nuffnang

Wednesday, June 26, 2013

PD Ostrich Farm

10/06/2013 - Mon

Sambung cuti2 PD. Disebabkan fee theme park yang mahal maka kami lepak2 saje di bilik sampai ke tengah hari. Perut dah lapar baru la nak keluar pegi cari makan. Dah sudah makan terus ke PD Ostrich Farm. Redah je la even tengah panas terik. Tak kan nak terperap dekat bilik je kan. Moh ler kita melawat cik ostrich ni ha sambil berpayung.


Kekonon nak payungkan Irfan tapi last2 mama dia pakai sorang sebab Irfan jalan laju je ke depan.




Dah namanya pun ostrich farm maka ostrich pun harus la banyak kan.


Chicken pun banyak. Oh aku pakai kasut Timberland yang beli hari tu. Macam kasut sekolah pulak. Pedulik. Yang penting rasa sangat comfy bila jalan. Like sangat2 =) Tapi time jalan2 tu berhati2 jugak la tengok tanah kot terpijak apa yang tak sepatutnya. Tapi Irfan pijak semacam je...hahaha...


Seronok betul dia. Susah dah nak jumpa ayam itik dekat bandar. So bila jumpa tu memang excited lebih.



Kambing pun mengembek2 panggil Irfan. Kemain glemer uols!


Ada banner stop kejap ambik gambar.


Bab2 nak ambik gambar terus hilang excited.


Jumpa camel in person...hehe...Kalau dekat Zoo Negara tu pun ada. Tapi camelnya dok jauh sebatu.


Donkey pon ada...Buat peace pun mata dah pandang ke lain.


Memang lengang je tempat ni. Yang jalan dekat2 dengan kitorang pun ada 2 orang Chinese je. Orang yang jaga tu cakap time weekend memang ramai orang datang. Dekat kedai pun sampai penat melayan.


Ada turkey bersepah2 dekat luar. Habis kena kejar dengan Irfan :P



Dekat sini patutnya boleh tunggang ostrich tu. Untuk budak besar sket je la Besar Irfan ni still tak lepas lagi. Tapi time kitorang datang tak ada orang jaga pun. Maybe sebab weekdays. Orang pun tak ramai.


Boleh pegang2 rabbit dengan sesuka hati.


Dekat2 nak keluar tu ada tempat souvenir n tempat makan. Kitorang minum air je la since baru lepas makan. Panas2 macam tu cepat je rasa haus. Padahal dah nak balik kot. Nak jugak minum situ :P Ada satay ostrich. Burger ostrich pon ado. Tinggal sanggup ke tak je nak telan :P


Ni orang yang paling haus dan lapar ;)


Satay ostrich. Order secucuk je...hahaha...Secucuk pun dah RM 1.70 tau. Aku memang awal2 tak boleh telan la satay ni. Dah la baru je tengok ostrich lepas tu nak makan satay dia...huhu...Kalau tak tau ok lagi. So Irfan n papa dia je la makan. Irfan memang peminat satay. Bukan dia tau pun satay apa kan. Lagipun Papa Irfan cakap sama je lebih kurang dengan satay daging lembu tu.


Dekat area tempat makan tu dia letak sebijik telur ostrich. Silap sebab aku tak ambik gambar full. Memang untuk orang pijak telur ni. Boleh test telur tu pecah ke tak. Besar kot telurnya. Keras lagi. Agaknya kalau baling pun memang tak pecah.


Before keluar singgah akuarium dulu.


Bergambar dengan dinosaur yang dah kudung T_T


Tak besar mana pun Ostrich Farm ni. Tapi kitorang enjoy je. Irfan pun excited. Mama dia lagi excited bila tengok Irfan excited...hehe...Sangat berbaloi2 sebab dapat tengok semua dari jarak dekat. Macam kitorang bayar RM 10 sorang sebab tak masuk Dinosaur Playground tu. Kalau nak masuk bayar RM 13. Dalam tu pun just ada patung dinosaur yang besar2. Untuk ambik gambar je ok la.


Lepas tu kami round2 PD. Makan lagi then terus ke pantai.


Irfan mandi la kejap. Sibuk nak main pasir je. Pantai pun lengang. Kitorang je yang conquer...hehe...


Memang dah jadi fevret budak kecik ni dah main pasir. Dekat pantai je la boleh kasi chance macam ni.


Aku jadi penonton je dari jauh :P


Dah nak balik. Ingat nak posing sorang2. Tetiba Irfan datang. Pandai pulak nak jeles mama dia bergambar sorang2 :D


Yela2. Kita bergambar 2 orang =) Time nak balik tu ada drama sikit. Irfan tak nak balik. Marah betul bila simpan alat korek2 pasir dia tu. Menangis beria pulak tu sampai tersedu2. Susah jugak la nak pujuk lepas tu T_T


Lepas bercanda di tepian pantai tu ingat nak gi makan terus. Sekali dah 2 beranak badan pun berpasir, terpaksa la balik bilik dulu mandi manda. Dah siap lepas Maghrib jugak baru keluar. Bermisteri nusantara lagi la kami T_T Nasib la kat kedai makan memang lengang je orang. Boleh makan dengan aman bahagia. Kalau datang time weekend silap2 dah habis segelas air pun tak tentu dapat makanan lagi. 


Esoknya golek2 sampai tengah hari then check out. Gitu la cuti2 PD kami. Sini je dekat. Senang. So far cuti2 dalam Malaysia je kot. Insya Allah kalau ada rezeki next year nak la terbang luar Malaysia pulak kan =)

Monday, June 24, 2013

Anniversary Getaway

09/06/2013 - Sun

Cuti2 makan angin 2 minggu lepas tapi baru nak update. Kekadang bila tak ada idea memang blur betul nak start cerita. Hari tu kami ke PD lagi. Tu pun sebab aku yang gatal tangan pegi beli voucher dekat Groupon. Beli voucher 3D1N stay at Tiara Beach Resort PD. 1 malam RM 88. 

Terpaksa ambik cuti 2 hari sebab nak dapatkan rate murah. Untuk sehari je la murah sebab Ahad dikira weekend lagi. So kena la topup RM 50 untuk hari Ahad tu. Ni bilik kami. Family studio katanya. Tapi sebab open concept kami pegi bertiga je la. Ada 1 queen n 1 single bed.


Ada double decker bed ni jugak. Tempat tido Irfan...Memang tak ada maknanya la kan sebab last2 memang dia akan menyelit dekat mama n papa dia jugak. Memang puas la Irfan berlari sana sini dalam bilik ni.


Lepas je check in kami terus ke pantai. Memang dah petang sangat dah sebab bertolak dari rumah pun lambat. Sempat singgah window shopping dulu kot before tu :P Irfan macam biasa lagi excited main pasir dari main air.


Aku dok tepi je jaga barang2. Tengok 2 beranak main pasir. I just love beach! Dapat tengok pemandangan je pun dah cukup best =)


Hari Ahad orang pun dah tak ramai. Lengang je pantai.


Singgah pantai tak lama pun sebab dah nak senja. Before azan dah gerak. Terus cari tempat makan sebab kalau balik bilik confirm dah malas nak keluar sebab area Tiare Beach tu macam tak banyak kedai makan. Nak datang Pantai Cenang pun 9km baru sampai. 


Cerita pasal bilik kitorang tu memang agak menyesal jugak la stay dekat situ. Dah la kitorang datang tu weekdays. So memang lengang je kawasan tu. Nak naik bilik pun dah ala2 misteri nusantara. 1 floor tu macam kitorang bertiga je yang ada. Dengan koridor yang suram muram tu. Memang agak saiko jugak la rasanya.


Actually motif stay sini ingat nak pegi theme park dia. Orang cakap best. Sekali tanya 2 session pagi n petang RM 55 sorang. Terus tak jadi pegi. Kalau bawah RM 30 tu kira ok lagi la kan. Tak silap dulu free je kot masuk theme park ni as long as stay dalam ni. Tapi sekarang Tiara Beach ni pun dah tukar management. Signboard pun dah tulis Best Western. 


Ni tempat parking bawah blok. Entah macam mana kitorang boleh dapat blok paling hujung sekali. Sebelah hutan pulak tu. Dengan tak ada lampu jalan lagi. Waaaa serius tak nak datang sini dah. Really not recommended especially yang plan nak datang weekdays macam kitorang T_T


View dari luar blok. Nampak macam not well maintained je. Usang semacam. Tapi ada blok yang nampak baru. Before balik pun kena snap gambar bilik n email dekat orang tu. Kena make sure condition adalah sama before n after. Lepas tu mula la rasa macam tak hygiene je bilik tu. Entah2 tak ada orang datang kemas pun. Tau2 orang lepas kitorang check in terus ke kan. Entah2 cadar pun tak basuh T_T 


Memang the worst experience la stay dekat sini. Hotel2 yang lagi murah pun tak seteruk macam ni kot. But still kitorang ada aktiviti2 lain yang best kat PD di sebalik our nightmare stay at this place =) Just tak tau nak pegi ke tak guest room dekat Melaka lepas ni sebab bila beli 2 voucher hari tu dapat free 1 night stay kat Melaka pulak...hurmmm...Takut lebih kurang sama je sebab under 1 management T_T

Thursday, June 20, 2013

Kenduri + JPO Trip

01/06/2013 - Sat

Lepas ke Legoland esoknya kitorang singgah kenduri area JB jugak. Kenduri kawan MIL. So memang bermalas-malasan dulu la pagi tu. Breakfast coupon pun tak pakai sebab malas nak turun. Sebab kalau turun breakfast confirm lepas tu Irfan tak nak tido dah. Sanggup burn coupon sebab nak tido lajak sikit...hehehe...Badan pun dah sengal2 je rasa. Tapi tak seteruk naik roller coaster dekat Genting n Times Square kot. Tu siap tengkuk tak boleh gerak esoknya. Lepas tu terus demam T_T


Irfan buat muka bosan. 


Papa Irfan buat muka pelik pulak T_T


Peace. Abaikan muka aku yang macam2 tu. Ingat tak masuk kamera sekali :P


Sekali peace terus bagi 5 jari =)



Sama tapi tak serupa.


Last2 tertido jugak budak kecik ni. 1st time tido time pegi kenduri. Lama jugak kitorang dekat situ. Sampai dekat pukul 1. Pukul 4 baru balik. Tunggu MIL jumpa kawan2 lama dia. Ala2 reunion dorang jugak la. Kawan2 time study dulu. Maklum la dah lama tak jumpa kan.


On the way balik singgah JPO. 2nd time for us. Aku dah transform time ni. Tak boleh la pakai baju kurung lelama. Lagipun pakai baju kurung nampak kurus sangat ai nih :P Dekat JPO kali ni tak bergambar sangat sebab sibuk keluar masuk kedai je. 


1st time datang JPO beli 1 barang. Kali ni beli 6 barang terus...wehoooo...Nasibla tak datang selalu. Beli 3 barang 1 kedai pun sebab beli 3 baru dapat murah sikit. 1st time beli VS ni. Macam la dekat KL tak ada kan. Balik2 tengok kat KL pun promo sama jugak. Masa dekat JPO jugak entah macam mana pegi masuk outlet Timberland berkenan giler dengan 1 kasut ni. Sekali tak ada saiz daaa. Balik tu dok teringat2 pulak dekat kasut tu T_T


Esoknya kami keluar lagi akibat tak puas hati tak dapat beli kasut Timberland dekat JPO. Mula2 cari dekat outlet Timberland memang hampa sebab kasut tu tak ada. Sekali pegi Parkson ada la pulak kan. Harga pun sama macam dekat JPO punya. Terus berbunga2 je rasa. Siap jumpa lagi sepasang yang lagi cantik. Tapi tak ada saiz pulak. So beli je yang mula2 tu. Tu pun beli yang display punya. Memang sepasang tu je yang tinggal. Tak pernah2 aku beli kasut yang display punya. Biasanya kalau berkenan sangat pun kalau tau je benda tu yang display punya confirm aku letak balik. Tapi kali ni ambik jugak. Takut nanti balik teringat2 pulak kan :P


Muka happy dah dapat kasut. Papa Irfan belanja. Thank you papa =) Gelap nya lahai muka aku dalam gambar ni. Memang la selama ni kulit pun tak berapa nak cerah. Tapi balik dari Legoland macam lagi terserlah pulak kegelapan itu T_T

Irfan pandang slack pulak. Nape la papa n mama saya ni. Dekat sini pun nak ambik gambar ke??


Oh gambar kasut lupa pulak nak snap. Dah rasmi dah pun. Best sebab kaki dah tak melecet n boleh jalan laju2 sikit...hehe...Kasut Jelly Bunny beli hari tu pun tak boleh pakai sebab melecet. Memang kaki ni kena pakai sandal jugak kot. No kasut or heels for family outings T_T

Tuesday, June 18, 2013

Legoland: Miniland

31/05/2013 - Fri

Last resort is Miniland. Dah pukul 6 lebih time ni. Tapi still panas. Badan pun dah lunyai seharian berjalan je hampir non stop.


Senyum pun macam dah tak lalu...huhu...


Mana yang sempat je ambik gambar. Tak habis belek satu2 pun building miniature dekat situ.


Taj Mahal. Semua landmark yang ada dekat Asia Tenggara ni dorang buat dari lego. Sangat kagum. Berapa lama la agaknya dorang siapkan semua tu kan.


Singapore...


Ni tak tau la kontena dekat mana.


KLIA...Kalau tak silap tiap2 building  ada je something yang bergerak. Kiranya bukan semua benda statik la  kat sini. Macam KLIA ni ada flight or lori yang bergerak. So budak2 pun suka tengok.



Masjid Putrajaya...



Tasik Putrajaya...


Ni tak tau la negara mana. Tapi orang tu menari2.


Laos tapi tak tau la buiding apa...


Banyak la lagi miniature yang ada. Sebab dah penat sangat memang tengok pun sekali lalu. Ada tempat yang tak lalu pun.


Sudah mau pulang...




Us...Semua ada except Papa Irfan yang tengah ambik gambar...


Pukul 7 lebih kitorang dah gerak balik. Time cuti sekolah Legoland bukak sampai pukul 8. Tapi dah tak lalu la kan nak round lagi sampai pukul 8. Balik tapau KFC je makan dekat bilik ramai2.


Ni gambar dekat Dino Island. 2nd round punya. Teruk kena simbah air sebab dekat belakang ringan. Nasib baik la tak pakai shawl. Kalau tak, tak tau la macam mana rupanya. Mula2 tak berani pakai shawl sebab takut bila naik roller coaster kang bila turun tinggal inner je. Tak ke naya :P  Dalam gambar tu aku beranikan diri je angkat tangan. Kalau tak kena pandang slack dengan Papa Irfan :P Tak sporting katanya. Untuk cantikkan gambar angkat je la walaupun rasa macam nak terjatuh ke bawah je T_T


Project X 2nd round jugak. Pegi lagi sekali before balik. Tinggalkan Irfan kejap dekat playground dengan pak cik dia. Agak2 dia tengah leka main kitorang pun cabut lari. Background pun dah gelap sebab dah dekat pukul 7 kot. Dengan sun burn nya. Memang berkilat habis muka. Sekali tengok dah macam 1 family ngan orang belakang. Pakai sun block pun macam tak ada effect dah...hahaha...Kulit aku ni jenis senang gelap. Kena panas sikit je dah mula la nak gelap T_T

Tu bukan aksi romantik nak pegang2 tangan ok. Tu kononnya berani nak angkat tangan. Sekali bila tengok bawah terus rasa gayat. So secara automatik terpaut tangan Papa Irfan...hehehe...Korang yang tak pernah try angkat tangan time naik roller coaster boleh la try lepas ni ye :P


Map Legoland. Awal2 lupa nak letak. Macam kitorang hari tu start dari belah kanan, Lego City. PIL n adik2 start dari Lego Technic. Tu yang jumpa dekat tengah2 tu. Miniland dekat tengah2. So boleh pegi bila2 je. Tapi sebab time kitorang datang tu panas je sepanjang hari so Miniland jadi tempat last kitorang pegi.


Overall best la jugak Legoland ni. Tapi of coz la USS lagi best kan. Tak boleh nak compare kan sangat la sebab tu 2 tempat yang totally different. USS meriah sebab banyak ride n show. Movie character pun keluar masuk. So memang rasa meriah. USS pun lagi besar kot. Lepas ni bila Irfan dah besar sikit kena la datang Legoland lagi. Baru la banyak benda sikit dia boleh main. Round kali ni bagi mama n papa dia rasmi dulu ;)