nuffnang

Friday, February 3, 2012

Lancome Tresor Perfume Vial + Nando's + Wang Solo

14/01/2012 - Sat

Susah sangat nak pikir tajuk kekadang tu. So aku letak plus2 gitu aje la ye ;) Harung update untuk 2 hari terus sebab makin lama makin basi dan basi lagi cerita2 ku...huhu. Sabtu tu bosan2 ajak Meor pegi ke Mid Valley. Kasi Irfan rasmi baju baru dia. Beli time raya last year lagi tapi simpan je sebab memang beli saiz besar. Tak tahan sebab kaler biru n sangat cute :P Kebetulan pulak time tu ada saiz 6-12mths je. Sekarang Irfan pakai memang ngam2 soi dah.


Sebelum keluar Irfan sempat tolong kemaskan bilik...hehehe....


Kekadang tu malas nak larang dia buat sepah. Biar dia buat sepah puas2 then nanti bila dia dah penat or tidur baru la kemas balik sume. Pastu dia buat balik...hahaha...Gitu la dok ulang buat mende yang sama hari2 T_T Tak kesah la kan asalkan dia bahagia ;)


Aku nak ke Mid Valley semata2 nak redeem sample perfume ni. Perfume baru Lancome. Tresor Midnight Rose. Suka betul bab2 freebies ni. Camne tah boleh jadi pencinta freebies. Kalau korang rajin jenguk2 la previous entries pasal freebies yang berjaya dikumpul before ni. Klik aje kat label freebies =) I luv freebies. Serius tak tipu ni :D


Ni antara perfume vials yang aku pernah redeem so far. Saje nak share ngan korang. Untuk kenangan jugak. Nanti tua2 boleh tengok balik. Ooo...Ni keje aku muda2 dulu...hahaha...Muda ke? Tetttt.....

Btw vials ni saiz nya cenonet je. Biasa dalam 1.5 ml. Kekadang tu lagi kurang. Kalau yang saiz kecik tapi botolnyer sebijik cam perfume tu baru miniature. Biasa sample dalam bentuk vial je la kan. Nama pun sample. Ciput je la dapat ;)


Dah redeem perfume tu terus balik. Cam tak best pulak nak round2 kat Mid tu. Nak makan kat Nando's pun full house pulak. Last2 kitorang ke Bangsar Shopping Center. Saje ajak Meor ke situ sebab aku tak pernah sampai lagi before ni. Dah berapa kali lalu depan tu tapi tak pernah singgah sebab Meor cakap tak ada pape sangat pun kat situ. Tapi nak la jugak mencemar duli kan ;)


Cam biasa menu kalau makan Nando's of coz la ayam walaupun before datang dah set nak try mende lain pulak. Rasa cam rugi pulak pegi Nando's tapi tapi tak makan ayam dia yang sedap itu ;) Sidelines pulak wajib mintak coleslaw ngan Peri Chips.


Meor mintak sidelines lain dari aku. So boleh la rasa mende lain2 kan. Sampai2 je Irfan kena kasi makan bubur dulu. Tu pun tak habis dan dia start buat koir kat dalam Nando's tu....huhu...Dah mengantuk sangat jadi gitu la. Last2 separuh jalan makan kitorang gilir2 bawak Irfan round2 kat luar Nando's tu T_T


Lepas dah habis makan round2 tengok ada apa lagi dalam tempat tu. Irfan suka la bila jalan2 tengok orang. Siap jerit2 excited lagi. Memang bosan pun dalam tu. Kecik aje. Tapi tak ada la sampai nyesal datang. Dok umah lagi bosan kot :P




Sila la abaikan Mama Irfan kat sebelah tu ye. Aku tepek banyak2 pun sebab ada gambar Irfan. Suka tengok gelagat dia yang macam2 tu. Time orang amik gambar la dia sibuk nak buat keje lain...hehe...



Cam dah lama rasanya tak letak gambar bertiga...huhu...


Before balik sempat singgah Toys R Us kat situ. Suka sangat pulak kekadang tu asik nak singgah Toys R Us je kan. Cuci mata je. Tak beli pape pun. Mata Irfan pun dah layu-layuan sesangat dah time ni.


Esoknya Ahad kitorang ke TTDI Jaya. Ada mission impossible sket. Then cam biasa singgah Tutti Frutti lagi.


Lepas tu terus ke Seksyen 7 cari Wang Solo. Sampai2 terus order Ayam Penyet. Tak pandang menu lain dah ;) Hasilnya lepas pinggan licin baru teringat nak amik gambar :P Sangat sedappp! I loike! Tapi Meor cakap tak boleh kalah kan ayam penyet kat Waroeng Penyet The Curve sebab situ ada kriuk2 n sambal dia lagi sedap. Pada aku dua2 pun sama sedap. Sedap ngan cara masing2 ;) Pape pun thanks to Mama Dnazz sebab recommend kan kedai ni =) Memang gerenti akan datang lagi ;) Terbaik!


Sebenarnya time makan tu bz layan Irfan. Suap makan pun gilir2. Belakang meja kitorang tu ada Maria Tunku Sabri tengah makan2 ngan kawan2 dia kot. Tak ada la aku nak amik gambar kan. Line tak clear. So buat2 cam tak ada pape terjadi pun padahal terkejut tengok dia. Sebab nampak lain...huhu...


Balik tu kitorang lepak2 kat Shah Alam umah in law sampai la ke malam. Itu la aktiviti weekend kitorang 2 minggu yang lepas. Nasib la kan update lambat pun :P Weekend ni cuti panjang. Kereta pun mesti beratur panjang kat atas jalan raya nanti kan. Happy holidays ye korang =)

Wednesday, February 1, 2012

It's Our 8th Anniversary!

Bulan Februari dimulakan dengan anniversary kitorang. Today is our 8th anniversary! 8 tahun menyulam cinta gitu...hiks! Walaupun dah kawen date ni tetap akan jadi date bersejarah kitorang. Wedding anniversary tu lagi la harus diingat kan.


Well, anniversary pun tak boleh nak celebrate pape lagi. Meor best la arini cuti sebab keje KL. Aku ni ha tengah terkial2 buat keje. Nak amik cuti pun cam susah sebab banyak keje still pending. Lagipun weekend ni kan cuti panjang lagi. So tak payah la amik cuti dah kot.

Nak keluar hari ni memang tak sempat. Keje biasa memang bawak ke malam. Sambung pulak ngan meeting. Pastu sambung lagi buat keje sebab team member orang Mexico. Nak kena ikut masa dia pulak. Tunggang terbalik dah rasa. Ehhh....ni entry anniversary ke entry ngadu nasib T_T

Maybe akan celebrate but lambat sket la kan. Tunggu weekend ke. Biasanya kitorang keluar makan2 je ;) Bulan ni jugak birthday aku n birthday Irfan. Paling saspens tunggu birthday Irfan la. 1st time ni. Terasa diri ini semakin tua....huhu...

p/s: Happy 8th Anniversary yang! I luv u =)

Tuesday, January 31, 2012

Random Updates on Our Weekends

07/01/2012 - Sat

Tengah mengutip gambar2 lama dalam handphone. Jumpa gambar ni. Kitorang ke Tesco cari barang2 dapur. Before tu singgah The Curve cari kedai kamera. Kamera buat hal pulak tak nak hidup kan. Pegi2 tak dapat apa. Orang kedai pun tak boleh nak tolong. On the way ke Tesco ternampak pulak ada sale cadar n adik beradiknya kat depan2 MJ. Rembat selai. Cam bosan dah dok ulang tayang cadar yang sama T_T


Time Irfan elok2 senyum mama dia boleh tido pulak...


Tengokkk...boleh main switch2 pulak kan...huhu...Seriously geram giler ngan handphone sekarang ni. Tak syok nak amik gambar pakai handphone tu. Mula la rasa geram nak tukar handphone baru ni. Emm...tapi handphone ni baru beli awal tahun lepas kot. Cam tak logik je nak tukar baru T_T


Esoknya kami ke Sunway Pyramid pulak. Macam tak puas hati kamera tak ok lagi. Bajet boleh la tanya orang kedai kat situ sebab dulu memang beli kedai tu pun. Dah lalu Toys R Us singgah la kejap round2. Lama sesangat dah tak beli toys untuk Irfan. Memang tak plan nak beli pun.


Mama ngan papa Irfan je yang over excited nak belek2 toys. Irfan tak heran pun. Layan perasaan je dia....huhu...


Apa lagi....Terus kitorang buli dia!


Spiderman in action!

Lepas dah tanya kat kedai Samsung kat situ rupa2nya dia cakap kamera tu dah abis bateri. Tu je. Masalahnya selama ni aku charge kat laptop je. Elok je dia charge. Sekarang ni charge satu hari suntuk pun tak hidup2. Charger dia yang betul2 pulak tak ingat dah letak mana. Nak beli baru dah 100 lebih. Mahal! Berkira ok. Sanggup! Sampai ke hari ni la kamera tu tak idup2.


Before balik singgah Wendy's dulu isi perut. Lama sungguh tak makan kat Wendy's. Last makan kat Wendy's time tengah preggy dulu kat Giant Kota Damansara.


Irfan makan biskut je. Eh ke makan bubur. Lupa dah. Tu yang muka bosan tu. Mama ngan papa sedap2 makan beger :P


Itu la aktiviti hujung minggu kitorang beberapa minggu lepas. Motif utama nak repair kamera yang rosak. End up kamera tu tak elok sampai ke hari ni. Dok harapkan kamera handphone je la. Cam sayang je nak keluarkan duit beli charger mahal. Baik beli kamera baru terus kan ;)

p/s: Hari ni dah hari terakhir bulan Januari. Esok dah masuk Februari....wooohoooo! I love Februari =)

Friday, January 27, 2012

Wedding Aini

21/01/2012 - Sat

Sabtu hari tu kami ke Raub attend kenduri kawen cousin aku, Aini. Actually cousin Meor pun buat kenduri di hari yang sama kat Damansara. Tak boleh la belah badan nak pegi dua2 kenduri kan. Lagipun before ni pun cousin kitorang clash buat kenduri di hari yang sama but kitorang pegi kenduri cousin Meor je. At that time aku tengah pregnant. Gitu la kekdahnya dah berkawen ni. Harusla gilir2 gitu ;)

Pukul 10.30 pagi baru kitorang gerak dari umah. Tu pun menyinggah isi minyak ngan tapau breakfast kat McD dulu. Tak sampai 5 minit gerak dah start jem teruk punya. Kat stesen minyak tak payah cakap la. Memang pack dengan kereta. Nak order McD pun berzaman tunggu. Setengah jam dok kat Petronas je. Belum lagi sampai Tol Gombak. Nak lepas tol tu pun ada setengah jam kot. Padahal sekangkang kera je Petronas ngan Tol Gombak tu...


Irfan awal2 tu boleh la lagi dok dalam car seat. Last2 dah jem teruk cam hape ngamuk2 jugak la budak kecik tu. End up tido atas riba je. Sanggup aku tahan kebas kaki sepanjang jalan sebab tak nak dia terjaga balik kalau alihkan dia ke car seat tu...huhu...

Kesimpulannya jem memang teramat2 la teruk hari tu. Memang expect akan jem tapi tak bajet la seteruk tu. Jem sampai la ke Bentong. Dah exit Bentong pun sambung jem lagi. Bertolak 10.30 sampai pukul 3. Perjalanan yang just amik dalam 2 jam jadi sampai 4 jam lebih T_T


Sesampai kat Raub dewan dah lengang. Kebetulan pulak kenduri cousin tu buat semua datang serentak. Macam dah tetapkan masa. So kami yang lambat ni datang terus makan je la apa yang ada.



Time kitorang tengah makan pengantin tengah sibuk2 amik gambar lagi. Dah nak balik dah pun. Dorang singgah meja kitorang pun kitorang tengah makan. Borak2 je la. So memang tak ada gambar ngan pengantin.


Amik dari jauh je pun ada pulak tangan entah dari mana cover muka pengantin. But cousin aku tu memang gojes la aritu. Memang dah sedia cantek. Camne la orang kaya tak tersangkut kan ;)


Selain dari kami bertiga, mak, ayah, Abang Long n anak2, adik n akak aku n family join jugak. Tu je yang dapat join. Yang lain ada yang balik kampung, pegi family day, malas nak bersesak ngan jem lagi.





Bosan2 kitorang yang naik amik gambar kat pelamin. Cantek je pelamin. Nampak eksklusif gitu. Nak amik gambar ngan pengantin dorang pun cam siap2 nak balik je. So bia kitorang je la yang posing.


Aku berkenan kat pintu gerbang ni. Akak aku soh buat time besday Irfan nanti...hahaha...Melampau la tu kan :P


Balik tu kami singgah dulu rumah pak cik aku. Kira rumah family pengantin la kan. Ada sedara mara lain yang lepak2 situ lagi. Belakang dewan je pun rumahnya. 1st time aku pegi sejak dorang pindah situ.


Irfan la orang paling sibuk bila dah sampai situ. Dok merayap sana sini. Ada je mende yang nak dibuat.


Opssss....terrrseksi ;)


Tengah2 leka dok dengar orang borak2 Irfan sempat ramas2 kek dalam pinggan....huhu...Sume cepat je. Memang tak boleh lepa sesaat. Memang kena tengok je dia sepanjang masa. Kalau kat umah pun lagi la kena alert. Kejap2 kang ada je mende dia kutip masuk dalam mulut.




Balik memang heaven. Tak jem lansung. Keluar 5.30 dekat pukul 8 dah sampai. Tu pun ada stop kat masjid tukar2 baju sembahyang dulu. Melampau betul la jem. Tapi sebab kenduri sedara tetap diredah jugak. Semalam kenduri belah pengantin lelaki pulak tapi aku tak dapat pegi sebab buat malam. Weekdays pulak tu. Aku kan ada meeting tiap2 malam T_T Weekend ni ada kenduri lagi. Cousin Meor pulak. Happy weekends korang!

Tuesday, January 24, 2012

Happy 11th Months Old Baby Irfan!

Alhamdulillah....Kelmarin Irfan dah genap 11 bulan. Happy 11th months old Baby Irfan! Lambat sket nak update. Biasa la time cuti2 ni memang lemau nak ngadap laptop. Ni pun update pepagi buta time Irfan tengah sedap tido. Tetiba saje ngada nak panggil baby Irfan...hehe...Nanti dah setahun dah besar. Sebulan lagi awak nak masuk setahun dah nak oi! Macam tak pecaya. Tak tau la nak buat besday party ke tak. Bukan dia tau apa lagi kot. Hurmm...Nanti akan dipikirkan.


Makin besar memang makin terhibur tengok gelagat budak kecik ni. Macam2. Kadang2 geram, kekadang penat, kekadang tak larat nak gelakkan, kekadang boleh tersenyum sorang2 tengok dia. Memang terasa la nikmat jadi seorang ibu tu =)

Apa yang pasti Irfan dah nampak susut sekarang walaupun makan nasi n minum susu banyak. Mana taknya. Memang 5 saat pun tak boleh dok diam kot kecuali kalau dah mamai sangat. Susut2 pun lenguh jugak la nak kendong lelama T_T


Before aku lupa, nak catit sikit la progress Irfan so far:

  • Merangkak - Dah boleh merangkak laju tak hengat. Kejap2 hilang. Siap sampai sakit lutut sebelah sebab dok merangkak merata. Lepas tu pandai pulak dia adjust merangkak pakai sebelah kaki...hahaha...
  • Berdiri - Dah sakan nak berdiri sekarang. Nampak je mende2 yang boleh berpaut terus nak berdiri. Lepas tu nak duduk balik tak reti nak bajet. Kadang dok elok. Kadang tersenget terlentang pun ada...huhu...
  • Suka naik tangga - Memang tempat fevret dah tangga kat rumah tu. Dulu takat 2 or 3 ketul anak tangga je dah puas hati. Sekarang memang sampai ke atas merangkak naik tangga. Lepa sikit je hilang dah sampai ke tangga T_T Naik je la terer, nak turun tak pandai lagi. Skill gostan tak mari lagi. Tau nak terjun ikut suka je sekarang n_n

  • Duduk - Sekarang 1 pesen yang kelakar bila baru bangun tido terus nak duduk. Siap terhuyung hayang nak jugak duduk terus. Mata tak bukak lagi dah nak duduk
  • Terjun buaian - Ni lagi satu skill yang bikin hati ini saspen je tau. Kalau tengah dalam buaian tu dia boleh meleding2 nak turun. Sedar2 dah ada kat bawah buaian. Nasib baik la kitorang dah standby segala comforter ngan bantal2 bawah tu. Kalau tak pakai buaian memang susah la nak tidokan dia. Dia memang jenis yang suka tahan mengantuk.

  • Mengemas - Makin terer mengemas budak kecik ni. Dulu kecil-kecilan je. Ni memang kemas secara besar-besaran. Barang yang dok simpan elok2 dalam almari semua berjaya diselongkar. Lepas dah berjaya habis kemas2 tu pandai je nak sengih2 :P
  • Makan nasi - Kekadang tu eksyen tak nak makan bubur. Sekali bila nak suapkan cousins dia nasi lauk ikan goreng ngan kuah lemak laju je dia menumpang. Siap duduk kat tepi pinggan tak pegi memana. End up dia yang makan banyak sebab cousins dia lagi sibuk main2.
  • Suka berus gigi - Hulur berus gigi kat dia terus diam. Tapi of coz la masuk mulut ikut sempat je kan. Dia ingat berus gigi tu cam mainan dia je
  • Riuh - Mulut Irfan kemain riuh sekarang. Ada je bunyi. Kalau nampak orang rajin je nak tegur2. Bukan setakat mama ngan papa je keluar. Ayah, mak, baba, abah, amma sume kua dah...hahaha...
  • Main cak-cak - Biasa kitorang yang main cak2 ngan dia. Sekarang lepas mandi dah pandai tutup muka ngan tuala lepas tu bukak balik. Dia yang cak2 kitorang sekarang ni ;)
  • Peminat bola - Kecik2 dah minat bola. Dia boleh dok statik je kalau tengok cousins dia main bola. Kalau tengok bola kat TV pun khusyuk je. Kalau dapat bola suka la dia main pass2. Kalau dirikan dia pulak kaki tu laju je nak tendang2 bola tu =)
Tu je yang dapat dipikirkan sekarang. Hari Isnin dok umah je sepanjang hari. Giler kental...huhu...Bosan pun bosan. Cam tak logik je cuti dok umah tak keluar lansung kan. Dah nak ujung bulan Januari dah ni. Tak lama dah nak Februari. My fav month ;) Rasa cam nak buat GA pulak. Ada orang nak join tak agak2?

p/s: To my dear Irfan Naufal, mama n papa love u so muchhh!