nuffnang

Thursday, June 7, 2012

Pasar Malam Toys

29/5/2012 - Tues

Boleh dikatakan tiap2 minggu akan pegi kat pasar malam kat depan rumah. Kalau aku tak bz aku join sekali bawak Irfan. Kalau tak Meor je pegi sorang2. Ada sekali tu terlalu gerai jual mainan cam rasa nak singgah beli je. Tapi dah tangan penuh, dok kendong Irfan lagi memang terus tak jadi singgah. Kebetulan last week pegi beli tak banyak dapat la singgah. Amboiii kemain menarik pulak mainannya. Mama Irfan yang rambang mata...hahaha....

Last beli mainan untuk Irfan mainan activity table Fisher Price dia tu la. Lepas tu dok diam tak beli pape dah. Sesekali beli kat pasar malam best jugak. Boleh beli banyak sikit sebab murah. Tu pun bajet2 sebab duit bawak cukup2 je dalam poket T_T


Mainan cam piano tu ada muzik, lampu2. Boleh la setakat nak belajar nama buah-buahan. Paham tak paham belakang kira. Nama pun baru nak belajar kan. Lagipun Irfan memang suka something yang berlampu2 n ada lagu. Tersengih2 je dia. Yang tortoise biru tu boleh menari pusing2. Ada muzik n lampu jugak. Sebenarnya Mama Irfan yang geram nak beli sebab tortoise tu warna biru. Cute la pulak. Mende cam spring hammer tu untuk Irfan kejut papa dia bangun tido...hahaha...Saje gatal nak beli jugak :D

Wednesday, June 6, 2012

MIB3 + Wedding Hafiz

26/5/2012 - Fri

Lately macam tak banyak cerita yang menarik untuk di'update'. Bz pun ada. Malas pun ada. Lagipun task sekarang memang tak mengizinkan nak bukak any other browser except the system browser itself. So memang mood nak update tu memang akan ke laut jugak last2 T_T

Last 2 weeks kitorang tengok movie MIB3. Memang tak plan pun nak tengok. Besides aku tak pernah pun tengok MIB or MIB2. Kira cam tak tengok pun tak pe. Gitu. Kebetulan company ada buat Movie Nite. Sepanjang dekat 3 tahun aku kerja situ memang tak pernah2 buat.

Since boleh bawak spouse plus ni je company event yang aku rasa boleh join aku pun terasa nak pegi. Kalau dinner macam susah sket je nak tinggalkan Irfan lama2 kat rumah. Even nak tengok movie tu pun cam rasa serba salah nak tinggalkan Irfan kat mak. Siang tu siap jalan2 tak nak kasi Irfan tido. Biar malam tu dia penat n tido je. Senang sket Mak Tok dia nak jaga. Agak berkesan jugak la kot teknik tu. 4 jam kitorang keluar dekat 2 jam jugak dia tido =)


Ok la MIB3 tu. Not bad. Ada jugak la part2 kelakar. Aku tak suka sangat kalau ada alien2 ni. Just layankan je la since it's free. Ceritanya pasal agent Jay (Will Smith) yang pegi zaman agent Kay (Tommy Lee Jones) muda2 dulu sebab nak selamatkan dia dari kena bunuh time tu. Pakai time jump gitu. Before tu ada orang jahat yang dah pakai dulu alat tu nak pegi zaman dulu sebab nak bunuh agent Kay yang dapat tangkap n penjarakan dia. Lebih kurang gitu la :P

Esoknya ada kenduri ofismate Meor, Hafiz kat area Batu Caves. Memasing muda2 lagi yang kebetulan datang time tu. Datang ngan couple memasing. Tetiba aku terasa tua bangat...huhu...Buat julung2 kalinya Irfan tido time makan kenduri. Memang letak dalam stroller dia tido sampai kitorang nak balik. Nak angkat masuk kereta baru la terjaga.


Lately kalau keluar pun dah tak berapa rajin nak amik2 gambar. So bila dah tak amik gambar lagi lemau la rasa nak update pape kat blog T_T

Monday, June 4, 2012

It's Our 2nd Anniversary

2 tahun sudaaa....Alhamdulillah....Hari ni kitorang berdua amik cuti. Tapi tak bercuti makan2 angin pun. Just plan nak keluar settle kan a few things yang tak boleh buat time weekends. Skrg Agong dh tukar mmg kena amk cuti la. Kalau tak celebrate anniversary tmpg besday Agong je ;)


Tak sangka dh 2 thn kami kawen. Masih jauh lg perjalanan tu. To my hubby...Happy 2nd anniversary! Semoga dgn bertambahnya usia perkahwinan kita semakin bertmbh jga ksh syg kita. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini. Amin...

Friday, June 1, 2012

Cadbury Event + My Fav Body Scrub

20/05/2012 - Sun

Last 2 week kitorang ke OU lagi. Kononnya nak check JJ dah start sale ke belum. Kalau dah mau la beli something. Then nak singgah Burger King pakai voucher yang aku beli. Tapi sampai2 je bila lalu kat event hall new wing tu ada Cadbury pulak. Nampak cam meriah je. So terus ajak Meor singgah.


Amik2 gambar. Belek2 coklat. Memang ramai la orang dalam tu.


Dah round2 baru dapat tau bila beli any Cadbury product worth RM 10 boleh join any 3 activities yang ada dekat situ. So baru la laju2 pegi cari coklat. Amik sekali yang paling besar semata2 nak cukupkan RM 10. Amik Black Forest ngan Hazel Nut. Memang fevret la tu. Biasa koman2 kalau nak makan coklat pun kitorang beli yang medium aje.


Amik gambar lagi. Irfan cam biasa la dengan muka serius dia.


Ada happy pose. Time nampak happy pose ni la tertanya2 camne nak join. Dah dapat kupon terus datang sini amik gambar. Siap 15 minit gitu. Sempat la kitorang rayau2 sampai ke old wing.


Cute jek setting dia.


Irfan boleh takut ngan rabbit ni. Pelik kot sebab kaler coklat. Besar pulak tu...huhu...



Clown yang tak nak pandang kamera. Hampeh je tau. Dah la gambar blur. Ingat nak amik gambar lagi sekali. Tapi sebab dia posing gitu malas pulak. Belon yang dia buat tu tak sempat nak balik Irfan dah letupkan...hahaha....


Happy dip. Dapatla 1 cucuk merasa....


Marshmallows or fruits. Of coz we chose fruits. Marshmellow ni kadang2 meragukan jugak.


The 3rd n last activity was playing game. Kat sebelah tu ada game yang kena jerit sekuat hati. Kalau Irfan besar boleh la suruh dia jerit. Ni kalau dah elok2 dia tengah diam tetiba nak suruh jerit cam susah la pulak kan. So Meor main game yang kena shake2 ni je. Tu pun control2 je. Kang shake over2 pelik pulak kang :P Dapat la coklat cadbury yang kecik tu beberapa ketul.


Dah keluar tu kami pegi service counter nak menyewa stroller. Tapi stroller pulak habis. Kereta comel ni je la yang ada. Tu pun orang tu cakap it's under our own responsibility sebab kerata tu untuk budak 2 years above. Ok je la kan sebab Irfan pun dah boleh duduk. Just dah lama2 tu dia sibuk senget2 ke tepi ;)


Muka seposen Irfan. Dah naik mende ni masalahnya tak boleh stop kejap. Dia memang nak kereta tu sentiasa bergerak. Kalau tak memang dia menjerit sekuat hati. Pitching memang hebat tau. Time ni kalau masuk game Cadbury tu confirm dapat high score...hiks!


Jalan2 terjumpa maskot Mamee ni. Irfan suka la tengok maskot2 gini. Dapat la Mamee free sebungkus. Of coz la tak kasi Irfan makan. Mamanya yang kebas. Dah lama kot tak makan Mamee...hehe...


Before balik amik gambar yang dah siap n amik belon sekali. Dah petang sikit baru la dorang bagi belon2 yang banyak kat situ. Papa Irfan siap amikkan 2 ketul lagi. Masuk dalam kereta Irfan tertido. Tangan pegang belon tak nak lepas pulak tu ;)


Ohhh...Time jalan2 dalam OU tu terlalu Body Shop tengok ramai giler orang. Rupa2nya ada sale. Start 18 Mei. Camne boleh tak tau nih??? Biasa 1st day dah pegi serang. Time tu dah 3rd day. Cam biasa body butter ngan shower gel berlonggok2 la yang murah. Body scrub satu pun tak ada. Sedih dan hampa :(

Balik tu singgah jap JJ Wangsa Maju nak cek kot2 ada lagi kan. Sama. Tak tau la either dah habis or memang tak ada lansung. End up beli jugak yang mahal sket. Ada la less 20%. Biasa beli boleh dapat 50 or 70%. My 3rd body scrub from body shop =) Geram jugak tengok mende yang lain yang tengah sale tu tapi kena control...huhu...


Ni gambar yang kitorang snap kat Cadbury tu. Gambar kecik aje. Orang tu pun main bantai je amik gambar. Ngan aku yang senyum cam hampeh. Irfan pun tak pandang kamera. Anyway dah letak dalam wallet pun ;) Time kat event hall tu jugak dapat choc wafer sebijik sebab lambai kat kamera dia. Then keluar la muka kat FB orang tu cakap. Tak tau la ada orang tengok ke tak. Yang pastinya muka Meor n Irfan je la yang nampak =)


End up lansung lupa nak check sale JJ tu. Dah sampai JJ Wangsa Maju baru perasan bila tengok banner besar alam kat situ. Sale dah start pun 19 Mei. Tapi Irfan tido singgah Body Shop je la kejap. Burger King pun tak jadi makan sebab boleh pulak tertinggal printed voucher tu kat rumah. Plan lain tapi buat lain....hehe...Yang pasti ada la jugak hasil =)

Thursday, May 31, 2012

Shopping on Mother's Day

13/05/2012 - Sun

Mothers' Day hari tu kitorang ke Mid Valley. Tak ada nak nak celebrate pape pun. Just nak ke Mom & Baby Expo kat situ. Ada a few things yang nak dicari untuk Irfan. Sambil2 tu boleh la jugak cuci mata kan ;) Kat dalam expo tu non ado nak amik2 gambar. Orang ramai ye. Nak cari parking pun jenuh bertawaf. Last2 aku keluar sorang2 dulu round tengok apa yang ada.

Habis beli barang macam biasa baru la perut nak terasa lapar. Cari2 tempat makan yang sesuai last2 decide nak makan kat Pizza Hut je. Rasa2nya tak pernah bawak Irfan makan Pizza Hut lagi.


Kids eat for free. Spagetti carbonara ngan air soya. Tu yang best. Tak payah susah2 pikir nak bagi Irfan makan apa. Kebetulan pulak hari tu memang kitorang tak bawak bekal nasi Irfan. Mama n papa pun apa lagi. Boleh la tumpang sekaki. Irfan pun bukan makan banyak mana pun ;)


Tak pernah2 order fries kat Pizza Hut tetiba je nak order extra. Biasa standard kalau order memang either pizza or spagetti aje. Saje standby kot2 Irfan ngamuk nak makan.


Akhirnya dapat makan spagetti meatball kat Pizza Hut setelah sekian lama. Spagetti paling sedap setakat ni yang aku pernah makan. Paling sedap lepas spagetti aku masak sendiri la tapi...hehe...


Malam kitorang ke Selayang celebrate Mother's Day ramai2 ngan adik beradik yang lain. Celebrate mak tapi abang yang belanja. Dah kenyang baru teringat nak amik gambar.


Sepanjang kat kedai makan Irfan memang sedap tido even orang dok bising kletung kletang pun tak bangun. Pecah rekod jugak la. Tak pernah dia tido kalau kitorang pegi makan. Kalau tido pun confirm dia akan bangun jugak lepas tu. Memasing kagum. Elok je keluar kedai dia bangun.


Yang bestnya bila pegi expo2 gini adalah bila dapat goodie bag (^__^)


Isi dalam goodie bag...Dapat lagi mende tepek kat cermin kereta. Dulu dah dapat. Maybe boleh tepek kat kereta baru pulak ke kan ;) Dapat sample diapers Baby Love Pants n Night Tape. Terus berkenan. Sample PetPet New Born. Nanti pass kan je la kat sesape yang baru dapat baby. Lagi dapat Kleenex hand sanitizing wipes n Active Guard shower gel. Dapat voucher kasut Modern Mum RM 50 jugak. Memang tak pakai la kot. Cuba dapat time tengah preggy dulu. Terus laju je pakai voucher tu ;)


Ni hasil rembatan kat Expo. Heinz Farley's Rusks. Buat stok. Mula2 tak bajet la nak beli banyak pun. Tapi dah beli 2 box dapat lagi 1 box besar free plus 2 box kecik. Maka terus tak pikir panjang :P Makanan in between je ni. Cousins Irfan pun ramai kat rumah. Makan sorang sikit habis la nanti.


Dapat 2 pasang baju tido Irfan. Baju2 lama dia ada yang dah start singkat n sendat. Dah susah nak cari baju saiz dia kat situ. Banyak yang kecik2 aje. Beli botol air yang ada straw sekali. Susah betul nak bagi Irfan minum pakai straw sebab nanti dia gigit2 je straw tu. Kena kasi praktis ni.


Round2 terlalu pulak booth Diapex ni. Beli la 1 pek try test sebab M78 RM 25 je. Lepas try rasa memang berbaloi2 beli. Rugi pulak tak beli lebih sebab kat luar harganya RM 35. Kira kualiti ok jugak la kalau nak dibandingkan ngan Whoopee. Cam serabut je nak pakai. Lepas tu asik bocor. Tak sangkat pulak Diapex ni ok sebab kitorang selalu gelakkan iklan Diapex kat TV tu...hehe...Iklan cam ntah pape bila ayah dia pegang pek diaper lain budak tu nangis...hahaha...


Tu je la hasil rembatan hari tu. Total damage tak sampai RM 100 pun. Tak macam mula2 pegi dulu. Beratus2 habis. Semua rasa nak beli. Maklum la...1st time kan. Banyak mende tak ada tak lengkap lagi. Sekarang Irfan dah besar sikit top up sket2 je la mana yang kurang =)

p/s: Ohhh ye...Start esok sampai Ahad ni ada Mother, Baby & Kids Expo kat PWTC. The biggest fair katanya. Kitorang tak pegi la since weekend ni dah pack dengan plan lain =)


Tuesday, May 29, 2012

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

12/05/2012 - Sat

Masih lagi cerita di hari yang sama. Sampai 3 kali update kan baru nak habis ;) Balik dari Lanchang tu dekat pukul 7 baru sampai rumah. Parent n abang se'family' dah santai2 siap. Memasing nak balik cepat sebab time kenduri tu memang dah panas terik. Nasib la time dah sampai Deerland tu dah mendung sikit. Malamnya kitorang keluar makan ramai2 kat Wira Seafood. Maklumla dah seharian tak lekat kat rumah. Memang tak ada apa nak makan kat rumah. Ngan badan rasa cam lunyai je. Nak masak memang kirim salam la kan :P


Cam biasa memang kitorang orang yang last la habiskan makanan. Sebab awal2 sibuk berdondang sayang ngan Irfan. Tu pun nasib la Atok Irfan sangat memahami pegi amik dia bawak jalan2...hehe...Tenkiu atok =)


Habis makan kitorang ke tempat tuisyen adik bujangku hantar barang. Bukan dia yang belajar sini tapi dia yang bukak tempat ni. Biasa la orang study bisnes. Selagi boleh macam2 bisnes pun jadi. Ni aku pun tak tau la bisnes dia yang ke berapa dah. Before ni pernah jual kasut crocs, jual jeans, jual anti virus, jual e-book, bagi motivation talk kat merata sekolah and baru2 ni dia keluarkan buku sendiri. Buku motivasi jugak. Pasal nak buat savings bagai. Aku ni je ha yang tak reti2...hikhikhik....

Lebih kurang gini la kat luar nya time siang. Malam memang tak nampak apa la. Malasla nak letak namanya kat dalam ni. Kang orang google tak pasal2 pulak keluar blog picisan ni :P Harus berjaga2 dengan si stalker durjana T_T


Ada 4 bilik kat dalam ni. Tak termasuk bilik solat ngan bilik air la kan. Kemain seronok Irfan lari keluar masuk dalam tu. Kejar mengejar la ngan dia dari hujung sini ke hujung sana.




Tengok tempat tuisyen gini teringat time dolu2 pegi tuisyen. Dah habis SPM pun mak hantar jugak pegi kelas komputer ngan menaip. Paling tak tahan time kelas menaip la. Belajar menaip pakai typewrite yang besar gabak tu. Jenuh nak mengetuk satu2 hurufnya sebab kena tekan kuat2. Kalau tak tak keluar pulak kat paper. Balik je habis merah2 jari. Yang paling tak boleh lupa bila tersalah taip cikgu tu boleh ketuk belakang jari ni ha dengan pembaris....huhhh....sabo je la.



Ni student kecik dah masuk kelas....



Lepas tu tak reti2 nak duduk...hikhik...


Dah berdiri atas kerusi meh kita panjat atas meja pulak...




Oooo...patut la tak duduk. Rupa2nya ada cikgu suruh berdiri atas kerusi....wuwuwu...

Tambah lagi 3 orang student. Yang ni dok diam. Bagus. Yang lagi sorang tadi dah tukar masuk kelas lain dah :P


Orang2 IT sibuk berdiskusi. Aku malas nak amik tau. Nama je orang IT. Tapi bab2 hardware ngan networking memang hampeh je T_T Baik aku main kejar2 ngan Irfan ;)



Habis kaunter pun dia nak panjat.


Mama Irfan dok sibuk main2 ekon. Cam best je kerja jaga kaunter. Rasa macam nak cari kerja yang relaks2 sikit. Even gaji sikit pun hati senang. Balik on time tak payah nak kerja sampai malam.


Kat tingkat almari ni pun budak kecik ni boleh buat tempat duduk. Elok2 berlari sana sini tetiba datang duduk ceruk tu. Lawak lawak...



Yuran tuisyen. Adik aku yang bukak pusat tuisyen. Tapi mak n ayah jugak yang dok ulang alik datang. Adik aku sibuk ngan permanent job dia la kat Seremban tu. Seminggu sekali baru balik rumah. Aku ada la datang sekali dua. Datang bawak Irfan memang tak jadi kerja sangat la. Datang hari tu pun setakat tolong sapu2 tangga aje.


Tak tau la bila bukaknya pusat tuisyen ni. Tak silap minggu ni la sebab time cuti sekolah. Kalau budak2 exam class time cuti sekolah mostly ke pusat tuisyen la. Kalau idak harus la coti2 Malaysia kan ;) Ni bisnes adik aku la. Kalau nak cerita sorang2 masing2 ada bisnes sendiri kot. Aku je yang tak reti2 nak berbisnes. Tolong bisnes orang ada la. Tolong beli :P