Cerita Sabtu lepas. At last bebas dari bebanan kerja yang membelenggu hidupku selama 2 minggu....Memang no life at all. Tak pernah kerja segigih tu. Plus preggy lagi. Tenaga pun tak banyak macam orang lain. Stress tak payah cakap la. Memang akan datang dengan sendirinya time2 macam tu. But now.....I'm FREE!!! Hoyeahhhh.....Jumaat malam tu berjaya habiskan saki baki kerja yang terakhir.
So Sabtu pagi tu excited je siap2 nak kua jalan2. Kua jalan2 tanpa sebarang gangguan. Maka bermula lah aktiviti camwhoring aku....ahaks!....korang sabar je la baca entry kali ni ye. Penuh dengan muka aku yang terlebih happy tu :D

Sampai kan ada orang jeles time aku tengah sakan ber'camwhoring' :P

Entah la kenapa tapi excited nak jalan2 tu lain macam sikit. Nikmat tu lebih maybe sebab hari2 kerja macam robot. Nak bangun pergi mana2 pun kena pikir banyak kali. Kalau boleh nak angkut lappy hulu hilir.

Tapi sekarang aku jalan sikit pun dah mengah. So sikit2 nak duduk bila nampak ada kerusi kosong. Bila dah duduk tu paham2 aje laa :)

Belum apa2 aku dah lapar. Padahal dah breakfast kat rumah. Harus cari KFC sebab aku macam teringin sangat nak makan tapi asik tak ada masa nak pergi cari. So time ni la nak balas dendam. Try Mega Mix Crunch yang baru tu. Nasib baik rasa hot n spicy tu tak tercemar sangat. Kira ok la lagi kalo nak dibandingkan dengan rasa tom yam or kari. Terus boleh hilang selera.....

Lepas makan round2 kejap kat JJ....window shopping...Dulu rajin la belek2 kasut. Sekarang dah preggy terpaksa la lupakan hasrat tu. Pakai je sandal flat ni sampai lunyai. Kang kalau terjumpa high heels cantik mau meroyan jugak nak beli. So baik jalan jauh2 sikit :P Lepas jalan2 kat JJ singgah kat L'occitane. Dah wusha produk ni since last year kot. Eh ke early this year. Tapi selalu baca kat magazine ngan review kat blog orang saje.

Tak berani ohhh nak jejak kaki kat outlet camni. Tau2 je la kan. Sekali masuk semua SA nak serbu. Tak sempat nak pikir pun nak beli apa lagi. Confirm kena ngekor sana sini. So kalau aku nak masuk kedai2 yang SA nya begitu produktif camtu harus la plan nak beli apa before masuk kedai tu ;)

And yessss....aku memang dah plan dari rumah lagi. Nak beli 1 set skincare. Dorang tengah buat promo sekarang ni. Biasa la nak Christmas ngan hujung tahun camni. Semua nak buat holiday set la, gift set la. Aku pun tumpang la sekaki. Plus boleh pakai voucher yang dapat time beli Cleo hari tu. Dapat la less RM10 dari harga promo tu.

Nampak singa ni berlegar2 kat entrance tu heret jap maskot tu amik gambar. Aku suruh singa tu je masuk amik gambar. Tapi perempuan sebelah tu nak jugak menyendeng. Lagi sebelah aku dah tak pedulik. Memang aku malas nak masukkan sekali dah....hahaha.... Hamboi korang....sila jangan perasan ok. Laki aku nak amik gambar ngan singa tu jek....lalalala

Lepas tu jalan2 lagi dan singgah makan aiskrim yang setahun sekali aku makan....Baskin Robbins sebab boleh pakai voucher birthday JJ tu :P Less RM3 je pun. So dapat la RM13. Tapi yang penting ada less....Eh 2 kali kot tahun ni sebab lagi sekali makan hari Rabu sebab ada Pink Day tu ;)

Jalan2 JJ lagi singgah kaunter Laneige. Ni lagi satu produk yang dah lama aku aim. Semua la nak aim kan. Tengokkk....banyak set jugak. Semua tengah promo. Macam mana la aku tak geram. Lagi pun time stress2 keje aku dah set awal2 nak beli something yang dah lama aku nak lepas semua kerja dah settle. Baru la ada motivation nak teruskan buat kerja walaupun kadang2 rasa nak jerit2 kat jiran sebelah cakap aku tengah stress.....hohoho

Dan of coz la kena singgah antara tempat wajib lepas dah jalan kat segala tempat baju,kasut, mekap, skincare. Ye adik2....mari kita jalan2 tengok robot. Nak jugak tengok robot kat kedai. Padahal robot kat rumah dah ada terpacak ni ha. Paham2 aje la. Kan 2 minggu jugak aku jadi robot kat depan lappy tu :P

Bila sampai tempat robot je mula la aku nak mual2 rasa nak pitam kan. Bagi menghilangkan segala rasa2 yang pelik tu mari la amik gambar sendiri. Banyak muka aku terbentang dalam handphone tu. Kang upload korang pulak pitam nak tengok.

So sambil tu kacau2 orang yang tengah belek2 robot suruh amik gambar. Dari depan nampak biasa je. Dari tepi malas lah nak cakap kan. So far baju yang ada boleh lagi disarung walaupun ada yang dah macam sarung nangka. Kemeja memang dah out dari saiz S sampai la L.
Dah lalu JJ aku nak jugak cari sushi. Tak boleh tahan. Pakai birthday voucher lagi. Dapat 5% less. Best2 dapat makan sushi lagi. Cukup hepi =) Onigiri tu Myo punya. Aku tak makan. Dalam tu ada belut.....time preggy ni lagi la bahaya kalau makan.






