nuffnang

Friday, June 7, 2013

Berjimba di Legoland

31/05/2013 - Fri

Dah lama tak guna word 'berjimba'...hehe...Minggu lepas kami ke JB. Ambik cuti 2 hari. Nasib baik bos approve apply cuti last minute. Biasanya aku apply cuti sebulan or 2 bulan awal. Nak pegi Legoland ni pun plan seminggu before tu. PIL ajak join sebab nak bawak2 adik2 ipar yang tengah cuti sekolah jalan2. Terus laju2 book bilik dekat Hotel Seri Malaysia. Book dekat Agoda je. 2 malam RM 300 campur tax n surcharge bagai. Silap tak book direct thru Seri Malaysia. Boleh la dapat RM 250 2 malam T_T


Kitorang keluar rumah lepas Zohor. Dekat pukul 9 jugak la baru sampai. 6 jam atas jalan. Asik nak menyinggah je kejenya memang lambat la sampai kan :P Lepas check in pegi makan dekat Kg. Melayu Majidee. Agak femes jugak la dekat JB ni. Makan yong taufu sup.


Esoknya pepagi turun breakfast. Pinggan dah bersepah. Puas pujuk Irfan makan tapi semua pun tak nak.


Ambik angin pagi. Baju Spiderman lagi. Mama Irfan yang suka sangat pakaikan baju ni ;)


Khusyuk tengok fish sambil bercakap sorang2.



Cantik betul landskap macam ni. Layan Irfan dekat sini sementara tunggu papa dia pegi bilik PIL. Dorang sampai lambat malam tu. Dekat pukul 1 pagi baru sampai kot. So pagi tu baru nak jumpa.




Memula ingat nak gerak sekali semua. Sekali FIL ada kerja pulak nak kena settle kan. So kitorang gerak dulu dekat pukul 10 tu. Dalam pukul 10.15 dah sampai. Dekat je. Kalau tido dekat Tune Hotel lagi dekat.


Kami dah sampai...Memang dah ramai orang. Pukul 10 dah bukak. 


Pukul 10 lebih pun memang dah start panas terik time tu. So nak bergambar pun cari port2 teduh aje.


Irfan tengah lena dibuai mimpi. As usual dekat2 nak sampai tu la dia nak tido kan.


Lupa bawak tripod. So pakai timer aje la.


Ngamuk sebab kena paksa dengan mama n papa dia suruh bangun...hahaha...Kejam betul kitorang :P


Ngamuk kejap je lepas tu excited tengok keliling. Pelik agaknya tetiba sampai tempat meriah macam ni.


Dekat kaunter tiket memang panjang orang beratur. Kitorang dah beli tiket online siap2. So dapat la murah sikit. RM 112. Tu pun kena book awal 7 hari before nak pegi. Kalau tak sorang RM 140. Kalau beli dekat kaunter n tunjuk MyKad kena RM 120 + dapat meal voucher RM 10. Irfan macam biasa la. Dah bawah 3 tahun ni pegi mana2 pun free =)


Gambar dekat entrance pun dah berapa kali snap...hahahaha...Orang lain pun macam tu ok. Jalan sikit ambik gambar. So sementara nak sampai dekat entrance betul2 memang banyak kali la berposing :D


Dah masuk. Dah tak sabar ni nak explore Legoland =)



Irfan lagi excited tengok lego2 dalam kotak tu.


Antara lego statue dekat situ. Tak tau la nak panggil apa mende tu. Letak je la lego statue kan. Awal2 je semangat nak ambik gambar. Lepas tu berlambak lagi mende2 camni sampai dah tak lalu nak ambik gambar satu2....hahaha...


Dapat belon.



Yang lain semua ambik gambar dengan model2 lego dekat tepi2 jalan tu...




Kitorang start dari kanan dulu dengan Lego City sebab side ni budak2 kecik punya area. Before Irfan tido bagi dia enjoy dulu. Kalau belah kiri banyak yang extreme punya. Ni Junior Driving School. Tapi Irfan tetap tak boleh naik. Minimum 3 years kot. Lagipun Irfan tak cukup ketinggian 90cm...huhu...So memang banyak la yang tak boleh naik. Driving School ni jugak ada untuk budak besar.


Tapi Irfan peduli apa kan. Dekat tepi tu ada satu meja siap sebesen lego. Dia punya la excited main sampai tak tengok kiri kanan dah.



Muka excited...


Tak heran pun tak dapat naik kereta dalam tu.


So mama dia pun nak tumpang ambik gambar dengan orang bz. Lepas tu siap ngamuk tak nak pegi tempat lain dah. Nak main benda tu je. Padahal dekat rumah pun hari2 dah ngadap lego kot...huhu...



Ni Boating School. Q panjang so malas nak beratur. Lagi pun memang tak ada feel nak naik bot tetengah panas tu.


So jalan2 je la. Memang tak banyak ride yang Irfan boleh naik.




Silau sampai tak boleh bukak mata.


Legoland Express ni pun kena Q panjang. Cuti2 sekolah memang ramai la orang kan. Legoland Express ni keretapi lego yang round satu Legoland tu. So tak payah la penat2 jalan. Duduk je dalam tu boleh tengok semua tempat dalam Legoland tu. Boleh la dapatkan rough idea macam mana nak habiskan seharian dalam Legoland tu. Tapi kitorang pilih untuk redah aje. Map pun ada boleh refer.


The Shipyard. Ni memang tempat fevret Irfan la kan. Apa2 playground pun dia suka. Petang before balik pun dia main lagi sekali dengan pak cik dia.


Banyak nau gambar nak upload. Tu pun gigih aku update hari2 minggu ni sebab nak habiskan semua cerita. Dah habis baru la boleh nak update pasal Legoland pulak. But still tak boleh habiskan dalam minggu ni. Macam biasa kena split entry ni. Tak tau la sampai berapa entry. Tengok tahap kerajinan jugak la kan :P Enjoy your weekend uols! Weekend ni kami nak pegi main air pulak ;)

Thursday, June 6, 2013

Short Trip to Janda Baik

26/05/2013 - Sun

A very very veryyyy short trip ni. Time tu plan time tu la nak pegi. Ni cerita time ada cuti Wesak hari Jumaat tu. Kebetulan abang n family datang singgah rumah Ahadnya. So borak2 la. Tengok adik beradik lain memasing post dekat FB pegi jalan makan angin sana sini. Ada yang buat misi jelajah utara, ada yang pegi Bukit Tambun, ada yang pegi Taiping mana entah lagi.

Tetiba ayah cakap. Jom la pegi jalan2 jugak. Pegi Janda Baik. Abang aku pulak on je. Aku lagi la semangat sebab tak penah sampai lagi situ. Bulih? Dah la tak jauh dari rumah tapi tak pernah sampai. Agak kesian di situ. Air terjun pun dah lama tak pegi. Last time study dulu la kot pegi dengan kawan2. Masa borak2 dah pukul 2 lebih. Pukul 3 lebih baru nak gerak. Punya semangat. Orang semua dah nak balik kitorang baru nak bertolak. Hari Ahad pulak tu kan :P


Irfan pulak dah nak sampai baru nak tido. Memula masuk air pun macam takut2 je. As usual la sementara nak warm up tu. Tak lama lepas tu sakan main air sampai ngamuk2 bila nak ajak naik...huhu...



Time ni memang tahap menggigil dah. Gigil2 pun tak nak kua jugak. Siap mesra rakyat nak lambai2 n buat peace lagi :P


Dekat tepi2 tu banyak pondok. So kitorang lepak situ dulu sambil makan2. Ni gambar time dah nak balik. So dah bersihkan semua. Time tengah lepak2 kemain malas nak bangun turun ambik gambar :P


Makan2 macam banyak sangat je makanan kan. Kata ad hoc plan. So memang datang pun lenggang kangkung la. Kalau plan awal2 boleh la berpicnic dekat sini. Makan burger je sorang sikit yang beli dekat gerai tepi tu. Duduk pun alas paper aje.


Ini budak kecik dok teringat2 air tu lagi. Ajak makan ajak ambik gambar semua tak nak.





Tak puas kot datang kejap je. Tapi boleh la setakat nak amik feel.






Dah nak pulang...


Singgah solat...


Isi perut. Sedap pulak makan dekat kedai ni.


Balik tu aku start rasa macam sejuk2 je satu badan. Macam nak demam. Padahal tak masuk air lansung. 3 hari jugak la seram sejuk je. Irfan pulak dapat pakej batuk n selsema. Risau jugak time tu sebab Khamis tu kami nak jalan jauh. Tapi alhamdulillah sempat baik Khamis tu =)

Wednesday, June 5, 2013

KFC Pon KFC Lah

04/06/2013 - Tues

Malam semalam pegi dinner dekat luar nak celebrate anniversary. Kekononnya nak pegi Chop n Steak Kg. Baru. Sekali tawaf sampai 3 kali tak dapat parking jugak. Punya la ramai orang even weekdays. Selama ni datang ramai macam mana pun mesti kitorang dapat parking. Last2 surrender cari parking n kitorang singgah kat KFC Pusat Bandar Damansara. Kalau tau awal2 baik pegi KFC dekat rumah je kan. Tu Irfan Naufal buat peace versi baru...hahahaha....


KFC pun KFC la asalkan pegi celebrate plus dapat makan. Padahal weekend hari tu baru je makan KFC. 2 hari before tu pun makan KFC jugak...hahaha. Selang 2 hari je. Makan KFC 3 kali dalam masa 6 hari. Tapi sebab dah lapar makan je la. Dah la nak pegi Kg. Baru tu agak jauh. Tawaf cari parking lagi. Pukul 10 lebih jugak baru dapat makan. Mana la tak lapar kan. Nasib baik jugak la ayam hot n spicy dah ada balik. Kalau yang Korean punya tu memang pitam la nak makan T_T


Peace before makan =)


Dah habis makan ayam jom makan kek pulak. Beli siap2 kek dekat Secret Recipe before pegi Kg. Baru. Berjaya jugak merasa kek Mango Delight ni. Biasa asik habis aje. 3 candles for our 3rd anniversary =)


Budak kecik yang excited tengok lilin ;)


Kasi chance Irfan tiup lilin. Satu2 dia tiup. Sungguhhh sopan =)


2nd round. Kitorang beli 2 slices. Kali ni Irfan tiup semua lilin sekaligus. Aku berlakon je tu. Suka aku tengok sebab time 2nd birthday dia hari tu memang blur2 je bila suruh tiup lilin. Last2 cousins dia yang tiupkan. Anak mama dah big boy la ni =)


Strawberry marshmallow cheese cake. Alhamdulillah kenyang makan. Irfan je yang tak nak makan sangat. Susah dah nak bagi dia makan sekarang. Kalau tak dulu asal nampak kitorang makan je semua dia nak jugak. Sekarang nak minum susu je. Merisaukan sungguh.


Sudah mau pulang. KFC pun dah lengang tak ada orang. Agaknya tunggu kitorang balik je dorang nak tutup dah...hehe...


Hari ni anniversary kenduri belah aku Papa Irfan kata. Esok belah dia pulak...hahaha...Tapi tak kan la tu pun nak celebrate jugak. Hover la tu kan :P

Tuesday, June 4, 2013

3rd Anniversary

Today is our 3rd wedding anniversary. Alhamdulillah dah 3 tahun melayari bahtera rumahtangga...eccehhhh...Macam2 dugaan dan ujian dah dilalui bersama sepanjang 3 tahun ni. Harap2 perkahwinan kami ni berkekalan ke akhir hayat. Aminnnn...



Gambar di hari kami sah menjadi pasangan halal. Muda belia je time ni :P


Semoga diri ni dapat terus jalankan segala tanggungjawab terhadap suami dan anak kami dgn sebaik mungkin. Semoga Papa Irfan juga dapat jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap kami dan menyayangi kami dengan seadanya. Terasa sungguh skema ayat2 dalam entry hari ni :P

p/s: Happy 3rd wedding anniversary to my dearest husband =)
 

Monday, June 3, 2013

Zoo Negara Show Amphitheatre

19/05/2012 - Sun

Sambungan jalan2 Zoo Negara. Dekat sejam lepak2 semata2 nak tunggu animal show dekat Show Amphitheatre ni. Memang 1 hari panas terik. Berpeluh sakan la memasing. Nasib baik Irfan tak meragam. Sibuk main kipas angin sembur2 air tu.


Peace yo!


Dah penat n mengantuk tunggu show yang tak start2.


2 beranak yang bercamwhoring tapi tak ajak T_T Dah lama sangat tunggu tu bagi Irfan layan Upin Ipin dulu. Siap nangis bila padam YouTube bila show dah nak start. Terus dia buat muka bosan...hahaha...


Show singa laut. Rasa biasa2 je lah show dia. Shake hand lepas tu tepuk2 tangan. Tu je la.



Yang ni lompat dalam gelung tu. Macam dah biasa jugak...huhu...


Lepas tu dia sambut gelung2 tu.


Emm lagi burung ni ambik duit dekat tangan. Kekononnya duit tu masuk tabung. So beratur la sorang untuk ambik gambar dengan burung tu which aku rasa sangat membuang masa semua orang. Masa ni ada yang dah bangun nak balik dah.


Last sekali singa laut ni main basket ball. Entah la tapi aku rasa memang show ni biasa2 je. Maybe sebab aku expect something yang lagi best n lagi banyak haiwan yang buat show. Memang agak tak berbaloi tunggu lama2 n berpanas semata2 nak tunggu show ni.


Before balik ambik gambar dulu dekat entrance. Bebudak ni kalau ambik gambar memang berdiri tegak je macam nak nyanyi lagu Negaraku...hehehe...


Spiderman dah sedap tido. Habis je animal show tu terus letak dalam stroller. Terus tido. Punya la penat beraksi satu hari ;) Memang berjalan je kitorang dalam tu. Kalau naik train memang tengok dari jauh je la haiwan2 dekat situ. Ni memang kitorang pegi tengok satu2. 


Overall ok2 je la trip to Zoo Negara ni. Nasib baik dekat. Just rasa fee tu macam tak sepadan je dengan apa yang kitorang dapat tengok dalam tu. Tu pun nasib baik tak naik train. Kalau tak lagi la tak berbaloi2. Lagi best Animal Safari dekat A'Famosa kot walaupun kitorang tak sempat tawaf semua tempat. Lepas ni kalau nak datang lagi pun maybe lepas 4 or 5 tahun kot...huhu...