nuffnang

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Hello 3 Series!

Assalamualaikum...Baru nak update ni ha. Celebrate birthday orang yang masuk ke alam baru. Alam 3 series huhu...Tak suka sebab orang still anggap aku ni macam budak2. Aku lagi suka orang treat aku as an adult yang dah masuk umur 30 tahun T_T


Ok ni bukan nak cerita sedih2. Ni cerita happy sebab ada orang belanja makan. Excited kemain sebab Papa Irfan dapat balik awal hari tu. Pukul 8 lebih kira awal lah kan as long as kedai tak tutup lagi. Kalau tak paling awal sampai rumah pun pukul 10 malam. Biasa lambat lagi. So bila hari tu sampai awal rasanya aku la orang yang paling bahagia dekat dunia kot! :D



Gambar makanan tak ambik pun. Lapar sangat makanan sampai terus makan sampai licinnn. Lagipun standard makan dekat Nandos order ayam. Ni nak posing2 dengan anak sendiri pun kena pujuk rayu bagai.


Ini budak kecik memang sangat susah nak bergambar dengan dia. Macam retis!


Chenta hatiku...Eccewwwaahhhh...Nak jugakkk :P


Makan kek! 1 slice je. Nak kek besar tumpang kek birthday Irfan je la ye



Balik rumah sambung makan kek lagi. Beli 2 slice tapi 1 slice tersalah ambik so balik makan dekat rumah je la. Irfan bab2 nak menghancurkan kek tu memang laju je hahaha...


Birthday Irfan pun dah lepas Sabtu hari tu 22 Feb 2014. Sama2 la kita bertukar ke angka 3 ye wahai anakku. Macam tak percaya je dah masuk 30an. Betul ke ni??? Percayalah kerana itu lah realitinya. Banyak lagi impian yang tak tercapai. Pada masa yang sama syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Nya. Semoga dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberi umur yang berkat. Aminnn...


Monday, May 20, 2013

BBQ di Hujung Minggu

12/05/2013 - Sun

Cerita 2 minggu lepas. Patut update lepas entry bowling tu. Tapi biasa la kan bila kemalasan melanda diri ini. Upload gambar lepas tu biar je dalam draft T_T Ahad tu kami ber'BBQ' di Shah Alam sempena nak celebrate birthday adik ipar, mak n ayah mertua. SIL yang plan. Kitorang ikut aje. Kebetulan hari tu pulak Mother's Day.


Sampai2 adik laki Papa Irfan tengah bakar ayam. Then baru Papa Irfan sambung. Mama Irfan as usual la ngekor je ke mana anak bujang pegi. Irfan pun sibuk keluar masuk sebab nak tengok papa dia bakar ayam dekat luar sambil main2 ngan rabbit.




Muka excited tengok papa bakar ayam :P


Kadang2 ada la pak cik nya yang sorang ni melayan Irfan main. 



Hasil ayam n sosej yang dibakar.


SIL pesan soh buat mashed potato. Alang2 buat je coleslaw sekali. Tu pun last minute malam tu baru ke Giant cari bahan. Kobis pun dah habis malam2. Tu yang belasah je beli kobis purple. Mashed potato pun 1st time buat. Senang je rupanya. Just gravy tu je color nya kurang menarik. Rasa dah ala2 KFC punya....hahaha...


SIL buat spagetti yang ala2 aglio olio tapi nama lain. Tak ingat sudah namanya. So ini la menu kami hari tu. Sedapppp...Nyammm nyammm =)


Cilok gambar SIL je nih. Kalau harapkan aku memang tak koser la bab edit2 ni. Memang letak bulat2 je kalau nak upload tu. Rabbit tu tak kena bakar ye. Kitorang makan ayam n sosej je. Rabbit tu jadi kawan Irfan hari tu. Baru bela. Seronok la Irfan dapat main2 ngan rabbit kalau datang Shah Alam lagi lepas ni.



Last but not least harus la ada kek birthday. Harung sekali birthday untuk 3 orang. Durian cheese cake. Rasa ala2 durian crepe jugak laaa tapi cepat muak...huhu...


Dari tengahari sampai ke petang lepak dekat Shah Alam. Irfan punya la penat main sampai tertido sendiri. 1st time kot dia tertido sendiri dekat umah mertua. Kalau tak apa jadi pun memang dia akan tahan mengantuk sampai la masuk kereta baru tido. Gitu la kisahnya BBQ kami hari tu =)

Friday, March 1, 2013

Irfan's 2nd Birthday Party: Part 2

23/02/2013 - Sat

Lepas bacaan doa selamat masa untuk potong kek. Tu dia orang pertama yang sampai wusha2 meja. Siap standby ambik mangkuk siap2. Dah aim dah tu nak buat apa :P


Kawan2! Mari kita belajar mengira!


1...2...3...


10!!!


Upin Ipin choc moist cupcake. Saje order sebab dah tau memang ramai peminat Upin Ipin dekat situ ;) Memasing teruja nak kunyah Upin Ipin :D


Jajan, cupcakes, koko jelly, jelly, baked macaroni cheese and of coz birthday cake. Koko jelly dalam mangkuk tu kerja Irfan la. Tu pun dah siap nak kaut kek dengan makaroni tu. Memang tak boleh dipandang begitu saje. Itulah Irfan =) Patutnya nak bawak keluar puding trifle time ni. Tapi makanan yang sedia ada pun orang tak larat nak makan. So simpan je la diam2 dalam fridge. 


Kek karamel Upin Ipin. Akak aku cakap tak kreatif lansung. Memang simple je deco dia. Tapi rasa dia memang sedappp. Tak ada la muak makan kek. Memang cari kek yang tak ada icing. Budak2 tak suka makan. 


Irfan sibuk nak cabut topi tu. Ingat dah besar sikit ni dia boleh la pakai topi tu lama sikit. Sama je macam dia setahun dulu...huhu...


Bersungguh2 mama dia nyanyi lagu birthday. Sekali dia buat muka sedih pulak dekat situ. Terharu kots :P Last2 orang lain yang tolong tiupkan lilin.


Tumpang potong kek birthday Irfan. Kengkonon kek birthday aku sekali la kan...hehehe...


Kesian habis kepala Ipin kena potong T_T


Habis je potong kek tengok2 semua hilang. Biasa semua dah beratur nak mintak kek. Rupa2nya masing2 tengah sedap menikmati cupcake....hahaha...Terus diam pulak tu tetiba...Lawak2...So kek karamel agak tak laku malam tu. Ulang tayang esoknya baru la orang makan bertambah2 :P




Ada 2 family abang aku tak datang last minute sebab ada yang tak sihat. 2 family yang ramai anak pulak tu. So short 8 orang budak2 malam tu. Terasa kurang meriah. Last year lagi meriah kot. So makanan banyak berlebih. Esoknya lunch dinner tak payah masak dah. Ulang tayang menu sama =)


Settle birthday party. Tapi semalam ada cerita yang tak best. Ada motor langgar keretaku yang comel ituuuu....Padahal sikit je lagi nak sampai depan rumah. Entah budak mana entah merempit tetiba. Kereta kemek teruk belah co driver. Side mirror pun terkulai layu...sob sob sob =(

Thursday, February 28, 2013

Irfan's 2nd Birthday Party: Part 1

23/02/2013 - Sat


Menu time birthday party Irfan hari tu. Aku masak nasi tomato dengan mi hailam je. Ada makanan yang order je. Nasi tomato pun sampai ada 3 lauk. Mak siap masakkan rendang. Excited la tew anak2 cucu nak datang ;) Abang pulak bawak gulai ikan patin masak tempoyak. Haaa apa lagi. Terus makan tak pandang menu lain dah.


Kalau dah start makan dengan nasi memang habis la. Aku dah warning siap2 ada lagi menu lain. Tapi tak muat nak hidang semua. So keluarkan secara berperingkat. Tapi memasing sedap borak sambil makan nasi dan tambah lagi. Terus tersandar kekenyangan. Mi hailam tak sempat pun nak hidang. Last2 tapau bawak balik sorang sikit...hohoho...


Aktiviti kanak2 apa lagi kalau bukan main2 sampai lebam. Paling bergembira of coz la birthday boy. Suka la dia ramai nak melayan.


Kesian kena paksa pakai baju besar gabak. Lepas ni kena simpan baju tu sampai umur 3 tahun kot baru boleh pakai balik :P


Hadiah Irfan yang dapat terus bukak time tu jugak. Jadi rebutan cousins dia. Main ramai2 kejap je dah jahanam benda tu. Pakat ketuk sorang sikit...hahaha...Berbaloi jugak la. Irfan pun suka main. Kitorang tak pernah terfikir pun nak belikan Irfan mainan ni. Padahal dulu time kecik aku suka jek main ;)


Susah nak panggil orang tengah bz pandang kamera.


Budak kecik ni senang. Panggil je terus berdiri tegak depan tu. Bagus2 =)


Khusyuk tengok cousin dia main game. Tumpang orang je la ye Irfan. Mama ngan papa tak ada ipad, tab or whatsoever...


Biasala orang dapat mainan baru. Excited kemain. Duduk sorang2 tepi tu macam2 dia lukis.



Alamak dia dah perasan...


Marah betul paparazzi nak ambik gambar dia. Ambik gambar artis pun tak susah macam ni tau...huhu...


Mengenang nasib. "Haihhh...Sampai bilakah saya harus dikejar oleh paparazzi2 ini?"


Lepas makan2 dan dah puas berborak baru buat bacaan doa selamat. Lepas tu terus potong kek birthday. To be continued...

Tuesday, February 26, 2013

Getting Ready


23/02/2013 - Sat

Alhamdulillah...Dah selamat buat bacaan doa selamat dan makan2 sempena birthday Irfan Sabtu lepas. Tinggal nak update je malas...hohoho...

Merchandise for kids...Tu pun ada yang tak sempat bawak keluar sebab terlupa T_T


Nasi tomato in da making ;)


Ayam goreng berempah geng dengan nasi tomato. Buat daging rebus n rendang jugak. Dah macam hari raya :P


Mi hailam in da making. Plan asal nak buat makaroni goreng. Tetiba rasa nak masak mi hailam gitu...


Nasi tomato is ready. Jauh ke dalam sebab pakai bekas besar.


Birthday props. Simple2 aje. Tak cukup kreatif la nak deko2 nih T_T


Upin Ipin t-shirt for birthday boy. Mencabar giler nak cari baju ni. Last2 beli jugak even agak besar gabak :P


Puding trifle yang tak sempat nak hidangkan pun sebab semua orang dah tersandar kekenyangan. Esoknya bawak keluar masing2 makan bertambah. Punya la sedap terangkat!


Choc cake+puding+jelly+whipping cream+strawberry+choc ganache = yummeh2! Tapi order je la kan. Tak tau la bila aura rajin nak buat sendiri tu nak datang :P




Gambar as usual tak ambik banyak sangat. Yang ada pun banyak yang blur. Tahap kerajinan nak upload gambar tu agak berkurangan sekarang T_T