nuffnang

Wednesday, October 10, 2012

USS #3: Far Far Away

13/08/2012 - Thurs

Dah sampai rumah Shrek. Time ni dah start panas terik. Kalau dah naik ride apa2 especially roller coaster memang confirm boleh pening kat situ jugak.


Depan toilet Shrek pun nak amik gambar kan...hehehe...


Nak masuk Far Far Away kingdom...





Kena marah ngan Papa Irfan sebab buat peace macam nak cucuk mata Irfan...hahaha....Dah balik tengok gambar baru perasan :P


Kat dalam castle tu ada show Shrek 4-D Adventure.


Dah puas bergambar kat luar kitorang terus masuk dalam queue untuk tengok Shrek 4D tu.


Ni baru 1st show untuk hari tu. Tapi still kena beratur nak masuk. Ada la dalam 10 minit kot beratur.


Nak masuk dah. Dalam tu memang tak boleh amik gambar sebab gelap. Dorang tak kasi pakai flash. So no point jugak la amik gambar pun. Yang paling penting show tu memang bestttt!!!! Effect dia tak banyak n biasa2 je macam kena percik air, kerusi ke depan ke belakang n kaki rasa geli2. Tapi tetapppp best! Tu pun aku tersilap duduk. Kerusi aku duduk tu gerak sikit je. Maybe yang tu untuk budak n orang yang ada back pain ke apa. Mana la nak tau since dorang tak ada inform or tanda kerusi tu ngan apa2. So feel kurang di situ. Kerusi Irfan yang gerak beria :D

Irfan memang kena dok seat dia sendiri. Tak boleh riba dia. Tapi dia tak nak pakai spec 4D tu. So memang dia tak nampak la gambar2 yang awesome tu. Tu pun dia tersangat la behave. Tak lari ke mana2. Tak jerit or apa2 yang sewaktu dengannya...hehe...Dia dok diam je kat seat dia. Bila ada air dia sapu2 je muka dia. Dah biasa kena percik air ngan papa dia kat rumah :D


Dah habis show keluar2 nampak ferris wheel cenonet ni.


Memang gambar blur memanjang je kat sini. Ni la Magic Potion Spin. Tak ramai orang pun sebab mainan budak2 je. Agak bosan.



Tapi bosan2 pun kitorang tetap naik. Selagi boleh naik kita naik. Beria2 senyum last2 Papa Irfan amik gambar Irfan je...sobs...sobsss...


Kenapa la mama ngan papa saya bawak saya ke tempat yang sungguh membosankan ini T_T


Kat bawah tu Fairy Godmother's Potion Shop. Lansung tak tengok ada jual apa kat situ. Lalu terus keluar.


Abang n anak sedara aku gelakkan kitorang sebab naik mende ni. Dorang cakap tengok muka memasing dalam gambar pun dah tau memang bosan giler naik mende ni :P



Ok apa kan sekali sekala. Aku hepi je...hehe...Tapi nak soh naik buat kali kedua mungkin tidakkk :D


Dah tengah hari sket hari pun dah makin panas. Dah start penat. Apa lagi perut pun mula la lapar. Breakfast makan roti je kot. Bertolak awal sangat sampai tak sempat pun nak cari breakfast dulu.


Last2 kitorang singgah makan sini je. Friar's. Kat USS ni macam banyak fast foods je. Boleh la kalau setakat nak buat alas perut. Yang pentingnya kedai ni halal. Ada lagi beberapa kedai halal kat sini. Kalau refer kat map brochure tu pun boleh tengok ada logo halal ke tak kat tiap2 kedai makan tu.


Ni je makanan kitorang 3 beranak. Giler bajet kan. 1 set dekat $10. So lepas convert dah 20 hengget lebih. Kalau tak convert memang la nampak murah. Kalau convert memang rasa nak pitam je tau. Aku pulak kalau nak beli apa2 time2 tu jugak nak convert. Kalau tak nanti lupa diri pulak spend duit sesuka hati .



Air pun share ok. Sedih tak...wuwuwu...Tu pun rasa heaven giler dapat minum air yang sejuk. Kering tekak dah half way jalan. Ok la makan ayam sorang seketul sementara nak habiskan jalan sampai petang.


Budak yang hepi. Padahal time ni dah ngantuk nih. Time ni baru la rasa nak sewa stroller. Awal2 tu ingat gigih sangat la tak nak pakai. Tapi bila pikir2 balik dah separuh jalan baru nak sewa. Rasa cam rugi je. Nak sewa stroller pun dah 30 hengget kot. Baik la kitorang gilir2 je dukung Irfan. Cramp tangan memasing lepas tu...hahaha...Tapi kekadang tu sanggup tahan lenguh tangan dari biar dia jalan sendiri lepas tu kena kejar dia merata T_T


Habis makan get ready nak ke next destination pulak. Time amik gambar kat Versarchery ni boleh tak perasan kat situ ada show Donkey Live. Padahal kat belakang tu je tempatnya...wuwuwu...Rugi ok tak tengok. Next visit please =))


Kitorang tak naik Enchanted Airways. Macam junior roller coaster je. Yang ni memang dah tau tapi sebab Irfan tak boleh naik kitorang pun skip aje la. Time ni tak terpikir pun nak take turn jaga Irfan. Macam rugi jugak la untuk peminat roller coaster cam aku ni tak dapat naik. Ingat nak la try segala jenis roller coaster yang ada kat sini. Maybe next visit la kan ;)


Next, The Lost World =)

Tuesday, October 9, 2012

USS #2: Madagascar

13/08/2012 - Thurs

Sudah masuk area Madagascar. Belakang tu kapal dalam cerita Madagascar. Of coz la aku tak pernah tau sebab tak pernah tengok pun Madagascar dari start sampai habis kan...hehe...


Ngan pokok monyet yang nyanyi lagu "I Like to Move It to Move It", King Juliens :D



Memang bercinta la nak tunggu Irfan pandang kamera T_T


Amik gambar ngan character Madagascar. Tapi ni patung aje. Kitorang terlepas show Madagascar Boogie kat area ni. Susah nak ikut betul2 timing dia. Kitorang jalan ikut sempat je. Kalau nasib baik kebetulan ada show time tu tengok la sampai habis.


Patah balik kat pokok ni :P


Kalau tak nak termiss every single show dalam tu boleh refer schedule yang boleh amik kat entrance. Map pun ada kat situ Tiap2 show tu ada 3 or 4 slot. So pepandai la bajet masa bila nak tengok show apa. Map pun sangat2 membantu nak tengok ride mana. Boleh study dulu kalau rajin. Aku dah balik baru reti nak study map n schedule tu...hahaha....


Tapi hari tu kitorang main redah je. Memang tak sempat sangat nak belek map or schedule tu. Kebetulan hari tu panas betul. Sibuk main kejar2 ngan Irfan lagi. Nak gilir2 lagi. So sekarang memang dah berangan2 dah nak pegi lagi sekali cover balik semua rides ngan show yang dah terlepas tu =)


Antara ride yang Irfan boleh naik. King Juliens Bearch Party-Go-Round. Ni je ride yang kitorang naik kat Madagascar.


Cam sama je gambar atas ngan bawah...haha...Tak kesah la. Tepek je sume.


Dah naikkk...weeehuuu....Irfan ngan papa dia je main. Mama dia dok luar jaga beg T_T


Actually kalau nak angkut dengan beg2 sekali pun no hal sebab ada cam kereta dalam tu. Tapi tak perasan. Orang pun tak ramai sangat time ni.


Irfan tak tau la hepi ke tak naik mende alah ni. Sebab memang muka tu macam default gitu aje hepi ke tak. Yang pastinya dia memang gelak2 menjerit kegembiraan bila lepaskan dia jalan n lari sorang2 dia :))



Gambar blur. Biasa la kamera murahan yang sensitip kalau ada too much movement T_T



Habis sudaa...1 round cukup ye Irfan. Mama dah kebosanan dok kat luar. Beraturnya boleh tahan lama. Mainnya tak sampai berapa minit. So cukup la 1 round.


Actually kitorang termiss 1 ride kat sini. Madagascar: A Crate Adventure. Perasan tak gambar kapal kat 1st pic kat atas tu? Ha kat situ la tempatnya. Ingat kapal tu for display je. Rupanya ada ride dalam tu T_T Macam boat ride je tapi kira ok la kan as long as Irfan boleh naik. Baru perasan time tengah nak update entry ni T_T So ni boleh dijadikan 1 lagi alasan kenapa kitorang kena repeat pegi USS lagi :P


Gambar amik dari Google aje. Macam best la masuk sini untuk relax2. Tu pun kalau Irfan boleh dok diam =) Lagipun time tu kat luar tengah panas woo.  Baru perasan jugak kat Hollywood termiss 2 show. Satu Monster Rock. Yang tu theatre musical. Lagi satu Mel's Dinettes entah tak tau la show apa. Maybe ada pompuan joget2 kot...huhu...

 

 Next moh kita ke Far Far Away Kingdom pulak =)

Monday, October 8, 2012

USS #1: Hollywood - The Walk of Fame

13/08/2012 - Thurs

At last baru betul nak masuk cerita pasal USS ni...hahaha...Banyak pulak cerita sampingan before sampai kan. Ok ok dah nak masuk ni. So nak bagitau siap2 kat dalam ni ada 7 main attractions.

#1 - Hollywood
#2 - Madagascar
#3 - Far Far Away
#4 - The Lost World
#5 - Ancient Egypt
#6 - Sci-Fi City
#7 - New York

So basically tempat ni macam 1 cycle. Jalan tiap2 tempat tu starting from Hollywood sampai New York lepas tu jumpa balik Hollywood tu. Time kitorang hari tu memang ngam2 je habis jalan sampai la USS tu nak tutup pukul 7 malam =)


Sebab ada 7 attractions nak kena cerita, aku buat 1 entry 1 attraction la kot. Jenuh nak buat sekali harung. So meh2 jemput masuk :D Irfan la yang paling laju. Dia buat tempat ni cam dunia dia sendiri. Tak toleh belakang dah nak cari mama n papa dia ke apa.


Orang dah start masuk tapi tak ramai sangat lagi la time ni.


Jom mulakan ngan Hollywood, The Walk of Fame. Kat sini tak ada apa sangat. Just nak amik gambar je kalau ada character2 Hollywood kuar.


Tengok la budak kecik sorang tu. Kemain lagi jalan cam orang besar sorang2 dia.


Time kitorang masuk tu elok je si Frankenstein ni keluar.


See dok terkedek2 jalan time ni. Mula2 tu cam teragak2 jugak nak amik gambar ke tak. Iye la aku bajet nak amik gambar ngan Marilyn Monroe. Sekali dia ni pulak yang kua. Tau2 je orang dah buat queue nak amik gambar.


Aku sibuk melayan Irfan. Main kejar2. Nak dukung tak nak. Nak pegang tangan tak nak. Orang dah la berpusu2 masuk. Dia dok nyelit2 celah2 orang. Nasib baik baru masuk. Tenaga pun banyak lagi nak main kejar2. Kalau tak memang fitammm!


Last2 kitorang queue jugak. Tak ada la panjang sangat pun. Aku tak pernah tengok pun movie Frankenstein ni. Tak layan sangat movie2 lama ngan cerita kartun ni. Kalau tanya Meor semua dia tau. Harapkan dia la nak explain watak ni dalam cerita apa, sape nama dia...huhu...


Kat tepi tu ada satu tiang gantung topi banyak2. Kitorang pun apa lagi. Try test la mana yang patut.


Macam biasa Irfan memang tak suka la kalau ada mende atas kepala dia. Tambah2 ada mende2 berjuntai camtu. Tapi seronok sakat dia...hahaha...


Tripod pun masuk sekali dalam gambar. Gitu la usung hulur hilir. Kalau dok dalam beg confirm malas nak keluarkan lepas tu.


King, Prince and Queen of the day. Queen la sangat kan pakai crown pon senget benget :))


Semangat ok awal2 masuk. Semua mende pun nak amik gambar. Tengok la dah half way nanti nak bawak keluar kamera pun dah malasss :P


Aku tak tau la apa nama watak ni. Meor pun tak tau. Yang penting adik beradik Woody Woodpecker la. Irfan slumber je pegang mulut dia...hahaha...Time ni Woody Woodpecker pun ada tapi nak kena queue panjang. So skip aje la.



Tak tau la apa nama mende kat belakang tu. Papa Irfan soh amik gambar aku pun amik je lah.



Sudah habis berjalan kat Hollywood. Next Madagascar pulak. Amik gambar pun bukan ikut turutan sangat. Kadang dah jalan ke depan boleh patah balik amik gambar pastu baru sambung balik :P


Cam malas pulak nak marathon cerita USS ni. Rasa cam nak nyelit kan cerita lain pulak. Macam lagi excited nak cerita aktiviti weekend hari tu je ;)