nuffnang

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Raya Haji 2013

15/10/2013 - Tues

Mari update cerita raya sebelum menjadi basi. Nasib baik la ada jugak gambar sikit. Tu pun ambik gambar laju2 before nak keluar beraya ke Shah Alam. Irfan kalau dah dapat susu memang apa pun tak layan la kan.


Dengan cousin dia Ammar Yassir. Tua 6 bulan Ammar ni. Irfan nampak tinggi sikit walaupun susah benor nak makan. Harapkan susu je la T_T


Nama je raya haji beraya side parent aku dulu tapi dari pagi memang pakai baju burok je duduk dapur. Dah nak keluar baru la reti nak tukar baju elok sikit.


Tak ada nak dondon2 dah. Nasib la warna apa yang ada. Baju Irfan pun pakai yang hari raya puasa hari tu punya je. Sementara padan lagi ni. Harapkan raya je la kan nak berbaju melayu.


Irfan dah lari meh ler ambik gambar berdua pulak =)


Anak2 sedara yang ada. Petang baru complete semua. Irfan time ni ngelat tak nak ambik gambar. Dok sepah2kan kotak2 dekat tepi tu. Termasuk pulak gambar ai yang tengah cekak pinggang tu :D


Dah nak sampai Shah Alam Irfan dah sedap tido dalam kereta. Bawak masuk dalam rumah mak cik pun still tido lagi. Orang semua dah nak balik baru la dia bangun. Tunggu dia makan satay 4 or 5 cucuk then baru balik.


Macam2 gaya makan satay. Nasib baik la ada satay. Memang fevret Irfan. Nak suruh makan makanan lain memang susah sikit.


Balik rumah mak cik singgah rumah in law dekat Shah Alam pulak. Before tu dah jumpa sekali dekat rumah mak cik. Tapi Papa Irfan nak singgah makan masak lodeh pulak. Nanti la one fine day nak try buat. Suka sangat makan masak lodeh kan.


Balik Gombak sambung makan bihun sup pulak. Ni sorang sikit masak lepas kitorang keluar beraya ke Shah Alam.


Ni aku masak pagi tu. Hari raya masak pasta goreng...hahaha...Kekononnya buat alas perut untuk yang datang pagi tu sebab mak memang tak larat nak masak apa2. Yang ada lemang n rendang. Nak tunggu anak menantu lain yang datang petang baru sampai. Kalau semua datang pagi2 boleh la gotong royong masak apa yang patut...huhu...Kesian mak.


Kek batik pun aku buat. Kira Papa Irfan la conquer. Suka sangat pulak dia nak buat kek2 ni. Ni kek simple je so rajin la nak buat sekali sekala.


Ha ni bukan menu raya. Sambal tempe n ikan bilis. Ni malam tu baru aku buat. Entah kenapa tetiba rasa nak makan so buat je lah. Untuk makan dengan nasi esok2. Papa Irfan cakap dah boleh buat jual. Tapi tak nak la kacau bisnes tempe orang lain pulak kan...hahaha...


Memang sangat simple raya haji kami. Tak ada masak menu beria2. Makan nasi putih macam hari2 biasa. Raya pun tak ambik cuti extra. Harapkan cuti hari Selasa tu je la. Esok sudah weekend. Asal update je mesti dah nak weekend. Dah susah nak update lebih dari sekali dalam 1 minggu. Enjoy ur weekend peeps!  

Tuesday, September 10, 2013

Retake Raya

16/08/2013 - Fri

Rasa dah agak lama tak update blog. Sebulan ada kot. Yang penting lebih lama dari biasa lah. Raya dah habis dah pun. Part yang tak berapa best raya tahun ni memang tak ada satu pun jemputan open house :( Jeles jugak dengan orang yang sehari je pun dah dapat berbelas2 open house invitation. Tak apa la tak ada rezeki tahun ni. Nak buat open house sendiri tak ada bajet pulak. Rumah pun bukan rumah sendiri.

So minggu kedua raya kitorang beraya dekat rumah mak cik saje. Tu pun sebab awal2 raya memasing balik kampung. Balik dari kampung adik beradik sambung beraya dengan saudara mara dekat KL pulak.


As usual Irfan la yang jadi perintis. Awal2 elok je budak2 ni dok diam makan kuih raya. Datang Irfan start main2 semua pun join. Berlari sakan ke depan ke belakang. Sementara nak balik bermandi peluh la dia...huhuhu...


Balik tu kekononnya retake gambar raya...hahaha...Pakai baju 1st raya siap2 semata2 nak bergambar balik tu :D



Nyanyi lagu Negaraku :D


Penat kejar anak bujang nak ambik gambar dia sorang. Gini la hasilnya...


Bila dah terkena flash. Shine bright like a diamond... :P



Abaikan la tudung yang dah hancur musnah tu. Betulkan pun sama jugak dah main kejar2 dukung Irfan lagi. Nak jugak ambik berdua. Kena sound dengan Papa Irfan sebab request nak ambik gambar berdua. Nak tiru orang kononnya. Kan dekat FB banyak orang letak gambar camwhoring gini. Actually dah lama berangan tapi bila time raya macam segan nak bergambar lebih2 sangat :P


2 minggu kebelakangan ni sangat bz. Bukan la nak merungut sebab orang lain pun bz jugak kan. Just terasa kadang2 tu macam dah terdaya bila kena stay up sampai 3 or 4 pagi nak siapkan kerja. Lepas tu pulak ada je yang tak puas hati. Macam ni la rutin kerja aku. Kalau project tengah on memang bersengkang mata la. Nak pegi toilet pun tak sempat T_T But still...I love my job =)


Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013

08/08/2013 - Thurs

Selamat Hari Raya! Dah hari raya ke 7 dah pun. Camne raya korang? Raya kitorang sampai hari Ahad saje. Isnin aku dah start kerja. Memang tak ambik cuti lansung. Harapkan cuti 2 hari tu je la plus weekends. Seronok jugak la raya kali ni. Just penat layan Irfan yang super duper hyper especially bila singgah beraya tu T_T

Ni malam before raya. Disebabkan raya kali ni semua adik beradik semua beraya side mertua dulu maka sunyi la rumah mak ayah kali ni. Kalau tak malam raya tu dah riuh rendah dah dengan suara budak2. So Irfan pun main la bunga api sorang2.


Tapi dia peduli apa kan. Dah biasa main sorang2.


Main bunga api pun sikit je tapi berpeluh sakan. Sebab sambil main tu lompatnya kemain lagi :D


Di pagi hari raya pertama. Baju kami bertema orange peach. Ni je gambar kami bertiga yang ada. Tu pun terkejar2 sebab nak ke Shah Alam beraya di sana. Tahun ni turn Shah Alam. Tapi sempat la bersalam raya dengan mak n ayah dulu pagi tu. Nama pun dah duduk dengan parent kan :P Rasa macam nak kena retake je gambar pakai baju raya. Selalu jadi macam ni tau T_T


Sampai Shah Alam semua tengah tunggu kitorang je nak bersalam raya. Since Papa Irfan yang sulung so kitorang yang mula dulu la bersalam raya. Followed by adik2 ipar.


Time dekat Shah Alam try pakaikan sampin Irfan. Tak sampai berapa saat dia dah tanggalkan. Silap pulak belikan sampin. Memang sah2 dia tak suka pakai T_T


Abaikan aku yang buat muka pelik tu...hehehe...Tak tau pulak ada orang snap pic. Kalau tak boleh buat muka ayu sikit :D



Bergambar ramai2. Ni belum semua dah kawen n beranak pinak lagi. Kalau tak memang macam family aku jugak la. Sampai pening nak susun tak cukup tempat :P


Letak je la version flash n without flash. Bila gambar elok Irfan pegi tutup muka pulak ken.



Free style. Alahaiiii nampak kecik je aku dekat belakang tu T_T


Ladies only...


Free style again =)

Guys only...Gambar dengan Irfan sekali pun ada tapi blur pulak. Lepas habis salam makan laju2 lepas tu teruk gerak ke rumah Tok di Damansara. Each year memang semua family belah MIL akan berkumpul dekat situ. Satu gambar pun tak sempat snap sebab sibuk main kejar2 dengan Irfan. Makan pun ala kadar je. Settle beraya di Damansara terus shoot balik Gombak sambung beraya di sana. 


Dari 8 beradik, 3 beradik je yang beraya di Gombak. Dah petang baru la meriah sikit sebab memasing pagi2 beraya side mertua dulu termasuk kitorang la kan. Itu pun since mertua pun dok dekat2 jugak. Yang jauh2 tu memang awal2 dah balik kampung. 


Family pic. Again terserlah kekerdilan ku berdiri di sebelah orang2 yang tinggi :P Irfan time ni dah pengsan. Tak best sebab tak cukup korum. Tapi nak buat macam mana kan. Kena la jugak gilir2 balik beraya. Last year dah full house. Tak sabar nak tunggu next raya pulak. Hopefully semua dapat berkumpul ramai2 =)


2nd Syawal kami bertolak ke Kluang, Johor. Memang agak dasat jugak jemnya. 3 or 4 tempat jugak la jem sepanjang jalan tu. Dah habis jem baru la Irfan dapat tido.


Lepas tu baru la mama dia dapat feeling ambik gambar sendiri :D Balik kampung jauh2 ni memang tak berani aku nak ber'shawl' bagai. Memang dah standby beli tudung ekspres awal2 bila tau nak balik JB. Dekat 6 jam jugak baru kitorang sampai Kluang. Campur singgah2 n jem2 lagi.

Dekat Kluang tu rumah Mak Andak sebab atok ada dekat situ. Tak ambik gambar lansung jugak sebab main kejar2 dengan Irfan pulak. Kali ni lagi penat sebab main kejar2 keliling rumah. Orang beraya duduk santai2 sembang2. Aku berlari2 satu rumah dengan berbaju kurung lagi. Memang makan pun tak sempat. Orang lepas beraya perut full aku kelaparan. Siap singgah RNR tapau mi goreng. Malam beraya ke rumah Mak Ngah pulak before ke JB tido kat rumah atok. Non ado gambar jugak since Irfan tak nak dok diam n asik meragam je T_T


Esoknya lepas lunch beraya ke rumah kawan MIL time study dulu. 3rd raya memang dah tak koser nak berbaju kurung. Rimas nak berlari berkejaran dengan Irfan nanti. Memang mencabar jugak la nak handle Irfan dekat situ sebab rumah kawan MIL ni banyak mainan. Susun cantik pulak tu. Mana la Irfan tak geram. Dorang tak ada anak so ok la boleh display2 mainan. Aku yang kecut perut tengok. Takut Irfan pegi rosakkan or pecahkan apa2 T_T


Next beraya di rumah Mak Long @ JB jugak. 1st time sampai. Tak ada gambar jugak. Irfan sempat tido dekat sini sebab dah habis bateri. Pun aku lupa nak ambik gambar. Ape daaa...Last sekali beraya di rumah tok sedara Papa Irfan before balik kemas2 n terus gerak balik. Sini pun sama je. Sampai2 Irfan terus ke dapur. Pitammm...Dia buat macam rumah sendiri pulak ken T_T So in total berjaya beraya 5 rumah kat Johor.


Before balik semua singgah JPO. Macam dah jadi aktiviti wajib dah kot. Kitorang pun pegi je la cuci mata. Tak ada hasil pun kali ni. Lagipun duit dah banyak lebur raya2 gini. Bertolak pukul 8.30 malam, dekat pukul 2 pagi baru sampai. Balik lunyai anak beranak. Esoknya sempat beraya ke rumah mak cik aku je. Sampai situ je la raya kitorang. Lepas2 ni tunggu je la jemputan ke open house raya pulak. Kot laa ada orang nak jemput kan ;)

Wednesday, November 7, 2012

Sabar Je Laa!

14/10/2012 - Sun

Ada satu weekend tu kitorang plan nak ke Putrajaya. Satu weekend ye sebab dah lama tapi tetiba terasa nak update kat blog...hehe...Time tu plan nak ke Alamanda sebab nak pegi pakai voucher Parkson yang dapat hari tu. Elok hari tu expired voucher nya. Nak jugak ke Parkson situ sebab Parkson lain sume tak best.

Alang2 dah ke Putrajaya kitorang singgah makan dulu dekat Restoran Saba ni. Dah lama Papa Irfan cakap nak bawak tapi tak sampai2 jugak. Aku pernah makan yang dekat Setiawangsa punya je. So saje la nak try kat sini pulak. Memang besar restoran kat sini. Orang pun meriah kemain. Nak cari tempat duduk pun agak bercinta. Padahal dah pukul 3 lebih time tu.


Budak kecik yang tak nak dok diam. Tapi time ni kira ok lagi sebab still nak duduk dalam baby chair tu sampai kitorang habis makan. Kalau  tak baru letak berapa minit dah menggelupur nak keluar. Kalau boleh dia nak jalan2 round sesuka hati dia T_T


Lambat snap dari peace dah tukar jadi penumbuk...huhu...


Makanan yang kitorang order hari tu. Haruslah order main menu. Tu pun mandy chicken dah habis. Terpaksala tukar dengan roasted chicken. Tapi still terbaekkk! Kitorang share je 1 pinggan 2 orang.


Sebabnya order chicken kebab ni jugak.


Order fries semangkuk untuk Irfan. Tak tau pulak set kebab tu ada fries sekali. So lepas tu makan la fries yang banyak tu sampai lebam T_T


Dah makan terus ke Putrajaya. Shopping timeee! Tapi tak ada la banyak mana pun shoppingnya. Just agak2 murah lepas dah pakai voucher sudaaa...


New blouse from Whitesoot. Dah lama beli tapi baru nak pakai. Tu pun Papa Irfan cakap macam alas coffee table. Tak pun alas dulang hantaran...huhu...Tapi aku tetap suka. Memang banyak baju best kat Whitesoot. Kadang rambang mata je tengok. Tapi dah kena stop la sekarang. Asik nak beli baju je kan.

Belakang tu tengah ada audition Bintang Kecil. So time orang tengah ramai kerumun kat situ laju2 la amik gambar. Tak ada la orang perasan sangat kan :P Sabar je la korang tengok mak orang posing ye ;)


Tetiba sesat gambar raya haji hari tu bulih? Tak rasa pun nak update sebab memang yang ni je la gambarnya. Satu muka berkilat2 akibat flash n satu lagi gambar blur pulak. Time ni Irfan tengah sibuk main kat bawah ngan cousin dia.


Ye. Raya Haji beraya side aku lagi. Last minute baru tau family mertua balik Johor. Kitorang pulak memang tak apply cuti. Raya kat rumah family aku pun tak meriah mana sebab ramai adik beradik beraya rumah mertua dulu. Ye la kan dah raya puasa hari tu semua balik sini. So next year ngadap la balik rumah mertua dua2 raya kan...huhu...SJL...


Irfan yang susah benar nak soh pandang kamera. Sampai herot2 muka ha.


Irfan je la yang pakai baju baru raya hari tu. Tu pun baju yang dah berzaman aku belikan tapi baru nak pakai...hehe...Kitorang recycle baju last year je la since dah berabis duit tempah baju baru untuk kenduri kawen adik aku nanti.



Esok dah start cuti. Sabtu ni adik aku dah nak nikah oi! Malamnya terus ada kenduri belah perempuan. Rasa macam tak percaya ok. Dalam masa yang sama excited jugak. Adik aku pun Jumaat baru start cuti. Aku ni macam dah mengalahkan orang nak menikah cuti lagi awal kannn. Insya-Allah ni kenduri kawen last dalam family. Complete adik beradik semua dah kawen lepas ni. Next week kenduri belah kitorang pulak. Huhhh nevesnya i! SJL ;)