nuffnang

Friday, July 13, 2012

The Amazing Weekends

7/7/2012 - Sat

Nyempat jugak kitorang tengok The Amazing Spiderman last week. Redah je la tiket mahal pon. Kalau tak pegi pagi2 dapat la harga early bird. Tu pun nak kena tunggu a few weeks dulu. Serba salah jugak nak tinggalkan Irfan kat Mak Tok dia. Maklum la. Irfan bukannya nak dok diam. Memang agak penat nak menjaganya. Even daily maid yang datang rumah tu pun memilih kadang2 tu. Dia sanggup jaga cousin Irfan yang tua beberapa bulan tu, Ammar dari jaga Irfan. Ammar tu tak ligat sangat macam Irfan. Irfan memang macam2 kerja dia T_T


The Amazing Spiderman memang amazinggg lah! Best la dari Spiderman yang sebelum2 ni. Sebelum ni memang amik dari komik tapi ada modify2 sket. Kali ni memang sebijik macam yang dalam komik. Spiderman dulu macam ada yang tak logik macam kat tangan dia tu boleh keluar web kan. Kali ni Peter tu reka sendiri alat yang boleh keluarkan web tu. Gitu la lebih kurang. Karakter Peter kali ni pun memang best. Tak macam yang dulu Peter nerd je n bila jadi Spiderman badan tukar jadi tough. Dalam komik tak gitu. Based on Meor la kan...hehe...Aku ni mana la minat nak baca2 komik ni. Kitorang siap tunggu sampai habis credit nak tengok yang hujung2 tu. Biasa la Marvel movie kan slalu camtu. Kasi hint2 for next movie ;)


Keluar wayang terus pecut balik. Nak pegi mana pun tak tenteram dah dok ingat Irfan tinggal kat rumah. Dah biasa melekat bertiga :P Dah balik amik Irfan baru la keluar balik. Isi perut dulu kat Mali's Corner. Mula2 ingat nak jalan2 either pegi Taman Burung ke Zoo Negara or Pusat Sains. Tapi since dah petang sangat terus cancel plan. Singgah Taman Layang2 Kepong je la. Sejak Irfan dah boleh jalan ni tak penah lagi bawak dia pegi taman.


Serabai je anak bujangku ini. Dah tak dok diam dalam kereta gini la hasilnya.


Ok dah hensem dah. Tapi jual mahal kemain. Lagi kita panggil soh pandang kamera dia toleh kiri...


Toleh kanan pulak...Habis amik gambar elok pulak dia pandang depan sengih2...Haihhhh...Gigit kang nakkk???


Naik jongkang jongket je lama. Lepas tu main slide kejap lari sana lari sini dah start hujan. Tak sampai setengah jam pun kat taman tu.



Sebab balik tu pun cam awal lagi kitorang jalan2 pegi Sg. Buloh. Ada rumah baru siap kat situ. Cuci mata je la sebab memang dorang biarkan semua pintu2 rumah kat situ terbukak.


Berkenan betul aku tengok rumah ni. Memang rumah impian lah kesimpulannya. Tapi sayang nya dah fully sold out. Tak ada maknanya rumah dah siap camni ada lagi yang tak ada orang beli. Orang awal2 dah book. Kitorang pun baru tau. Tapi kalau tau awal2 pun cam banyak duit je kan nak beli rumah T_T Berangan la dulu kan...Belinya tak tau bila lagi.


Esok weekend lagi. Yayyy! Plan nak makan angin lagi. Tak puas rasanya nengok pantai. Irfan pun cam seronok je main pasir. Coti2 jom! =)

Wednesday, July 11, 2012

Shopping Raya!

28/06/2012 - Thurs

Akhirnya hari ni berjaya menunjukkan muka kat ofis. Asik plan nak pegi tapi tak jadi. Tak ingat dah berapa lama tak masuk ofis. 2 bulan kot. Tak pun 3 bulan. Semalam kemas2 barang macam 1st day nak masuk kerja. Siap ketuk2 bag laptop yang dah berabuk...hahaha...Last2 boleh pulak tertinggal access card T_T Ni pun pegi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Apa kena mengena pulak kan? Bulan puasa nanti lagi la liat kot nak ke ofis. Lepas raya je la baru datang balik :))

Korang dah start shopping raya? Ke dah lama dah complete? Kitorang baru nak start enjin...hehe...Kebetulan dah ada sale. Hari tu 1st time beli jeans Irfan kat Pumpkin Patch. Tu pun sebab dapat less 60%. Ada jugak shirts n slack yang cantik2. Tapi kena control. Before ni pun Irfan pakai baju biasa2 aje. Tak ada la branded2 sangat. Setakat Anakku, Disney, Fiffy, Baby Kiko n bla bla bla yang standard baju babies tu je. Rasa cam tak berbaloi nak beli baju memahal tapi pakai kejap sangat. Sekarang Irfan pun cam dah besar sikit boleh la kot slow2 ;)


05/07/2012 -Thurs

Ni shopping hari lain pulak. Last week ada JCard Members Sale kat OU. Meor balik kerja terus kitorang bertiga ke OU. Tak ada la banyak mana memborong. Target nak cari seluar Irfan selai. Tapi sebab dah jumpa yang cantik amik lagi sehelai :P So cukup2 la tu kan seluar raya sampai 3 helai.

Shirts dah shopping siap2 time Hush Puppies sale dulu. Baju beli last year pun ada lagi yang tak pakai2 lagi sebab beli saiz besar. Tinggal nak cari baju Melayu Irfan je lagi tak tau nak cari mana yang ready made. Kasut pakai yang lama sudah. Kang nak masuk raya rumah orang pun kena tanggal jugak kan...hahaha...


Beli 2 helai baju Papa Irfan jugak. Tu pun aku yang berkenan sesangat 2 color ni. Tak pernah tengok Meor pakai. Again...aku yang hover! Sudahnya Mama Irfan tak dapat apa2. Kasut raya tahun lepas ada sepasang tak pakai2 lagi. Yang dah pakai tu memang berbaloi2 beli. Pegi mana pun tak kira la pasar ke pantai ke shopping ke kenduri ke kasut yang sama tu jugak la yang aku sarung. Sampai dah lunyai T_T


Mama Irfan dapat yang ini! Before pegi JJ sempat singgah kat outlet Yves Rocher dulu beli cleanser ni. Dorang buat Cleanser Exchange Programme. Aku kasi je cleanser Olay aku yang kosong tu then dapat beli cleanser ni RM 29. Kalau idak RM 55. Ok la tu kot. Lagipun aku memang suka try mende2 baru ni =)


Korang yang rajin nak try2 skincare cam aku boleh la singgah ye. Boleh tukar dengan toner, cleanser or cleansing cream untuk remove makeup. Aku pilih yang tengah2 tu sebab dia sekali cleanser+scrub. Pakai sekali je senang. Tak silap Nivea pun ada jenis camni. Bau cleanser Yves Rocher ni pun best. Tak sabar nak try. Tapi kena la habiskan cleanser Clarins dulu sebelum expired T_T


Sekarang tinggal nak cari baju Melayu untuk 2 beranak tu je. Baju raya aku dah on the way sepasang. Hopefully sempat la siap before raya. Kalau tak beli aje la yang ready made. Raya lepas2 tu pakai je la baju lama2. Tu pun kalau tangan ni tak gatal nak sambar baju2 cantik yang aku nampak dekat2 nak raya nanti :))

Tuesday, July 10, 2012

Haul from L'oreal Sale

29/06/2012 - Fri

Hari tu berjaya jugak pegi ke L'oreal sale kat Uptown Damansara. Tapi kali ni bernasib malang sikit. Elok2 sampai pintu masuk nak queue boleh pulak bateri BB kong. Tak dapat nak contact sesape. Queue memang tersangat la panjangnya. Ada la 8 lengkok kot sementara nak sampai biliknya. Dekat sejam lebih beratur. Memang sangat menguji kesabaran.

Dah masuk tu cari barang laju2 then queue untuk bayar pulak. Kat situ pun dah dekat setengah jam lagi. Sekali dah sampai turn nak bayar boleh pulak kad debit tu jadi invalid. Haihhhh...memang bikin hati panas saje. Dah la bawak cash 100 lebih je. Sudahnya kena tapis barang2. Dapat la 2 ketul mende ni. Lancome Clarifying Cleanser Pearly Foam ngan Whitening Night Cream. Lagi 5 barang kena letak tepi. Sedihhhh...Susah payah datang awal beratur lama2 berebut ngan orang ramai last2 dapat 2 barang je. Sangat la tak berbaloi ok.


Dah keluar dari building tu merayau cari public phone. Nak mintak tolong sesape amikkan. Berapa blok dah pegi jelajah tak jumpa jugak public phone. Last2 jumpa satu tapi rosak pulak. Hampeh. Sampai lembik lutut kot berjalan. Kenapa la time tu la bateri nak kong. Tak pasal2 pegi kedai telefon terus beli charger BB n mintak tumpang charge kejap kat situ. Dapat la contact Meor suruh amikkan.

Kebetulan dah dekat time solat Jumaat. Rasa cam tak puas hati sebab dapat 2 mende je. Terus pegi ATM jap amik duit. Alang2 Meor nak pegi solat Jumaat mintak je dia drop kan kejap kat tempat sale tu. Kali ni memang melenggang kangkung je masuk. Orang dah tak ramai. Tak payah nak queue pun.

Tapi yang tak bestnya bila dah lambat2 barang2 best pun banyak yang dah kena sapu. 3 mende yang aku amik mula2 tu dah tak ada :( Set perfume Armani Code, set skincare Biotherm for men ngan Lancome Cleansing Foam dah tak adaaaaa! Last2 amik je la apa yang tinggal. Top up beli serum, face scrub ngan toner Lancome yang memang aku dah amik mula2 tu.


Sebab geram set perfume Armani Code dah habis amik je la set Ralph Lauren ni. Dah 3 kali nak beli Armani Code tapi tak dapat. 1st time dulu nak beli tapi bau2 cam GA Diamonds lagi best. 2nd time harganya macam mahal. Yang baru ni tengok 1 set RM 120. Murah dah tu. Elok2 pulak time tu memang tinggal last 2 sets je. Tapi kali ni debit kad boleh pulak mengada nak buat hal T_T


Ralph Lauren The Big Pony Collection for men. Perfume 75ml n deodorant. At first beli sebab nak bagi present kat orang. Tapi macam tak jadi pulak. So rasa nak let go la perfume set ni. Ada sesape nak tak? RM 130. Kalau harga kat luar RM 225 ni. Perfume tu bau ala2 masculine gitu. Best la. Bau macho. Kalau sesape interested do drop ur comment here ok. Boleh COD area Damansara/Shah Alam/Gombak =)


Banyak lagi mende best time kat sale tu. Skincare Biotherm macam2 range ada. Perfume Giorgio Armani ada macam Armani Code, Diamonds, Exchange. Perfume Diesel n YSL pun ado. Emm lagi Hypnose men. For women ada Lancome Magnifique ngan Cacharel Amor2. Tapi aku control aje tak beli apa2 perfume untuk diri sendiri.

Mekap Lancome pun ada. Eye shadow palette, lipstick, lip gloss. Shu Uemura lagi la tak tahan. Segala tok nenek lipstick, lip gloss, eye shadow, cleansing oil, brushes set, toner n macam2 lagi la. Naik pitam nak tengok satu2. Akhirnya berjaya tak beli apa2 either perfumes or cosmetics products =)

Friday, July 6, 2012

Gold Coast Morib Resort...Again?

01/07/2012 - Sun

Yeahhh...Kitorang repeat lagi holiday trip ke Gold Coast Morib ni. Hari tu kan tak puas hati sebab tak ke pantai belakang resort tu. So apply siap2 cuti hari Isnin tu. Al kisahnya hari tu kitorang bertolak dari rumah pun dah pukul 3 petang. Orang pukul 3 dah check in kitorang baru nak keluar kan. Bagus betul T_T

Lepas tu ikut pulak jalan jauh dari yang lalu dulu. Sampai2 orang tersangat la ramai ok. Memang unexpected sebab ingat datang Ahad orang pun dah tak ramai. Bajet weekend je ramai. Sebab hari tu kitorang datang Khamis memang lengang je. Ramainya sampai tahap nak check in pun kena queue panjang giler. Adala dekat setengah jam kot. Tapi aku ngan Irfan tunggu dalam kereta la sebab parking area depan hotel memang dah full.

Tengok2 yang tengah queue tu pun memasing dok pegang voucher. Salah timing la pulak kan datang. Voucher yang 1st tu valid from 1st July sampai August. Weekends memang tak valid. Lepas2 tu ada lagi voucher camtu. Tu yang jadi ramai orang bila memasing nak pakai voucher awal2 T_T


So dekat pukul 6 baru dapat naik bilik. Yang lagi bestnya bilik tak kemas lagi. 1st time aku check in hotel tengok bilik tak kemas lagi. Memang semua yang check in petang tu semua dapat bilik yang tak kemas lagi. Agaknya hari sebelum tu pun memang dah ramai orang. Tak sempat la nak kemas semua bilik.

Naik letak barang je then tukar2 baju terus turun bawah sebab cleaner datang nak kemas bilik. Kat theme park penuh manusia sebab memasing dok tunggu bilik kena kemas. So baik la pegi mandi manda dulu dari melangut tunggu kat bilik je.

Kitorang straight ke pantai. Hari tu boleh tak tau pantai kat belakang tu je. Sampai2 pegi tempat sewa motor ATV ni. 1st time tau nama dia gitu. Tu ha beratur motornya. Pilih je nak kecik or besar. Kecik RM 30 besar RM 50. Kitorang amik yang besar. Memula tu aku ingat RM 5 je...hahaha...Mahal la pulak. Sekali sekala tak apa la kan. Nasib Meor pun bawak ngam2 RM 50.


Budak kecik ni memang dah sampai situ tetiba jadi bz kemain. Nak pandang kamera? Memang jangan harap la. Ni 1st time lepaskan dia kat pantai. Siap tanggalkan kasut. Dibalingnya pasir merata2. Kesian pulak. Dah setahun lebih baru nak jumpa pasir kan...huhu...Dulu time bercuti area pantai panas sangat. Ni memang elok2 je cuaca.


Itu dia 3 beranak naik ATV. Susah bebenor nak ngamik gambar. Last2 nampak muka je la. Kat mana2 pun boleh amik kan gambar gini kan.


Sudahnya suruh Meor stop kejap semata2 nak amik gambar. Irfan muka serius je. Statik tak gerak2. Excited dalam hati lagi la tu kan...hehe...Lepas tu sambung round balik. Limit masa boleh naik 20 minit. Memula aku pikir alahaiiii kejapnya. Cam tak berbaloi lansung bayar RM 50. Sekali tak sampai 10 minit kot aku dah start pening kepala. Tak tahan bau minyak tanah. Iyela aku dok betul2 atas ekzos. Memang bau tu terus naik kat kepala.


Last2 surrender sebab makin pening. So Meor dropkan aku ngan Irfan kat tepi. Bawak seround dua then Irfan dah berlari2 dok kejar papa dia nak ikut sekali. Ha pegi la korang sesama boyz. Aku rela terpacak kat tepi tu je ngamik gambar sambil menikmati keindahan alam =)


Memang sangat tenang rasanya dapat ke pantai walaupun pantai kat situ tak la secantik mana sebab agak kotor kat tepi2 tu. Tapi tak kesah la. Janji dapat jumpa pantai. Jiwa yang kacau bilau pun boleh rasa aman damai bila dapat pegi pantai. Ni kalau dok lelama sikit lepas tu sorang2 pulak tu memang boleh meleleh air mata layan perasaan T_T


Before balik amik2 la gambar dulu. On the way nak naik tengok orang dah beratur nak makan dinner pulak. Siap ada khemah extra kat luar building sebab dalam dah sesak sangat. Padahal dinner start pukul 7. Time tu baru 7.10. Sume orang turun dinner sharp la pulak kan.


Kitorang kena la naik sebab baju penuh pasir pantai lagi. Naik2 tengok bilik dah siap kemas. Nice. Lepas siap2 terus turun. Memang sangat sesak tempat makan. Tempat duduk pun penuh. Nasib baik la jumpa meja kosong.

1st time pegi hotel tengok orang meriah camtu. Lama jugak la tunggu Meor amikkan makanan. Tu pun ada makanan yang dah habis. Aku memang tak boleh nak pegi mana. Anak bujang sape nak jaga? Amik gambar pun tak sempat. Dah nak siap makan nak pegi beratur amik aiskrim pun sket punya lama. Panjang bebenor queue nya. Naik lenguh jugak la kaki beratur kalau sorang amik sampai 4 or 5 mangkuk aiskrim T_T


Dah makan baru la naik bilik siap2 mandi sume. Irfan sambung buat keje dia check sana sini.



Irfan berendam dalam jacuzzi ngan papa dia. Mama nengok aje la. Mula2 suruh Papa Irfan tolong cover kan mana yang terseksi tu. Malas heh nak edit2 gambar ni. Semua gambar aku letak gitu je. Sikit pun tak pernah edit. So cover je la ngan tangan.


Lepas tu cover ngan buih sabun...hahaha...Senang. Irfan peduli hape. Dia tengah bz tu. Seronok kemain. Malam tu pun senang je dia tido sebab dah penat sangat.

Esoknya pepagi turun breakfast pun ramai jugak orang. Nak tunggu telur goreng masak pun kena beratur sket punya lama. Makan tak lama mana pun. Lebih setengah jam dok kat meja makan aje T_T Time breakfast boleh lupa pulak bawak turun handphone. So tak ada gambar lagi T_T


Around pukul 10 baru la nak turun theme park. Memang dah meriah dah ngan orang. Seronok pulak tengok. Sebab last time datang cam sunyi sepi je. Kali ni memang Irfan berendam lagi lama dari hari tu. Maybe dia seronok tengok ramai budak2 baya dia. Leka tengok orang. Siap sempat main slide lagi ngan papa dia. Tengok dia seronok gitu rasa nak bawak lagi je pasni pegi swimming pool mana2. Kitorang nak stay lama pun tak boleh sebab takut terlepas time check out pulak. Ohh...kat theme park harusla tak ada gambar lansung sebab tiga2 berendam. Memang lenggang kangkung je la turun :P

Kemas2 barang then ready for check out. Tak amik gambar pun time bilik tengah lawa. Lagipun hari tu pegi dah bergambar sakan. Dulu masa datang nak check in orang tu siap tanya nak bilik ngadap theme park or pantai. Sekarang tak payah tanya2 dah. Terus dapat bilik ngadap hutan rimba...huhu...Terus tak ada mood nak lepak2 kat balkoni...


Tak sempat pun nak berendam dalam jacuzzi best ni. Malam tu dah penat2 layan Irfan tu lapar pulak. Tak boleh aku makan awal2 sangat ni. Malamnya mula la lapar. Siap makan megi lagi tapi lapar jugak. Last2 letak kepala atas bantal terus terlelap. Memang babai la jacuzzi T_T


Ehhh panjangnya la entry hari ni. Tetiba mood tu datang. Kalau tidak malas memanjang. Tambah2 bila tak orang pun nak drop komen. Rasa cam mengarut sorang2...huhu...Esok dah weekend. Kalau dapat tengok movie The Amazing Spiderman best jugak ni. Version kali ni Spiderman nya lain dari dulu. Berangan je la dulu kan ;)

Thursday, July 5, 2012

Wedding Iena

30/06/2012 - Sat

Sabtu baru ni kitorang pegi wedding member UiTM dulu, Iena kat Sepang. Nasib baik sempat sampai sebab keluar pun dah agak lambat. Tapi pengantin dah siap makan pun. Cantek betul baju pengantin. Suka theme color dorang. Memang gojes lah.


Sebab gojes kasi close up sket ;) Selamat Pengantin Baru Iena & Hubby =)


Irfan memang sangat behave time kat kenduri tu. Boleh dok setempat. Maybe sebab baru bangun tido n still mamai lagi ;)


Before balik cam biasa harus la amik gambar. Last2 tak jumpa sesape pun member lama except Aneem n family. Tak tau la kot dorang datang time lain or memang tak datang lansung. Kitorang pun tak lama. Lepas makan then borak2 jap terus balik.


Balik tu singgah Sunway Pyramid. Nak makan kat Chicken Hartz. Actually memang tak plan. Gilo apo. Dah la makan kat situ buffet. Kitorang pulak baru balik kenduri. Celah mana pulak nak letak makanan2 tu? Masalahnya beberapa bulan lepas aku ada beli voucher Chicken Hartz ni. Menarik sebab murah dari biasa. Tapi boleh pulak aku pegi peram lama2. Sedar2 expired 30 Jun which is hari tu la. Aku bajet bulan Julai. Nasib terperasan malam before tu dah nak expired T_T


So kenyang2 pun redah jugak la dari expired camtu je kan. Aku pernah datang sini sekali je. Time bujang2 dulu. Memang banyak giler la makan. Berapa kali tukar pinggan. Awal2 tak pakai voucher tu sebab antara syarat2 dia boleh pegi time weekdays n public holidays je. So memang susah la nak cari masa. Sekali hari tu pegi weekends elok je. Cesss...Rugi tak pegi awal2 tau. Kalau tak boleh standby kasi lapar giler baru datang T_T


Mula2 makan salad2 dulu. Tips nak makan buffet gitu. Aku pun tak pernah tau. Ikutkan aje. So nanti tak ada la baru makan sikit dah rasa kenyang sesangat.


Lepas tu baru la makan mende2 lain. Nama pun dah Chicken Hartz memang mostly makanan mesti ada chicken la. Fried chicken memang wajib ada. Spagetti, mashed potato. Ada lagi la nasi putih ngan lauk2 lain tapi kitorang memang tak boleh telan dah.


Memang makan tak banyak mana pun kot. Satu sebab kenyang. Satu lagi sebab si kecik ni tak nak dok diam. Sibuk nak keluar dari kerusi dia...huhu...Suka gambar ni tapi blur la pulak. Time ni aku suruh Irfan tunjuk gigi :P Sket2 kitorang makan pun 2 meja sebelah yang datang lambat dari kitorang pun dah balik dulu...huhu...


Ayam goreng lagi dengan chicken soup kot. Balas dendam makan ayam goreng sebab ayam KFC dah tak ada hot n spicy sekarang ni. Tak suka tau kalau dorang tukar perisa yang pelik2 tu. Lepas tu ada la tambah mende lain dalam 3 or 4 pinggan lagi kot. Tapi tak koser dah nak amik2 gambar...huhu...


Memang burok bebenor amik gambar pakai BB nih. Gambar blur dan macam pecah2. Tak tau la setting tak betul ke memang kameranya hampeh. Rasanya tak banyak sangat makanan kali ni. Dulu datang memang lagi meriah pilihan makanan dia.


Habis makan jalan2 kejap je then terus balik. Memang dah berazam tak nak shopping lagi buat sementara waktu...huhu... Hari sebelumnya kan dah pegi terjah L'oreal sale. Kopak jugak la. Tapi puas hati. Nanti2 kalau ada masa boleh la update.


Wednesday, July 4, 2012

Freebies from Drypers & Female Mag

23/06/2012 - Sat

Entry basi lagi. Mood nak update blog makin ke laut nampaknya. Baca blog orang lagi best kot :P Last few weeks round2 The Curve. Singgah Kwik Cut kat Ikano semata2 nak pegi potong rambut 2 hero tu ha. 1st time bawak Irfan gunting rambut kat kedai. Bawak ke sini sebab ada kereta kecik kat situ. So potensi dia nak ngamuk agak kurang la kot sebab ada attraction lain...huhu...

Kebetulan time sampai kedai tu memang dia baru bangun. So mamai2 lagi. Memang tak berbunyi sikit pun. Just pelik sikit la tetiba ada orang dok godek2 rambut dia. Jerit pun kejap je bila nak angkat turun. So lepas ni boleh la kot pegi kedai biasa2 or kedai mamak aje gunting rambut dia. Mahal kot potong kat situ. Trim2 sikit dah RM 10 T_T


2 handsome heroes yang dah berambut pendek =) Rambut Irfan tu punya la macam malu2 kucing je nak tumbuh. Tapi potong jugak sebab dah masuk telinga. Belakang pun dah panjang sikit tapi nipis. Then cari tempat makan. Kitorang makan kat Chicken Rice Shop. Tu pun lepas wusha Waroeng Penyet 2 kali tapi asik la full house.


Next ke OU. Tak ingat kenapa pegi situ. Tapi ada mission la. Kebetulan ada pulak Drypers event kat situ. Tak beli pape pun. Just join games kat situ yang memang FOC. Lepas join siap dapat samples lagi. I loike ;)


Game yang baby boleh main sentuh2 skrin tu. Agaknya la. Irfan pegi main ngan papa dia.


Main tembak2 fruits pakai pistol air. Comel je game dia. Tapi Irfan still blur2 :D


Mama Irfan pun amik gambar blur2 :P


Round2 OU kejap then balikkk. Nak jugak amik gambar dulu before balik. Irfan cam biasa buat muka ketat dia tu.


Kitorang pun nak jugak even gambar blur aje. Kamera BB ni tak ada la bagus sangat. Sama je cam kamera handphone SE Hazel dulu. Just BB ni boleh terus capture. Yang SE dulu slow sket nak capture tu. Nak kena fokus dulu bagai.



Freebies from diapers. Dapat drypers biasa ngan drypers dry pantz. Dapat lepas join 3 games kat situ. So far tak pernah lagi pakaikan Irfan jenis pantz ni. Bertabah je pakai yang biasa even kadang2 belum pape dia dah nak bangun berpusing nak lari. Boleh survive lagi la kot. Lagi dapat vouchers, fridge magnet n form untuk redeem points once registered as a member. Free je pun. Points tu kumpul2 boleh la redeem apa2 gifts. Lagi banyak points lagi menarik la hadiahnya.


Before balik nyempat jugak beli Female Mag. Dah lama tak beli. Tu pun sebab ternampak boleh redeem L'occitane. Rupa2nya lotion untuk shaping body daa. Dah balik baru perasan. Padahal dah tulis sket punya besar. Mata nampak 1st 500 readers terus laju je nak beli T_T


Ni freebies lain yang ada dalam magazine tu. Terpusing pulak gambarnya. Korang telengkan la sket kepala ye kalau nak tengok :P Decleor skincare, perfume vial Jimmy Choo ngan Horlicks cereal. Ok la sebab dapat perfume tu. At least tak payah tayang muka pegi redeem kat kaunter.


Kelmarin baru je balik dari Morib Gold Coast Resort. Tak amik banyak gambar pun. So cam malas2 je nak update kan. Sudah2 la tu kan asik ke Morib aje. Tahun depan pulak :P