nuffnang

Showing posts with label handbag. Show all posts
Showing posts with label handbag. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Terapi Untuk Diri Sendiri

28/11/2011 - Mon

Korang jangan terkejut bila bukak2 je blog aku kali ni tetiba ada muka kami berdua. Biasa intro mesti nak letak gambar Irfan. Tapi kali ni kami keluar berdua je. Tinggal Irfan kejap kat rumah. Rasa cam dah lama je tak ber'dating' berdua. Kami ke Curve. Nak cari wallet aku. Dah lama dok berangan nak tukar wallet. Kebetulan minggu sebelumnya time lunch hour ronda2 The Curve nampak MJ ada sales. Tu yang laju je ajak Myo ke situ.

Kebetulan jugak hari tu cuti Awal Muharram. Supposedly aku kena kerja but keje tak banyak time tu. So sempat lagi la nak keluar.


Niat di hati nak beli wallet yang kecik sikit dari sekarang and kalau boleh nak color other than black. Kalau boleh blue of coz ;) But end up lansung melencong.

Dah dapat wallet singgah butik Guess. Saje singgah dah tengok orang penuh kedai. So nak jugak la sibuk2 kan. Belek2 jam. Ada 50% less. Geram! Tapi tak beli pape pun. Nama pun cuci mata. Lepas Guess pegi Charles n Keith pulak. Tengah sale jugak tu. 1st time kot masuk kedai tu. Cuci mata jugak. Try kasut sana sini. Belek2 handbag. Syokkk...Ni baru la window shopping yang sebenar. Myo pun layankan je la bini nya kan.

Dah habis cuci mata nak pegi kedai gunting rambut kat IKEA. Sekali time nak pegi tu lalu Loccitane la pulak kan. Meriahnya la kedai tu. Penuh giler ngan boxes. Memang memanggil2 soh aku singgah. Terus singgah since Myo pun dah kasi green light...hehe...Belek punya belek last2 tersangkut jugak...huhu...

Kua Loccitane terus pegi kedai gunting rambut. Melangut kejap then pegi Cineleisure teman Myo tengok Gundam dia pulak. Belek2 jap terus ke Tesco cari barang dapur sikit. Sedar2 dah petang. Makan pun tak terus je balik. Dok teringat2 anak kat umah. Tak sanggup kot tinggal dia lelama sangat.


Ni la wallet baru ku. Ada dalam box la tapinya. Biasa2 aje. Wallet yang aku beli ni lagi besar kot dari yang sekarang. Tapi lagi nipis la kot. And still black! Tu je yang ada less 50%. Nak cantik2 no less la kan. Rembat je la. Setelah sekian lama nak beli wallet baru ni la dapat. Pakai duit sendiri je. Tak mintak duit sesape =)


Updated. Ada orang gelakkan aku sebab tayang box je. Wallet dok dalam box. Baik tak payah tayang....hahaha...Sabo je la. So gambar ni aku tepek special untuk orang itu :P Dan sebagai kenang-kenangan di hari tua ;)


Hasil rembatan kat Loccitane. Shower Gel gift set. Gift untuk diri sendiri je la nampaknya. Tu pun beli travel size aje. Normal size tersangat la mahalnya. Beli pun sebab last year dah pernah beli n try shampoo, conditioner ngan foot cream dia. Best!


So nak try shower gel pulak. Lagipun aku ni bukan jenis yang suka ke spa. So buat la sendiri pape yang termampu. Pakai duit sendiri jugak ye...huhu...Kang tak explain mula la si stalker nak putar belit cerita then start merepot pulak kan T_T


Ni yang payah ni kalau aku update. Sekali update mesti nak taip panjang berjela. Orang pun malas nak baca...huhu...Hujung2 tahun ni banyak betul sale. Sale sana sale sini. Jenuh nak bertahan sampai hujung bulan :P

Friday, July 29, 2011

Haul from Metrojaya Mega Raya Sale

28/07/2011 - Thurs

Semalam sempat jugak aku pegi Metrojaya Mega Raya Sale kat Stadium Malawati. Gigih hokey pegi time keje. Lari kejap. Apa sangat la keluar kejap since tiap2 malam meeting sampai dekat 2 jam kan...hehehe...Misi utama...Nak rembat perfume.

Setelah sekian lama tunggu akhirnya ada pun branded perfume yang best kat MJ sale ni. Tak salah aku last sekali ada adalah 2 tahun lepas. Time tu aku siap amik cuti semata2 nak datang rembat perfume...hahaha...Time tu aku rembat perfume Nina Ricci, set perfume Davidoff Cool Water, Sarah Jessica Parker ngan Burberry The Beat. Lain2 banyak beli makeup Stila. Pasal shopping tu aku tak pernah cerita kat blog ni pun. Diam2 je :P

So ni adalah hasil rembatan semalam. Britney Spears Circus Fantasy (100ml) - RM70, JLo Still (200ml) - RM20 ngan Jlo Live (50ml) - RM40. Yang ni memang aku rembat cepat2 je. Tak ada nak bau banyak2 kali. Asal wangi kat hidung aku, rembat je la.

Ni perfume Britney aku yang ke 4...hohoho....kebetulan pulak asik beli perfume Britney je. Tapi sume jenis lain2 la. Aku memang tak suka stick to one perfume je. Nanti bosan...huhuhu...JLo Still ni memang aku pernah baca komen orang cakap best. Jlo Live pulak aku suka sebab aku pernah pakai JLo Live Luxe. Yang tu memang perfume fevret aku. Dah abis dah pun. Live ni pun tak banyak beza sangat bau dia.


Beli 2 set perfume ni jugak. Set perfume Vera Wang Rock Princess. Actually dah lama teringin nak beli perfume Vera Wang Princess tapi kat sale tu tak ada. Rock Princess pun jadi la. Yang penting bau best. 1 set tu RM90. Ada 50ml perfume+75ml body lotion+lip gloss.

Lagi satu set Cheap n Chic Moschino Happy Fizz RM118. Yang ni mahal sket maybe coz MFG date dia baru lagi. Ada 50ml perfume+pouch. Kalau korang ingat dulu aku beria nak redeem sample Moschino Happy Cloud. Kalau tak ingat meh klik sini. Ada jugak set tu kat sale MJ kali ni. RM110. Tapi last2 aku tak beli pun T_T


Sekali tengok2 bakul penuh perfume aku je daaa...Cam tak best pulak sebab biasanya kalau aku beli perfume mesti nak belikan perfume untuk Myo sekali. Terus laju2 cari perfume dia pulak. Bau2 ckIN2U Heat cam best je. 100ml RM90. Amik lagi satu Bvlgari Blv. 5oml RM50.

Balik2 tunjuk Myo rupa2nya perfume Bvlgari Blv tu women punya daaa....Adoiiii....Tu la nak cepat sangat. Myo tengok sekali pun dah tau tu perfume women....huhuhu...So ada satu je la perfume untuk Myo. Yang Bvlgari tu aku tak tau nak buat apa. Bau best tapi aku dah banyak dah perfume lain...Ada sesapa yang berminat tak nak beli? Kalau nak tengok rupa botol n baca review boleh klik sini.


Ni lagi satu silap besar. Aku sesuka hati je campak 3 mende ni dalam bakul. Mula2 ingat sume ni shower gel. Sebab aku pernah pakai shower gel JLo. Dah balik baru perasan sume tu body lotion rupanya....huhuhu....Bukannya apa. Aku ni bukannya jenis yang ber'lotion2'. Time single mingle pun tak koser nak pakai. Ni kan time dah beranak kecik ni ha. Memang lagi tak koser la kan. Satu tu aku beli RM20. Ada sesapa minat tak?


Dalam pening2 dok bau2 perfume tu sempat lagi nampak RMK. 1st time nampak RMK buat sale kat MJ tau. Tu pun kemut je sebab MFG date 2007 punya baru nak jual murah. Eye shadow palette yang aku pernah dapat free pun ada kat situ. Dorang jual RM50. Aku tak heran pon. Aku dapat free terus...hehehe....Tapi beli jugak Skintuner sebab RM25 je. Apekah? Hari tu aku beli RM130 kalau tak silap T_T

Sempat amik liquid eye liner IN2IT satu. Akhirnya berjaya jugak beli. RM9 je. Amik compact powder jugak untuk mak aku RM12. Untuk aku tak payah sebab yang Stila punya tak abis2 sampai sekarang.


Dah bayar perfume sempat lagi menyinggah kat area handbag Guess. Belek kejap terus amik handbag ni sebab aku dah pernah wusha since preggy hari tu lagi. 50% less je. Tak mampu beli Coach beli Guess pun jadik la kan. Boleh la kot nak sumbat barang2 Irfan mana yang patut...huhuhu...


1st time hokey pegi warehouse sale n rembat perfume tanpa advisor aku, Myo. Tu yang beli ikut suka hati tu. Kalo Myo ada boleh la dia tolong tapis2 mana yang patut. Biasa kalau beli perfume pun nak kena aku ngan Myo suka bau dia baru beli. Kalau tak terus reject. Ni memang ikut suka hidung aku je la kan :D Tapi...tapi...kagum jugak la ngan diri sendiri sebab pegi sorang2. Sanggup tu. Biasa kalau aku drive pun setakat pegi n balik keje je. Kalau drive merayap sorang2 memang tak koser la. Gambar kat tempat satu pun aku tak sempat snap. Kalau ngan Myo boleh la jugak curi2 snap. Ni aku la yang nak bau2 tengok harga, angkut bakul bayar sume. Ngan kejar masa lagi.

So sesape yang peminat perfume tu ni la masanya nak merembat apa yang patut ye. Ni antara perfume yang aku sempat tengok. A Scent by Issey Miyake 30ml at RM70, 50ml at RM100. Yang ni agak sakit hati jugak la tengok sebab hari tu aku beli time sale kat SaSa 30ml tu 100 lebih sket tau....geram2. Morale of the story...beli la time warehouse sale. Beli banyak2 pun tak kan menyesal punyer sebab murahh! Boleh buat stok setahun. 2 tahun pun boleh :P

Lagi ada Moschino happy cloud set (50ml perfume + pouch) RM110, Davidoff Cool Water, Wave, Game, Incanto Bliss, F by Salvatore Ferragamo, Burberry Beat men, JPG, paco rabanne, jlo deseo, Aigner, prada, Nina Ricci, Gwen Stefani, Harajuku n banyak lagi la. Kalau tak biasa memang mau pening plus rambang mata nak pilih tau.

Kalau tak minat perfume pun tak rugi pergi sebab banyak lagi barang lain kat situ. Handbag banyak giler brand lain tapi aku tak sempat nak tengok. Bedsheet langsir2 pun banyak kot. Baju cam Poney, Disney, East India, Somerset Bay, Renoma, Hush Puppies pun banyak. Kalau rajin dok sehari suntuk kat situ pun tak habis tengok kot...hahahaha...Sale tu sampai hari Ahad ni. Kalau ikutkan hati memang nak pegi lagi tengok baju bajan pulak. Tapi pikir2 balik kesian pulak kat Irfan nak bawak pegi tempat2 gitu. Takut weekend ramai sangat orang.

Anyway harga2 yang aku letak tu just for my reference n sesape yang berminat nak shopping perfume nanti. Again sesape yang tak kenal aku lagi sila refer profile cuna ye....kekeke....Happy weekends and happy shopping ye korang! Peace!

Monday, December 6, 2010

Back to Work!

Semalam bukak2 blog baru perasan tinggal lagi 100 hari je nak deliver. Tu pun maybe awal lagi or lambat. Saspen nya hakuuu....Excited pun ada. Dok belek2 baju2 baby dah berapa kali. Padahal baju tu jugak ulang2 :P

Akhirnya habis jugak cuti aku 7 hari plus wiken jadi 11 hari. Banyak dok rumah je tak pegi mana. Nak cuti2 Mesia pun tak lepas. Tapi lepas jugak la pegi 3 warehouse sales....hohoho....suke2. Hari ni dah start keje. Tapi still work from home. Dah 3 minggu kot tak jejak kaki kat ofis....slumber aje. Esok cuti lagi. Rabu harus la aku tunjuk muka kat ofis.

Gambar ni tak ada kena mengena ngan tajuk entry. Hari tu akhirnya dapat bersantai2 kat Santai kat Tesco Mutiara Damansara. Biasa kalau datang kedai ni confirm order yang goreng2. Nasi paprik ngan nasi goreng santai kat situ memang sedap. Tapi hari tu saje nak tukar selera testing2 menu lain. Kitorang order ikan kembung masak 3 rasa....


Ngan tom yam campur. 2 lauk je pun. Makan ngan nasik....pergghhh...sedap giler. Tom yam dia memang terangkat. Berair2 jugak la mata nak habiskan. Tapi memang tak rugi la try ;) Ikan pun marvellous. Terus tersandar kenyang...


Kenyang2 pun boleh jalan2 lagi ok. Singgah The Curve. Lama sungguh tak belek handbag sejak dah preggy ni. Eh bukan. Sejak dah kawen. Baik je aku tak shopping handbag. So pegi la Metrojaya tengok2 apa yang patut. Ternampak beg Carlo Rino ni. Tak pernah ada handbag Carlo Rino. Cam menarik plak aku tengok. Ada less pulak tu. Dapat la RM100+. Tapi Myo cakap macam tikar kat bilik baju kitorang jek T_T So aku kena say bye2 la kat handbag ni...Tapi cantik laaa...


Jalan2 kat area handbag Guess ada less jugak. Tapi biasa la Guess. Less2 pun paling koman dapat RM200++. Aku berkenan ngan handbag putih ni. Nape ntah sejak dua menjak ni yang putih nampak lawa. Kalau tak aku suka beli color yang gelap2. Lagipun handbag ni besar gabak. Aku tak pernah ada lagi jenis2 gini....Arghhh tulun2....sukanya handbag ni...


Jalan2 lagi jumpa handbag ni. Yang ni sah2 tak ada less sebab new arrival. RM400++. Cantekkkk jugakkk...Camne? Macam la duit berkepuk2 senang2 je nak beli kan. Kalau dah berkepuk relax je beli Coach terus sambil pejam mata :P Harus aku datang lawat2 lagi sampai handbag ni jadi murah tau...


Handbag aku sekarang tali dia dah macam kena gigit tikus. Ni la handbag Elle kesayangan ku. Opsss...tersama color plak ngak sofa :P Nampak macam ok je lagi kan. Ni 1st handbag yang agak branded aku beli lepas dah setahun lebih keje time tu. Before tu memang handbag bawah RM30 je T_T Sebab aku suka tukar2 handbag. So beli je yang murah2. Tu dulu la. Sekarang malas dah nak tukar2 sangat.


Tapi bila tengok tali dia memang dah teruk giler. Macam kena gigit tikus tak? Buruk2 pun pakai jugak sebab dah selesa ngan handbag ni....Handbag hantaran pun tak pakai2 lagi...Sayang la pulak kan ;)


Esok cuti kan? Salam Maal Hijrah 1432 kpd semua. Semoga dapat berhijrah kpd sesuatu yang lebih baik di tahun baru ni :)