nuffnang
Monday, July 12, 2010
Eclipse Memang Best!
Jumaat hari tu berjaya jugak pegi tengok Eclipse lepas keje. Dengan bangga nya pegi kua tengok wayang malam2 okay. Dulu before kawen tak boleh buat. Huhuhu. Pukul 8 dah kena cepat2 nak balik. Berbalik kepada Eclipse memang seyes bestttt! Berbaloi2 laa sampai rasa nak tengok lagi dua ploh kali :D
Yang penting Edward dah semestinya hensem n semakin hensem (^__^) And betul Dee cakap Jasper hensem. Aku baru terperasan time Eclipse ni. Maybe sebab ada part dia ajar dorang lawan2 and before dia jadi vampire tu. So makin terserlah lah kehenseman dia ;) Alice pun comel. Muka cam baby doll. Saje nak puji sebab dia couple ngan Jasper yang hensem. Hahahaha
Ohhh Jacob cam biasa tak menarik sangat pada aku. Biasa2 saje. So Jacob boleh pegi main jauh2. Syuh syuhh syuhhh....Satu je part Jacob yang aku suka. Part dia cakap "I'm hotter than u".....Wahahahaha rasa nak gelak guling2. Muka slumber jek.
Tapiiiii kan....Riley si newborn vampire tu...aku tak boleh cari part kehenseman dia. Serius tak nampak kat mana. Maybe sebab dia jahat. And aku kalo dah actor tu jahat secara automatik nya aku cop tak hensem. Hohoho. Aci tak?Edward kalo jadi jahat pun boleh jadi hensem lagi sebab aku dah pernah tengok dia versi baik :P
Friday, July 9, 2010
Banner + Bunting Kawen
Nak harapkan aku tak de nya aku nak kesah pasal banner2 ni. Cukup2 la pening ngan preparation lain. But last minute dorang tanya "Banner dah order?" Aku dah terpinga2. Kena ke? Huhuhu. Since dorang yang suggest kan n banner yang agak murah pun ada kat area umah dorang je....so dorg sponsor la. Aku of coz la terima ngan hati terbuka :D
Disebabkan last minute punya idea aku pun jenuh la korek2 gambar dalam PC kot ada yang sesuai nak bagi but sume gambar cam hampes je. Last2 bagi je gambar time tunang dulu. Aku pun dah malas nak snap gambar baru. But gambar Myo lansung aku tak jumpa. Time2 tu jugak aku soh dia snap gamba n emel aku.
Abis sume pose kua. Aku asik reject je. Ampun ye bang! Sudahhhh....korang jangan pikir bukan2. Tak de nya aku nak panggil Myo abang. Geli2 je perut tau. Hahahaha....Last2 amik la gamba bawah ni. Lepas dah edit2 my SIL soh pilih antara 2 banner ni....Yang 1st aku ujung kiri Myo ujung kanan...Tapi badan Myo cam hala kanan...patut kiri la kan...boleh plak orang tu tak tolong flip kan...

2nd choice gamba kitorang sebelah2. Ntah nape cam pelik...So dua2 pun tak nak. Aku mintak tukar yang first tu tapi gambar Myo belah kiri n aku belah kanan. Huhuhuhu....
Last2 ni la banner nya. Actually my SIL dah order lain soh tukar MEOR & HUSNA so that gambar kitorang tu kat sebelah nama masing2. Ni dah Meor jadi Husna...Husna jadi Meor. Huhuhu...Tapi tak sempat siap. Tak kesah la labu. Aku amik je la yang ni.
Pagi2 before hari kenduri ujan agak lebat. Memang harap sangat la sume ujan abis time pagi. So tgh hari tak hujan dah :P Gigih kua lepas breakfast semata2 nak tengok bunting2 yang adik aku dah tepek. Saje nak sedapkan hati.
Memang awal2 bajet nak tulis sendiri je. Tak pun print saje. Dah alang2 orang nak sponsor memang rezeki la kan. Risau je kot2 orang tak nampak bunting aku ni. Dah la banyak lagi kenduri lain yang sama hari. Kat traffic light pun meriah orang tepek2.
Ok dah abis cite...Tak sabarnya malam ni nak pegi tengok Eclipse. Dah la this week stress ngan keje ofis. Oppsss bukan ngan keje ofis. Ngan orang ofis. Sakit jiwa. So terapi minggu ni....tengok Eclipse. Edwarddddd!!!! I'm cominggg!!!
Thursday, July 8, 2010
I'm Not A Desperate Housewife
Iklan jap. Weekend hari tu berjaya beli TV. Dah wusha entah berapa kali last2 beli jugak. Bertahan jugak hidup kat umah tu tanpa TV. 2 or 3 kali jugak dah termiss Desperate Housewives. Cite lain termiss tak kesah sangat. Myo tak pe lagi. At least boleh ngadap game dia. Aku jugak yang bosan. Dah la tenet pun tak de. Dah berzaman apply pun tak dapat2 lagi. Nasib baik la dah ada TV ni.
Actually plan nak beli TV ngan washing machine sekali. But boleh plak tetiba washing machine nya out of stock. Tengok a week before that elok je ada lagi. Baru ingat nak dapatkan free delivery. Kalau setakat beli TV yang comel ni of coz la tak de delivery kan.
So Myo ngan gigihnya angkut sorang2 TV tu ke umah kat atas langit kitorang tu. Time letak je TV atas meja cek2 rupanya tak de arial. Cehhh SA tu cakap dia bagi sekali arial. Dah la dua2 tengah semangat nak tengok TV.
Myo sanggup kua balik kul 11 lebih tu pegi 7E ngan harapan tetiba ada la sesat jual arial. Aku sendiri pun tak boleh nak bayangkan 7E ada jual mende tu. Huhuhu. Balik tangan kosong jek. Disebabkan kami dah berkobar2 sangat nak tengok TV baru Myo siap lilit2 sangkut selit kabel phone. Tu la bukti kegigihan kami....ehhh bukan....Myo je...aku gigih tengok TV ada la :D Dapat la jugak tengok samar2. Kesian je kan.
Kasi zoom in sket gambar atas TV tu. Muka cantik tak hengat oke. Tak ingat ni time bila. Maybe last year. Naik amende tah namanya ni kat Genting. Lupa dah. Tapi memang sonok jerit2. Orang depan plak diam membisu. Spoil jek...Terus hilang nikmat nak jerit2 :P
So last2 aku balik Gombak angkut arial lama ni. Dulu beli time study. Time2 pakai TV card kat PC dulu. Baru teringat dah ada kat umah. So balik apa lagi. Testing2 la. Sesungut arial tu pun dah penuh satu umah okay. Tarik sehabis panjang. Abis adjust dah tu. Gambar pun tolak tepi coz dah tak muat. Huhuhu...
Comel je TV kitorang kan. Time nak beli tu tengok kiri kanan penuh LCD TV je. Rambang betol mata. Geram2. Kalau duit yang ada nak beli setakat LCD TV je tak pe lagi. Ni banyak lagi mende nak kena beli. Say hi hi bye bye je la kat LCD TV yang hebat2 tu.
Lagipun pikir2 balik setakat nak tengok Desperate Housewives seminggu sekali tu....apa la sangat kan. Kecik2 sudahhh...Ok la tu kot. Just asalkan ada...
Ngantuknya hari ni. Mata berat akibat tido pukul 2 lebih semalam layan cite Titanic. Dah ada TV cam biasa la tu berjangkit2 tengok cite lain sekali ;) Cepat la dapat tenet. Senang sket nak upload2 gambar kat blog. Nak update blog pun terbantut gambar tak de...
Wednesday, July 7, 2010
Pelamin Angan Ku
Sambung lagi cite behind the scene...Tu bukan tajuk lagu Azie ye. Tajuk lagu tu cite lain. Tu cite sedih. Cite aku ni cite happy :) Orang dah siap pasang pelamin 2 hari before majlis nikah. Memang saje soh siapkan awal2 so that nanti tak kelam kabut. Kebetulan plak mak cik ni memang kena pasang pelamin kat banyak tempat lagi.
Actually time aku tengok album pelamin yang mak cik ni pernah buat satu pun aku tak berkenan. Tak de satu pun macam yang ada dalam kepala aku ni. Gedix tak nak demand2? Hohoho.
But mak cik tu layankan je kegedikan aku. Aku design2 then tunjuk kat dia. So kira ni first experience dia la buat pelamin gini. Of coz la not exactly macam yang aku nak but ada la iras2 kan. Malas la nak banyak komen kang sampai sudah tak siap.
Time aku amik pakej baju pengantin tu masuk sekali ngan pelamin, pintu gerbang and tiang bunga ni. Kalau pintu gerbang tak masuk pakej memang aku tak kuasa heh nak sewa sebijik.
Tiang bunga kat pelamin ni kata nya baru je beli. Konon2 aku yang rasmikan la tu. Hehehe. I loike!
Part yang tak macam yang aku nak adalah part bunga ni. Macam agak pelik nape time design lain tetiba time siap jadik lain. But aku cakap dalam hati je la kan. Nasib baik ada lampu kelip2 kat celah2 bunga tu. So boleh pejam mata buat2 tak nampak even tak macam yang aku bayangkan ;P
Tadaaaa....ni la pelamin hari tu. Memang aku yang tak nak pelamin yang jenis dome yang kembung2 tu. Saje nak lain sket. Since last year lagi wusha2 pelamin gini. Tak silap jumpa dalam magazine. Simple je kan? Tapi aku tetappp puas hati coz pelamin ku kaler biru. Of cozzz la biru kan. Mau nye aku nyesal seumur idup kalau tak buat kaler biru. Huhuhu
Next nak cite apa pulak ye? Pasal kenduri kawen sambung next week je la. Blog aku ni pun cam dah sunyi sepi je. Tak de motivation nak bebel sorang2 :(
Tuesday, July 6, 2010
Yahhuuuu! Dapat Minum Air Sejuk!
Dapat minum air sejuk pun nak kecohhh kan? Being me yang sangat la susah nak telan air panas...minum air sejuk of coz la satu nikmat. Almost a month dok kat umah baru aku tegar je minum air masak yang tak berapa nak sejuk tu. Finally dapat beli fridge last week. Tapi aku baru nak update hari ni :P
Beli fridge sebab nak minum air sejuk. Aci? Myo nak fridge sebab tak sabar nak soh aku masak. Wahhh sangat tak aci. Jangan nyesal makan masakan aku nanti sudah. Wahahaha...But isi dalam fridge tak beli2 sampai arini. Bz hokey. Yang penting air masak kena masuk dalam fridge dulu kasi sejuk. Hahahaha
Opsss dah ada ikan 2 ekor bawak dari Gombak tapi tak goreng2 lagi. Sekali lagi haku bz. Alasannn ;) Pastu ade la telur sket, cili giling, dedaunan, jem, sos, kicap. Sangat basic. Nanti dah penuh cite lain. Dalam fridge ada apa pun nak cite kan. Hohoho. Pedulik. Harus jakun sekali sekala coz ni 1st time beli fridge :D
Jenuh jugak cari buat survey. Merata pusing kua masuk JJ, Tesco, Giant, Carrefour. Kat kedai letrik biasa pun dah buat lawatan. Last2 beli kat Carrefour. Camni la bila pindah lenggang kangkung. Barang2 pun kena beli satu2. If not terduduk la kat situ :P Next TV n washing machine plak...
p/s: Sekarang aku dah pandai minum air teh o panas. Hahaha tu pun nak cite. But seriously dulu nak abiskan separuh cawan pun sampai berair2 mata. Tapi kini tidak lagi since hari2 buat teh o kat Myo. Aku pun tumpang sekaki :) Satu pencapaian yang hebat jugak tu for aku. Hohoho
Monday, July 5, 2010
Henna di Tanganku
Sambung balik cite before the wedding...Balik dari spa pun dah pukul 8pm. Boleh pulak time2 tengah sedap dilayan macam puteri raja tu orang inai kol. Cakap nak datang pukul 9. Aku plak memang lupa lansung pasal inai. Sedap je nak bersantai-santai. Last2 dia janji nak datang pukul 12.30 pagi sebab clash ngan schedule dia. Pagi buta ko dia datang. Kul 1 baru sampai. Aku pun dah tersengguk2 mamai sume. Sekali datang sampai 4 orang.
Sorang je pun yang lukis2 inai tu. Yang lain jadi penonton. Duduk je terus dia start lukis. Tak yah refer2 dah. Memang laju je dia lukis. Sangat kagum. Memang aku mintak lukis kan corak paling simple yang ada. Mula2 tak terpikir pun nak ber'henna' ni. But dah last minute apa kata try sekali. Once in a lifetime je pun. Bila lagi kan nak gedik2 pakai henna :P
Aku sangat suka corak dia. Laju je orang tu lukis. Ni baru simple. Soh dia lukis kat belakang tangan je. Kalau nak full kena bayar RM180. Dia lukis sume kat tapak n belakang tangan ngan kaki sekali. Aku dengar 180 je dah telan air liur. Lepas tawar menawar dapat la RM100 for belakang tangan je. Mahal kan? Nak buat camne. Tu je yang aku jumpa. Ada orang lain siap kena amik pakej lagi RM250. Haihhh senak perut i...
Time orang henna tu datang sume dah tido. So time pakai henna tu tak de sape dah nak mintak tolong amik kan gamba. Tutup pintu pun tolak pakai kaki je. Tutup lampu over la kan pakai kaki. Pakai tepi2 tapak tangan je. Tu pun inai dah comot2. Time tu la nak terlanggar pintu gerbang tepi pintu, nak gatal muka. Huhuhu
Jenuh jugak la nak jaga tak nak bagi comot tapi tak berjaya sebab aku dah tersangat2 ngantuk. Pusing2 boleh la pulakkkk ujung jari terpegang bantal nikah kat sebelah. Haihhh dah comot bantal orang. Nasib baik kena sikit je. Dah la kaler cream bantal tu.
Agak2 dah setengah jam aku dah pegi basuh. Lenguh2 dah. Orang tu pun soh tunggu setengah jam je. Dah basuh inai kat jari2 baru la boleh nak snap2 gamba. Color henna tu agak kurang menarik coz tak berapa nak merah. Kat jari memang merah pekat.
Since aku nak mintak murah tak dapat la soh dia lukis kat tapak tangan. But before dia balik dia cam kesian la pulak tengok tapak tangan aku yang kosong tu. So kasi la bunga 2 kuntum kat 2 tapak tangan ku :P
Since aku tak reti nak dok diam plus dah penat mengengkang jari....maka comot la sana sini....abis tepi2 jari sume. Lepas tu gigih2 plak pakai inai sendiri kat jari kaki. Dan2 tu inai tak cukup. Lama sket pastu mak aku bangun datang jenguk. Sian tengok anak nya yang dah cam hape.
Petang esoknya before nikah aku pakai lagi sekali inai kat kaki. Tapi still spoil sebab inai nya memang ntah pape. Even malam lepas nikah tu pun aku pakai lagi sekali. Hahaha memang gila. So 2 or 3 malam tu memang keje aku tido pagi buta semata2 nak jaga inai plus hati memang dah resah gelisah tunggu saat nak diijab kabulkan n hari kenduri kitorang :) Hopefully this week boleh letak pic wedding kat kat blog ;)
Thursday, July 1, 2010
Memanjakan Diri Kat Suria Embun Spa
Kan hari tu aku ada cakap nak pegi spa coz my SIL nak sponsor kan. Right before the wedding aku pun pegi ngan adik aku. Memang esok nak kawen petang tu baru nak pegi okay. Siap sesat2 lagi. Dah agak lama tak sampai Putrajaya. Kua pukul 2 sampai dalam 3 lebih.
Sampai2 je dah disambut ngan staff kat situ. Memang my SIL dah buatkan appointment siap2. Dia memang tengah tunggu aku datang. Masuk2 tu dia cite la dalam pakej tu ada treatment apa. My SIL dah pilihkan treatment for aku. Just aku buang tambah sket mana yang aku rasa malas nak buat.
Ohh kat depan tu aku nampak segala tok nenek mekap sume ada. Dorang dapat supply from Farmasi. Ntah ok ke tak. Tapi aku kalau dah nampak mekap banyak2 juling je mata.

Staff yang layan aku tu pun memang very da friendly. Tak tau la sebab dia tau aku ni adik ipar bos dia or memang dia dah originally friendly kan. Mula2 dia soh rendam kaki dalam air suam kat machine ni. Cam geli2 sket. Siap ada bunga2 lagi. Pastu dilap2nya kaki aku.
Depan tu ada la katil tempat nak buat body treatment. But aku buat kat bilik lain.
Masuk2 je bilik kena dok dalam beg kain. Buat sauna. 1st time nih bersauna2. Memang panas tak hengat. Dah la kat lua pun dah panas. Agak2 baru nak rasa aircond dah kena berpeluh. Tap tap tap tap menitik2 peluh dalam tu. Aku dok doa2 cepat la habis masa. Gamba tak clear coz gelap plus pakai camera hp saje. Tapi kan serius pasni aku tak nak masuk dalam mende tu dah.
Dah habis sauna tu kena landing atas katil sebab dia nak scrub2 satu badan. Memang serius satu badan. Time ni la kegelian mula melanda. Terlipat2 jugak la nak tahan geli. Waaaa tak suke nya datang spa. It's so not me lar going to spa. I'm not spa type person. Pastu rasa terdedah sana sini. Geli geli mat mattt...
Abis je menyental badan aku dia soh mandi bunga dalam bath tab. Yang ni sangat syok coz boleh mandi sendiri dalam bath tab yang penuh ngan bunga2an yang wangi mangi. Rasa cam tuan puteri jek. I loike!
Habis mandi siap2 pastu buat hair treatment. Sedap je kepala kena urut2 sambil baca2 mag. Heaven! Ohh sila abaikan mataku yang juling tu. Ada gamba yang ok but tak dapat approval from Myo nak letak sini :P
Habis je hair treatment sambung buat manicure n padicure pulak. Sorang buat manicure sorang lagi buat padicure. Huhh serius rasa cam tuan puteri time ni. Time ni dah nak dekat pukul 8 mlm. Tetiba ada orang kol. Rupa2 nya aku ada appointment ngan orang pakai inai malam tu pukul 8. Haihhh. Since aku nak balik pun dah amik masa sejam, aku pun mintak la dia datang lambat sket. Skali dia cakap nak datang kul 12.30 pagi daaa. Hamikkk. Pepagi buta. Aku pun ok kan je la since time tu je yang dia free.
Habis je kilat2 kuku terus kol adik soh amik. Start pukul 3.30 pm sampai 8pm baru habis treatment. Gila lama aku bertapa kat spa tu. Ohhh balik2 tu kuku aku shining2 tak ingat punyer. Agak jakun sebab tak penah buat manicure n padicure jugak :P
Dah....habis dah cite spa aku. Overall ok la coz aku ni memang tak minat sangat pegi spa. Tambah2 bila tak ada geng. Ok boleh plak lupa bagitau nama spa. Spa Suria Embun. Kot ada sape2 yang lalu dekat2 situ nak singgah ke kan. Tak pun saje nak tengok2 website dorang ;) http://www.suriaembun.com/ . Family aku memang ramai yang buat bisnes. Just aku je yang malas nak promote. Kalau rajin nak cite boleh la sekali harung.
Tak silap aku hari tu amik Suria Mempelai package (bridal package) Dalam pakej tu ada:
- foot massage (aku tak nak coz nanti geli2...hehehe)
- tangas (tak nak jugak)
- body scrub
- milk + flower bath
- hair & scalp treatment
- facial (tak buat sebab esok nya dah nak nikah...takut muka jadi merah2)
- manicure+pedicure (add RM50)
So total kalo refer kat website tu ada la dalam RM285. But aku balik lenggang kangkung mak limah je sambil bawak banner+bunting aku. Hehehe....Also sponsored by my bro n SIL :) Next nak cite pasal hasil inai yang dipakai pepagi buta ;)





