nuffnang

Wednesday, January 11, 2012

Last Day @ Cherating + Teluk Chempedak

20/12/2012 - Tues

Sambung lagi cerita Cherating yang tak habis2 update lagi. Should be the last one la kot ni. Ni pun banyak giler gambar. Last day kat Cherating pepagi tu siap keluar cari breakfast.


Makan nasi lemak ngan roti canai je. Tapi tetap sedappp. Seriously makan kat memana pun kat Cherating ngan Kuantan tu sedap. Tak tau la kot bernasib baik ke apa jumpa tempat sedap kan ;) Time ni Irfan dok ngan atok dia menjamu selera :P


Dah habis makan kitorang jenjalan straight lagi ke depan dari Holiday Villa tu. Rupanya ada lagi kedai area situ. Banyak la gerai2 jual souvenir bagai. Maka aku pun mula la gatal tangan nak beli itu ini kan n_n



Sampai je resort dah dekat pukul 12. Kemas2 ala kadar then check out. Ngam2 je. Before balik nak jugak testing2 letak Irfan kat tepi pool kot2 fobia dia dah hilang kan. Tapi non ado la ok. Baru agah2 nak celup kaki dia dalam air dah herot...huhu...


Buat muka kesian macam papa ngan mama dia nak dera dia je...haihhh...rasa nak cubit je tau...geram ngan muka seposen tu =)




Nak jugak amik gambar kat entrance. Entah bila nak sampai Cherating lagi pun tak tau. Yang pastinya tunggu Irfan besar sikit lagi la kot. Time ni Irfan terus pusing ke lain. Before tu dah banyak kali snap tapi asik gambar blur. Last2 dia pun dah malas nak pandang kamera...huhu...


Lepas dah check out kitorang menghala ke Kuantan. Mak ajak singgah kat Tanjung Lumpur makan sata ngan keropok lekor panas2. On the way tu lalu Sekolah Rendah Balok. Tempat aku nyibuk2 kacau mak aku ngajar time kecik2 dulu...hehe...Dah tak nak dok umah kena la mak angkut aku skali bawak pegi kelas. Lepas tu conteng2 black board bajet jadi cikgu :P


BTP Pahang. Bahagian Teknologi Pendidikan. Dulu panggil PSPN. Time tu ayah aku jadi pegawai apa ntah kat sini. Tapi heaven la dok kat quarters besau ala2 banglo. Boleh lari dari hujung ke hujung. Siap ada padang kat tepi umah. Best kan keje gomen nih. Last2 anak dia tak keje gomen jugak T_T

Kat Beserah ni la tempat aku membesar dari umur setahun sampai la tadika. Tempat jatuh tergolek dari basikal sampai darah2 pun kat sini. Tempat jatuh lagi kan dikenang...huhu...Memang tempat bersejarah betul la Kuantan ni. Tak payah pegi Melaka pun nak cari tempat bersejarah :P


Lepas dah lalu tempat2 bersejarah tu baru la singgah kat Gerai Pak Soh ni. Mak aku cakap femes jugak la tempat ni. Kalau petang2 penuh orang sampai kena beratur.


3 mende ni je yang dorang jual. Sata, keropok lekor ngan otak2. Memang sedapppp. Otak2 je aku kurang minat sebab banyak sangat isi ikan ngan kelapa. Tapi sume cakap sedap. Tekak aku je lain macam sikit kot :P Kuih2 lain ada jugak cam kuih bakar ngan akok . Aku ni bukan la peminat kuih muih. Kalau tak ada aku tak cari, tapi kalau ada makan je. Tapi serius kuih bakar ngan akok tu sedap gilerrr. Dok terasa lagi kesedapannya kat tekak ni. Siap tapau keropok basah ngan sos cili bawak balik lagi pastu.


Habis makan kami ke Teluk Chempedak. Ke pantai lagi. Sesape pencinta pantai ke laut ke memang heaven lah. Kuantan ni memanjang ngan pantai je. Even dok kat Beserah dulu pun umah depan laut. Tinggal nak menyeberang jalan je. Tapi time tu tak ada nak heran pun pegi pantai sangat. Tapi setakat berkelah kat Taman Gelora ngan berjimba kat Zoo Taman Teruntum tu memang cam aktiviti biasa dah time kecik2 dulu.


Sampai2 nampak kedai lagi. Masuk 2 or 3 kedai belek2. Actually time ni dok cari slipper sebab kaki dah melecet. Terhincut2 je jalan. Last2 satu pun tak berkenan.




Then pegi bercanda di tepi pantai la kan. Berpayung2 lagi anak bujangku. Silau time ni.


Dah ada anak kecik ni tengok2 pantai gitu je la walaupun kadang2 hati meronta2 nak terjun dalam air tu...huhu...


Sangat aman damai ok dapat tengok pantai. Rasa hilang sume penat ngan stress keje kejap.


Tengok ombak menghempas ke batu....perghhh...Memang layannnn. Ngan laut yang luas terbentang. Indahnya ciptaan Tuhan. Ni kalau dok sorang2 atas batu maunya feeling2 sorang2...huhu....


Habis nengok laut, makan lagi. Tengah hari makan sata ngan keropok lekor je kot. Harus petang tu dah lapar balik. Irfan bz ngan kerja dia.



Makan bihun tom yam je kat kedai ni. Cam tak logik je tau hari tu aku tak makan nasi lansung T_T


Dah habis makan jalan2 lagi kat gerai2 tepi tu. Saje exercise. Dah tak ada nafsu nak beli pape dah pun time tu.



Balik Teluk Chempedak tu kitorang singgah Annexe Rest House kat Kuantan. Mak n ayah stay lagi 1 malam kat Kuantan. Tak kan datang kejap je kan. Kitorang dah stay 2 malam. Bilik kat Annexe ni 1 malam RM 90 je. Nama pun rest house kan. Dari luar nampak cam rumah orang je. Cam hostel pun ada jugak. Tapi dalam bilik tip top. Ala2 Holiday Villa jugak. Just tak ada balcony ngan swimming pool la kan.


Before balik lepak2 golek2 dulu kat bilik mak n ayah. Sempat tertido kejap sebab penat sangat. Dah nak Maghrib jugak la baru gerak balik. Kalau ikutkan hati nak je aku stay lagi satu malam kat situ. Tak puas lagi nengok pantai. Lagipun aku cuti seminggu hari tu. Kitorang pegi Ahad n Selasa tu dah nak balik. Meor pun still cuti lagi Rabu tu tapi since dia cakap nak balik rehat2 kat rumah pulak maka nak tak nak kena la say goodbye to Cherating n Kuantan T_T

Suke betul makan angin kat Cherating but kalau nak datang lagi pun better stay kat Kuantan then singgah Cherating. Bukan jauh pun. Tapi bagi yang bukan pencinta pantai Cherating ni memang tak ada apa sangat. Aku ni baru 1st time sampai. Maybe dah sampai dedulu tapi tak ingat sebab kecik lagi...huhu...

Friday, January 6, 2012

Pantai Cherating + Makan2 @ Tanjung Lumpur

19/12/2011 - Mon

Sambung update cerita 2nd day at Cherating. Pepagi Meor keluar cari breakfast. Tapau aje. Irfan tengah sedap tido. Malas nak kejut dia. Makan nasi lemak ngan nasi kerabu pagi tu. Sedapppp! Irfan kitorang kasi bubur Cerelac je la. Time jalan2 gini la baru keluarkan Cerelac. Kalau tak terperap je kat dapur.

Lepas tu kitorang turun pegi swimming pool. Memang rugi la kat dok hotel tak rasmikan pool kat situ. Meor la rasa rugi. Aku tak kesah pun ada ke tak. Sama je...huhu...Bawak Irfan sekali sebab ingat nak rendamkan dia dalam tu. 1st time kot nak try test.

Sekali baru celup2 kaki muka dia dah herot. Kebetulan time tu baru je lepas hujan. Pagi pulak tu. Memang air kat situ berdouble triple la sejuknya. Meor pun cakap sejuk. Tu la agaknya mission nak rendamkan Irfan tak berjaya. Aku siap suruh Meor belikan pelampung lagi untuk Irfan. Over excited pulak kan. Sudahnya tak berpakai pelampung tu. Simpan dulu la nampaknya. Hopefully next time Irfan dah tak takut dah. Lagipun aku rasa dia gayat sebab tetiba tengok pool sebesar tu. Biasa kan dok dalam bath tub dia yang cenonet tu je. Sekali jumpa tetiba besar cenggitu. Agaknya la kan.


Dah tak berjaya rendam Irfan dalam pool kitorang 2 beranak pun dok bilik je la. Meor je yang layan swimming sorang2. Dah tengah hari sikit Meor keluar cari lunch pulak. Tapau lagi sebab Irfan tido. Cari2 nasi campur satu kedai pun tak jual. Last2 tapau nasi goreng paprik ngan nasi goreng ayam. Sedapppp jugak. Memang makanan kat situ tak ada yang tak sedap :D


Dah petang sikit lepas Zohor baru la kitorang keluar jalan2. Tu pun tak ada hala tuju. Main jalan je sampai la ternampak gerai jual keropok lekor ngan sata. Actually sepanjang jalan tu ada beberapa gerai jugak tapi jual keropok lekor je, tak ada sata. Gerai yang kitorang stop tu jual dua2. Dah tapau tu patah balik ke resort. Tetiba nak pegi pantai pulak. Pantai kat belakang tu je. Jalan sikit dah sampai.


Irfan memang buat muka bosan je sebab time dalam kereta jalan2 tu dia tido je T_T


Dah sampai pantai tak rendam2 pun. Saje nak tengok pantai. Best ok dapat tengok je pun. Memang fevret place la tak kesah mana2 pantai pun ;)


Amik gambar bertiga yang kat mana2 pun boleh amik sebab tak nampak pun background pantainya...huhu...


Susah ok nak kasi Irfan pandang kamera...haishhh...Ke dia saje nak buat action Marlboro? :P


Dah amik gambar baru la nak duduk kat meja nak makan hasil belian before tu. Baru je bukak plastik mak aku kol cakap dah sampai ;)


Iye mak and ayah aku pun join sekali but datang time kitorang 2nd day kat situ. Saje kasi meriah sikit. The more the merrier ;) Tu pun baru book bilik and bayar terus pagi tu jugak time kat swimming pool tu. Actually memang awal2 dah ajak mak n ayah sekali but dorang cam tak sure boleh join ke tak. Mak suruh pegi je dulu. Kalau sempat dorang join. Tengok2 pagi tu mak kol suruh tanya ada bilik kosong ke tak. Laju je suruh Meor tanyakan and terus book.

Tapi bilik mak n ayah agak jauh dari bilik kitorang. Nama resort pun lain. Eastern Pavilion. Tapi sebelah tu je. Menapak dah sampai. Cam adik beradik la kot Holiday Villa ngan Eastern Pavilion ni.


Irfan awal2 buat jual mahal. Lepas2 tu melekat je ngan atok n mak tok dia =)




Kitorang pegi singgah bilik mak n ayah kejap before keluar balik lepas tu. Meor dah amik kunci siap2 dah. Saje nak survey bilik situ pulak. Tak ada la beza sangat pun. Kecik sikit je dari bilik kitorang and tak ada balcony. Lain2 lebih kurang aje. Bilik area situ murah sikit. 1 malam RM 120. Time kitorang nak booking online bilik ni tak ada pulak dalam list. Kalau tau kitorang pun dok sini je senang. Murah pun murah.


Pape pun kasi Irfan testing katil atok dulu ok (^_*)


Kebetulan dapat 2 katil single. Queen dah penuh...huhu...


Dah lepak2 kat bilik kitorang keluar balik. Plan nak jalan2 cari makan kat Tanjung Lumpur. Memang tempat yang femes amos untuk cari makanan yang sedap2 ;)



Last2 sampai ke kedai ni. Ana Ikan Bakar Petai. Aku pernah baca review orang pasal kedai ni. So saje la singgah nak try. Sampai2 dah gelap sebab on the way tu kitorang ada stop2 kat pantai kejap. Kat Kuantan lagi la meriah ok. Sana sini pantai =)


Dah makan kat sini haruslah makan seafood. Pilih2 nak makan apa. Amik ikan jenahak, sotong, udang ngan kerang. Tu pun rasa nak amik lagi. Tapi pikir2 balik takut tak abis sebab kitorang berempat je nak makan.


Time kitorang sampai belum pukul 8 pun tapi banyak yang cam dah nak abis. Kerang pun dah tinggal sikit :( Lala je berlonggok. Dah la dorang tak buat kerang bakar. Fevret aku tu. Last2 order buat kerang rebus je la.



Tau2 je ada gambar dah nak abis makan...huhu...Tak koser la nak amik gambar time orang tengah bersesak2. Time kitorang dah nak abis pun orang sebelah dah pandang2 tunggu nak dok kat meja kitorang.


Oh menu kitorang malam tu ikan bakar, tom yam campur, kangkung goreng belacan, sotong goreng kunyit, udang goreng tepung and kerang rebus. Meriah la sikit lauknya compared to makan berdua malam before tu. Order keropok lekor jugak. Air sampai tak cukup segelas order segelas lagi...hahaha....

Rasa sume makanan? Sume sangatttt la sedapppp. Cukup manis, cukup masin, cukup lemak...Memanggg semua cukup rasaaaa....huhu...Kenal tak statement tu? :P Seafood dia memang terasa la fresh. Total dalam RM 70 lebih gitu. Puas hati. Kalau sesape nak datang Kuantan ni memang kedai ni antara tempat makan yang wajib singgah jugak la ni.

Psssstt...perasan tak baju aku dah sama theme ngan pinggan2 atas meja tu...hahaha...


Habis makan tu kitorang tak balik terus sebab hujan lebat. Lepak2 dulu kat atas tunggu hujan reda. Kedai Ana Ikan Bakar ni ada 2 tingkat. Kat atas makan bersila. Memang sesuai la kalau datang 2 or 3 family sekali. Macam makan kat rumah sendiri kot. Meriah je aku tengok. Kedai ni pun ada lagi 2 or 3 buah lagi kat area situ2 jugak. Time lalu tu kedai2 yang lain tu pun penuh orang jugak.

Balik tu kitorang round2 bandar Kuantan. Ayah n mak aku memang master ok bab2 jalan kat Kuantan ni. Kitorang pernah stay 5 tahun kat Kuantan. Aku je yang tak ingat jalan sebab lepas dah 12 tahun baru reti nak datang Kuantan balik. Ayah n mak dah beberapa kali jugak la datang ngan adik beradik yang lain. Irfan tido je dalam kereta. Habis 2nd day. Next entry sambung our trip on 3rd day pulak ye ;)

Thursday, January 5, 2012

Holiday Villa @ Cherating

18/12/2011 - Sun

Salam Tahun Baru 2012! Hari ni 3rd working day for 2012 tapi baru reti nak update :P Entry khas untuk tahun baru pun tak ada. Meor pun siap tanya hari tu tak nak buat entry new year ke. Tangguh2 terus tak buat. Tengok kat blog memasing memang buat entry tahun baru...huhu...

Lepas 2 minggu cuti bergedik santai kat rumah lepas tu nak start keje balik memang terasa aura malas tu datang. Gitu la cuti lelama2. Rasa cam menganggur pun ada. So sekarang ni dah kembali ke alam realiti. Baru nak update kisah cuti2 Mesia kitorang hari tu. Pegi Cherating aje. Tu pun dah plan and book hotel dalam 3 minggu before tu.

Dalam kerete Irfan sangat tak boleh duduk diam. Dulu kalau kereta bergerak senang je dia tido sendiri. Sekarang dah susah. Letak dalam car seat pun kekadang dah tak jalan.


Kitorang stay kat Holiday Villa Beach Resort & Spa 3 hari 2 malam. Tapi time keluar rumah pun dah lepas Zohor. Campur benti2 lagi. Dekat 4 jam lebih jugak baru sampai. Time tu dah pukul 6 lebih. Sampai2 terus check in.


Tenang je rasa time sampai tu tengok pemandangan kat situ. Ngan baru lepas hujannya. Teringat2 pulak suasana tu.


Lebih kurang gini la resortnya. Tapi kitorang parking depan tu je. Bilik kitorang side dalam. Nak kena menapak jugak la ke sana. Siap kena panjat tangga. Yang tu je yang tak best :P


Bilik pun ok je. Luas la jugak. Setakat nak tido 2 malam 3 beranak memang ok sangat dah. 1 malam sewa kat situ RM 250. Kira bilik standard la ni. Tapi Meor book online dapat la RM 150 1 malam. Kalau walk in memang nak tak nak bayar RM 250 je la.


Cukup luas dah untuk Irfan meng'explore'. Letak je atas katil terus nak terjun. Cam biasa tempat yang paling nak pegi of coz la ke toilet. Last sekali stay kat hotel pun time Irfan 4 bulan kat PD. Time tu camne kitorang letak camtu la dia. Statik je. Setakat golek2 je. Sekarang memang dah tak dok diam. Memang sentiasa kena standby.


Agak2 tak larat nak ngekor Irfan amik je pegang. Tapi memang tak lama sebab lepas tu meronta2 nak turun. Habis sume ceruk dia nak explore.


Boleh dok atas katil beberapa minit je kot. Pastu dia cari jalan nak merayap turun...huhuhu..


Cubaan mama nak bergambar ngan Irfan. Nak tunggu dia pandang kamera pun bercinta. Mata meliliau excited tengok banyak tempat nak jelajah.


Lepas dah aim nak jelajah kat mana mula la start lompat2. Nak pegi situ! Nak pegi situ!


Still tak nak pandang kamera...


Last2 terus nak terjun bawah. Lupakan je la hasrat nak bergambar ngan anak bujang sorang ni...huhu...Biasanya memang camtu. Memang nak kena snap banyak2 kali kalau ngan Irfan.


Kat luar ada la balcony. Tapi tak berapa strategik. Nampak la swimming pool sipi2 sebab kitorang dapat bilik hujung.


Irfan suka la kalau bawak dia kua kat balcony. Tengah2 nangis pun terus diam.


Since kitorang sampai pun dah nak Maghrib, so lepak2 je la kat bilik tak pegi memana. Pas Maghrib baru keluar cari makan. Susah jugak nak pilih nak makan kedai mana sebab banyak sangat kedai makan. Pastu sume tak ramai orang lagi sebab kitorang keluar awal. Kalau tak tengok je kedai mana yang ramai kedai tu la yang sedap kan ;)

Irfan memang tak senang duduk time kat kedai makan sebab dah mengantuk. Time ni 2nd time letak dia kat baby chair. 1st time masa kat stop kat RNR on the way nak pegi tu. Lupa nak amik gambar. Disebabkan Irfan tido lepas tu makan pun kena la take turn. Gilir2 pangku dia. Tak ada stroller gitu la kekdahnya. Nak bawak stroller je pun dah penuh bonet.


Malam tu kitorang order nasi ngan lauk pauk je. Cam rugi datang tempat2 gini tapi tak makan seafood kan. Nak order pun tak boleh meriah2 sangat sebab nak makan pun berdua je. Order tom yam, kailan ikan masin, udang goreng tepung ngan ikan pari bakar.


Tom yam putih...Sedappp....Yang geramnya nasi dalam pinggan dah nak abis baru la ikan bakarnya sampai. Padahal kitorang dah sampai awal and still tak ramai orang time tu. Toleh2 orang lambat sampai pun dah sedap makan ikan bakar. Boleh pulak dia lupa kan. Hangin jugak la. Terpaksa tambah nasi lagi sepinggan...hahaha alasannn! Padahal memang tengah lapar giler.


Tu kisah 1st day kat Cherating. Sempat keluar makan je malam tu. Balik makan melepak kat bilik je. Next entry sambung 2nd day pulak. Tak sempat esok postpone next week je la nampaknya ;)