nuffnang

Showing posts with label just the 3 of us. Show all posts
Showing posts with label just the 3 of us. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Happy New Year 2014

25/12/2013 - Wed

Selamat tahun baru 2014! Baru nak wish boleh??? Melampau lambat giler baru nak buat entry tahun baru ken. Sejak up kan entry pasal jadi dealer Humaira terussss tak update blog. Mesti orang bajet tgh bz berbisnes la tuh. Idok la yer. Itu semua memang poyo belaka. Bisnes ai tak maju sgt lagi. Suam2 kuku aje. Cuma mood nak update belog tu je yg dah ke laut :P


Ni kesah last year of coz. Banyak giler last year punya cerita tak update. 1st time bawak Irfan naik LRT...hehehe...Kesian Irfan dah nak 3 tahun baru la nak merasa naik LRT. Kalau tak tengok dari kejauhan aje. Pegi time cuti Krismas. Bukan la tak nak bawak selama ni tapi takut Irfan beraksi dalam LRT tu nanti T_T Hari tu pun redah la jugak since confirm susah nak cari parking time orang ramai macam ulat tu.


Percubaan pertama adalah berjaya! Memang Irfan dok diam je sepanjang nak sampai ke KLCC tu. Duduk tegak je tengok orang. Just bila lrt stop setiap station tu dia dah nak turun sebab ingat dah sampai hahaha...So setiap station tu kena bagitau dia belum turun lagi :P 


Sampai KLCC jalan2 sket Irfan dah sedap tido. Memang tak sesia susah payah angkut stroller naik LRT. Dah tau time tido dia petang2 camtu. If tak bawak stroller memang tak tido la dia. Mau mengamuk sepanjang jalan T_T


Since Irfan dah tido boleh la stop bergambar kejap. Selekeh je haku. Capai je baju yang tak payah gosok. Opsss tak berniat nak jadi model shawl pun ye :P


Ok dah selit tag belah dalam...hahaha...Tak ada la nampak sangat macam nak promote tudung :P Ni antara shawl fevret aku. Shawl AHC la kennn. Dok ulang pakai shawl ni je.


Satu hape pun tak beli dekat KLCC. Saje je nak melawat sebab dah lama tak datang....hehe...Balik tu naik LRT Irfan dah start rock n roll. Memang tak nak dok diam dah. Nak lompat2 lari2 jerit2. Awal2 je behave sebab terpegun sangat kot. So no more LRT dah lepas ni ok. Oh tak tau la bila lagi rajin nak update blog. Slow2 je la kan walaupun cerita semua dah basi. K babai...

Friday, April 19, 2013

Our Normal Weekend

14/04/2013 - Sun

Nak update jugak aktiviti weekend lepas walaupun tak menarik mana pun. Balik2 benda yang sama je nak update. Pegi OU lagi. Kekonon nak beli baju untuk Irfan tapi last2 tak jadi pun. So pegi makan je la. Irfan tak tido pun dalam stroller tu. Saje berlakon je. Kain tu patut ke belakang tapi dia tolak ke depan. Cam main cak2 gitu. Lepas tu buat muka cute :P


Papa Irfan bz ngan phone je. Kejap2 kang orang ofis call. Kejap2 kang sms pulak. Tu badan je dekat situ. Kepala dah sampai ofis. Padahal sebelum sampai OU kitorang dah singgah ofis dia dah. Sempat la kitorang 2 beranak bertapa kejap dalam kereta tunggu dia siapkan kerja.



Ni bila dah dapat keluar stroller. Gini la jadinya. Setiap penjuru tu dia nak try menyelinap...hehehe...


Muka kecewa sebab tak berjaya ambik gambar dengan Irfan. Baru je pegang dia dah menggelupur nak turun kerusi :D


Yesss...Dah dapat tangkap! Tu pun sekejap je.



Makanan dah sampai. As usual servis Kenny Rogers dekat OU ni memang lembap. Tapi sebab dah lama tak makan KR redah je la.


Sidelines wajib order kalau ke KR. Coleslaw n macaroni n cheese. Mashed potato tu tak makan sangat. Tu special untuk Irfan.




Pinggan dah licin. Kenyang....Alhamdulillah. Tapi memang tipu la pinggan boleh licin terus kan.


Sebab tulang2 semua dah transfer ke pinggan Papa Irfan...hahaha...


Macam biasa layan Upin Ipin.


Jalan2 sikit then balik. Cantik tak rambut baru Irfan? Tu hasil tangan mama ngan papa dia tau...hehehe....Berjaya jugak gunting sendiri je walaupun Irfan duduk tak diam sikit. Jimaattt 15 hengget =) Tak sama sikit sini sana kira halal je la. Janji rambut tak panjang dan yang penting tak botak...huhu...


Balik dari OU singgah ofis Papa Irfan lagi. Kali ni kitorang 2 beranak ikut sekali. Tak koser heh dok dalam kereta tepi jalan tu malam2. Sempat la Irfan berlari sana sini sebab jumpa tempat luas kan. 1st time masuk ofis Papa Irfan sejak dah 4 tahun dia kerja sini. Bila la Papa Irfan nak resign ye. Harap2 nanti dapat tukar kerja tempat lain pulak. Dan harap2 jugak kerja baru nanti tak membuatkan kami berdua terasa berjauhan dengan dia :(

Thursday, January 17, 2013

Bye Bye Singapore!

14/09/2012 - Fri

Sambung previous entry. Dekat tepi Merlion Park tu ada river cruise. Entah macam mana boleh pegi naik pun aku tak tau. Padahal memang sah2 bosan. Maybe masa tu tau nak luruskan kaki je. So bajet duduk dalam bot tu boleh la relaks. Dah la mahal. Sorang SGD18. Dah convert lagi la terasa mahal. Nampak Singapore Flyer dekat belakang. Pun jauh nun di sana.


Mama Irfan je yang beria pandang kamera. Irfan buat dunno je. Tak tau dah macam mana lagi nak buat bagi budak kecik ni supaya jadi pencinta kamera T_T


Rasanya tak sampai 5 minit kot berkeadaan begini. Sebab lepas tu Irfan dah start berlari ke depan ke belakang. Lompat sana sini. Siap jerit2 lagi. Halfway aku dah start pening kepala. Memang Papa Irfan je yang main kejar2 dengan dia dalam tu. Tourists lain tengok kan je la gelagat Irfan yang tak dok diam tu. 


Dah turun bot baru nak amik gambar. Dengan muka yang tengah tahan pening tu. Even Papa Irfan pun hampir2 surrender. Memang rasa nak je suruh orang bawak bot tu drop kitorang turun dekat mana2. So memang boleh agak la kalau naik Singapore Flyer macam mana kan. Tak kan nak terjun pulak dari mende tu kalau Irfan lompat2 dalam tu...huhu...Even dekat Langkawi pun memang kena lupakan je la hasrat nak bawak dia naik cable car. Tunggu besar nanti je la kot.


Dah penat beraksi dalam bot bateri pun dah kong. Penat. Masukkan dalam storoller terus terlelap. Lepas tu kitorang round nak cari next MRT station. Sampai tersesat. 


Tunggu MRT. Sangat penat, lapar dan dahaga. 1st time bawak Irfan naik MRT. Dekat KL pun tak pernah bawak dia naik LRT or komuter lagi. Tak berani nak tanggung risiko...haha...


Akhirnya sampai jugak tempat yang dituju. Bugis Village. Happy rasanya bila nampak orang Melayu especially yang pakai tudung. Susah ok nak nampak orang Melayu sepanjang kitorang sampai tu. Memang Bugis Village ni area orang Melayu. So apa lagi. Harus la diisi dulu perut yang kosong. Sampai2 terus nampak KFC. Tak sempat cari kedai lain dah. Dah petang kot time tu tak makan2 lagi. KFC pun KFC la. KFC dekat sana rasa ayam dia tak sesedap KFC dekat Malaysia ni. Tapi dah lapar telan je la asalkan halal.




Next kitorang menapak ke Masjid Sultan. Lagi satu tempat yang dicari2. Dah la toilet Singapore ni semua tak pakai paip kan. Memang menahan je la even dah jumpa toilet pun. So bila dah jumpa masjid rasa sangat heaven. 




Amik gambar background masjid. Situ ada banyak kedai2 jual souvenir. Beli fridge magnet je pun. Ingat nak pegi China Town tapi macam tak sempat plus tak larat. Nasib dah pernah pegi dulu. Papa Irfan pun bukan heran sangat nak shopping2. 

Nampak tak ada orang laki lalu tepi tu? Dia ada offer nak tolong amikkan gambar kitorang bertiga. Tapi disebabkan terkejut terus jadi blur and tolak offer dia...haha...Terkejut sebab sepanjang kitorang sampai tu dah jumpa beberapa orang yang maybe Singaporean yang sangat lah tak friendly. Not really polite though. So dah ada cop di situ :P


Then nampak tak ada sorang perempuan jalan dekat belakang tu? Ha lepas tu dia pun offer nak tolong amikkan gambar. How sweet. Dah la tengah on the phone. Sambil pegang handphone tangan lagi sebelah pegang kamera. Kali ni kitorang tak fikir banyak dah. Orang dah offer tu laju je hulur kamera.


Hasilnyaaa...nice! Entah macam mana Irfan pun siap pandang kamera dengan riangnya. I loilke =) Padahal orang tu dok sibuk cakap dekat phone je.


Before balik singgah makan murtabak Singapore dekat kedai mamak yang aku dah tak ingat namanya. Quite femes katanya. Sedap la jugak murtabak dia. Rasa pun dah tak ingat macam mana tapi memang sedap :P Tak boleh masuk banyak sebab dah full dengan ayam KFC...huhu....So yang tak habis tapau je lah. 


Before pukul 7 dah sampai depan USS balik. Sebabnya nak singgah beli souvenir dulu. Hari sebelumnya macam teragak2 nak beli. Kang ter'overspend' tak cukup pulak nak buat belanja untuk jalan2 di Singapore. So bila tengok ada duit lebih lagi mula la berkobar2 nak beli itu ini ;)


Entry last pasal USS aku mention kitorang beli fridge magnet dengan gambar je. On the 2nd day tu kitorang sampai USS ngam2 gate USS dah nak tutup. Mintak jugak Papa Irfan carikan souvenir yang aku dah wusha2 hari sebelumnya tu.


Believe it or not kitorang kena bertapa dekat depan USS tu dari pukul 7 sampai pukul 9 malam. Ni gara2 ada orang yang bersemangat tak nak balik. Actually pagi tu bas terlewat sampai sejam. Patut sampai 7.30 pagi tapi sampai 8.30 pagi. Dan patutnya pukul 7.30 malam bas dah datang ambik dekat USS. Tapi ada pulak yang cadangkan suruh bas datang lewat sebab dorang dapat masuk USS lambat. Padahal tak ada beza pun. USS tetap tutup pukul 7 malam. Ha amik nak ngadap USS globe sangat sampai 2 jam. Tak pasal2 kitorang pun terlibat sekali T_T


Akhirnya dapat jugak globe USS ni. Dah perasan lepas turun dari Transformers Ride. Mula sedapkan hati tak apa la next visit to USS nanti boleh beli lagi. Balik malam tu dok teringat2. Sebab rasa mcam susah je nak datang lagi...huhu...Cari2 dekat store luar gate USS tu tak jual pulak mende ni. Susah payah Papa Irfan pegi tanya orang yang jaga gate kot dia boleh tolong belikan. Dah la kitorang tak ada pass. Sekali orang tu bagi masuk sekejap. So dapat la rembat mende ni seketul...hehe...Thanks Papa Irfan! Susah2 aje ;)


Since store dekat luar still bukak lagi even orang dah jaga pintu tak bagi masuk kitorang sempat rembat lagi 2 mug ni. Beli pun sebab ada offer. Beli 2 dapat murah. Tak ingat sudah berapa. Lagipun memang nak habiskan sisa2 dollar yang tinggal. Rasanya tiap2 hari dorang ada offer yang lain2. Macam hari before tu beli SGD20 ke atas dapat free file holder kot. 


Beli jugak kipas air ni. Mula2 bila nampak orang kat dalam tu jual macam musykil jugak la. Ada ke orang nak beli mende ni? Dah la mahal. Last2 kitorang beli jugak. Rasa macam tak pernah jumpa. Boleh pakai kalau nak jalan tengah2 panas. Dah la 2 beranak tu orang London. Kejap je dah berpeluh. So beli je lah. Lagipun color biru. I loike!


Time nak balik tu tengok tinggal SGD1 je. Memang tak boleh habiskan. Even air pun tak lepas nak beli. Sekali dah sampai hotel Papa Irfan tengok ada lagi SGD30 terselit dalam wallet...hahaha...Nasib tak jumpa. Kalau tak mesti dah habiskan jugak. Kalau ada duit lebih memang nak datang USS lagi. Tapi nak jalan ke Singapore tu memang malas dah. Tak menarik sangat pun. Lepas tu rasa orang Singapore ni semua nak cepat je. Jalan pun kelam kelibut. Rimas aku tengok...hoho...Tahun ni tak tau la nak jalan ke mana lagi. Rasa sayang pulak kang pasport tu expired begitu saje. Tapi nak jalan pun kena tengok duit jugak kan. Kalau dok online shopping je memang tak ke mana la jawabnya :P

Tuesday, January 15, 2013

Singapore After 5 Years

14/09/2012 - Fri

Kesian entry Singapore terperam sekian lama. Asal nak update ada je cerita lagi baru yang lagi menarik untuk diceritakan. So here we are. Update la jugak walaupun dah agak berzaman kitorang ke sana. A day after pegi USS kitorang jalan2 Singapore pulak. Alang2 dah dekat tu kan. Sebab lepas ni tak tau bila lagi boleh ke situ. 

Kali ni bawak stroller. So memang Irfan boleh tido tanpa gangguan. Just agak leceh nak turun naik bas angkut stroller time dekat imigresen tu walaupun bukan aku yang kena angkut. Aku ngendong Irfan je la. Dah la sambil berlari2. Semput mak T_T


Kitorang join shuttle bus ke USS je sebab tak konfiden nak pegi sendiri. Padahal 1 bas tu semua nak ke USS. Kitorang je yang melencong ke lain. Sampai2 naik MRT je. Beli visitor pass SGD10 kot. Entah macam mana orang kaunter tu boleh silap haribulan sampai Irfan pun kena caj pass jugak. Apekah? Selama ni pegi memana semua free je untuk dia. Tetiba kena bayar. Nasib baik bila tanya orang kaunter belah lain dia cakap tak payah.




Marina Bay Sands dari kejauhan. Teringin nak pegi tapi serius tak terdaya. Dari stesen MRT kitorang nak berjalan ke Merlion Park pun rasa nak merangkak je. Penat round USS pun tak habis lagi. Tapi alang2 dah datang gigih jugak berjalan walaupun kaki rasa lembik :P


Setakat amik gambar pemandangan je. Time ni tak ada mood sudah. Nak posing pun malas. Dengan perut laparnya. Tau2 la tengah bandar Singapore tu. Macam susah sikit nak cari tempat makan yang halal. So bila lapar makan roti je la buat alas perut.



Sudah sampai ke tempat yang dicari. Punya la tak nak naik bas or teksi. So bila dah sampai dengan kudrat kaki sendiri harus la amik gambar sampai lebam walaupun pose nya lebih kurang sama aje...hehe...



Ada Superman pulak amik gambar dekat belekang. Hari Jumaat pun ramai orang. So memang agak susah nak amik gambar dengan background yang clear dari termasuk pose2 orang lain.


Irfan asal suruh senyum pandang kamera as usual dia akan duduk mencangkung. Tu dula la. Sekarang memang anti kamera terus T_T


Amik gambar dari side lain pulak. Bukan ada apa pun dekat sini. Singa tu je la attraction nya. So amik la gambar yang sama sampai puas hati. Sebelah tu budak2 Indon yang sangat kecoh. Siap suruh tepi bila termasuk sekali dalam gambar dorang...haihhh...bikin panas betul!


Ini lagi satu orang yang bikin panas. Kitorang kan pakai timer je amik gambar. So kamera tu letak je atas stroller. Elok2 je nak snap tetiba ada sorang apek ni pandang kitorang then stop dekat situ. Hadoiii laaa. Tak tau la apa motif dia sebenarnya. Takkan la kitorang nak posing dekat situ macam orang gila tetiba kot. Tengah amik gambar pakai timer la oiii! Dushdush!


Tak pasti kenapa terjadi pose sebegitu...huhu...Dah lama sangat dah. Memang tak ingat in details :P




Yeahhh...After 5 years...I'm standing here in front of merlion statue. Before ni datang dengan ofismate atas urusan kerja. Seminggu duduk dekat Singapore but only on the last day baru datang ke sini. Tak sempat nak jalan2 ke mana sangat pun. Dah la time tu bulan puasa. Balik ofis pun dah petang. So memang tak banyak tempat boleh pegi. Tak sangka datang kali ni dah bertiga. 1st time for Irfan n papa dia.

Gambar pegi Singapore zaman bujang dulu tak tau dah simpan kat mana. Yang pasti ada upload dekat Friendster. Time tu la baru nak tau Friendster dah close account. So gambar dalam tu habis semua selamat kena delete T_T So tak ada la gambar kenangan dekat sana...


Belakang tu Esplanade. Pun memang dah terdaya nak pegi sebab kena naik tangga. Nak angkut stroller lagi. So amik gambar as a background je lah.


Dulu aku dah pegi Esplanade tu. So tak ada la ralat sangat bila tak dapat pegi kali ni. Tempat theatre je pun. Boleh la nak posing sana sini buat kenangan kalau pegi situ.



Kena split into 2 entries jugak ni sebab banyak gambar. Padahal bukan melawat banyak tempat pun. Penangan penat berjimba dekat USS punya pasal T_T