nuffnang

Wednesday, November 14, 2012

Majlis Perkahwinan Adina & Khairul 10-11-12

10/11/2012 - Sat

Sambung cerita kenduri sebelah malam. Mulakan entry dengan gambar Irfan yang sibuk selongkar beg cousin dia. Lepas tu buat macam harta sendiri T_T





Tema rombongan kitorang malam tu adalah biru. Berbiru-biruan la kami malam tu. Kelam kabut balik tukar baju pulak sebab gap tak lama pun between habis kenduri akad nikah ngan kenduri malam tu. Sempat nak solat and bersiap2 je.


Sampai2 rupa2nya kami terawal pulak. Pengantin perempuan tak siap lagi. Sejam nak bersiap mana sempat kan. Tu pun awal2 tetapkan masa berarak pukul 8. Kitorang sampai pun dah agak lambat 8 lebih. Malam tu still hujan. So time pengantin nak berarak masuk kitorang memang dah dok dalam...hahaha...Belasah je la since malam tak ramai orang sangat dah pun.


Ini budak kecik sudah tido. Elok je dekat nak sampai mata dia terus pejam. So kena la letak dalam stroller sebab tak nak kacau dia tido. Kalau dukung confirm terjaga balik.


Sampai2 terus masuk dalam. Motif nak amik gambar je la kan. Makan dah kenyang petang tu. Kat dalam memang penuh ngan family kitorang je..huhu...


Yang paling setia of coz la bebudak ni. Awal2 dah bersusun depan pelamin. So dorang la paling excited bila disuruh bergambar dengan pengantin ;)


Budak2 yang seronok dapat Mak Su baru.


Ni pun tak semua masuk dalam gambar. Jenuh la Mak Su dorang nak hafal nama sorang2 kan ;)


Lepas tu amik gambar ngan mak n ayah...


Macam biasa amik gambar ngan family masing2. Dah ala2 time raya pulak =) Abang Long n family...


Abang Ngah n family...


Abang Din n family...


Kak Ji n family...


Abang Ju n family...


And last but not least my very small family =) Time sampai turn kitorang time tu jugak la pergi kejut Irfan. Pak Su kawen sekali je Irfan. Harus la masuk dalam gambar ye ;)


Dah habis by family next category pulak...hehe...Dah macam award dah. Ni kategori parent and adik-beradik. Dan calon2nya adalah...


Gambar pun ala kadar je la ye. Asalkan ada je. Mostly memang semua pandang kamera photographer pengantin je.


Kategori parent, adik- beradik dan ipar lelaki...


Kategori parent, adik beradik dan ipar perempuan...Haaa banyak ok kategori. Tu pun ada yang nak tambah kategori negeri la bagai...hahaha...Kalau camtu sampai esok pun tak sudah bergambar. Memang riuh ngan kitorang je la time nak amik gambar sebab kitorang ramai. 


Habis je sesi bergambar Irfan buat kuih pulak. Terpaksa la tumpang toilet situ. Toilet kat dalam bilik pengantin pulak tu T_T 


Kalau tak tukar pampers memang tak masuk pun bilik pengantin. Tapi alang2 dah masuk amik la gambar kan ;)


Sangat sweet n simple bilik pengantin. Cadar n langsir pun cantekkk =)


Malam tu makan kuey teow goreng sebab petang dah makan nasi. Budak2 berjimba kat pelamin sebab pengantin dah tak ada.


Termasuk la si kecik Irfan.


Punya la excited. Rumah orang pun dah buat macam rumah sendiri. Ni belum dengar dorang jerit2 lagi. Mau pitam. Dah balik tengok gambar baru tau ada kejadian sebegini rupa. Irfan pun sempat jugak nak interframe tu T_T


Papa Irfan pun kemain soh lompat2 kan nak amik gambar. Mana tak seronoknya...huhu...



Hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. 11 dulang.


Balik tu lepak2 lagi. Irfan sibuk ngan handphone Mak Lang dia. Last2 mama dia posing sorang2...huhu...



Antara hantaran yang boleh dimakan...Kek velvet ngan Ferrero Rocher. Tapi tak ada la sampai nak habiskan semua kan. Yang hantaran lain tu hanya boleh dipandang je la ye ;)


Habis sudah cerita kenduri Sabtu hari tu. Selamat Pengantin Baru to Khairul & Dina. Best nyer lahai jadi pengantin baru. Next tengah saspens tunggu kenduri belah kitorang pulak. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn...Sori la sebab tak dapat nak jemput korang. Maklum la kenduri orang kan =)


Rasa macam terkejut2 je minggu ni. Isnin kerja, Selasa cuti. Baru Monday blues tetiba dah rasa hari Sabtu. Tengah seronok2 cuti tetiba rasa macam dah hari Isnin balik. Kang esok cuti rasa macam hari Ahad pulak...haha...Tapi hari Jumaat dah tak rasa mcam hari Isnin balik sebab aku cuti. Cuti kena jaga Irfan n siap2 untuk kenduri Ahad ni pulak =)

p/s: Selamat menyambut Awal Muharram =)

Monday, November 12, 2012

10.11.12 - Aku Terima Nikah...

10/11/2012 - Sat

10.11.12...Cantik kan tarikh tu. Alhamdulillah...Selamat sudahhh. Adikku dah sah jadi suami orang. Lepas Asar rombongan kami bertolak dari rumah. Dekat je rumah pengantin. Tak sampai 10 minit boleh sampai. 7 buah kereta kot sekali pegi. 

  
Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan...9 dulang. Upah je orang buatkan senang. Cantik pun cantik. Time aku kawen buat sendiri aje. Hari2 ngadap hantaran...hoho...Tu pun mak cik yang tolong buatkan. Aku tolong2 mana yang patut je ;)




Sampai rumah pengantin dah pukul 5 lebih. Hujan renyai2 time tu. Turun kereta sibuk nak bawak keluar dulang hantaran satu2. Elok je dah susun semua memasing pegang sorang satu dulang tetiba hujan lebat. Terus jalan laju2. Konon2 memasing nak ayu2 la kan jalan slow2. Kata rombongan pengantin. Sekali lintang pukang memasing jalan. Dah tak ada nak beratur ke hape...hahaha...Memang lawak time tu. 


Sepanjang akad nikah tu kat luar memang hujan lebat je. Hujan rahmat. Lagipun sekarang memang musim hujan kan. Mintak2 weekend ni kenduri belah kitorang tak hujan la...Aminnn...Ni pemandangan dari tempat duduk aku. Duduk betul2 belakang pengantin. So memang interframe jugak la. Nanti tengok gambar background semua ada muka aku...hahaha...So memang tersengih je la kat situ. Kang tak cantik pulak dalam gambar kan...ahaks!


Memang agak saspens jugak la time nak tunggu adik aku akad nikah tu. Dia yang nak menikah tak tau la nape aku yang berdebar lebih2...huhu...Dulu time nikah sendiri tak ada pulak rasa gitu kan. Hover tau! Tapi serius rasa sebak ok. Nasib tak leleh ayaq mata ni T_T

  
  

Alhamdulillah...selamat sudah. Adikku sudah sah menjadi suami kepada wanita pilihan hatinya, Adina Najwa. Semoga ikatan ini kekal ke akhir hayat...Aminnn...



Sesi sarung2 cincin pulak...Haihhh...Serius teringat time aku kawen dulu...Nak kawen lagi sekali rasanya. Memang sangat indah perasaan masa tu. Kalau boleh nak ulang banyak2 kali ;)


 Rasa cam tak percaya adikku dah jadi suami orang. Dulu time kecik2 memang geng gaduh nih. Satu2nya adik yang aku ada =)


 Gambar kami sekeluarga dengan pengantin. Memang mostly pandang photographer pengantin la kan.


Actually dah plan tema malam tu kuning sebab hantaran kaler gold kuning gitu. Tapi last2 memasing dah caca  marba...huhu...


Irfan dok luar aje sepanjang akad nikah tu. Baru letak dia atas riba tak sampai beberapa minit dia dah pegi jerit dalam tu. Terus rasa panas je muka ni T_T

 

Habis bergambar pegi makan. Aku kat tepi tu terpaksa jadi mak guard sebab tempat kat meja VIP tu dah full. Punya la khusyuk tengok pengantin sampai tak sedar semua orang dah sedap makan kat luar...hahaha...Last2 cedok sendiri je kat meja buffet. 


Meja makan beradab. Time pengantin makan dah sibuk melayan Irfan. Habis makan dah dekat pukul 7. Memasing balik cepat2 sebab lepas Maghrib nak datang balik untuk kenduri kawen nya. Dorang buat terus malam. So tetamu belah perempuan memang dah start datang dari time tengah nikah sampai la malam tu.


Next entry sambung cerita kenduri di sebelah malam =)

Friday, November 9, 2012

Shower Gelssss

Masih lagi bercuti. Nyempat update blog kejap...hehe...Hari tu time tengah kemas2 almari tetiba tengok penuh ngan show gels aje. Iye. Memang dah bersepah2. Setakat area camtu memang Irfan dah boleh capai. Kejap2 kang tau dia dah buat main T_T Sekarang almari ni dah berjaya dikosongkan. Kasi pinjam kat adik. Dia nanti PJJ so memang tak perlu nak beli segala barang rumah.


Dan aku dengan rajinnya telah susun semua shower gels yang and amik gambar. Saje amik gambar kenangan ramai2 before kena pakai :P Sekali tengok macam dah boleh buat stok setahun...hohoho...Tak pun lebih sebab bukannya selalu pakai. Selang seli jugak pakai ngan shower gel biasa. 

Emmm...mostly banyak yang beli dekat Body Shop kot. Asal ada sale je tangan mula la gatal nak beli kannn T_T Yang lain2 ada la sesat L'occitane ngan Yves Rocher. Ada masa2 nak la rasa extra wangi. Boleh jadi terapi jugak time stress. Kalau tengah panas2 mandi pakai pun best sebab rasa fresh and sejukkk je =)


Hari tu tertambah lagi stok sebab boleh buy 1 free 1...hehe...Yang lagi satu tu dapat free masa pegi Women's Weekly Shopping Event hari tu =)


So lepas ni aku akan cuba pejam mata kalau ternampak ada shower gels on sale kat memana lagi. Tapi kalau tengah pejam mata pun boleh capai sebotol dua tu nak buat camne kan :P