dibuli...sobsobsobsob =( Sekarang pun dah 9.30 malam tapi masih mengadap kerja. 

Terlampau bz sampai tak sempat nak update semalam Irfan dah genap 21 bulan. Lagi 3 bulan nak masuk 2 tahun. Dah boleh planning birthday party dah ni. Macam tak percaya!


Cerita kenduri nak tak nak postpone dulu la nampaknya. Even cerita pegi Singapore hari tu pun dok postpone lagi tau....huhu...Nak amik cuti merehatkan otak pun cuti dah habis. Team member pakat ramai2 amik cuti hujung tahun pulak =(

Wednesday, July 11, 2012

Shopping Raya!

28/06/2012 - Thurs

Akhirnya hari ni berjaya menunjukkan muka kat ofis. Asik plan nak pegi tapi tak jadi. Tak ingat dah berapa lama tak masuk ofis. 2 bulan kot. Tak pun 3 bulan. Semalam kemas2 barang macam 1st day nak masuk kerja. Siap ketuk2 bag laptop yang dah berabuk...hahaha...Last2 boleh pulak tertinggal access card T_T Ni pun pegi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Apa kena mengena pulak kan? Bulan puasa nanti lagi la liat kot nak ke ofis. Lepas raya je la baru datang balik :))

Korang dah start shopping raya? Ke dah lama dah complete? Kitorang baru nak start enjin...hehe...Kebetulan dah ada sale. Hari tu 1st time beli jeans Irfan kat Pumpkin Patch. Tu pun sebab dapat less 60%. Ada jugak shirts n slack yang cantik2. Tapi kena control. Before ni pun Irfan pakai baju biasa2 aje. Tak ada la branded2 sangat. Setakat Anakku, Disney, Fiffy, Baby Kiko n bla bla bla yang standard baju babies tu je. Rasa cam tak berbaloi nak beli baju memahal tapi pakai kejap sangat. Sekarang Irfan pun cam dah besar sikit boleh la kot slow2 ;)


05/07/2012 -Thurs

Ni shopping hari lain pulak. Last week ada JCard Members Sale kat OU. Meor balik kerja terus kitorang bertiga ke OU. Tak ada la banyak mana memborong. Target nak cari seluar Irfan selai. Tapi sebab dah jumpa yang cantik amik lagi sehelai :P So cukup2 la tu kan seluar raya sampai 3 helai.

Shirts dah shopping siap2 time Hush Puppies sale dulu. Baju beli last year pun ada lagi yang tak pakai2 lagi sebab beli saiz besar. Tinggal nak cari baju Melayu Irfan je lagi tak tau nak cari mana yang ready made. Kasut pakai yang lama sudah. Kang nak masuk raya rumah orang pun kena tanggal jugak kan...hahaha...


Beli 2 helai baju Papa Irfan jugak. Tu pun aku yang berkenan sesangat 2 color ni. Tak pernah tengok Meor pakai. Again...aku yang hover! Sudahnya Mama Irfan tak dapat apa2. Kasut raya tahun lepas ada sepasang tak pakai2 lagi. Yang dah pakai tu memang berbaloi2 beli. Pegi mana pun tak kira la pasar ke pantai ke shopping ke kenduri ke kasut yang sama tu jugak la yang aku sarung. Sampai dah lunyai T_T


Mama Irfan dapat yang ini! Before pegi JJ sempat singgah kat outlet Yves Rocher dulu beli cleanser ni. Dorang buat Cleanser Exchange Programme. Aku kasi je cleanser Olay aku yang kosong tu then dapat beli cleanser ni RM 29. Kalau idak RM 55. Ok la tu kot. Lagipun aku memang suka try mende2 baru ni =)


Korang yang rajin nak try2 skincare cam aku boleh la singgah ye. Boleh tukar dengan toner, cleanser or cleansing cream untuk remove makeup. Aku pilih yang tengah2 tu sebab dia sekali cleanser+scrub. Pakai sekali je senang. Tak silap Nivea pun ada jenis camni. Bau cleanser Yves Rocher ni pun best. Tak sabar nak try. Tapi kena la habiskan cleanser Clarins dulu sebelum expired T_T


Sekarang tinggal nak cari baju Melayu untuk 2 beranak tu je. Baju raya aku dah on the way sepasang. Hopefully sempat la siap before raya. Kalau tak beli aje la yang ready made. Raya lepas2 tu pakai je la baju lama2. Tu pun kalau tangan ni tak gatal nak sambar baju2 cantik yang aku nampak dekat2 nak raya nanti :))

Friday, June 15, 2012

Happy 3rd Anniversary!

Hari tu wedding anniversary. Ni anniversary ngan company pulak =) Alhamdulillah....Hari ni dah genap 3 tahun aku kerja kat company sekarang. Company yang paling lama aku bertahan. Macam tak percaya. Kalau previous company tak sampai setahun aku dah cabut lari...hehehe...Paling kejap sebulan lebih kot kerja dah blah sebab tak tahan ngan environment dan orang2nya sekali. So dalam 2 tahun je 4 kali tukar kerja dan sekarang ni company yang ke 5 joined since 2009...hoho...

Ada satu company tu tempat duduk kat ofis pun boleh main 1st come 1st serve. Kalau sampai lambat menggagau la ke sana ke sini cari tempat duduk. Giler tak best. Lain2 company tu saje nak tukar sebab tak jumpa kerja yang betul2 aku nak. Memang semua still dalam bidang IT n software. Tapi macam aku cari yang lebih lagi. Kalau boleh nak kerja yang aku boleh belajar banyak benda baru. Bajet nak something yang challenging gitu la kan...haha...Cam poyo pulak. Tapi seriously aku tak boleh nak ngadap mende yang sama je tetiap hari.

So kira ngan company sekarang ni paling loyal la nih. Tu pun sebab boleh work from home sesuka hati...haha...Kalau idak berkira2 nak cabut jugak ni. Kerja mana tak stress kan. Time projek tengah jalan memang huru hara hidup. Time tu la berkobar2 rasa nak resign. Tapi bila projek dah habis terus lupakan je niat tu. Cam tu la ulang2 sampai la dah masuk 3 tahun ni...huhu...

Kesimpulannya kat company sekarang memang aku banyak sangat belajar benda2 baru. Involve dalam projek yang lain2. Start dekat bulan puasa last year aku dah move a step forward. Bukan jadi team lead. Jauh sekali la nak jadi manager. Gaji pun still tak naik2...huhu...Tapi aku join new team yang majoring dalam bidang aku ni. Macam expertise gitu. Tapi bukan aku la. Saya budak baru belajar...huhu...

Banyak sangat benda kena catch up. Susah2 pun bertabah je la sebab memang dari dulu aku yang beria2 nak sangat belajar. Mana taknya. Asal pegi inteviu je nak mintak kerja position yang camtu confirm kena reject. Orang tak nak sebab tak ada experience. Helooo...kalau semua nak yang ada experience aje sampai bila orang2 yang muda ni nak belajar mende baru. Memang banyak company macam tu.

Luckily company aku ada orang nak tolong ajarkan. So bertahan la sampai dah master sket then baru boleh cabut lari....hahaha...Yang bestnya sekarang dah kerja directly under bos U.S. So datang ofis ke tak datang ke sama je. Bukan dia tau pun. Janji kerja jalan ;)

Yang tak bestnya ni aku ni ada problem sket nak paham slang mat salleh. Tambah2 yang cakap jenis suara dalam tu. Terkial2 jugak la nak memahamkan. Tapi dah makin ok sekarang sebab dah praktis selalu time meeting...hehe...Bukan setakat slang U.S. Slang Mexico pun nak kena pahamkan sebab team member ada orang sana. Masa mula2 dengar rasa macam dorang cakap bahasa dorang je. Masa tu rasa give up je nak teruskan training. Dah la benda baru nak belajar lepas tu nak pahamkan slang lagi. Naik pitam jugak. Tapi practice makes perfect...huhu...Sekarang dah terer sikit nak pickup. Apa2 pun nak kena bersabar la kan ;)

Panjang bebenor dah essay kali ni...hikhik...Sekali sekala update pasal kerja kan. Tu yang ter'over' dos tu. So lepas ni tengok la berapa lama lagi boleh bertahan kat company sekarang. Actually nak letak gambar team tapi malas nak korek email. Kerja pun tak siap lagi ni...haihhh....Nasib baik dah nak weekend. Berbunga2 sikit rasa hati =)

Thursday, January 19, 2012

Ada Udang Di Sebalik Batu

Buat julung2 kalinya update cerita fresh from oven...hahaha...Asik update cerita basi je kan. Hari ni aku pegi ofis! Pegi ofis pun nak kecoh kan :P Dah sebulan lebih kot tak jejakkan kaki ke ofis sejak kena conduct KT hari tu. Hari ni pegi ofis pun ada maksud tersirat ok :D

Pegi pun half day aje. Nampak bebenor ada udang di sebalik mee...huhu...Well, malas nak stay sampai petang. Balik dah confirm jem. Entah pukul berapa nak sampai umah. Maid pun dah blah. So balik je la senang. Lagipun projek yang aku involve sekarang tak memerlukan aku datang ofis pun. Ngadap laptop kat umah pun keje jalan jugak ye dak. Balik Meor hantarkan sebab kang petang balik dia nak pakai kereta. Kitorang sharing2 je kereta. Sharing is caring!...hahaha....tetiba :P

Opsss...1st time tepek gambar Meor botak. Tu pun nasib baik rambut dah start tumbuh sket. Botak without my approval ok...huhu...Tau2 balik kerja kepala dah licin. Aku ni pulak jenis tak suka tengok orang kepala licin. Tapi dah botak dah pun. Tak kan nak pegi amik rambut palsu tepek kat atas kepala pulak kan. Aku pasrah je la T_T


Balik umah tenyeh2 budak comot ni kejap pastu lunch then sambung keje balik. Irfan memang sibuk je sampai tak ada masa nak ngadap mama dia.


Nak bagi makan pun berzaman nak abis. Memula dok kat rocker. Dah tak nak diam letak bawah. Lepas tu main kejar2 nak kasi makan. Last2 letak kat baby chair baru nak sambung makan. Tu pun lepas dapat mende dia nak ketuk2 dulu....nak cubit...nak cubitttt n_n


Well, ini la maksud tersirat mimpi pegi ofis hari ni. Nak ngamik 2 set mekap Benefit ni ha. Pesan time bulan November kot kat colleague, Kak Zura yang kena anta pegi US buat keje kat sana. Disebabkan dia pegi sensorang plus memang dia tersangat bz sampai tak ada masa lansung nak shopping, maka musnahlah harapan nak kirim handbag Coach ke, jam tangan Fossil ke jeans Levi's ke T_T

Jadinya aku order online je mekap set ni. Actually dah lama jatuh cinta ngan Benefit ni since attend workshop kat KLCC dulu. Tapi memikirkan harganya yang tak berapa nak murah tu aku simpan je la as a wishlist. Luckily boleh order thru online. Dapat la harga murah sikit compared to harga kat Malaysia ni.


Mekap palette. As i said before, aku ni memang pencinta segala tok nenek palette. Tengok2 terus tergoda. Dah dapat approval terus laju je order. Duit? Sendiri mau ingat la kan. Pakai duit sendiri. Meor memang tak campur bab2 mekap ni. Dia kasi komen je ok ke tak. Set ni ada Girls Meet Pearl (liquid pearl), 4 eye shadows, blusher, brush, lip gloss ngan mascara.


Set lagi satu ada That Gal (face primer), mascara ngan face powder. Box dia tersangat la cute ok. Siap boleh letak gambar kat depan tu. Aku ni memang jenis suka mende yang fancy2 ni. So memang cannot resist la this kind of thing >.<


Sekali tengok macam paper bag sebenarnya. Mati2 aku ingat box tu letak dalam paperbag. Beria2 tarik nak amik box tu.


Rupa2nya memang box semata. Terus bukak je. Tu pun Meor bagitau...huhu...But really...I love the packaging! Actually aku pernah order online dah before ni. Masa tu time pantang. Ada colleague pegi US jugak time tu. Tak sempat pulak nak tepek kat blog ni. Beli That Gal ngan blusher Bella Bamba. That Gal tu dah let go to one of my fren. Yang ni pun nak pass to someone jugak.


Dapat free sample. Cenonet je. Ok la kan dari tak ada lansung ;) Actually boleh je kalau nak order then letak address kat Mesia ni but nak kena min beli USD100 la baru dapat free shipping. Kalau address US beli min USD50 dah free shipping. Jenuh la nak beli barang banyak2 kan. Bukan nak pakai sume pun. Shipping pun nak berkira kan...hehe...Alang2 boleh dapat free tu letak je address US senang ;)


Ni lagi satu mende yang aku nak amik. Eye shadow Yves Rocher yang dah berzaman Kak Ezah simpankan. Maklum la dua2 sakan work from home pastu susah bebenor nak jumpa. Hari ni pakat datang ofis ramai2. Ni antara hasil rembatan Yves Rocher yang tercicir pastu siap kirim kat orang belikan lagi :P


Last but not least nak collect movie voucher ni. Awal bulan lepas team aku ada buat makan2. Dapat duit dari company. Ada la setahun sekali nak buat makan2 gini. Nak harapkan family day jauh sekali. Kebetulan time tu pulak aku tengah senak kepala otak dok buat preparation nak conduct KT. Tak ada masa nak pikir nak makan ke apa. So boss suruh orang belikan movie voucher ni ganti duit kitorang yang tak join team lunch hari tu. Dapat la 5 keping GSC movie voucher sorang. So apa lagi...jom layan movie seround dua (sambil jeling2 kat Meor) ;)


Dah habis cerita fresh from oven. Dah petang pun. Stress sebab balik2 umah bukak laptop website tak boleh bukak pulak. Apa la nak update time meeting malam ni. Cepatla weekenddd...Nak rehatkan otak...

Tuesday, December 13, 2011

Wedding Yatt

03/12/2011 - Sat

Semalam cuti birthday Sultan Selangor ofis aku cuti coz kat area Selangor. Tapi aku tak berapa nak cuti sangat. Sebabnya Meor keje KL so memang tak cuti. Tak best cuti sensorang T_T Lagi satu sebab Rabu ni aku kena kasi KT (knowledge transfer). So hati jadi tak tenteram cuti2 pun. Nak kena prepare apa yang nak dicakapkan nanti. Aku tak reti kot nak ajar2 orang ni. Sebab tu la tak boleh nak jadi cekgu or lecturer...huhu...


Sebelum aku jadi lebih bz dan bz, baik la aku update dulu cerita wedding yang kitorang attend 2 minggu lepas. Kawan time skola menengah, Yatt. Pernah sekelas. Lepas SPM pun sementara nak tunggu result tu selalu je hangout sesama. Umah pun dekat je. Actually dia ni berjiran ngan Shauqi yang aku attend wedding dia hari tu. Sebelah rumah je pun. Elok je dorang ni kawen selang seminggu =)

Ohhh...aku nampak rendah sikit ye dalam gambar tu. Sebenarnya kami sama2 rendah ;) Nak jugak bagitau tu....hehe... Aku pakai sandal flat je. Senang nak dukung anak. Kang pakai heels terpeleot ha sape yang malu?...hahaha...


Kami 3 beranak. Time kitorang datang aku tak jumpa sorang pun kawan2 sekolah dulu. Silap timing lagi. Ada pun 2 orang laki ngan pengantin baru Shauqi tu. So memang tak lepak lama la. Nasib baik mak n ayah pun join pegi kenduri sekali. Tak ada la bosan sangat. Rasa cam tak bes pegi kenduri tapi tak kenal sesape except pengantin...huhu...


Kebetulan mak n ayah aku memang kenal mak n ayah pengantin ni. Dorang dah berkawan agak lama. Sama cam mak n ayah Shauqi jugak. Kebetulan jugak aku satu sekolah ngan anak2 dorang. Dah la dorang berdua berjiran. Satu sekolah pulak dulu. Padahal before tu aku tak pernah kenal pun dorang. Banyak betul kebetulan. Macam dalam drama dah kekadang tu :P


Balik tu singgah rumah kejap siap2 nak keluar balik. Aku je la yang bersiap kan. Hero 2 orang tu memang dah baju default. Pakai pegi mana pun boleh. Aku memang tak koser la nak merayap pakai baju kebaya bagai. Kitorang pegi area TTDI Jaya. Ada la mission impossible kat situ. Balik tu sempat menyinggah kat Tutti Frutti TTDI Jaya. Tak ada orang ok. Kitorang je dalam tu. Orang jaga kedai pun sibuk dok borak. So kitorang pun sakan la bergambar...hehe..


As usual Irfan memang tak boleh dok diam la kan. Nak offer makan pun tak boleh. So kasi je dia main paper bag. Ada la jugak keje nak buat kan ;)




Rimas Irfan tetiba mama ngan papa dia datang kepit...huhu...Balik tu singgah Subang Jaya pulak pegi kedai game Meor. Pegi cuci mata kejap je. Aku stay je dalam kereta sebab anak bujang tengah sedap tido. Then pastu terus balik umah.


Irfan suka sesangat la kalau papa dia angkat tinggi2 gitu. Gelak2 je dia. Nak suruh mama dia buat gitu sori la ye. Sakit tengkuk kang...huhu...Seronok la papa tu dapat geng. Tu pun dah tak sabar2 nak tunggu Irfan besar. Ada geng nak melayan game ngan robot2 kat rumah ni. Mama pasrah je la kan. Lagipun dulu time preggy memang mengharap sangat dapat boy. Nak kasi geng kat Meor. So here u are. Our litte hero =)


Esok memang confirm tak dapat nak update blog. Dari pagi sampai ke malam bz kot ngan join KT, kasi KT, siapkan keje sorang2 sebab team mate cuti, malam nak kena join meeting lagi. Mintak2 ok la sume. Mintak2 tak ada la orang nak tanya soalan pelik2 kat aku time KT nanti...huhu...Tak sabar nak habiskan hari esok. Lepas tu next week nak enjoy sepuas2nya. Nak cuti2 Mesia hilangkan stress =)

Wednesday, June 29, 2011

Check Up 4 Months + Super Duper BZ

Pagi tadi bawak Irfan pegi check up 4 bulan kat KK. Lambat pulak datang. Pukul 10 baru sampai. Maka bertapa la kami tiga beranak kat situ sampai pukul 12. Irfan sempat tido dulu. Bangun2 pun still tak sampai turn dia. Bosan la dia kan. Ni pic time Irfan baru bangun tido. Tak lama lepas tu dah start tak dok diam T_T


Nasib baik bulan ni tak kena cucuk. Kang satu keje pulak nak pujuk budak tomey ni kan :P Berat Irfan dah 7kg. Bulan lepas 6.4kg. Naik la 0.6kg. Panjang 68 cm. Nurse cakap normal untuk baby 7 bulan. Ye la kot2 ada orang tengok anak aku sihat dan bowlat mula la nak reka2 cerita kan. Irfan kuat minum ok. Kadang2 dalam masa 4 jam dia boleh abiskan 12oz. EBM ye...EBM. Aku ni bukannya full time housewife pun. Sampai hati ke tak nak bagi EBM kena la tolak tepi. I kan wanita bekerjaya =)

Balik2 checkup 2 3 orang office jugak la cari aku. Ngan email yang tak reply lagi. Lately sangat2 bz. Buat keje sampai tak cukup tangan. Kadang2 sampai ke malam pun dok buat keje office lagi. Meeting sekarang sampai 3 kali seminggu. Kebetulan hari ni pulak baby sitter Irfan sakit pulak. Cabaran betul hari ni. Tak boleh nak bersantai2 je kat umah BF Irfan even hari ni aku WFH T_T Ada entry termendap nih. Tapi terpaksa biarkan entry2 tu terus termendap for the time being...

Thursday, May 5, 2011

1st Day Masuk Ofis Lepas Maternity Leave

Fuh fuhh fuhhhh! Akhirnya berjaya jugak sampai ke ofis pagi tadi pukul 9.30...
Suka2 je kan nak masuk lambat...hehehe...
Kelam kabut sikit...Maklum la...Dah lama tak jejak kaki ke ofis...
Dah masuk hari ke 3 start keje lepas maternity leave tapi baru hari ni aku datang ofis...
Tu pun sebab ada discussion..Lagi pun biasa work from home 2 hari je seminggu...
Paling mendebarkan bila nak kena drive sendiri lepas sekian lama asik jadi passenger je :P
Tak suka betul bawak kete kat KL nih...
Semalam pun naik lenguh jugak cari baju nak pakai pegi keje...
Since pindah ke umah parent aku sume baju dalam kotak lagi...
Jenuh jugak la menyelongkar sebab kotak baju ada banyak...
Aku pulak kalau dah set nak pakai baju memang akan pakai baju tu jugak...huhuhu...
Last2 tak jumpa pakai je la apa yang ada depan mata...
Lagi best bila tengok2 beg laptop giler berhabuk...hahaha...
Melampau betul punya lama tak pegi keje kan...
Pagi tadi kesian betul nak tinggalkan Irfan...Dah start kerut2 nak nanges dah...Ekceli hari ni semangat nak datang ofis bersebab...
Tu nanti2 la story mory esok lusa ke ;)

Thursday, January 27, 2011

Kick Off & Appreciation Day

Isnin hari tu company aku ada buat event kat Tropicana Golf & Country Resort. Baru 1st time nak masuk sini. Padahal hari2 nak pegi keje memang lalu depan ni. Entah bape puluh kali dah lalu. Tapi kalau tak ada pape pehal pulak kan nak masuk tetiba....

So pepagi Isnin tu siap bangun awal lagi. Padahal awal 10minit je pun :P Tapi 10minit awal pun still tak ada effect since keluar je depan umah dah start jem. Jem kat tol LDP effect sampai kat area umah la pulak. Abis je jem kat situ jem lagi kat Jalan Duta. Boleh kata lepas tu jem je sepanjang jalan nak pegi Damansara Heights. Dasat bukan main jem hari tu. Dah la kalau hari Isnin memang aku akan work from je. Tetiba nak datang ofis nak malang pulak jem sakan. Jenuhhh bertapa dalam kereta. Nasib bukan aku yang drive. Kalau tak lagi la meroyan.

Lepas drop Myo terus aku memecut pegi ofis. Otw pegi ofis aku memang selalunya clear je. Sampai2 ofis dah 9.30 kot. Tu pun ramai yang dah pegi. Nasib baik ada sorang lagi colleague, Kak Jo time tu. Tu pun tengah tunggu lagi sorang, Kak Ezah. So lepak2 dulu. Last2 Kak Ezah pun sama stuck kat jem. Sejam jugak kot tunggu. Sampai2 kat clubhouse tu orang dah start berucap dah pun.

Ada 7 orang bos2 besar datang dari US sempena event ni. Since aku kerja kat sini dalam setahun lebih ni la 1st time kot tengok dorang live depan mata. Tu pun dari jauh. Ehhh tapi time nak balik kerja aku selisih ngan dorang. Sorang2 say hello kat aku....hehehe....tu pun nak bagitau :D

Mostly event ni just nak celebrate director kitorang yang dah nak retire. Grand jugak la buat event tu semata2 utk dia. Aku dok tunggu2 la kot dorang nak announce salary increment ke this year. Nan ado nyer. Lagi diharap lagi la tak ada. Ada lucky draw je dapat ipod. Tapi as usual aku tak ada luck T_T Pukul 12 je dah abis event nya. Terus lunch. Buffet. Bosan. Kena beratur panjang. Time nak makan je semua berdesup laju je. Aku jugak yang lambat.


Lauknya tak ada la hebat mana pun. More to Chinese style. Tapi dah free tu telan je la kan. Ada boneless fried fish, mix vege, fried chicken....sume yang kering2 je. Sekali aku nampak ada kari daging...waaaaa sedap je aku tabur atas nasik. Excited kot tetiba nampak mende berkuah. Padahal aku tak ada la minat daging sangat. Sekali bila dah nak makan baru ku tahu rupanya tu daging kambing. Huwaaaaa...terus out. Nak ngap je dah bau kambing. Last2 suku je nasi yang aku makan coz lain2 tu dah tercemar ngan kuah kari T_T


Minum len chi kang. Dah lama tak minum air ni. Layan je la. Lepas makan terus balik ofis.


Dah petang mata mula la berat semacam. Perut dah start lapar balik. Dah la makin lama makin susah nak tido malam. Kalau tido pun asik terjaga je. Even hari pegi event tu aku tido 2 jam je. Memang time petang tu rasa nak tersembam kat atas meja. Ngan sakit2 satu badan lagi. Dok tengok jam nak balik je. Ni muka aku memang tengah ngantuk giler2 punya. Lagipun tak kan la nak senyum sorang2 kat ofis kan. Dah la bos kat belakang. Kang tak pasal2 tengah2 amik gambar bos masuk sekali....haaaa...sape nak jawab? :P

Tapi sampai je masa yang ditunggu2 sharp 5.30 aku still tak balik lagi. Myo boleh pulak ada meeting start pukul 6 T_T So aku kena la lepak2 jap kat ofis. Tapi dek tak tahan dok ngan bos berdua je kul 6 lebih dah siap2 nak keluar. Tu pun Myo tak start2 meeting lagi. Dekat pukul 7 baru sampai ofis dia. Lepas tu sesi bertapa pun bermula. Aku siap tido bangun balik tido balik pun Myo tak datang2. Last2 sampai pukul 8 lebih jugak aku dok dalam kereta ngan sakit2 badan ngan lapar nya.....So tu la cerita hari Isnin aku yang tak berapa best (-_-)

Sunday, December 12, 2010

Yahhhuuuu!!! I Dapat Bonus!

Alhamdulillah.....akhirnya dapat bonus jugak =) Excited hokey 1st time dapat full bonus. Lepas dah 3 tahun kerja baru nak merasa full bonus nih. Last year dapat jugak tapi half je sebab baru start kerja kat company sekarang ni. 1st job dapat bonus pun baru 3 bulan kerja. Lain2 company sume hampes tak bagi bonus...huhhh! Sebab tu aku lari....ahaks!


Bonus je la harapan bangsa dan negara coz nak tunggu increment memang berjanggut la kan. Bonus tu bonus jugak. Kalau aku bujang trang tang tang harus laju je pegi menyopping nih. Tapi memang dah plan awal2 bonus kali ni kena save untuk deliver nanti. So kalau agak2 nak shopping harus la pakai duit gaji. Agak2 tak cukup pandai2 la dok dendiam :D Kesian korang tak sempat nak mintak aku blanjer....hahaha...tunggu lain tahun je la ye ;)

Monday, December 6, 2010

Back to Work!

Semalam bukak2 blog baru perasan tinggal lagi 100 hari je nak deliver. Tu pun maybe awal lagi or lambat. Saspen nya hakuuu....Excited pun ada. Dok belek2 baju2 baby dah berapa kali. Padahal baju tu jugak ulang2 :P

Akhirnya habis jugak cuti aku 7 hari plus wiken jadi 11 hari. Banyak dok rumah je tak pegi mana. Nak cuti2 Mesia pun tak lepas. Tapi lepas jugak la pegi 3 warehouse sales....hohoho....suke2. Hari ni dah start keje. Tapi still work from home. Dah 3 minggu kot tak jejak kaki kat ofis....slumber aje. Esok cuti lagi. Rabu harus la aku tunjuk muka kat ofis.

Gambar ni tak ada kena mengena ngan tajuk entry. Hari tu akhirnya dapat bersantai2 kat Santai kat Tesco Mutiara Damansara. Biasa kalau datang kedai ni confirm order yang goreng2. Nasi paprik ngan nasi goreng santai kat situ memang sedap. Tapi hari tu saje nak tukar selera testing2 menu lain. Kitorang order ikan kembung masak 3 rasa....


Ngan tom yam campur. 2 lauk je pun. Makan ngan nasik....pergghhh...sedap giler. Tom yam dia memang terangkat. Berair2 jugak la mata nak habiskan. Tapi memang tak rugi la try ;) Ikan pun marvellous. Terus tersandar kenyang...


Kenyang2 pun boleh jalan2 lagi ok. Singgah The Curve. Lama sungguh tak belek handbag sejak dah preggy ni. Eh bukan. Sejak dah kawen. Baik je aku tak shopping handbag. So pegi la Metrojaya tengok2 apa yang patut. Ternampak beg Carlo Rino ni. Tak pernah ada handbag Carlo Rino. Cam menarik plak aku tengok. Ada less pulak tu. Dapat la RM100+. Tapi Myo cakap macam tikar kat bilik baju kitorang jek T_T So aku kena say bye2 la kat handbag ni...Tapi cantik laaa...


Jalan2 kat area handbag Guess ada less jugak. Tapi biasa la Guess. Less2 pun paling koman dapat RM200++. Aku berkenan ngan handbag putih ni. Nape ntah sejak dua menjak ni yang putih nampak lawa. Kalau tak aku suka beli color yang gelap2. Lagipun handbag ni besar gabak. Aku tak pernah ada lagi jenis2 gini....Arghhh tulun2....sukanya handbag ni...


Jalan2 lagi jumpa handbag ni. Yang ni sah2 tak ada less sebab new arrival. RM400++. Cantekkkk jugakkk...Camne? Macam la duit berkepuk2 senang2 je nak beli kan. Kalau dah berkepuk relax je beli Coach terus sambil pejam mata :P Harus aku datang lawat2 lagi sampai handbag ni jadi murah tau...


Handbag aku sekarang tali dia dah macam kena gigit tikus. Ni la handbag Elle kesayangan ku. Opsss...tersama color plak ngak sofa :P Nampak macam ok je lagi kan. Ni 1st handbag yang agak branded aku beli lepas dah setahun lebih keje time tu. Before tu memang handbag bawah RM30 je T_T Sebab aku suka tukar2 handbag. So beli je yang murah2. Tu dulu la. Sekarang malas dah nak tukar2 sangat.


Tapi bila tengok tali dia memang dah teruk giler. Macam kena gigit tikus tak? Buruk2 pun pakai jugak sebab dah selesa ngan handbag ni....Handbag hantaran pun tak pakai2 lagi...Sayang la pulak kan ;)


Esok cuti kan? Salam Maal Hijrah 1432 kpd semua. Semoga dapat berhijrah kpd sesuatu yang lebih baik di tahun baru ni :)