nuffnang

Saturday, September 19, 2009

Raya Mode

Minggu last puasa, aku jadi makin bz. Sume keje nak kena settle kan b4 pass kat orang lain. Memang tak cukup tangan nak buat menyebabkan kene balik lambat. Disebabkan tak nak nangis bukak puasa kat ofis sorang2, aku telah memaksa meor datang n teman aku berbuka. Huhuh.

Malangnya hujan memang lebat giler hari tu. Hasilnya mesti la jem yang amat dasyat di merata-rata tempat. Dannnn buat pertama kali nya dalam bulan puasa ni kami berbuka puasa dalam kereta ngan menelan air liur saje. Meredah jem hinggalah sampai ke tempat yang dituju. Teringin sangat nak makan RasaMas. Sampai2 dah penuh. Pusing2 beli la sushi fevretku buat alas perut.

Dah kul 8.30 baru dapat masuk.Kami order Ramadhan special set. Menunggu makanan sampai ngan penuh sabar. Perut dah nyanyi macam2 lagu raya :D


Nikmat tul dapat makan ayam percik. Cicah pulak ngan sos cili. Perghhh. Speechless.


Air sirap selasih yang tak berapa sedap kat tekak ku ini. Tipu je. Bukan sirap selasih tapi ribena selasih. Masam yang hamat. Lupe letak gula ape


Karipap gemok yang sedap. Tinggal satu je. Aku dah sambar dulu sebab kelaparan mengatasi segala nya. hehehe


Tak pernah jumpa karipap gini. Sedap sebab banyak isi. Siap ade telur goreng lagi dalam tu.


Dapat beberapa biji kurma. Kira ok la kalo nak di compare kan ngan yang kat pizza hut hari tu. Kering kontang.


Makanan tak sampai sume pun aku dah start dulu. Tak sempat dah nak tunggu :P



Nak la jugak amik gambar wlaupun dah kepenatan.


Oh ye. Ada orang dah berwajah baru. Spec pre-raya

Tengah2 makan waiter Rasamas tu letak something atas meja. Tapi tak heran sangat time tu sebab aku sedang bz menikmati hidangan berbuka. wahaha. Rupa2 nya kalau order set Ramadhan special tu dapat mende ni free.

Abis licin licau kitorang makan. sedapppp. Alhamdulilah dapat jugak merasa set ni b4 abis promotion. Ni last makan kat kedai b4 cuti raya.


Memula ingat dapat gelas free. Rupenye mini measure cup. Comel je. Macam menarik boleh dibuat sukat macam2.



Raya mode. So nak wish kat korang2 SELAMAT BERBUKA buat kali terakhir dalam bulan Ramadhan ni n SALAM AIDIL FITRI. Selagi tak raya selagi tu la aku nak wish.

Thursday, September 17, 2009

Home Made vs Tunjuk-tunjuk

Akhirnye berjaya buat 3 jenis biskut raya. 4 actually tapi lagi satu tu jadi assistant akak aku je. Lepas melihat kegigihan aku buat choc chips hari tu ade orang datang hulur kan bantuan. Huahuahua. My sis in law siap angkut oven die nak datang buat biskut same2. AMy sis pun same join venture. Dah dorang nak upah aku buatkan utk dorang aku tak mo. Uiii tak dapek la. Lain la kalau aku ni suri rumah tangga. Ni keje pun sampai sengal2. Kepala pun asik ting tong.


Disebabkan tak larat nak buat dah lain2 jenis so kene la beli kan. So boleh tunjuk mana nak pastu amik. Senang je. Tak payah tunggang terbalik nak membuatnye.

Tapi tu la. Jauh beza beli ngan buat sendiri. Beli agak mahal tapi balang nye halahaii comelll je. N rasenye tak tau camne except memang dah biasa beli. Kalau buat at least dapat la 2 balang besar tu. Tu aku snap satu balang je. Beli pulak senang je. Bayar zasss dah dapat. Jimat masa. Depend jugak pada individu, masa, kos hape sume tu.


Biskut home made vs biskut tunjuk2. Which one yang korang prefer di hari raya ni? Aku kene la buat eksperimen raya ni tengok yang mana habis dulu ;) Jom tengok biskut ape yang aku sediakan utk raya kali ni. Dari kiri cepattttttttttt jalan!! From left: Choc chips, Biskut Arab, Biskut Nestum, Tart Nenas, Mama Carries n Semperit.


To all my frens, Selamat menyambut hari lebaran. Selamat menjamu segala jenis biskut raya, ketupat, lemang, rendang dan yang seangkatan dengan nya di hari raya nanti. Enjoy ur hari raya :)

Wednesday, September 16, 2009

Duit Raya

Oh lagi 2 hari nak raya. Tapi aku cam tak de perasaan pape pun sekarang. Tengah gigih bekerja. Cuti pun tak boleh apply extra b4 raya ni. Kene keje hingga titisan air mata terakhir. Huwaaaaa.

Malam tadi kemas2 almari tetibe jumpe sampul duit raye. Adoii sampul duit raya pun tak siapkan tak lagi ni. Last year shopping2 ade la jugak dapat sket. Bulan ni dah la lansung tak shopping. Wahhh baru aku perasan bulan ni tak shopping lansung even window shopping. Kagum ngan diri sendiri :P Bile nye ni nak g shopping keje menimbun.

Ni ade 2 3 keping je sampul duit raye. Siap ade balance duit raya tahun lepas lagi dalam tu. hehe. Ni kalau tambah lagi 10 pun belum tentu cukup. Bukan belum tentu lagi dah. Confirm tak cukup ! As usual tiap2 tahun penerima duit raya makin bertambah. Disebabkan aku pun dah lost track kene la tengok balik gamba yang the latest. Jom kira! Ni dia barisan candidate yang dah standby nak mintak duit raya nanti ;P

Team bola sepak

Team masak-masak (sila abaikan background ye)

Dah kira dah bape? Hmm senang sket nak keep track kalau tengok gambar. Ni pun 2 orang missing an action. So sume sekali 18 orang. Last year 16 orang. Next year maybe 20 orang or lebih. Huhuh. Eh cam nampak RM RM je kat mate dorang. Ahahaha. Alaaaa duit raya pun tak tukar lagi niii. Nak cutiiiiiiiii. Kejam tul bos ni. Tau la die tak raya. Dah ler gaji tak dapat awal. Bonus jauh sekali. Huh ! Oh ye. Baju raya pun aku tak de tahun ni. Sedey tul. Tak sempat dah nak pikir.

p/s : Mesti dah ramai yang start cuti kan. Okay aku nak wish siap2 la. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin. 0-0 yer. Happy holiday !!! From cuna n meor. Sob sob aku je yang kene gigih bekerja lagi :(

Posted by cuna: disebabkan ade technical prob, kene mintak tolong meor publish kan.

Tuesday, September 15, 2009

My 1st Women's Weekly

Bermula lah episod aku buang tebiat. Selain dari pegi buat facial treatment Clarins hari tu, hujung bulan lepas aku boleh plak pegi beli Women’s Weekly magazine. Tetiba rase cam dah masuk ke alam dewasa. Kekeke. Yela sume tak treat aku cam org dewasa. Kat Clarins hari tu b4 start treatment orang tu dah tanye “R u student?” huh soalan cliché. Kalau aku snap muke sorang2 lepas aku cakap aku dah keje n umur ku dot dot dot macam2 jenis muke ade
Jawapan cliché :

“Owh is it??”

"R u sure?"

"Eh u looks so small bla bla bla"

"Laa ye ke? Macam budak skolah je"

Sebab tu la kadang2 aku terlupe yang aku ni bukan budak2. Euwww sungguh la nyampah nak berdepan ngan situasi camtu. Ape nak buat. Aku dah makan ngan banyak nye. Bukan salah ibu mengandung. Huhuh.

Agaknye orang Clarins yang nak buatkan treatment tu pun was2 tetibe tengok aku datang Clarins. “Betul ke budak ni? Kang abis treatment tak de duit pulak nak bayar. Sesia je servis aku nih." So kene cek dulu student ke dah keje.wuwuwu. Aku memang suke pikir mende2 merepek gini. Opsss out of topic.

Pada korang maybe alaaahh biase la tu beli magazine. But dah dekat 10 thn kot aku tak beli. Huhuh. Lame tak? Siap women mag lagi tu. So apekah yang membuat aku tetibe buang tebiat? Haaa tetibe teringin nak redeem sample Dior Nude nih. But u noe wat? Rupenye aku dah tersilap edition daaa. Time beli tu dah keluaran September. Padahal voucher Dior tu dalam August edition. Ketinggalan zaman betul. Last month bz yang teramat.


Yang paling tak bestnye kat luar tu ade buku resipi. Resipi nye kurang menarik 4 aku. Lebih kepada nak promote periuk belanga die je. Dalam pulak ade sabun basuh baju Vanish. Huhuh. Cam nak soh aku jadi suri rumah tangga pulak.

Tapi b4 aku beli tu satu mende je aku tau ada apa kat dalam. Jeng jeng jeng. Nampak tak ?
Tak nampak tengok ni pulak. Kalau tak nampak juge sila la enlarge ye. Dah nampak tapi tak tau la pulak sape kan. Saper2 yang rajin pegi klik2 link2 kat blog ni maybe tau la kot. Yup tu Miu my blogger’s fren. Wahh2 siap masuk mag. Baru2 ni siap kene interview ngn radio BFM. Well, Miu la yang membuatkan aku buang tebiat sejak due menjak ni. Dari beli Stila, pegi workshop sampai la beli magazine ni pulak cari freebies. That’s why la aku vote her blog as Most Influential Blog n Best Hidden Gem. Memang kene sangat la tu. It's 4 Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards. Lupe plak nak print screen tepek kat sini.

Whatever it is sometimes it's fun to do whatever we never did b4. Dapat mengurangkan tekanan jiwa lepas penat keje kat ofis tu ;)

Berbuka di BOra Asmara edisi 2009

last2 monday company belanje mkn kt BORA asrama Asmara lg..huhuhu..kali xbyk nk ckp just xbest cm ari tu...tempat over crowded n panas ekon xrase...mknn sikit.
so ni la koleksi gamba2 ari tuh:-
ptang menunggu makanan
malam kekenyangan
petang tgh excited pakai baju sedondon..
sume tgh bincang tunggu VIP datang
again versi kenyang
versi petang
versi malam
gembira lg baru sampai
meja pon dh penuh ngn makanan
antara hidangan yang di jamu
roti bom n kari ayam
from left clockwise: some kind of agar2, buah lai sira gula, lompat tikam, sup kambing and salad yang dh selesai dibaham..hehe(ade kesan thousand island)
clockwise from top: daging kunyit, asam pedas pari, ayam sup sumthing, nasi, masak lemak lele ikan keli and another ayam(some kind of indonesian style)..
clockwise from spoon: rendang daging, bubur lambuk, pari bakar and gulai kawah
emd the nite with ice kacang and bubur jagung.
macam byk tp xde variety sgt..huhuhu..sampai situ jela repot berbuka pose tajaan opis...

Sunday, September 13, 2009

Gifts from Clarins & EL Freebies

Yayy dapat free gifts from Clarins. 3 travel size sample yang di request time Clarins Power to Try workshop hari tu. Actually hari tu request 2 je tapi Clarins tak de mask yang travel size sample so dapat la 2 tube yang comel. Gigih jugak nak pegi Mid pas keje. Time2 serabut buat keje orang Clarins kol soh datang amik. Ape lagi. Orang nak bagi kan. Lain la kalau aku kene tadah tangan mintak freebies. Kene pikir 2 3 kali jugak tu.


Tak pernah2 aku buat sepanjang idup ni pegi redeem freebies except baru2 ni. 2 kali. Tu pun tumpang2 orang lain je ;) 1st yang freebies CLEO time nak beli Stila tu. Main follow je. Nak harapkan aku sorang tak kan jadi nye. 2nd Estee Lauder sample yang aku pegi redeem ngan Harim pas workshop Clarins hari tu.

Yahuuu bertambah lagi collection Clarins ku. Travel size pun tak kesah la. Janji ade. Nak soh aku beli sendiri lambat lagi la kan. Yang dapat hari tu pun tak pakai2 lagi. Sayang nak pakai :P (Sebenarnye malas coz asal balik je nampak bantal terus tido)
Dapat Repairing Whitening Cream n Intensive Clear Mask


Oh ye. Hari tu dah pegi Clarins Facial Treatment. Yang dapat 50% off facial treatment voucher tu. Memule tak nak pegi tapi pikir2 balik cam once in a lifetime je kan dapat rase. Then aku dah pecah rekod. Hari ini dalam sejarah. Lansung tak pernah buat pape treatment pun b4 ni. Heheh. Saper yang kenal aku tau la aku memang tak pernah buat kerja2 camni. So sesekali buang tebiat ;)


Hasilnye boleh la tahan. Sedap jugak muka ni kene urut2. Sampai dahi aku ni pun ditampar2. Ting tong jap pas kua tu :D Tapi time treatment rase bahagie je muke dilimpahi ngan produk2 mahal yang ntah bile aku dapat beli. Susah nak describe feeling nye tu. Cam di awang awangan la kot. Kebetulan siling die ade gambar awan. muahaha. Oh ye name treatment yang aku buat tu Hydration from Madagascar - Thirst Quenching treatment at RM68. Normal price RM135. Eh ade orang nak tak voucher ni? Emm tapi due date nye wiken ni.

Yang ni pulak sample Estee Lauder yang di amik pas Clarins workshop. Dah lame dah tapi baru nak letak. Cam biase tak pakai2 lagi. Ade sample in tube Advanced Night Repair Eye Recovery Complex n Advance Night Repair Synchronized Recovery Complex.


N of course aku tau from Miu's blog. Emm tak tau la ade lagi ke tak sekarang ni. Kot2 ade sesaper nak try boleh la print out voucher kat bawah ni.

Thursday, September 10, 2009

Celebration for CTFL

Petang2 pas keje memecut gi Mid. Ade 1 mission. Disebabkan mission nye accomplish awal so singgah la guardian merewang2 sementare tunggu time berbuke. Tengah belek2 deodorant tetiba ade SA adidas datang promote adidas die. Nak tak nak follow jugak g test bau. Buat2 cam interested pastu konon2 nak g survey2 deodorant lain dulu. Akhirnye datang balik lepas dicucuk2 oleh cuna
ni lah deo baru from adidas..hehe(promo2)..tp ari tu ade 3 jek bau pure, fresh ngn intensive..huhu
ni kene isi borg survey la ntuk membuktikan die bg free gift pas beli
pas bayar for the deodorant tu die bg la main natang nih..each loop ade adiah lain2. 1st loop perfume vial, 2nd key chain, 3rd bagi EDT xigt bape ml and 4th sport pouch... as you can see..dawai die tu impossible for anyone 2 pass it to the end. sbb lingkaran yg xmunasabah tu.. senang tul dorg nk tpu.huhuhu...las2 dpt la lepas 1 round tu..huhuhu

cuna in da house :nak nyelit jugak. tak kire. hamboi2 bukan main lagi en. meor bermesra2 ngan SA tu. berpegang pegangan tangan depan aku. nasib baik nyonya tau (sambil menghela nafas lega). kalau tak ade aku karate kat situ jugak.


adiah lepas 1 loop dapat miniature ni.



floral dream for women. so bagi cuna

cuna in da house: haaa nasib baik la dapat perfume. sejuk sket ati ku ini ;)
Ni la sebenarnye mission datang mid. Nak dapat kan mende yang sebijik ni.
posing kurang gembira..huhuhu..xtau la nape...cm susah sgt nk posing gembira yg tulus ikhlas..

cuna in da house: sape la tak hepi pas dapat clarins free. tapi bajet2 la kan nak posing riang gembira kat situ. sy ni dah la pemalu orang nye. uhuk uhuk. dah la meja sume rapat2. kalau kentut pun orang sebelah boleh dengar. serius. dah konsep nye meja utk 4 orang die separate kan. paham2 je la kan kat pizza hut time bukak pose. huhh kan dah panjang aku bebel.
ni baru la posing tak puas ati ngn tulus ikhlas..hehehe
posing yang lebih gembira tulus ikhlas..tul x?..which one korg prefer?..yang td ke yg skrg nih.

cuna in da house: dah ade orang buat muke tak puas ati kene jugak la aku tebalkan muke ku ni
hidangan berbuka kali nih di taja oleh pizza hut menggunakan duit kami ...hehe
proses berbuka dimula kn dgn kurma kering kontang..huhuhu...actually g pizza hut coz nak celebrate kejayaan aku lulus 4 exam Certified Tester Foundation Level (CTFL)
menu ari nih amik yg murah aje..hehe..sensasi delight ape ntah
piza waikiki paradise. masam rasenye.. i like..hehe
ngan aromatic thai spaghetti yang nampak cm menyelerakan
hasil selakan spagetti nih menampakkn takungan minyak
yang akan menambahkan kegemukan diriku..huhuhu
pepsi cam biase..xkn vanilla coke plak kn..:P
hasil shopping kat guardian. cari mende lain dapat mende lain. tapi ok la sebab promo
dapat tempat letak hand phone untuk diikat kat lengan..huhuhu..tak tau bile nak pakai..
kalo lengan aku cm lengan arnold ke sylvester stalone ke ok gk..