nuffnang

Friday, November 12, 2010

Fantasia Bulan Madu @ Bukit Tinggi

Ni kisah 5 bulan yang lepas. Our honeymoon. Boleh tak kalau baru nak update kat blog...hehehe....Actually dah lama nak update...Tapi tangguh2 lansung terus lupa. Awal2 dulu banyak plak hal nya. Sibuk pindah la, kemas barang la, tenet tak masuk2 la, pastu preggy, sakit2 pastu babaiii...lupa terus. Tetiba teringat bila sang pengantin baru update pasal honeymoon dia ;) So pengantin baru, tumpang lalu ye...pengantin lama nak update pasal honeymoon dulu....hikhikhik...


Well honeymoon kitorang tak jauh mana pun. Sekangkang kera je dari Gombak tu. Aku je yang tak pernah sampai2. Kesian tak? So bila dah kawen ni la time nak ajak Myo pegi. Plan awal nak pegi Pulau Redang. Last minute tak jadi. Pastu nak pegi Pulau Langkawi. Pun tak jadi. Last2 pegi yang dekat aje. Lagipun time tu takut lari budget kot kang last2 minute ada nak pakai duit lagi time kenduri ke. Mana nak korek kan. Just stand by. Tapi alhamdulillah tak ada pun pakai duit yang ada. Tapi berguna jugak lepas kawen lengkapkan barang2 dalam rumah. So berangan je la nak travel jauh2 kan :P

Kami abis kenduri ahad and pegi honeymoon selasa depan nya. Pagi tu sibuk pindah2 brg ke rumah baru. Dah angkut before kawen sikit2. But last round angkut ngan lori. Abis je pindah, dah tengah hari. Lepak2 jap terus gerak pegi Bukit Tinggi. So bayangkan la betapa penatnya time tu. Tu kalau jauh memang tak larat nak pegi mana kot. Dah la kenduri bederet 3 hari. So sampai dah petang pun semua tempat nak tutup. So lepak2 je la kat area hotel.


Malamnya dah lapar baru nak cari makan. Jalan2 lepas tu tak tau nak makan apa. Baru ku tahu rupa nya kedai kat situ mahal2. Telan air liur je la. Banyak western food plak tu. Aku ni dah la tekak Melayu. Kalau ada pun kena makan buffet. Dah rm60 lebih. Telan air liur lagi sekali. Memang sangat membazir bawak aku yang bertangki kecik ni makan buffet. Last2 decide makan kat kedai fast food. Order regular pizza ngan spagetti. Tak ada la sedap mana pun. Tak padan dengan mahal. Nyesal je tak bawak bekalan dari umah...huhuhu


Kedai2 semua tutup awal. Pukul 10 malam macam dah lengang kat area luar tu. Apa kes semua tido awal. Ada show pun bosan je. Pompuan seksi mana ntah joget2. Tengok kejap pastu jalan2 amik gambar. Malam pun tak nampak apa sangat pakai kamera kenit tu.






So siangnya pagi2 dah kua nak cari makan. Harus la buntu pikir nak makan apa kat tempat macam tu. Last2 sanggup turun balik Bukit Tinggi tu singgah makan kat kampung apa entah. At least jumpa nasi lemak n kuey teow goreng....hahaha...puas hati ku. Pastu sempat beli roti, tuna and megi buat stok time lapar.


Well siapa yang pernah pegi Bukit Tinggi mesti tau kat sini tak ada la banyak benda menarik pun except building Colmar Tropicale ni. So before kua round amik gambar banyak2. Ni pun tak letak semua tau kat blog. Kang korang muntah hijau sebab mesti la gambar kitorang berdua je besepah2.


Bukan berdua jugak la actually. Sebab berdua la kena gilir2 amik gambar. Aku amik gambar Myo, Myo amik gambar aku. Tak best la kot nak suruh orang amik kan tetiba.


Kalau bergambar berdua pun muka sebesar alam macam ni ha kat gambar ;P Amik sendiri. Gini la orang tak pakai tripod apa bagai.


Disebabkan kitorang kua awal sangat, tempat2 lain pun tak bukak lagi. Pukul 10 baru bukak. So amik gambar lagi sampai lebam.





Banyak lagi gambar tapi aku upload kat entry lain la plak. Kang korang tak lalu nak tengok plak. Mau kena buat lagi 2 or 3 entry nak abis letak semua gambar. Sambil2 tu boleh layan gambar orang pergi honeymoon kat Hong Kong :) Jelesnya ai....

Wednesday, November 10, 2010

Give Away Nazz@Purple

Haluuu....Sepanjang minggu ku yang bz ni, aku telah di'tag' oleh rakan2 blogger...Dapat 3 tag tapi tak buat2 jugak....huhuhu....Bukan tak mau tapi masa sungguhhh mencemburui ku :P Dah lama giler orang tak tag aku ni. So macam menarik la jugak kan nak buat.

Hari tu kena tag ngan blogger Fawwaznuha. Baru sekarang dapat curi2 masa nak join contest Give Away Nazz@Purple ni. Syarat2 nya pun senang aje.


  • Letak tajuk entry Give Away Nazz@Purple
  • Letak banner giveaway ni kat entry
  • Follow blog ni 'http://pinkpurplecraft.blogspot.com/ '
  • Promote giveaway contest ni kat blogger lain
  • Tinggalkan link entry kat blog Nazz@Purple
Semudah itu aje :) Kalau bertuah dapat la special key chain macam pic kat atas tu. Kalau tak bertuah pun no harm lar. Just try my luck! Tarikh tutup pun 12 Nov 2010 (12 a.m.) So still lagi sempat aku nak pilih orang2 yang bertuah utk join contest ni ;)

Orang2 yang bertuah itu adalah.......

Ok la tu kan...ada lagi 2 hari ni before tarikh tutup ;) For more details boleh pegi ke blog tuan punya contest kat sini :)

p/s: To Azyatun...tq coz sudi tag sy :)

Tuesday, November 9, 2010

Weekend Yang Hilang

Weekend hari tu lansung tak terasa macam weekend. Hari2 tido 5 6 pagi. Tau2 dah masuk hari keje. Penatnya lahai. Lunyai dah rasa. Rumah pun dah serupa kapal karam. Buat2 tak nampak je.

Celebrate birthday kat Chop n Steak Kg. Baru...
Since Jumaat hari tu besday Myo maka malam tu pergi la celebrate ala kadar. Makan2 kat Kg Baru kat Chop n Steak....alaaa...yang kedai kapal tu. Umah macam kapal karam pastu makan kat kedai kapal. Elok sangat la tu kan :P Aku order chicken chop n Myo order beef black pepper steak. Kat situ pun makan laju2. Kepala dok ingat keje yang tak siap lagi. Mood adalah spoil sebab tunggu makanan lama giler. Biasa la weekend orang ramai. So kesimpulannya aku adalah perosak malam yang sepatutnya indah tu....huhuhu.

Rasa macam nak tukar handphone baru....
So memang tak ada gambar lansung malam tu. Dengan handphone yang dah tak boleh amik gambar dah...agak malas nak bawak kamera. Tetiba rasa macam nak tukar je handphone buruk yang dah dekat 3 tahun aku pakai ni. Handphone apa ek yang best? Nak yang bawah 1k la kot tapi best. Ada ke??

Shopping barang dapur kat Tesco...
Huhhh...tetiba rasa nak bebel banyak plak. Since Jumaat malam tu nak rush balik...maka tak sempat la nak singgah beli kek. So Ahad tu kitorang kua lagi. Pergi Tesco. Tu pun tujuh lapan kali jugak pikir nak kua ke tak sebab keje still lagi menimbun. Last2 kua jugak since barang dapur dah tak ada. Dok tangguh2 sampai seminggu tak beli2.

1st time makan kat Jom Bali...
Before shopping barang dapur plan nak makan kat Santai. Boleh plak time2 gitu full house. Terpaksa la pegi Jom Bali. 1st time dtg situ so memang tak ada idea nak makan apa. Last2 share je makan sepinggan ngan Myo makan nasi goreng kampung. Dee, aku nampak air yang i'm pretty, u r handsome tu tapi tak try pun....huhuh. Lepas shopping laju2, beli kek...terus cabut balik.

Nak mengadu pasal kerja....
Memang horror betul keje sejak dua menjak ni. Sampai tak cukup tangan. Kalau kaki ni boleh pakai pun aku pakai kot buat keje. Straight seminggu ok tak cukup tido. Ni kalau dapat OT confirm kaya...huhuhu...jangan mimpi la kan coz dari start keje dulu sampai sekarang tak pernah nya ada OT dalam kamus hidup aku. Time praktikal ada la. OT lagi banyak dari gaji :D

Bos yang sangat kejam....
Dapat replacement leave pun 3 ari aje for weekend. Padahal hari2 pun keje macam robot dari pagi sampai ke pagi. Dah macam burung hantu. Lepas tu projek ni tak settle dah kena join projek lain. Hoittt giler ke hape semua orang ni??? Aku dah sesak nafas buat kerja sampai lembik pun orang tak peduli. Suka2 je nak suruh buat semua mende.

Huhhh...lega dah abis lepas geram. Boleh sambung buat keje balik. Kalau nak cerita pasal kerja...3 hari 3 malam pun tak kan habis. Dah2...habis dah sesi melepas geram. Lepas ni boleh buat entry hepi plak :)

p/s: Saje buat sub title sebab entry aku kali ni panjang berjela. Dah la tak ada gambar kan. Ada ke orang nak baca. Buat pedih mata je T_T

Friday, November 5, 2010

Happy Birthday My Sweetheart!

Time aku tulis entry ni mata dah hampir2 tak boleh bukak. Tapi nak jugak update blog sebab esok confirm tak akan ada masa dah. Hari ni birthday si jantung hati. Tapi aku sibuk je dengan keje2 ofis yang tak habis2. Keje yang hari2 macam dah menghantui hidupku ini :P

Hari ni besday Mr Myo. Dulu time couple memang susah nak celebrate on time. Setakat wish bagi sms or calling2 je. Bila dah expired baru nak celebrate sebab nak tunggu weekend. But kali ni memang sangat2 lain. Dah la dah ada depan mata. Elok2 pulak hari ni public holiday Deepavali. Bukan main meriah lagi orang dok main mercun pung pang sana sini celebrate besday dia :D Tapi part yang paling best sekali adalahhhh.....aku kena keje even orang lain cuti sakan. Best tak? Buat keje pun rasa meroyan je dengar mercun. Rasa macam mercun tu meletup dalam kepala aku ni....haihhhh

So bila nak celebrate nya? Nak pergi mana pun. Sampai Sabtu kena keje ni. Ohhh kesian sungguh Mr. Hubby ku. Sori ye sebab tak dapat nak spend time together gether. Adiah pun tak sempat nak beli. Nak pikir beli apa pun tak sempat....huhuhu...Susah2 tunggu bulan 3 next year je la kasi hadiah best punyer. Hadiah baby....hehehe...Aci tak?

Anyway, nak wish HAPPY BIRTHDAY to PAPA MEOR on his 26th birthday. Aku jugak yang muda remaja sweet 20 gitu....lalalala....Dekat 5 pagi dah ni. Giler hape baru nak tido....zzzz

Wednesday, November 3, 2010

My Wedding Pics: Bilik Pengantin

Lately memang bz teramat. Diri sendiri pun dah terurus ni. This week tak pergi ofis lansung lagi. Last week pergi sehari je. Tido pun dah pagi buta. Dari pagi ke tengah malam ngadap laptop. Of coz la sakit2 pinggang. Harus la esoknya tak larat nak pergi ofis. Nasib la kan. Sape suruh bagi keje banyak2 kat orang preggy nih....huhuhu...Bz2 pun nyempat lagi nak update blog :P

So nak update gambar kawen lagi coz gambar2 ni je yang ada dalam draft. Tak ada masa nak upload gambar lain. Gambar2 kali ni kat dalam bilik pengantin pulak. Ni before kua pergi outdoor photoshoot. Macam yang aku cakap nak cerita reverse order. Bosan plak start dari mula....huhuhu....Time amik gambar kat bilik ni pun lari naik atas kejap sementara orang tak ramai and tak ada orang nak bergambar.

Penat wooo berlakon sebab sesungguhnya kami sangat la tak reti berlakon. Jenuh tahan gelak. Memang tak reti2 nak serius.

Aku amik gambar kalau nak senyum tu mesti nak tunjuk gigi. Tak tau nape. Kalau tak nampak gigi nanti memang akan jadi muka tak ikhlas sebab aku akan ketap bibir. Sampai kan akak photographer tu tegur...."Cuba senyum jangan nampak gigi"....


Dan hasilnyaaaa....Lepas tu terus akak tu rasa menyesal...hahaha...Dia suruh teruskan tunjuk gigi aku tu :P




Tak banyak mana pun amik gambar kat bilik sebab lepas tu nak rush pergi amik kat luar plak. Banyak pun banyak tak jadi je :P





Next2 entry aku upload gambar kat pelamin pulak ye. Nak sambung buat keje...babaiiii...

Tuesday, November 2, 2010

Aktiviti Tendang Menendang

Semalam, lepas pukul 12....genapla kandungan aku ni 21 weeks.
Elok2 je nak tido boleh pulak rasa something.
Confirm la tu baby kick. Actually petangnya aku dah rasa.
Tapi time tu tengah bz giler ngadap keje.
So aku ingat tu baby gerak2 je la kot sebab memang before ni dah banyak kali rasa.
But semalam siap boleh nampak lagi perut gerak2 turun naik.
Dah la before tu Myo baru je tanya...."Baby tak ada tendang2 lagi ke?"
Elok je lepas tu aku rasa. Baby dengar la tu kot papa dia tanya :P
Kadang2 tu rasa macam geli2 bila kena tendang.
Semalam pulak aktif menendang time aku nak tido.
Ni mesti kes bengang coz dia tendang2 time siang aku buat tak layan jek :D
Sudahnya aku tido lambat....huhuhu
Pekaba la agaknya baby dalam tu
Entah bila la nak pergi scan asik bz je nih
Baby tunggu ye....nanti mama jenguk ;)

Monday, November 1, 2010

Pekan Kuah + Dataran Lang

17/09/2010 - Fri

Tak habis2 lagi citer Langkawi aku rupanya. Banyak sangat gambar sampai tak ter'upload'. Malas pun ada sikit2 :P Sambung balik entry hari tu. Well, biasa orang kalau pegi Langkawi kalau tak shopping tu memang tak sah kot. Kecuali orang yang sakit macam aku. Lepas amik gambar ala kadar kat pantai, kitorang gerak ke Pekan Kuah nak shopping.

Tempat yang orang biasa terjah kat sini of coz la kat Haji Ismail Group ni. Segala tok nenek pinggan mangkuk periuk belanga, coklat, towel, selimut, semua la boleh borong kat sini. Aku masuk sempat buat satu round je lepas tu lari masuk kereta. Kalau lama2 mau pitam kat situ. Tak boleh nak berdiri lama2. So akak n mak aku je la yang bershopping sakan. Berplastik2 dapat.


Aku dok dalam kete diam2. Kadang2 budak2 kecik ni datang aku tolong tengok2 kan. Pastu main kol2 je Myo pesan beli coklat itu ini. Beli pun tak banyak. Lepas tu bila balik KL nyesal giler sebab tak borong coklat ok. Sebab tersangat la murah. Memang aku tau murah. Tapi time dah sakit tu memang dah tak peduli semua tu.

Lepas tu sampai sekarang dok berangan2 nak pergi Langkawi lagi nak borong coklat sampai lebam. Coklat yang paling berbaloi beli adalah macam Ferrero Rocher, Daim, Twix, Kisses, Cadbury bar yang ada isi pelik2 tu. Patut beli buat stok setahun. Hahahaha....


Dah petang baru habis shopping. Penat2 tu sempat jugak menyinggah kat Dataran Lang. Rugi la kan datang tapi tak ada gambar kat sini. Ni pic ngan my mom...


Ngan adik...


Lepas tu kitorang berdua ngan adik je pergi kat burung helang tu. Kat vontot helang pun nak amik gambar kan. Actually time tu dah gelap nak hujan. So macam tak larat la nak lari2 pergi pusing depan nak amik gambar.


Tapi macam terasa rugi sebab lepas ni tak tau bila lagi nak datang sini. So panjat la jugak kat tempat tu. Sempat la amik gambar berdua. Nasib baik boleh mintak tolong adik amik kan gambar.


Penat je buat action tunjuk helang kat atas. Last2 adik aku pergi zoom :D



Time2 angin tengah kuat ada pulak orang buat catwalk kat situ :P


Dahhh...balik2 memang gambar kitorang je la. Tak koser dah nak posing2. Lagipun segan ngan adik....kikiki


Before balik singgah makan kat kedai2 dekat2 dengan jeti. Makan laksa. Tak ingat apa nama kedai tu. Laksa Penarak kot. Parent aku cakap kedai tu macam famous jugak la kat situ. Sekali aku makan tak sedap pun laksa dia. Tak kena la dengan tekak aku. Last2 aku kebas mi kuah mak aku. Sedap la plak. Tu yang tak pandang kiri kanan dah :P
Balik tu sume kepenatan. Tak kua memana dah except aku n Myo. Ada mission lain yang harus dilaksanakan :P Mission apakah itu? Next entry la ye :)