nuffnang

Friday, October 18, 2013

Raya Haji 2013

15/10/2013 - Tues

Mari update cerita raya sebelum menjadi basi. Nasib baik la ada jugak gambar sikit. Tu pun ambik gambar laju2 before nak keluar beraya ke Shah Alam. Irfan kalau dah dapat susu memang apa pun tak layan la kan.


Dengan cousin dia Ammar Yassir. Tua 6 bulan Ammar ni. Irfan nampak tinggi sikit walaupun susah benor nak makan. Harapkan susu je la T_T


Nama je raya haji beraya side parent aku dulu tapi dari pagi memang pakai baju burok je duduk dapur. Dah nak keluar baru la reti nak tukar baju elok sikit.


Tak ada nak dondon2 dah. Nasib la warna apa yang ada. Baju Irfan pun pakai yang hari raya puasa hari tu punya je. Sementara padan lagi ni. Harapkan raya je la kan nak berbaju melayu.


Irfan dah lari meh ler ambik gambar berdua pulak =)


Anak2 sedara yang ada. Petang baru complete semua. Irfan time ni ngelat tak nak ambik gambar. Dok sepah2kan kotak2 dekat tepi tu. Termasuk pulak gambar ai yang tengah cekak pinggang tu :D


Dah nak sampai Shah Alam Irfan dah sedap tido dalam kereta. Bawak masuk dalam rumah mak cik pun still tido lagi. Orang semua dah nak balik baru la dia bangun. Tunggu dia makan satay 4 or 5 cucuk then baru balik.


Macam2 gaya makan satay. Nasib baik la ada satay. Memang fevret Irfan. Nak suruh makan makanan lain memang susah sikit.


Balik rumah mak cik singgah rumah in law dekat Shah Alam pulak. Before tu dah jumpa sekali dekat rumah mak cik. Tapi Papa Irfan nak singgah makan masak lodeh pulak. Nanti la one fine day nak try buat. Suka sangat makan masak lodeh kan.


Balik Gombak sambung makan bihun sup pulak. Ni sorang sikit masak lepas kitorang keluar beraya ke Shah Alam.


Ni aku masak pagi tu. Hari raya masak pasta goreng...hahaha...Kekononnya buat alas perut untuk yang datang pagi tu sebab mak memang tak larat nak masak apa2. Yang ada lemang n rendang. Nak tunggu anak menantu lain yang datang petang baru sampai. Kalau semua datang pagi2 boleh la gotong royong masak apa yang patut...huhu...Kesian mak.


Kek batik pun aku buat. Kira Papa Irfan la conquer. Suka sangat pulak dia nak buat kek2 ni. Ni kek simple je so rajin la nak buat sekali sekala.


Ha ni bukan menu raya. Sambal tempe n ikan bilis. Ni malam tu baru aku buat. Entah kenapa tetiba rasa nak makan so buat je lah. Untuk makan dengan nasi esok2. Papa Irfan cakap dah boleh buat jual. Tapi tak nak la kacau bisnes tempe orang lain pulak kan...hahaha...


Memang sangat simple raya haji kami. Tak ada masak menu beria2. Makan nasi putih macam hari2 biasa. Raya pun tak ambik cuti extra. Harapkan cuti hari Selasa tu je la. Esok sudah weekend. Asal update je mesti dah nak weekend. Dah susah nak update lebih dari sekali dalam 1 minggu. Enjoy ur weekend peeps!  

Friday, October 4, 2013

Entry yang Terperam Sekian Lama

31/08/2013 - Sat

Ohhhoiiii cerita jalan2 Penang lama betul dah kena peram. Ni la entry yang dah berapa kali update tapi tak siap2 jugak. Gambar banyak sangat terus jadi malas nak update. Last2 basi begitu sahaja. Alang2 tengah tak ada benda menarik boleh dicerita maka hari ni jadi rajin pulak nak update. Lepas wedding cousin Papa Irfan dekat Perak tu (dah selamat di'update' hari tu), singgah rumah opah kejap then terus ke Sg. Petani. Bermalam dekat Hotel Seri Malaysia. Macam biasa sampai2 tu Irfan pun bz buat spot check :P



Cukup luas untuk Irfan berlari ke sana sini


Sangat seronok sebab dorang ada provide iron n iron board sekali. Paling best siap ada sejadah. Walaupun biasanya kitorang travel memang akan bawak sejadah tapi kira kagum jugak sebab biasanya hotel tak sediakan pun. Kekadang tu terlupa nak bawak jugak.


TV pun best sebab ada astro kan. Yang penting ada cerita kartun untuk Irfan. Terasa excited sebab last sekali pegi Seri Malaysia dekat JB lansung tak best. Terus tido 2 malam dekat hotel ni walaupun plan asal 2nd night nak tido dekat Alor Setar pulak. Malam tu sempat keluar makan mi udang je dengan makcik n family. Siap singgah rumah pulak sambung borak2. Parent ada event dekat tempat lain.


Esok pagi breakfast dekat bawah. Irfan kemain tak nak dok diam. So makan pun ala kadar je la.


Lepas breakfast terus ke Alor Setar. Mak nak cari barang dekat Pekan Rabu. Kitorang follow je la since tak pernah sampai sini lagi pun. Aku pulak dari malam dah start demam. Hidung pun sokseksoksek. Kepala pun berat. So sepanjang jalan aku memang tido je la macam orang pengsan. Tau2 dah sampai.


Balik dari Alor Setar terus sambung tido lagi. Memang tak menahan sakit kepala. Dah petang sikit ajak parent keluar pegi Penang tapi dorang dah penat. So kitorang bertiga je la pegi. Irfan sempat tido sementara nak tunggu feri.


Saje nak bawak Irfan jalan2 naik feri. Dulu last datang dia kecik lagi.


Sori gambar blur. As usual kamera biasa2 aje. Time ni baru lepas hujan. So angin yang bertiup tu memang mencucuk2 la rasa. Tambah2 tengah demam.



Pegi Penang naik feri malam2 dengan demam lagi adalah semata2 sebab nak pegi makan dekat Padang Kota. Teringin nak makan pasembor ngan sotong kangkung. Kalah orang mengidam kekadang tu kan...hehehe...


Memang nikmat la bila dapat makan tu. Dekat KL ni susah nak cari. Kalau ada pun tak berapa nak sedap. Lepas tu beli laksa. Sedap lagi laksa dekat pasar malam depan rumah kot T_T


Pasembor pun harus order. Ni pinggan 2nd ok. Dah makan habis sepinggan rasa tak cukup lagi pulak. Before balik tapau kerang bakar. Takut kang balik teringat2 :P Before balik hotel singgah rumah mak cik lagi sekali. Siap dapat kuih raya 2 bekas...hehe...Padahal raya dah nak habis kot time tu. Dan terjebak jugak beli tudung 3 layer dengan makcik ku T_T


Esoknya breakfast dulu. Dah buffet tu memang makan sampai kenyang la. Irfan pulak sedap tido kat atas. Nasib baik ada Mak Tok dia boleh tolong temankan. So boleh la makan lama2 sikit...hehe...


Last day kitorang singgah rumah makcik2 n sedara2 yang lain. Kira berhari raya sekali la walaupun dah hujung2 kan. Malam baru sampai KL.


Habis dah entry panjang berjela ni. Nak jugak update. Boleh buat kenangan nanti2 =) Esok dah cotiii...Tak ada perancangan yang menarik dalam kepala. Tapi macam biasa ada la pasang angan2 nak ukur shopping mall :D Enjoy your weekend peeps =)


Wednesday, October 2, 2013

Jom Like Page Sapphire Glam Closet

Kembali bersiaran. Lemau betul nak update belog. Update sekerat2 lepas tu stop. Dari last week buat satu entry pun tak siap2 :P Sebenarnya nak share dengan korang ni. Aku dengan tak semena2nya telah buat bisnes online...hehehe...Macam tak percaya. Entah la tetiba rasa nak jual baju pulak. 


Ni antara baju2nya. So far ada maxi dress, lace dress, cardigan, mermaid skirt dengan kemeja. 


Tengok model pun tau model tak bertauliah...hahaha...Nak suruh sape lagi jadi model kan. Terpaksa la jugak walau kaku2 pun :D Muka tak mau masuk sekali la. Ai kan pemalu...hihihi...


Actually idea datang sebab dah banyak lebur duit beli baju2 online. Lepas tu bila online shop favourite tak update je mula la tak senang duduk...hahahaha....Tu yang rasa baik update sendiri. Dapat jugak tengok baju2 cantik. Tapi kalau tak ada orang nak beli jenuh jugak la nak pakai sendiri T_T


So nak mintak jasa baik korang like FB page Sapphire Glam Closet ye. Boleh jugak lawat blog ni http://sapphireglamcloset.blogspot.com/. Jasa baik korang2 amat2 la dihargai. Sebagai tanda penghargaan korang cakap je la korang reader blog Cuna. Nanti boleh dapat 10% diskaun ;) Kalau nak like aje tak nak beli pun boleh. No paksa2. Mana la tau kan kot esok ke lusa ke tahun depan ke ada baju yang berkenan di hati boleh la shopping ;) Thanks a lot for your support! =)

p/s: Kalau nak promote/share dengan kawan2 or family korang sangat2 la dialu2kan ;)

Friday, September 27, 2013

Beriadah

21/09/2013 - Sat

Beriadah di hujung minggu...Tapi gambar makan aiskrim...hehehe...Masa ni dah puas main dekat playground tu sampai dah berpeluh2. 


1st time bagi Irfan makan aiskrim sendiri. Kalau tak before ni bagi pun rasa sikit2 je. Risau kalau dia batuk or selsema pulak nanti. Alhamdulillah balik tu ok je. Just kelmarin dia selsema pulak. Tak tau la sebab makan aiskrim or sebab benda lain...


Rambut tu dah mengerekot panjangnya. Sekarang dia dah fobia nak gunting rambut pulak. Kalau tak rilek je. Peace dengan best still share jari yang sama....hahaha...Best tu baru2 ni dah pandai buat pakai ibu jari. Just lagi cepat keluar jari telunjuk je :P


Tadaaa...Rambut dah pendek...Sakan mengamuk time kena gunting rambut tu. Nasib baik ada sorang dua je customer dalam tu. Hasilnya rambut dekat depan tu senget benget jadinya sebab Irfan dok gerak2 T_T


Ni kira kasi upah la sebab dah berjaya gunting rambut. 


Kereta tu bosan giler. Dah la tak ada muzik lepas tu gerak sikit je. Langsung tak meriah...huhu...


Lepas tu round2 kejap bagi Irfan stretching sampai puas. Maklum la biasa kalau jalan2 letak dia dalam stroller je. Now dah besar kemain lagi protes bila kena letak dalam stroller or car seat.


Esok dah weekend. Hoorayyy2! Enjoy ur weekend peeps =)

Wednesday, September 25, 2013

Happy Time!

14/09/2013 - Sat

Terasa begitu lama tak update belog. Sesungguhnyaaa masa amat mencemburui diriku ini...hehe...Gini la kalau project tengah on. Memang hidup pun jadi tunggang terbalik. Time tido pun dok teringat2 kerja yang tak siap lagi tu T_T Memang kena bersemangat waja sikit sekarang sebab dah tukar team. Banyak benda baru kena belajar. Belajar sendiri pulak tu. Bila time macam ni mula la berperasaan nak cari kerja lain. Kena la bertabah selagi servis masih diperlukan. Malas nak pegi interview sebenarnya....hiks!

Ni gambar weekend 2 minggu yang lepas kot. Budak kecik yang dah pandai posing. Entah macam mana elok pulak dia nak pakai spec. Kalau tak memang campak tepi je. Lepas tu siap tido pun nak pegang spec. Nak ambik pun tak bagi.


Entah kenapa terlebih rajin nak bergambar. Dalam kereta pulak tu. Tambah2 bila dah bawak digi cam. Makin menjadi2 pulak ken :P


Abaikan Mama Irfan yang tersengih lebar tu. Suka hokey bila dapat keluar jalan2. Bukan selalu dapat happy2 gini. Kalau tak stress je memanjang hari2 dok mengadap laptop siang ke malam.


Ber'color blocking' sekali sekala ;)


Papa Irfan layankan je laaa...


Tido pun nak hensem2. Yang kelakarnya mula2 tengah tido tu pegang je spec tu. Tetiba terjaga amik spec pakai lepas tu boleh sambung tido balik...hahaha...Buat lawak di petang hari betul :D


Ok dah boleh sambung buat kerja. Banyak benda nak update tapi tak kesampaian. Rindu betul nak berpotpetpotpet dekat blog ni walaupun tak ada orang nak baca sangat...hahaha...

Friday, September 13, 2013

Wedding Yayak & Wedding Sakinah

Update cerita kenduri. Tak dapat pegi open house raya dapat pegi kenduri  pun jadik la kan :P Dah tak ingat bila tarikhnya. Yang pasti bulan lepas. Kenduri Yayak. Member time study dekat Perak dulu. Rasa macam nak balik kampung je datang rumah Yayak ni sebab jauh. Dekat Kuala Selangor. Hampir sepanjang jalan memang hujan je.

Yayak and wife in pinkish. Tanya Papa Irfan sanggup tak kalau kena pakai baju kaler macam tu laju je geleng kepala...hahaha...Cantik apa sesekali pakai baju shocking pink ken ;) Yang tak bestnya tak jumpa pun kawan2 perempuan. Yang datang hanya kaum lelaki saje. Yang perempuan pun wife masing2. Rindu nak borak2 dengan kawan2 lama T_T


Next kenduri dekat Perak. Yang ni ingat date sebab Hari Merdeka. Wedding cousin Papa Irfan. Terkial2 dah petang baru sampai...hahaha...Biasa kitorang. Kalau jalan jauh tu kalau boleh semua RnR pun nak singgah :P


Letak 2 gambar. Sebab seronok tengok Irfan buat peace dengan rela hati nya. Biasa paksa rela :D


Balik kenduri singgah rumah Opah then terus ke Penang. Edisi jalan2 before raya habis ;)

Tuesday, September 10, 2013

Retake Raya

16/08/2013 - Fri

Rasa dah agak lama tak update blog. Sebulan ada kot. Yang penting lebih lama dari biasa lah. Raya dah habis dah pun. Part yang tak berapa best raya tahun ni memang tak ada satu pun jemputan open house :( Jeles jugak dengan orang yang sehari je pun dah dapat berbelas2 open house invitation. Tak apa la tak ada rezeki tahun ni. Nak buat open house sendiri tak ada bajet pulak. Rumah pun bukan rumah sendiri.

So minggu kedua raya kitorang beraya dekat rumah mak cik saje. Tu pun sebab awal2 raya memasing balik kampung. Balik dari kampung adik beradik sambung beraya dengan saudara mara dekat KL pulak.


As usual Irfan la yang jadi perintis. Awal2 elok je budak2 ni dok diam makan kuih raya. Datang Irfan start main2 semua pun join. Berlari sakan ke depan ke belakang. Sementara nak balik bermandi peluh la dia...huhuhu...


Balik tu kekononnya retake gambar raya...hahaha...Pakai baju 1st raya siap2 semata2 nak bergambar balik tu :D



Nyanyi lagu Negaraku :D


Penat kejar anak bujang nak ambik gambar dia sorang. Gini la hasilnya...


Bila dah terkena flash. Shine bright like a diamond... :P



Abaikan la tudung yang dah hancur musnah tu. Betulkan pun sama jugak dah main kejar2 dukung Irfan lagi. Nak jugak ambik berdua. Kena sound dengan Papa Irfan sebab request nak ambik gambar berdua. Nak tiru orang kononnya. Kan dekat FB banyak orang letak gambar camwhoring gini. Actually dah lama berangan tapi bila time raya macam segan nak bergambar lebih2 sangat :P


2 minggu kebelakangan ni sangat bz. Bukan la nak merungut sebab orang lain pun bz jugak kan. Just terasa kadang2 tu macam dah terdaya bila kena stay up sampai 3 or 4 pagi nak siapkan kerja. Lepas tu pulak ada je yang tak puas hati. Macam ni la rutin kerja aku. Kalau project tengah on memang bersengkang mata la. Nak pegi toilet pun tak sempat T_T But still...I love my job =)