nuffnang

Tuesday, March 20, 2012

Irfan Dah Boleh Jalan...Ermm...Lari Kot?

16/03/2012 - Fri

Baru je hari Jumaat last week update pasal Irfan demam. Alhamdulillah...malam tu tengok2 dia dah start jalan. Actually bukan terus start jalan. Memang start last week dia dah rajin berdiri. Merangkak2 sikit je bangun nak berdiri. Sambil hayun2 tangan pulak tu...huhu...Pastu dah berdiri tu mulut pun riuh je :P

Before ni jugak Irfan dah start jalan tapi pakai kerusi and kereta mainan dia. Tolak merata satu rumah. Tak ada walker kan. Gitu la kekdahnya. Jalan tak ada brek pulak tu. Bila dah pandai berdiri selalu la dia panjat kerusi mainan dia and berdiri atas tu. Memula time nak naik tu elok je pegang kerusi. Sekali dah berdiri siap lepas tangan. Siap 'wooo woooo' atas kerusi. Wah2...bajet hebat betul. Mama dia la yang seram. Kalau biar lama2 mau tergolek budak kecik tu...huhu...


Before Irfan demam ada la dapat jalan 2 or 3 langkah lepas tu jatuh. Last sekali dia demam n dapat benjol besar sebijik kat kepala terus stop jalan. Lepas tu dapat la paling banyak 6 langkah kot. Tapiiii....Jumaat tu paling banyak langkah Irfan jalan...11 langkahhh! huhu.....Mama dia siap kira ni. Ibu mana la yang tak excited nak tengok anak dia berjalan kan. I'm one of them ;)

Time 11 langkah tu dia kejar bola sambil sepak2. Tu yang tak sedar kot laju je. More to lari la kot. Nak buat camne. Peminat bola la katakan :P Tapi biasanya langkah2 sket2 je pastu nampak orang laju je dia nak landing. Padahal kadang2 tu jauh lagi nak sampai. Dah start nak melayang...huhu...

Walaupun dah boleh jalan 1st option still merangkak. Lagi cepat sampai. Sebab jalan pun tak berapa stabil lagi. Tu pun sibuk nak angkut mainan dia sekali sambil jalan...huhu...Semalam dia pegi main kompang sambil jalan. Kompang budak2 kat umah ni :P So dalam usaha nak berjalan tu dah sakan tergolek ke depan, ke belakang ke tepi semua...Comel je tengok Irfan terkedek2 jalan...hehehe...Ok dah...Memang aku terover excited ni. Munge2 je rasa hati =)

Friday, March 16, 2012

Demam

Semalam Irfan demam. Malam sebelum tu dah perasan hidung dia macam tersumbat. Dia pun tak selesa tido. Jap2 terjaga nangis. Tak sampai sejam kot dah terjaga. Sampai la ke pagi. Akibatnya kepala kitorang berdua pepagi tu ting tong...huhu...

Semalam makin panas badan Irfan. Hingus meleleh je. Nak lap siap tepis2 tu. Dengan tak lalu makannya. Satu suap pun tak nak. Siap geleng2 kepala. Paling best terus paling muka...huhu...Susu minum sikit je. Aku kasi susu lepas tu dia muntah. Kesian sangat tengok dia semalam. Muka memang seposen je. Tido pun tak nak. Nak berpegang je. Risau yang hamat. Petang tu tunggu Papa Irfan balik je nak pegi klinik. Nasib tak baik tengah2 main petang tu entah camne dia terjatuh tangga. Time tu aku tengah buat kerja kat atas. Maid jaga. Tetiba dengar nangis kuat giler. Lari turun bawah tengok dahi Irfan dah benjol. Hitam n besar pulak tu. Sejuk satu badan aku tengok. Terus pujuk2. Tuap ais kat dahi dia...haihhh la...Siannya anakku..Dah demam, jatuh tangga pulak :(

Sementara tu tepek Kool Fever dulu. Tepek kat dahi dia sibuk nak cabutkan. Last2 tepek kat belakang dia baru mende tu lekat lama :P Time Papa Irfan balik elok pulak dia tido. Terus tak jadi pegi klinik. Malam tu kasi ubat demam yang lama je. Ok la sikit. Aktif kejap jalan 3 or 4 langkah. Jap2 kang tak ada angin tak ada ribut nanges lagi...Kesian budak sakit.

Rindu nak tengok Irfan aktif cam hari2 biasa. Makan cam biasa. Rasa lain bila dia tak nak makan. Sebab memang fevret dia makan...huhu...Semua mende dia nak makan. Rindu nak tengok dia gelak2 tengok tv, main bola semua. Alhamdulillah...hari ni Irfan dah ok sikit. Tapi still tak ada mood nak main2 lagi. Mata pun berair je. Hingus meleleh lagi. Dah lama kot Irfan tak demam. Tak silap last sekali time dia 7 bulan hari tu. Dalam 6 bulan lepas. Ni demam lagi. Maybe demam nak jalan kot kan. Ya Allah, sembuhkanlah anakku...

Thursday, March 15, 2012

Medan Ikan Bakar Seri Serkam

Masih lagi meneruskan cerita basi kat Melaka walaupun rasa dah tak lalu sebenarnya nak update...huhu...1 minggu ni pun tak sempat nak habiskan sebab keje rasa cam bertimpa2 kat atas bahu nih T_T Tapi update blog ni is one way to release out stress jugak sebenarnya. Tu yang kekadang gigih jugak celah2 tu update blog. Upload pic hari lain. Bebel hari lain. Tu pun sampai 2 or 3 kali update baru nak publish.

Since before tu tak berjaya cari tempat makan, kitorang terus cari tempat lain. Kali ni main terjah aje. Jalan depan sikit then nampak signboard kedai ikan bakar. Medan Ikan Bakar Serkam. Memang tak tau sedap ke idak. Main singgah je. Sebelum apa2 wusha baby chair dulu dari jauh :P


Sini pemandangan dia lain sikit. Kat tengah tu penuh ngan bot. Kitorang tak makan kedai depan tu. Pegi yang seberangnya.




Time kitorang datang memang lengang je kedai. Baru pukul 6 lebih time ni. Biasala dah malam baru ramai orang. Since dari jauh dah nampak baby chair laju je la pilih lauk.



Rambang mata kot tengok seafood yang fresh2 tu. Tambah2 1 hari tak makan nasi. Memang laju la tangan tunjuk sana sini...hahaha...


Tengok pun tau dah semua fresh. Dah makan lagi laaaa...Pergghhhh...Terbayang2 lagi ni...




Pelakon terbaik di abad ini...hehe...Bukan main lagi kan tunjuk2...Ayah aku memang rajin amik gambar. So banyak la gambar2 candid gini. Kitorang amik gambar kalau rajin je :P


Tengah tunjuk kat mak sebenarnya nak pilih menu mana. Aku bab2 ni memang expert. Tapi ikut tekak aku je la kan. Biasanya 1 family ok aje ;)


Irfan kitorang suapkan bubur siap2.


Time ni ok lagi la dia dok dalam baby chair diam2. Sekarang? Jangan harap ok. Tau2 dia dah berdiri nak keluar. Memang baby chair pun dah tak ada makna...huhu...


3 of us...

Budak kecik yang ada rambut. Hari2 tengok Irfan botak tetiba tengok gambar ni rasa cam lain pulak...



Tunggu makanan ngan penuh sabar. Sekali lagi baju sama ngan kaler kerusi daaa....


Lauk pauk dah sampai...Jommm makan!


Ni lauk pauk yang di order. 4 orang je makan. Nasib baik habis. Kerang bakar je tak habis sebab lambat sampai. Perut pun dah full. Tapau bawak balik je makan kat hotel.


Sotong masak sambal, tom yam campur, udang goreng tepung, ikan lupanamaapetah masak 3 rasa kot, ikan pari bakar, kailan ikan masin, ketam masak black pepper n kerang bakar. Ingat2 lupa je sebab dah lama kan...huhu....Tapi kesedapannya still terbayang2. Memang berbaloi2 la makan situ. Patut la dulu office mate aku sanggup datang Umbai balik hari semata2 nak datang makan. Memang banyak tempat makan best kat sini...


Habis makan still ada aktiviti lagi even time tu dah malam. Sambung next entry. Tak tau la esok ke next week. Nasib baik la since 2 minggu lepas dah tak ada meeting malam. Turn orang US pulak kena time malam. Asik nak follow time boss je kan. Baru la nak nampak sinar kebahagiaan sket...huhu...Lemau dah hari2 meeting malam T_T

Tuesday, March 13, 2012

Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru

04/02/2012 - Sat

Sambung lagi cerita kat Melaka. Aktiviti kami di hari pertama kat Melaka adalah jalan2 cari makan. Sampai pun dah petang kan. Harus la perut berkeroncong. Kena pegi before hari gelap. Kalau tak memang sesat barat. Nasib la ayah aku agak familiar ngan tempat ni sebab dah pernah sampai.







Bekalan Irfan dah bawak siap2. 1 beg lagi aku galas. Complete ngan thermos, air, biskut segala...huhu..


Masuk2 memang banyak la kedai dalam tu. Kitorang yang tak pernah datang ni memang tak ada idea la nak singgah kedai mana satu. Tambah2 masing2 dok terjerit2 panggil masuk kedai dorang. Lagi la naik pitam nak pilih kedai mana...huhu...




Last2 kitorang singgah satu kedai ni. Yang paling hujung sekali. Tu pun sebab dulu parent aku pernah makan sekali kat situ. And not bad la. Sekali dah duduk tu mintak baby chair dia cakap tak ada. Apekahhh?? Bab ni memang aku tak puas hati la kan. Kedai cantik2 tak ada baby chair. Warung kecik kat rumah aku pun ada baby chair ok. Dah la kitorang memang tak bawak stroller. Kalau travel jauh2 memang tinggal la kan. Memang tak muat nak sumbat dalam kete kami yang cumil tu :P


Akibat ketidakpuashatian itu, sudahnya tak jadi makan situ. Sekali pandang macam semua kedai kat situ tak ada baby chair je. So amik2 gambar sikit lepas tu blah. Tapi memang cantik la pemandangan n tempat tu. Sedap mata memandang. Tenang je rasa.


Macam biasa Mama Irfan je yang sibuk nak bergambar. Irfan buat dunno je. Haihhh...Nasib baik boboy. Kalau gegirl pun macam tu harus ku cubit2 gigit2 pipi mu itu...hahaha...


Memang sangat cantik pemandangan petang tu. Dah nak malam actually. Ni pun ayah yang snap. Subhanallah...indahnya ciptaan Nya...








So misi pencarian tempat makan diteruskan di destinasi berikutnya. Kali ni memang berbaloi2 la. Sampai sekarang pun dok terbayang2 lagi kesedapan lauk pauk kat situ ;) Sambung next entry...


Thursday, March 8, 2012

Hang Tuah City Hotel, Melaka

04/02/2012 - Sat

Cerita yang tertunggak lagi basi..huhu...Kitorang ada pergi Melaka hari tu. Time ada cuti panjang. Cuti Maulidur Rasul. Tapi tido 1 malam je pun. Tak ada lajak2 sampai hari Isnin. Memang sangat unplanned trip. Main redah aje. Dari hari tu nak pegi Melaka tapi last2 sampai Cherating. Kebetulan minggu tu ada kenduri kawen kat Melaka. So sambil menyelam minum air la nampaknya ;)


Kami tido kat sini je. Hang Tuah City Hotel. Hotel 3 bintang aje. Tu pun last minute booking. Dapat la jugak bilik yang dah nak penuh. Dapat bilik luar dari bangunan hotel. Sabo je la. Tapi ayah aku berkenan ngan hotel tu sebab dulu pernah stay situ. Lagipun dekat ngan bandar n masjid katanya. So kitorang follow aje.




1 malam RM 140 kot. Boleh tak kalau aku dah lupa? Lambat nau update nyer. Pastu mula la nak lupa sana sini kan T_T Disebabkan booking bilik pun dah agak lambat, bilik pun banyak dah penuh sebab orang cuti panjang. Maka dapat la bangunan luar yang air paip pun kecik yang amat. Katil pun dapat 2 katil single.


Tapi Irfan peduli hape kan. Yang penting dia boleh buat siri jelajahan cam biasa. Masuk2 terus dia explore semua :P



Nanti la sambung lagi next entry. Mau sampai minggu depan pun tak habis cerita kat Melaka ni. Hari ni ada kat ofis. Lama rasanya tak duduk kat cubicle ni. Habis berabuk meja...huhu...Last datang 2 minggu lepas kot. Tu pun sebab ada team photo. Nape hari ni nak datang pulak? Haaa....mesti la ada udang di sebalik mi (^_~)

Wednesday, March 7, 2012

For The 3rd Time

26/02/2012

Akhirnya....sekali lagi...Yess. For the 3rd time kepala anakku dibotakkan. Elok je lepas birthday party Irfan tu esoknya papa dia botakkan terus kepala dia. Memang saat2 yang ditunggu2 la tu. Dah lama dah plan nak botakkan tu. Tapi aku mintak hold dulu. Tunggu rambut papa dia tumbuh dulu. Tak sanggup tengok dua2 botak T_T

Ni time 1st day Irfan botak. Haihhh...Aku ni sensitip sket bab2 ni. Even Papa Irfan botak hari tu pun aku dah meleleh air mata...huhu...Tengok Irfan botak pun cam kesian je. Pelik ke perasaan camni?


Pic ni amik semalam. Nampak la rambut Irfan dah start tumbuh sket. Rindunyerrr nak tengok Irfan yang ada rambut T_T


Tak jumpa lagi winner untuk GA semalam. Ada yang jawab sipi2 betul. Silap tang date format je. Korang tak nak betulkan ke? Ada sape2 lagi nak try? Tak sabo dah ni nak kasi hadiah...hehe...

Tuesday, March 6, 2012

My 1st Give Away!

Tetiba rasa nak buat GA kan. Actually ingat semalam nak buat. Nak korang screen shot counter 20284 tu but tengah hari tu bukak blog tengok dah terlebih T_T Tapi still rasa nak bagi something to one of my reader.

Simple je GA ni. Aku nak buat banner bagai memang tak ada masa la kan. So aku nak kasi soalan paling senang dalam dunia ni ;)

1. Sila nyatakan birth date Irfan (dd/mm/yyyy)
2. Sila nyatakan birth date Cuna (dd/mm/yyyy)
3. Sila nyatakan 3 brand skincare yang Cuna pernah pakai

Ayat macam dalam paper BM kekadang tu :P Senang tak? Sape yang biasa baca blog ni pejam mata je jawab tu. Tak biasa pun rajin2 la korek previous entry. Cepat2. I have something special to give u. Siap boleh pilih lagi nak apa ni. Mari...mari join! 1st come 1st serve ;) Good luck!

Nak jawapan yang paling tepat tau! I'm waiting =)

Update: Ok la. Since tak ada orang yang dapat jawab ngan betul dan tepatl, meh sini nak kasi clue sikit. Date format tu harus la sama cam kat atas ye. Sape yang bernasib baik baca clue ni cepat2 betulkan balik jawapan tu ok ;)

Update (07/03) - Finally I have found the winner! Congrats to Fawwaznuha@ Azy! Nanti kasi email address ok ;) Yang lain cuba lagi. Kot2 nak buat GA lagi ke kan pasni. Pasal skincare mostly betul. Korang memang terer. Tapi part format date tu je yang salah sket...Yang paling tepat 22/02/2011. Anyway thanks all for joining =)