Seram pulak tengok muka orang pakai mask ni. Muka pun dah cam hape :D

Redeem time bulan puasa hari tu. Before nak bukak puasa tu sempat lagi kan nak menyinggah Guardian kat 1u. Banyak range mask nye. So aku amik yang for facial. Whitening Mask. Cam biasa dok ada dalam almari tak pakai2 lagi.
1 week lepas raya pun dok gigih pegi redeem sample Clarins pulak. Actually baru prasan pasal mende nih sehari b4 raya tu. Tapi melampau la kan dekat nak raya pun nak merayau pegi meredeem. So simpan kejap hasrat ku itu. Nasib baik sempat lagi. Dapat la sample HydraQuench Cream kat bawah ni. Bertambah lagi samples Clarins yang sampai hari ni tak usik2 lagi.
Very2 the last minute tau pasal redeem Clarins ni. Thanks Von Von for the info :)
And the last freebies yang aku redeem adalahhhh....Vichy. Habis je event Origins hari tu terus berdesup ke Guardian kat Mid tu. Boleh pulak dah habis stok. Kecewa tul. Pegi cari Watson pulak. Jalan2 nampak Caring terus singgah. Dengan muka confident nye tanya SA pasal sample tu. Lama giler dia dok merenung cebisan paper yang aku bagi dia tu. Rupa2 nye yang boleh redeem nye kat Caring Pavi bukan kat Mid. Tetiba rasa cam darah sume naik ke muka n panassss. Hahaha. Main terjah je. Bukan nak tengok betul2. Ishhh cuna..cuna (sambil menggeleng-gelengkan kepala)
Pastu pegi Watson nasib baik la ada lagi. Tu pun dilayan ngan wajah dingin SA nye. Sabar je la kan. Tak tau la memang muka dia camtu ke hape kan. Janji mission accomplished!
Dapat la sample ni Vichy Normaderm Refine Total Pore Resurfacing Essence....... So tamat lah kisah meredeem di bulan August. Cam semput dah meredeem. Setakat ni baru try sample Origins yang dapat time event hari tu. Yang lain dok diam2 dalam almari.
Ohh ye. Rasa cam dah termiss a few promos yang hebat kat blog Miu. Sesaper rajin bukak tau la apa yang ada. Baru 3 hari ni tak bukak PC. Rasa cam dah ketinggalan zaman. Kepala pun dah ting tong ni. Nak pegi sambung beraduuuuu...



