nuffnang

Friday, March 19, 2010

Fiesta Retro: Part 2

Sambungan entry Fiesta Retro: Part1. Memang banyak giler amik gambar malam tu. Nak letak sume pun memang korang boleh muntah tengok. Tapi nak letak jugak separuh. Nak letak kat fb memang malas. Tak suke fb. Fb aku pakai setakat nak connect ngan kawan2 pastu dah.

Cam cool kan bersiar2 ke naik vespa. Kalau hujan lagi cool. Huhuhu. Nak pose amik gambar pun harus pilih vespa yang sama kaler ngan baju ;)


Baby yang sangat dok diam. Lansung tak ngamuk. Comeynyeee. Agak2 kalau aku ada baby nanti2 comey gini tak? Geram2


Last minute before dinner start amik gambar selagi yang boleh. Rasa nya tak de apa yang best sangat time dinner ni except bergambar sampai lebam. Sape tah pompuan dalam banner tu. Main tempel je. Ngan Marilyn Monroe lupe nak amik :P

Ha yang ni aku kenal. Korang kalau tak kenal dia mesti kenal yang sebelah dia. Gadis Bond. Muahahaha


Masuk dalam je terus gelap. Tapi peduli hape. Bergambar tetap bergambar sebab show bosan.


Time ni CEO baru turun dari Harley Davidson n menari atas stage. Sporting memang la sporting tapi cam hover oke. Ye la dah tua2 camtu kan. Kubur dah kata mari rumah dah kata pergi. Huhuhu. Ade yang aku kene pecat kang kalau CEO baca blog aku ni. Kekeke. Ade ke CEO bace blog merepek camnih? Huhuhu. Ampunnn bos. Yang kat belakang tu performer malam tu, IKA Paperdolls. Sume seksi meksi. Tapi not ori ye.


Dorang nyah yang dah betul2 transform. Memang asik buat aksi 18SX je time buat show tu. Walaupun aku ni dah lama lepas 18SX tu tapi tetap rasa sentap tengok dorang gediks2.


Menu malam tu....7-Course Menu Chinese Set Dinner. So dia serve satu2 ikut sequence macam yang dalam kad tu. Pas makan satu masing2 sibuk tengok2 kad lepas tu makanan ape pulak nak sampai. Hehehe. Sume cam tak kene je kat tekak aku. Nak2 pulak hari tu kene flu. Plus batuk kong2 lagi. Mamang takde napsu lansung nk makan. Memang silap la kan time2 makan2 free ni tak lalu nk makan. Tapi memang offismates aku pun ckp camtu. Makanan memang kureng sedap. Bukan malay je komen....chinese pun sama.



Emcee malam tu yang rambut putih tu. Jiggee Jon namenye. Of coz aku tak kenal. Tak tau la konsep retro apa yang dia pakai. Serupa cam clown je aku tengok. Hehehe. Lawak dia bole la tahan. Tapi dah lebih2 sangat macam bosan. Ada jugak band perform. Fario & The Merry Men. Lagi la tak kenal. Nyanyi pulak lagu2 retro yang memang aku tak pernah dengar


Menu yang 1st....Cantik je lebih tapi rasa memang out.


Yang ni memang aku mampu tengok je. Nak tak nak memang waiter kat situ dah cedok kan letak depan mata. Aku pun tolak kat Meor je la. Ni sume fevret dia.

Aku time amik gambar memang lupa diri tu sakit. Time nak makan baru sedar diri. Huhuhu.

Disebabkan performance dorang yang bosan plus ntah pape...kitorang kua pegi amik gamba lagi. Ok...memang aku tak pandang kamera. Kalau tak silap time tu ada mamat hensem lalu pastu kenyit2 mata. Ahahahaha

Lepas beberapa saat terus sedar diri sebab Meor ada. Kalau tak ada yang curang. Hehehe. Motor tu memang besar okeh. Antara aku ngan Meor tu muat letak sorang lagi besar aku. Hohoho. Kang ade orang salah paham susahhh


Teringin jugak nak amik gambar cam Meor ni. Tapi cam kurang sopan la pulak kan. Kalau pakai tshirt dah lama dah aku test n drive :D Gambar aku sorang2 atas HD ni tak sempat nk amik. Ramai lagi tunggu turn nak amik gambar.


Banyak gile amik gambar sampai tak tau dah nak pose camne. Padahal tengah tak sihat ni. Cam dah ngalahkan orang2 yang sihat pulak.


Tu laa. Sape soh tak invite artis2 yang femes. Confirm aku dok lekat kat kusi tak rayap2 dah

Gitar tu sampai dah nak patah dua lunyai2 dah punya ramai orang nak posing ngan gitar.

Huhhh cool oke Meor kasi pose gitu. Bujang lapuk dah jadi rockers. Kekekeke. Cam bes pulak. Tak de la pose tegak je kan....I loike


Patutnya time kat atas stage ni ade prof photographer yang amik gambar kitorang, print out n letak kat post card jam2 tu jugak. Boleh kitorang tak tau. Dorang ni pulak dok tepi tu pandang2 je. Tak de pun bagitau or datang amik kan gambar. Hampessss. Masuk2 ofis sok nye nampak ade sorang ni letak macam frame kat atas meja. Jelessss. Walaupun tak la secantik mana tapi kenangan tuhh.
Abis je lucky draw yang last kitorang terus cabut. Padahal ada band tu baru nak nyanyi lagu penutup. Memang tak koser la kitorang nak tunggu. Dah tak lucky tu balik je la kan. Nak tunggu ape lagi. Huhuhu ayat kecewa. Dapat door gift ni je la nampak nya. Paper bag je cantik. Isi???

Ni la nombor ku yang tak bertuah. Punya la banyak kali nombor 4 ratus lebih2 ni naik. Satu pun tak naik. Koman2 dapat la petrol voucher ke LCD tv tu ke. Huwaaaaa

Balik2 dah tengah malam buta. Kalau aku balik sorang2 mau kecut perut dah ni. Naseb baik la bawak Meor. Walaupun kena bayar RM70 bawak partner. Aku free je. Tapi memang berbaloi2 la. Dah la tolong aku amik gambar. Tolong bawak aku yang tak sedar diri sakit ni nak bersuka ria. Pastu memang makan semakan2 nya. Berbaloi2 tak?? Lalalalala


Ha ni la door gift nye. 2 mende kecik dalam 1 paper bag yang besar. Paper bag lagi cantik dari isi dalamnye. Hohoho. Dapat key chain ngan toys tu. Baik bagi kat anak sedara aku je.

Balik telan panadol soluble. Hidung dah sumbat2. 1st time aku telan mende ni lepas dipaksa oleh Meor. Rasa nak pitam je minum. 100 Plus pun tak suke. Ini kan panadol soluble. Huhuhu.

Dah abis cite dinner. Lenguh dah taip. Korang pun mesti lenguh nak baca. Banyak lagi entry basi yang belum publish kan ni.

Wednesday, March 17, 2010

Redeem Your Clarins White Plus HP Samples

16/03/2010

Semalam pergi redeem sample Clarins. Well, biasa la tu. Lepas dah habis kan duit dengan sesuka hati nye, kena la insafff. So tak nak habis kan duit, pergi redeem2 apa2 yang patut :P



Macam biasa fill in details, pilih nak redeem katne n submit. Nanti dorang akan e-mail kan evoucher tu. Print out, tunjuk evoucher tu then cakap saje mau redeem. SA aku jumpa semalam pun ok. Tengok2 skin aku camne keadaannya n explain pasal produk tu sket2.


Dapat 3 samples:

- Whitening Moisture Day Emulsion

- Whitening Soft Aqua-Milk

- Gentle Peeling

Sume range White Plus HP except Gentle Peeling tu sebab sample nye dah habes. Aku pergi redeem kat Parkson 1U. Maybe tempat lain ada lagi. Just try ur luck!

Other than Clinique, skincare Clarins ni memang sentiasa ada dalam wishlist aku. Just click here to redeem. Credit to Jess for the info :)


Lepas dah redeem Clarins singgah cari cincin. Akhirnya berjaya cari cincin saiz aku. Mane tak nye. Dah 6 or 7 kedai emas aku masuk sume tak de saiz. Nak buat caner kan... dah jari comel sangat. Hikhikhik. Tapi cincin ni still tak dapat kalahkan cincin lama aku yang hilang tu :( Harga emas sekarang pun dah naik ngan jaya nya. So lupa kan je la niat nak cari cincin yang best2.

Kat tgh2 1U tu ada book fair. Tak sempat nak belek2 apa yang best sebab dah lambat.

Tapi dari jauh aku dah dapat spot buku nih. Hehehe. Bila Meor tulis buku pulak ni. Tak cakap pon. Tapi tak de Meor kat depan. Huhu Meor rambang mata la nengok novel2 gini. Tapi bukan exactly macam yang dalam pic ni la kan.


Dalam rm50 novel New Moon tu. Maybe buku2 kat sini banyak yang half price. Yeke?Aku tak tau sangat perkembangan harga2 novel ni. Baca buku pun malasss. Hohoho



Kalau la dari air muka tu orang boleh baca apa yang tersingkap dalam hati aku ni (huhhh ayat memang tak ingat) Semalam aku meroyan kat kaunter RMK. Jangan korang ingat aku yang kecik n macam2 budak2 ni boleh dok diam je kalau orang buli aku sesuke hati ye. Emm pasal RMK tu cite di lain hari la ok.


Gambar aku ni memang tak de kena mengena ngan entry. Ntah gambar bila pun tak ingat. Main letak je :P

Tuesday, March 16, 2010

Wedding Fariz

14/03/2010

Wiken hari tu pergi kenduri Fariz/Pait/Pa8 kat Selayang. Aku kalau orang bagi kad ni susah sikit kalau tak pegi. Tu pun kadang2 termiss. Kalau tak bagi kad tu aku assume je macam ajak2 ayam. Hohoho. Tapi kalau free takde pape nak buat...pegi jugak.


Kitorang sampai dalam 2.15. Pengantin baru sampai jugak la kot. Tengok2 dah ada atas pelamin je. Memang penuh dewan sampai tak de tempat nak duduk. So duduk la tepi dewan wusha kot ade sape2 yang kenal. Memang tade ok.

Sementara nak tunggu ada meja kosong Meor pegi depan amik gambar. Memang full house ye time ni. Agaknya sume nak tunggu pengantin nak amik2 gamba.

Intai punyer intai dapat la meja kosong. Perut memang betul2 kosong time datang ni. Memang tersangat2 lapar. Time ni pun lauk dah tinggal sikit. Acar timun pun tinggal kuah je. Sedap memang sedap sebab dah lapar gilerr

Time ni memang kitorang berdua je yang datang. Dah half way makan baru la iqbal n sharin datang. Laju je buat catwalk kat red carpet menghala ke stage tak pandang kitorang yang macam dah melambai artis tu :P

Makan beradap. Ntah dorang makan camne pun tak tau sebab tak benti2 orang datang amik gambar. Siap photographer nya soh pose macam2.

Sesi potong kek. Action je kot. Sebab pastu aku tengok kek tu sikit tak terusik. Cantik je

Letak la gambar lebih sikit. Kasi 'orang' yang tak dapat datang tu tengok2 apa yang patut ;)

Bergambar ngan pengantin before balik. Cam tak sesuai ok aku dok bawah ngn Sharin. Patutnye awek dia la dok bawah. Huhuhu

L-R: Meor, Iqbal, Syahimi, awek Sharin, Adda, Dee

Yang duduk sopan depan tu Sharin n aku

Boleh time2 tu aku pegi buat mata stim? Memang spoilll la. Meor pulak half je nampak. Padahal photographer pengantin tu yang tolong amik kan gambar. Bak kata Meor "Photographer pro ni bila soh amik gamba pakai camera biasa memang hasilnya akan hampessss"

Gambar kami bertige. Naseb baikkk Adda n Dee datang. Kalau tak memang aku mati kutu kat situ. Tak meriah sebab ramai yang tak datang

Hadiah2 pengantin. Adiah kitorang bagi tak nampak pulak katne. Jangan hilang sudaaa....terbuang ke. Errkkk tak kan la kots. Wrapper sket punya cantik tak kan laaa nk buang. Hikhikhik

Lepas kua dewan tu kitorang gerak ke McD. Sambung borak2 plus gosip2. Kan ada yang tak dapat makan. Bersungguh2 aku senyum ke tepi belah kanan tu ha. Last2 tak nampak muka pun

Susah hokey tak nak bagi gambar blur. Tangan Meor je yang jadik. Huhuhu. Time aku senyum sungguh2 tu la gambar blur.
Bila dah lebih dari sekali jadi malas.
Gambar bunga pun nak amik. Korang pernah jumpe tak dorang letak bunga (bunga idup ni) n lilin kat McD. Mesti tak pernah kan. Ha kitorang jumpa kat McD sri gombak ni. Jakun kejap belek2. Memang sume meja ada tau. Aku suke tengok jelly dalam tu. Rasa cam nk amik sket bawak balik :P

Hasil seni kawan2 aku. Hohoho. Sambil borak pun sempat buat bakul n sampan lagi.
Bunga telur a.k.a door gift nye.


Next kenduri hujung bulan ni pulak. Hopefully ramai la yang datang. Meriah sket.