nuffnang

Thursday, May 16, 2013

Dave's Deli + Bowling Lagi

11/05/2013 - Sat

Sabtu lepas akhirnya misi makan2 dengan Cik Ayna n Cik Nurul berjaya :) Plan nak makan2 dekat OU. Before tu sempat kitorang shopping sepantas kilat dekat Mid Valley. Singgah jap beli barang dekat Mom n Baby Expo dekat situ. Tak ada apa sangat nak dibeli dekat expo macam tu bila anak dah besar ni. Dulu time Irfan baby memang macam2 rasa nak beli. Sampai tak muat tangan nak bawak :P

Habis shopping terus cepat2 ke OU pulak. Aman sikit kalau nak makan2 dekat situ. Kalau dekat mid kedai makan memanjang ramai orang je. Kadang2 sampai kena Q. Lepas pikir punya pikir siap sempat study directory map tu akhirnya kitorang makan dekat Dave's Deli. 1st time makan dekat sini. Kalau tak lalu je. Tengok menu pun sikit punya lama. Last2 memasing makan benda yang sama :D Dave's Deli quarter chicken set. Ala2 Kenny Rogers.


Papa Irfan je set lasagna. Sedap la jugak. Just silap sebab mintak ayam tu bahagian breast. Lepas tu jenuh nak kunyah sebab kenyal semacam :P


3 of us...Bergambar dulu before makan...From left, Ayna, Nurul n me :)



Irfan makan mashed potato je.


Kebetulan jumpa member ofis time tengah makan tu. Selama ni jalan2 tak pernah pulak nak jumpa sesiapa yang kenal.  Dekat Mid Valley pun ada jumpa kawan time study dulu. Meriah pulak rasa :) Since dah kerja, kawen n dah ada anak ni dah susah nak jumpa kawan2 lama. Tak macam time zaman muda remaja dulu. Tetiba rindu pulak time study dulu. Kawan2, rindu kamuuu semua :(


Dan tanpa disangka2 kitorang pegi main boling...hehehe. Ada jugak plan mula2. Tapi macam tak berapa nak jadi. Tetiba semua on. Cukup la 4 orang main boling. Tapi memasing tak bawak stokin. Except Papa Irfan la kan yang sentiasa pakai stokin. Apa lagi. Kitorang terus beli stokin baru dekat Sox World ;) Elok je beli stokin Irfan pun elok je tido. Cam tau2 je kitorang nak main boling. Kalau Irfan tak tido pun memang ingat nak redah je main jugak :P


Gambar candid. Memasing khusyuk tengok fon memasing. Padahal game tak abis lagi tu :P


Score of da day. Macam biasa yang 1st tu malas nak cakap la kan. Tak terkejar score gitu. Awal2 dah masuk longkang. Dapat la sekali strike. Tu pun nasib je...hahaha....Entah bila nak terer pun tak tau.


Macam biasa gambar harus lebihhh...hehe...Time ni shawl pun dah herot berot T_T


Syok bergambar bila dah ada geng. Ambik gambar banyak2 walaupun background lebih kurang sama je. Banyak gambar tapi tumpang kamera orang. Harapkan henfon ku memang blur memanjang la kalau lampu pun suam2 kuku je T_T


Gambar before balik. Ayna cakap shawl ku itu macam bendera...huhu...Sampai hati u Ayna. Tak mo dah pakai shawl tu tau...sob sob sobsss....Simpan je la pakai next year pulak :P Ekceli memang aku pun jarang pakai baju or tudung yang colourful. Apetah lagi color yang striking2. Tapi biasala kan beli online. Tengok model pakai lawa terus laju je order. Padahal bila sendiri pakai lansung tak in T_T


Malamnya ke Giant cari barang dapur plus barang2 nak buat coleslaw, mashed potato n gravy. Ada buat BBQ kat rumah mertua. 1st time okeh buat. Kalau tak tau makan je...hahaha...


Budak kecik yang dah pandai request sekarang ni. Nampak je lolipop dekat tepi cashier tu dia dah tunjuk2 suruh ambik.


Bersungguh2 makan lolipop. Sekali sekala bole la. Berkala2 kena cari jalan jugak la tak nak belikan dah :P


Balik tu terus buat coleslaw ngan mashed potato. Berulang alik berlari ke dapur n ke hall. Bukan senang nak tinggalkan anak bujang sorang2. Risau kot2 dia buat apa2 yang bahaya. Lepas dah siap masak melepet kepenatan. Satu hari yang fully utilized dan sangat menggembirakan =)

Friday, May 10, 2013

Movie: Iron Man 3

04/05/2013 - Sat

Seperti biasa memang tak boleh tahan nak tunggu tiket murah bila sampai part movie superhero nih. Sempat tunggu 2 minggu aje. Redah je la beli tiket mahal. Siap ambik couple seat sebab bawak Irfan sekali. Tu pun lepas banyak kali pikir. Takut dia tak nak dok diam pulak dalam tu. Ada yang balik sekerat jalan kang.


Hasilnya not bad la. Ada jugak la time2 Irfan dok tanya "Mama! Nak men men". Men men tu Iron Man la kan. Ultraman dengan Spiderman pun dia panggil men men jugak :) Dia akan jadi gelisah bila tak nampak Iron Man yang pakai suit. Kalau muka Robert Downey je yang kua memang dia tak kenal pun tu Iron Man. Kebetulan Iron Man 3 ni memang tak banyak scene yang dia pakai suit. Menggelabah jugak la nak bagi Irfan diam. Kuat pulak tu suara dia...hahaha...Siap ada part yang Pepper terjatuh dia macam nak menangis. Dah la semua tengah diam. Punya la menghayati watak kan :D


Overall ok la Iron Man 3 ni. Tak best sebab tak banyak scene yang pakai suit Iron Man. Lepas tu banyak part yang menyedihkan. For me lagi best Iron Man yang 1st and 2nd kot. Apa2 pun Robert Downey Jr. memang sangat kacak dalam Iron Man 3 ni. Nampak lagi muda. Maybe sebab hair cutting dia kot ;) Lepas ni nak tengok Iron Man kena tunggu Avengers 2 pulak.

Habis tengok wayang pegi kereta nak ambik stroller before sambung jalan2 lagi. Budak kecik ni nak tido pulak. Kemain dia dok fire orang sepanjang jalan T_T 


Iron Man dah penat. Kena recharge bateri...hehehe...


Masa dia tido kitorang singgah kedai mainan beli Iron Man Repulsor ni. Suka kemain dia. Tak tau la sampai bila boleh bertahan benda alah ni :P


Actually semua gambar ni capture dari video. Dah berapa kali ulang tengok video tu. Lawak giler. Bersungguh2 dia buat macam Iron Man. Nak letak kat blog background pulak tak berapa cantik. Memang tengah semak. Boleh pitam kalau korang tengok...hahaha...




Lega rasanya dapat keluar rumah time weekend. Tu pun sebab ada reason yang kukuh. Nak tengok Iron Man. Sekarang ni nak kena ada reason baru boleh keluar. Tak boleh keluar tanpa arah tujuan T_T Tak sabar nak tunggu weekend ni. Ada solid reason nak keluar. Hopefully plan menjadi =) Happy weekend uols!

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13

05/05/2013 - Sun

Dekat FB orang tak habis2 lagi cerita pasal PRU13. Harus la aku update dekat blog. Hari bersejarah kot 5 Mei tu. 1st time aku pegi mengundi....hoho...Patutnya dah 2nd time. Tapi dulu tangguh2 boleh pulak terlepas terikh register. So bila orang pegi mengundi n dengar result rasa menyesal jugak la tak register T_T Kali ni dah semangat register awal2 dekat post office. 

Hari mengundi pun semangat keluar rumah awal2. Dekat pukul 8 dah keluar pegi rumah kakak nak ambik dia. Yang lain memasing tempat mengundi kat tempat lain. Kalau parents ada boleh pegi ngan dorang je. Sekali boleh pulak aku sesat nak cari rumah kakak aku tu. 8 lebih jugak la sampai sekolahnya. Ramai kemain orang. Even pegi sama last2 kitorang seperate jugak sebab saluran tak sama...hehe...Ada setengah jam kot beratur. Tu queue dah jadi bentuk L. Masa aku beratur bentuk I je. Ehhh  kalau bukan sebab kakak aku memang tak koser aku datang pepagi. Baik datang tengah hari or petang2 sket. Pemalas nak beratur nih.


Dah selesai dalam pukul 9 pagi. Tak cantik la orang tu kalerkan. Kuku tu tak kaler full...hahaha...Basuh pinggan sket je terus pudar kaler kat kuku tu. Kena sabun basuh baju 2 3 kali terus hilang semua. Memang tak ada pun aku nak sental2 pakai sabun hebat2 nak hilangkan ink tu. Lagipun tak mengganggu hidup pun kalau ink biru tu ada kat jari. So tak ada la beria nak tanggalkan ;)


Tengah hari sikit keluar pegi JJ Wangsa Maju. Singgah Body Shop beli shower gel ni. Sempena PRU13 boleh beli shower gel 60ml ni dengan harga RM 1 je. Kalau tak RM 8.90. Aku ni kan pantang kalau ada promo2 ni. Nak jugak la walaupun boleh beli sebotol je. Tu pun lepas tunjuk jari yang biru itu.


Then terus makan dekat Pizza Hut. Follow je sebab tumpang kereta adik aku. Wife dia mengidam nak makan pizza la tew ;) Spagetti bolognaise memang meriah. Kalau tak biasanya sejemput je kat tengah2 pinggan tu.


Kitorang tumpang je pizza pilihan orang ngidam...hehe...Apa2 pun layanan dekat Pizza Hut Wangsa Maju ni memang tip top lah. Rasa macam makan dekat restoran mahal2 je :P


Balik sambung tido. Time Irfan tido la merasa nak join tido sama. Tu pun dapat tido kejap je. Isnin cuti lagi. Memang best. Tapi stay dekat rumah je la since Papa Irfan kerja KL. Tak cuti pulak orang KL kan :( Even PRU13 dah habis tapi kemain kontroversi lagi. Tak tau la siapa yang betul siapa yang salah. Tapi untuk DUN n Parlimen yang aku undi tu memang menang. Tak ada kontroversi apa2 =)

Friday, May 3, 2013

Hantar Parents Pergi Umrah

01/05/2013 - Wed

Cuti hari pekerja hari tu gelap2 kitorang dah bertolak ke KLIA. Nak hantar mak, ayah, abang n family yang nak buat umrah. Pukul 7 dah sampai KLIA. Irfan pun semangat pukul 5.30 dah bangun lepas tu tak tido lansung sampai la ke KLIA tu. Padahal pukul 1 pagi baru tido.


Disebabkan kitorang sampai awal so lepak2 dulu sementara nak tunggu parent nak check in. Kitorang orang 1st sampai kot. Punya la cuak takut tak sempat. Breakfast pun tak. Last2 tumpang makan chicken ball n nugget yang SIL bawak. Irfan macam biasa excited berlari non stop. Jumpa playground lagi la bergumbira dia :P



Tunggu parents n family abang dengar taklimat.


All of us...Adik bongsu je yang tak datang sebab ada kursus. Abang sorang tak ada dalam pic sebab tengah ambik gambar. Terserlah kekerdilan ku dalam pic ni...huhuh...Tinggi sket je dari anak2 sedara. Tu pun ada sorang yang dah tinggi melangit. Padahal baru form 1 tu.


Kami ikut ke anjung tinjau sampai ke hujung. Kali ni mak n ayah pegi dengan abang yang second, wife n 2 orang anak dorang. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka di sana dan selamat pulang ke sini nanti =)


Lepas tu memasing lepak2 lagi tengok flight kat belakang tu.



Kami sudah mau pulang. Balik2 terus qada' tido.


Insya-Allah mak, ayah, abang n family akan pulang 13 Mei ni. Tak sabar nak tunggu dorang balik. Sunyi je rumah ni bila mak n ayah tak ada. Sudah rindu T_T Semoga mereka sentiasa sihat, dpt menyempurnakan ibadat di sana dan pulang ke sini dengan selamat. Aminnn...

Thursday, May 2, 2013

Johor Premium Outlets (JPO)

15/09/2012 - Sat

Entry yang berzaman ku peram dalam draft. Patut update lepas entry USS last year tu tapi tangguh2 terus tak lalu nak update...hahaha....Cerita bulan 9 tahun lepas ni tau :P Rasanya dah ramai yang dah sampai ke JPO ni. Kebetulan balik dari USS tu memang lalu JPO ni. Tepi highway je pun. So singgah la kejap cuci mata.


Time kitorang pergi hari Sabtu. Tak ada la ramai sangat orang. Biasa2 je. Sale pun tak beria sangat. Biasa2 jugak.


Masa ni Mama Irfan pegi shopping sorang2 sebab Irfan dah hyper active sesangat...hohoho...So biar dia bersantai dengan papa kat luar je lah.


Yeahhh...Dah dapat hasil...Wallet je pun. Sampai sekarang still pakai lagi wallet tu. Beli pun sebab ada sale. Tu pun banyak kali pikir. Banyak kali telek belek.


Designer boutique tak cukup tabah nak masuk...hehe...Cukupla ambik gambar di luar saje T_T




Dah sampai JPO tekak tetiba pulak menggatal nak makan Baskin Robbins. Irfan pun 1st time kot merasa makan aiskrim. Kasi rasa je boleh...Sampai sekarang pun tak berani nak bagi dia makan aiskrim. Nanti dah pandai makan mesti nak mintak aiskrim je kerjanya.


Cubaan ambik gambar bertiga...hehehe...


Ada Irfan pedulik? Nan ado laaa T_T


My boyfrens =)


Dah jalan lama sikit baru la terpikir nak letak Irfan dalam stroller sebab dah tak larat nak kejar dia.





Dah bawak stroller baru la berkesempatan nak merenung kasut lama2. Dah 3 kali masuk baru la dapat hasil. Beli sekali kasut untuk Irfan. Dah ketat dah sekarang even time tu dah beli 1 saiz besar dari kaki dia.


Superboy yang dah kepenatan. Kalau awal2 bawak stroller confirm dia dah tido.



Ni gambar time pegi open house raya lepas balik dari JB tu....hahaha....Giler lama punya cerita. Dah nak raya lagi sekali dah pun tak lama lagi :P



Byebye JPO...See you later2...Nanti kalau balik kampung time raya boleh la singgah lagi kot jamu mata. Overall biasa2 je la JPO ni. Wrong timing maybe. Kalau bawak duit kepuk2 memang best la shopping. Tapi yang rajin survey barang2 kat mall biasa time sale rasanya boleh dapat harga lagi murah dari dekat JPO. Lagipun barang dekat JPO mostly macam dah outdated je T_T


Update cerita basi je la memandangkan weekend hari tu dok rumah je. Bosan oiii! Dah la seminggu dok terperap kat rumah je. Sampai weekend pun dok rumah lagi tak tengok dunia. Memang tak senang duduk jugak la. Tapi apa nak buat. Cuna vs PC nampaknya PC jugak yang menang T_T