nuffnang

Sunday, November 8, 2009

Waroeng Penyet @ Curve

Waroeng Penyet...One of my favourite restaurant. Office mate yang introduce kan. Best tau makan sini. Kat sini order tick2 kat paper je. Pastu pegi kaunter bayar terus. Cam agak pelik sket la sistem dorang. Pas dah bayar dapat la mende alah kat bawah ni.



Tempat die ok la. Biase2. Tak sempit n tak luas sangat. Kat luar pun bole duduk.



Paling best of course la ayam goreng and sambal die. Ayam tu memang sangat lembut. Dalam bekas tu ada tauhu, tempe goreng, kobis, timun n sambal yang pedas gilerrr. Nanges wooo makan. Hingus pon boleh meleleh sekali. hahaha.



Soft drink die boleh refill. Kitorang siap order nasi sepinggan extra lagi. Dah tau confirmmm tak cukup. Padahal tak start makan lagi pun ;P



Muke besday boy yang hepi kemain.



Aku pun hepi jugak (^__^)



Before balik singgah beli kek kat secret recipe. Aku memang tak minat sangat makan kek. Janji ade je.


Aku memang dah addicted makan kat waroeng penyet ni. Tapi baru kali ni dapat cite kat blog. Kalau tak memang makan terus tak sempat nak snap2 gambar dah :P

Thursday, November 5, 2009

Lancome vs Shu Uemura

Sesi terjah kaunter Lancome...


Time tanya pasal freebies tu makcik SA tu cam was-was je ngan aku. Siap tanya mana aku tau pasal freebies tu. Dia tak tau pun. Kerut2 dahi. Last2 bagi jugak lepas suruh aku tinggalkan details. Garang wooooo makcik tuu.



Pastu sambung pergi Watson nak redeem Vichy. Tapi tak de orang jage. Aku cam malas nak cari sangat sebab still terkesima ngan makcik Lancome. So tunggu lain kali je la while nak pulih kan semangat aku balik :D




Ni ha sample nya. Lancome UV Expert NeuroShield 10ml worth RM 55. Berbaloi la jugak aku tebalkan muka pegi redeem sebab 10ml tu dah dikira banyak la untuk sample. Tapi serius la rasa cam mintak sedekah je coz SA nye tu eksyen betul. Huhhh



Tadaaaaa...Ni la mende nye yang aku cakap dalam previous entry tu. Bought from Miu. Shu Uemura cleansing oil. My 1st cleansing oil and 1st product from Shu. Before ni aku pakai wipe tissue or H2o makeup remover je. Lupa nak snap pic.


Dah try Shu ni. Ok la. Letak sikit je pun dah senang nak buang makeup. Kalau ada shimmering kilat2 kat muka pun sume hilang. Just agak berminyak je.



Hari ni aku ade buat satu kerja gila. I mean memang aku tak pernah buat before ni. Hikhikhik. Nanti2 cite kay...

Teh Tarik Place and Ralph Lauren Romance

Teh Tarik Place @ Curve. Pic sume kelabu asap saje coz pakai camera handphone. Kedai ni pulak lampunye ala-ala lampu tidur. So memang tak dapat nak diselamatkan dah.




Makan nasi lemak biasa. Tengah sedap2 makan baru teringat nak amik gambar kan. Lapar punye pasal. Sedappp. Sambal die pun not bad.



Meor order nasi lemak ayam goreng. Ayam nye cam kayu keras gedegong. Oh gamba ni disnap pas aku snap pinggan aku tu. So bayangkan la betapa aku ketinggalan. Sama ada Meor makan laju giler or aku yang kunyah 40 kali :P


Oh ye. Kami tak makan berdua ye. Miu ada sekali. Saje lepak ngan Miu. Tak best la gambar tak cantik. Miu pun muka sentap sebab ni dah 2nd time pose tapi gambar tak elok jugak. Miu siap pakai baju kurung lagi hokey. I loike. Aku je yang nyampah nak pakai baju kurung. Rasa ke'konfiden'an tu kureng sket bila pakai baju kurung. So seminggu sekali pakai la jugak dari simpan buat habuk dalam almari ;)


Tetiba gambar ni terang benderang. Testing testing 1 2 3. Orang nak test pun elok je die bagi peace. Hehehe. Ni pakai iphone Miu. Thanks Miu for the pics. Tunggula nanti i kaya sikit beli iphone ye. uhukuhuk. Actually pic ni dah kua dulu sebelum entry yang sepatutnye ;)


So posing lagi sekali buat kali ke 3 nye. Tak de pose lain dah. Aku kalau amik gambar sekarang ni cam dah automatik sure buat peace. Hahahaha.



Actually jumpa Miu hari tu nak amik perfume Ralph Lauren ni ha. Ehh bukan aku punye ye. Office mate yang pesan. Aku dah pencen pergi warehouse sales ni. Perfume kat umah tu pun ada yang tak bukak lagi. Tapi cam bes je Ralph Lauren Romance ni. 50ml RM130. Geram geram.


Pape pun aku kena insaf. Insaf2 pun aku ada nak beli something dari Miu :P Petang ni aku nak pegi amik. So ape kah itu? Tungguuuuu...

Wednesday, November 4, 2009

Happy Birthday Meor!

Happy birthday to u....
Happy birthday to u...
Happy birthday to M.E.O.R....
Happy birthday to uuuuuu....


5 Nov 1984 adalah hari Meor dilahirkan ke dunia. Celik2 mata je dah ada kat US (ececee omputih la tu kononnye kan. hihi). So hari ni besday Meor. Wahhh baru masuk 25 tahun. Aku dah nak masuk 26 dah (tetibe feeling tua pulak...hari ni jela kan...hehehe)



Emm cam biasa tak de hadiah besday. wahahaha. Kitorang memang gini. Dah 5 tahun lebih couple tak de nye nak bagi hadiah ke surprise pape. Hati aku pun dah kental jitu tak dapat hadiah pun (ye sangat la tu kan)


Pape pun just nak wish semoga semakin matured lepas dah masuk era suku abad ni and semoga jadi makhluk yang paling penyayang kat atas muka bumi ni and teruskan menjadi seorang yang sentiasa hepi (ntah bape banyak and daaa) Pape tahh aku punye wish. Sila abaikan je.


p/s: Actually semalam ada pencuri masuk umah aku. Nasib baik tak de pape yang buruk jadi. Tapi handbag maid kena curi. Termenung dia kat umah tu. Aku dok terpikir bukan bukan lagi ni :(

Tuesday, November 3, 2009

Sunday with Big Apple

Hari tu datang lawat-lawat Big Apple. Buat julung-julung kalinya beli yang donut 6 pieces punye. Biase beli seketul dua je.



Aku bukan lah pencinta donut sangat. Tapi saje nak try beli banyak. Buat buat jakun sket.


Disebabkan kejakunan ku itu, maka aku letakkan gambar donut yang dibeli seketul seketul kat sini. Nama donut nye pun aku tak tau. Aku tau ngap saje. Hihihi



Last2 sume aku tak suke. Cam manis sangat. Dulu cam pernah makan yang best tapi dah lupa yang mana satu. Dah lama sangat tak melawat Big Apple.


Aku rasa JCo cam lagi best je. Korang ada fevret donut tak kat Big Apple? Share share la ngan aku. Kot kot aku boleh try n test. Tapi kan Bavarian kat Dunkin Donut jugak yang tetap menjadi pojaan hatiku.




Ohh saya dapat ferrero rocher sekotak. Sekali lagi jakun di situ. Yela sekali sekala la kate kan. Ermm...bukan sekali sekala dah. Ni 1st time sepanjang hidup ni. Hihihi. Tenkiu Encik Meor (^__^)



Posted by: cuna

Monday, November 2, 2009

My Mom's Birthday

Weekend hari tu kitorang adik beradik bekumpul kat umah nak celebrate birthday mak. Aku yang dah semestinye penduduk tetap umah tu dok dendiam je la kat umah kan. Cam biasa potluck je. Sebab aku tak kua pergi memana so keje aku masak nasi n buat air saje. wahahaha. Best best.




Dah kumpul ramai2 memang tak kan muat la meja kat dapur tu. So hidang saje kat depan.


Makan biasa2 je. Ada lauk pauk, satay, kfc emm tu je la kot.



Masing2 sibuk dok adjust2 kamera masing2. Testing2. Aku pun same. Boleh tak time ni bateri dah nyawa2 ikan. Lupe casss. So hasilnya gambar yang blur.



Ha tu sume makanan yang ada. Hujung ke hujung. Makan sampai kenyang.



Lepas makan lepak2 kejap pastu sambung ngan persembahan yang seterusnya. Sesi potong kek



Budak2 la yang paling suke time2 gini. Nampak je kek terus serbu. Sampai birthday girl nye pun dah tak nampak.



Bila time nak nyanyi lagu birthday masing2 melopong. Bukan tak tau nyanyi pun. Tak sabau nak tiup lilin je. Lagu tak abis nyanyi lagi laju je tiup. Hahaha. Lawak2. Pastu masing2 dok berebut nak makan pagar keliling kek tu.



Dah tak macam birthday mak pun. Memang buat pun sebab nak budak2 hepi. Aku memang tak de nafsu lansung nak makan kek. Time ramai2 camni mula la aku nak rasa emo. Tetibe.



Happy birthday mak!! (macam mak aku bace je blog ni kan. hehehe) Pas potong kek ada drama swasta pulak. Sorang budak kecik merajuk tak sempat nak join tiup lilin. Cam termiss gitu. Bole?Pastu mogok tak nak makan kek :D

Sunday, November 1, 2009

Inside Women's Weekly Nov Issue

Guess what? Meor beli kan Women's Weekly (^_^) Baru ingat nak berehat kejap dari buat keje redeem redeem ni. Tetiba ade orang baik hati nak belikan pulak.



Siap lipatkan lagi hokey page yang ade pasal redeem2 ni. Bukan tu je, yang contest pun lipatkan sekali. Macam aku nak join je contest tu. Kalau join pun menang ke??Yang paling tak boleh tahan page resipi pun dilipatnye. Huhuhuh


Sample sun block from Lancome. UV Expert NeuroShield SPF 50 (10ml). Boleh redeem kat mana-mana kaunter Lancome.



Tapi tak best tak de mende yang boleh dihulur aku nak pergi redeem. I don't likeee. Kat sini memang tak de cakap kene flash page or voucher pape. So korang yang tak beli magazine pun boleh je pegi redeem. Cakap saje nak sample tu.



Vichy lagi. Memanjang Vichy ni nak bagi sample. Yang sample hari tu pun tak try2 lagi ye. Jangan orang yang jage tu cam muke aku ni sudah. Balik2 muka ni je yang datang redeem. Malu i tau. hikhikhik



Page ni pun dilipat oleh Meor ye. Dapat free trial Drypers Soft. Motif? Nak bagi akak aku pun dia tak heran. Dia dah ada berlambak :P Tak kan nak simpan for baby aku kot? Ape kes. wahahaha




Memang tak de apa yang menarik dalam ni. Aku selak2 baca je apa yang ada. Freebies memang tak best. Dalam tu ade la pamplet Radley ni. Handbag. Aku dah lama pencen beli handbag since ada orang bagi handbag hari tu. lalalala




Ada 10% disc. Confirmmm aku tak kan beli.



Booklet Discover Indonesia with Air Asia pun nak nyelit jugak dalam ni. Saje je buat aku berangan nak sampai sana kan. Dah la member office slumber je terbang terbang pegi sana. Aku??Cukup2 la ngadap hari2 2 orang indon kat umah aku tu. Bukan aku yang nak ye. Akak-akak aku yang campak letak situ. Kalau aku memang tak koserr. Ntah korang paham ke tak apa yang aku bebelkan ni.



Dalam tu ada kalendar sekali. Tapi cam tak boleh pakai coz siap ada cuti-cuti kat Indonesia. Hmmm


Dah. Habis. Malas nak pergi redeem lagi. Simpan dulu. Mood meredeem tak datang lagi ;)