nuffnang

Friday, October 12, 2012

Women's Weekly Shopping Event

06/10/2012 - Sat

Iklan kejap boleh? Penat dah cerita pasal USS tak habeh2 :P Nak cerita aktiviti weekend kitorang hari tu. Pepagi dah keluar ke 1 Utama. Elok je nak sampai Parkson tengok2 queue punya la panjang mak aihhh. Padahal time tu kaunter pun tak bukak lagi. 


Al kisahnya hari tu Women's Weekly ngan Parkson buat shopping event. So sesape yang beli Women's Weekly Oct issue dapat la invitation card tu. Kalau shopping event biasa2 tu aku boleh pejam mata lagi uols. Tapi dapat goodie bag worth RM 200. Tak tahan ok...hahaha...


Begini la rupa queue yang panjang berjela itu. Dorang start bagi goodie bag pukul 11 pagi. Aku sampai dalam 10.45 pagi. Tak tau la dorang yang depan2 tu datang pukul berapa...huhu...Yang queue jadi makin panjang tu sebab orang nak bagi goodie bag nya tak muncul2 lagi tapi orang yang nak beratur tu makin lama makin ramai.


At last sampai jugak kat depan. Ada la dalam 30 minit beratur kot. Tu ha berlonggok goodie bag kat belakang tu. Ada 1000 semua katanya. Siap kat tepi tu ada satu meja lain jual Women's Weekly. So sesape yang baru tau ramai2 la beli kat situ nak amik invitation card dalam tu. Siap ada beli lebih lagi. So that dapat la angkut goodie bag lebih jugak. Ingat nak buat camtu jugak. Tapi lain kali je lah...hehehe...


Next, jom shopping. Tak tau nak shopping apa kat Parkson ekceli. Tiap kali datang memang tak dapat hasil. Kat JJ jugak yang ada hasil last2. Pada aku Parkson 1 Utama kurang best. Kalau best pun mahal sangat pulak. Hari tu pegi Parkson Alamanda macam lagi happening. Terus dapat hasil...haha...


Last2 beli jugak something. Siap top up barang lagi semata2 nak cukupkan amount nak dapatkan voucher ;) Motif utama beli barang adalah sebab nak join 'Spin the Wheel' ni ;) Boleh join once ada purchase in a single receipt. Tak kesah la berapa pun amount resit tu. Best kan. Kitorang ada 2 resit je. Tapi kitorang silap sebab ada 1 resit bayar untuk 2 barang. Kalau bayar asing boleh pusing 3 kali wheel tu...huhu...

Ada jugak lucky draw tapi ternyata kami bukan lah orang yang bertuah itu T_T Siap ada yang dapat set perfume Burberry tu. Best2. Tak ada rezeki nak dapat. Dapat freebies lain cukup la =)


Habis round2 kat Parkson pegi makan dulu then terus ke Body Shop. Round2 kejap before balik. Time ni ternampak pulak ada 2 maskot ni tengah joget2 kat bawah. Terus Papa Irfan ajak turun nak amik gambar.


Irfan takut ngan panda ni. Dah la panda ni cute. Budak2 lain kemain suka lagi. Boleh pulak dia takut. Maybe sebab kepala panda ni besar sangat kot T_T


Ngan mende ni pun sama jugak. Irfan tetap takut...huhuhu...


Goodie bag from Women's Weekly. 


Dalam beg tu of coz la meriah dengan freebiesss! Like3x =D Mostly samples la except body wash ngan air kotak tu. Yang sample tu dapat Kids Omega Fish Oil, serum, day cream n sleeping mask Syahirah, sleeping mask NuTeen, sabun Attack, softener Top, Libresse, cream Rosken, face lifting cream, serum n scrub Bio-Essence, perfume vial Le Scenteur and Inner Shine. Beli magazine RM 6 boleh dapat semua ni. Memang syiokkk la kannn ;)


Dapat jugak voucher Shins ngan Sasa. Boleh pakai hari tu je la. Tak pakai pun sebab tak sanggup dah nak habiskan duit T_T


Siap dapat complimentary free spa treatment. Memang tak pakai. Tak reti la nak berspa2 ni...huhu... Dapat voucher Milkshake Factory yang ada kat Bukit Bintang nun. Memang takkan sampai la kan. And last but not least voucher Starbucks. Tak penah pegi Starbucks pun. Halal eh? Last sekali dengar dulu macam tak halal. So memang tak berani jejak la. Tak tau la sekarang camne.


Puas tawaf 1 Parkson tu tak tau nak beli apa last2 terbeli pulak trial kit skincare Shiseido ni...lalala...


For 1st 25 readers dapat 2 travel size serum. 1 untuk anti aging. Pujuk2 SA tu dia kasi tukar dengan serum biasa. So ada 3 botol serum travel size yang bersamaan dengan full size =) Yang lain2 tu semua in travel size including cleansing foam, toner, moisturizer, mask, loose powder dan moisturizer lagi :P


Top up beli baju Irfan nak dapatkan voucher...hehehe....Spec tu semangat je nak beli sebab Irfan elok je nak pakai. Biasa belum pakaikan dia dah tolak2. Sekali balik rumah dia tak nak pakai pulak...huwaaaaa....Tipah tertipuuu! T_T


Hasilnya dapat la voucher ini. Weekend ni dah expired...huhu...Ni yang tak suka ni voucher Parkson. Kejap sangat dah nak expired. Kalau voucher JJ tak ada nak expired pun. Bagus JJ ni. Hidup JJ!....haha...tetiba :P


Hasil dari Spin the Wheel. Ni Papa Irfan yang putarkan. Dua kali putar dua2 kali dapat Beauty. Dapat Bio-Essence sleeping mask ngan Skinz serum. I loike!


Beli Women's Weekly kat Borders hari tu. Kononnya dapat la freebies Elizabeth Arden tapi dah habis pulak T_T Dapat pegi shopping event pun jadi laa...


Cleo ni beli kat Popular. Dapat free lipstik Revlon Colorburst. Cleo pun ada buat cam shopping event jugak next week. Tapi tak sampai 100 pun goodie bag dia. So harapan nak dapat tu adalah tipis kecuali gigih datang beratur awal2 ;)


Mag Eh! ni pulak beli buat kali keduanya sebab beli 1st time tu tak dapat sample free. Giler kan beli sampai 2 magazine yang sama. Nak dapatkan sample Lancome punya pasal. Padahal tak pernah pun beli Eh! before ni :P


Last but not least beli Lisa ni. Asalnya ingat dapat free body lotion Himalaya. So laju je kirim kat Papa Irfan tolong belikan kat kedai kat ofis dia tu. Sekali tersilap issue la. Yang dapat free tu September punya. Yang baru ni Oktober...huhu...1st time jugak beli mag ni. Tak tau pun kewujudannya :P

Yang baru ni just dapat beli shower gel Body Shop. Buy 1 free 1. Tak payah rebut2 sebab yang ni kena keluarkan duit. Biasa yang free tu la yang laju je lesap.


Sakan kan kumpul freebies. Nak buat camne. Memang dah pencinta freebies ;)

Thursday, October 11, 2012

USS #4: The Lost World - Waterworld

13/08/2012- Thurs

Dah sampai The Lost World. Mengah dah ni nak update...huhu...Dah separuh hari berjalan kat USS pun still tak habis round lagi. Dekat The Lost World ada Waterworld ngan Jurassic Park. Sebab kat Waterworld pun dah banyak gambar so split jadi 2 entry ;)


Nak masuk Waterworld. Movie Waterworld pun haremm aku tak pernah tengok...huhu...Lansung tak tau kewujudan movie ni suatu ketika dulu :P






Setting show dalam tu.


Crowds yang ada time kitorang sampai. Ramai tapi tempat duduk still tak penuh. Awal2 tu sesi warming up. Dorang test simbah2 air kat audience. Yang dok depan memang basah lenjun la. Ada yang siap dah pakai payung n baju hujan dah. Kitorang dah siap2 duduk kat atas2.


Dah start show. Papa Irfan yang rajin amik gambar. So aku tepek je la apa yang ada ye =)


Biasa la dalam action movie ada gaduh2 tembak2. Kitorang berdua memang peminat action movies so memang layannn la. Best sebab selama ni tengok kat TV je. Ni semua tu dok ada kat depan mata. Memang lagi feel la tengok live.


Bos orang jahat baru keluar :D



Boleh pulak time2 tengah nak gaduh2 orang jahat tu pegi nyanyi lagu Gangnam Style. Lawak...lawak :))


Hero baru keluar. Blur teruk gambar ni. Tapi tak kira nak tepek jugak :P Kalau hero dalam movie asal Kevin Costner. Tapi dolu2 mana la nak layan action movies. Ni pun baru je tau. Dah kenal Papa Irfan je mula la aku pun terpengaruh...huhu...


Tengok gambar ni tetiba teringin nak naik jet ski ngan Papa Irfan kat pantai (^__^)


Dah nak hujung2 show tu memang sakan la tembak2 letup2 bagai. Nasib baik Irfan cool aje. Good boy! =)



Show sudah habis. Siap ada kapal terbang jatuh landing lagi. Terkezut ai tau...hehe...Show ni walaupun best tengok sekali pun cukup la kot since balik2 ulang yang tu jugak kan. Lagipun banyak sangat asap2 yang kurang menyihatkan =)


Next sambung jalan ke Jurassic Park =)

Wednesday, October 10, 2012

USS #3: Far Far Away

13/08/2012 - Thurs

Dah sampai rumah Shrek. Time ni dah start panas terik. Kalau dah naik ride apa2 especially roller coaster memang confirm boleh pening kat situ jugak.


Depan toilet Shrek pun nak amik gambar kan...hehehe...


Nak masuk Far Far Away kingdom...





Kena marah ngan Papa Irfan sebab buat peace macam nak cucuk mata Irfan...hahaha....Dah balik tengok gambar baru perasan :P


Kat dalam castle tu ada show Shrek 4-D Adventure.


Dah puas bergambar kat luar kitorang terus masuk dalam queue untuk tengok Shrek 4D tu.


Ni baru 1st show untuk hari tu. Tapi still kena beratur nak masuk. Ada la dalam 10 minit kot beratur.


Nak masuk dah. Dalam tu memang tak boleh amik gambar sebab gelap. Dorang tak kasi pakai flash. So no point jugak la amik gambar pun. Yang paling penting show tu memang bestttt!!!! Effect dia tak banyak n biasa2 je macam kena percik air, kerusi ke depan ke belakang n kaki rasa geli2. Tapi tetapppp best! Tu pun aku tersilap duduk. Kerusi aku duduk tu gerak sikit je. Maybe yang tu untuk budak n orang yang ada back pain ke apa. Mana la nak tau since dorang tak ada inform or tanda kerusi tu ngan apa2. So feel kurang di situ. Kerusi Irfan yang gerak beria :D

Irfan memang kena dok seat dia sendiri. Tak boleh riba dia. Tapi dia tak nak pakai spec 4D tu. So memang dia tak nampak la gambar2 yang awesome tu. Tu pun dia tersangat la behave. Tak lari ke mana2. Tak jerit or apa2 yang sewaktu dengannya...hehe...Dia dok diam je kat seat dia. Bila ada air dia sapu2 je muka dia. Dah biasa kena percik air ngan papa dia kat rumah :D


Dah habis show keluar2 nampak ferris wheel cenonet ni.


Memang gambar blur memanjang je kat sini. Ni la Magic Potion Spin. Tak ramai orang pun sebab mainan budak2 je. Agak bosan.



Tapi bosan2 pun kitorang tetap naik. Selagi boleh naik kita naik. Beria2 senyum last2 Papa Irfan amik gambar Irfan je...sobs...sobsss...


Kenapa la mama ngan papa saya bawak saya ke tempat yang sungguh membosankan ini T_T


Kat bawah tu Fairy Godmother's Potion Shop. Lansung tak tengok ada jual apa kat situ. Lalu terus keluar.


Abang n anak sedara aku gelakkan kitorang sebab naik mende ni. Dorang cakap tengok muka memasing dalam gambar pun dah tau memang bosan giler naik mende ni :P



Ok apa kan sekali sekala. Aku hepi je...hehe...Tapi nak soh naik buat kali kedua mungkin tidakkk :D


Dah tengah hari sket hari pun dah makin panas. Dah start penat. Apa lagi perut pun mula la lapar. Breakfast makan roti je kot. Bertolak awal sangat sampai tak sempat pun nak cari breakfast dulu.


Last2 kitorang singgah makan sini je. Friar's. Kat USS ni macam banyak fast foods je. Boleh la kalau setakat nak buat alas perut. Yang pentingnya kedai ni halal. Ada lagi beberapa kedai halal kat sini. Kalau refer kat map brochure tu pun boleh tengok ada logo halal ke tak kat tiap2 kedai makan tu.


Ni je makanan kitorang 3 beranak. Giler bajet kan. 1 set dekat $10. So lepas convert dah 20 hengget lebih. Kalau tak convert memang la nampak murah. Kalau convert memang rasa nak pitam je tau. Aku pulak kalau nak beli apa2 time2 tu jugak nak convert. Kalau tak nanti lupa diri pulak spend duit sesuka hati .



Air pun share ok. Sedih tak...wuwuwu...Tu pun rasa heaven giler dapat minum air yang sejuk. Kering tekak dah half way jalan. Ok la makan ayam sorang seketul sementara nak habiskan jalan sampai petang.


Budak yang hepi. Padahal time ni dah ngantuk nih. Time ni baru la rasa nak sewa stroller. Awal2 tu ingat gigih sangat la tak nak pakai. Tapi bila pikir2 balik dah separuh jalan baru nak sewa. Rasa cam rugi je. Nak sewa stroller pun dah 30 hengget kot. Baik la kitorang gilir2 je dukung Irfan. Cramp tangan memasing lepas tu...hahaha...Tapi kekadang tu sanggup tahan lenguh tangan dari biar dia jalan sendiri lepas tu kena kejar dia merata T_T


Habis makan get ready nak ke next destination pulak. Time amik gambar kat Versarchery ni boleh tak perasan kat situ ada show Donkey Live. Padahal kat belakang tu je tempatnya...wuwuwu...Rugi ok tak tengok. Next visit please =))


Kitorang tak naik Enchanted Airways. Macam junior roller coaster je. Yang ni memang dah tau tapi sebab Irfan tak boleh naik kitorang pun skip aje la. Time ni tak terpikir pun nak take turn jaga Irfan. Macam rugi jugak la untuk peminat roller coaster cam aku ni tak dapat naik. Ingat nak la try segala jenis roller coaster yang ada kat sini. Maybe next visit la kan ;)


Next, The Lost World =)