nuffnang

Monday, December 17, 2012

Majlis Bertandang Khairul & Adina 18-11-12 - Part 1

18/11/2012 - Sun

Setelah sekian lama ku peram entry ni baru ni la nak publish. Banyak nau gambar. Aku pulak kalau nak update memang jenis nak update in details. Tak reti nak letak sepatah2 :P Well, kenduri ni dah berlalu sebulan yang lepas. Dah selamat dah pun. Pepagi tu dalam pukul 10 pagi semua dah siap2 ke dewan. Kitorang bertiga lambat sikit sebab tunggu mak cik dari Penang. 


The boyz...Kali ni meriah lain macam sikit sebab semua pakai baju sama. Tak pernah2 kenduri family aku buat baju sepesen je semua. Biasa masing2 cari baju sendiri. Even sama warna pun tone pun memang caca marba...huhu...


Lauk2 semua dorang masak kat situ jugak. 


Semua sedappp. Time kenduri aku tak tau la sedap ke tak dulu. Setakat makan beberapa suap je. Lepas tu lauk2 lebih semua orang caterer tapau bawak balik. Ada ke patottt???


Apa2 pun kita makan dulu sebab lepas tu memang dah tak ada masa nak duduk2 dah. Time ni Irfan tido dalam stroller. Tapi memang tak lama sebab bila orang dah bising2 bangun la dia. Terus tak tido sampai petang. Bila tak cukup tido macam biasa keluar la perangai luar biasa dia :P


Nur Safwah Maisarah, Dah macam pengantin aku tengok. Memula pegang ok je. Sekali time nak snap tu la dia menjerit. Ok fione baby Safwah tak suka ai T_T


Meja makan beradab...


Pelamin yang simple but sweet =)


Kek pengantin...



Mak n kakak pengantin...hehe...Mak malu2 je nak amik gambar. Hari tu aku jadi PA mak. Tolong sambut sambil salam n senyum2 kat orang yang datang. Bagi door gift. Dan paling penting kaut sampul2 duit dari mak bila dah penuh poket...huhu...


Dengan kakak ipar. Family aku ni semua jenis malu2 je nak amik gambar. So aku pun secara automatiknya pun kena la jadi malu2 jugak...hehe...Even dok terpacak dekat pintu pun penat jugak sebab berdiri kat situ dengan mak straight dari pagi sampai ke petang. Orang lain ada la shift2 jugak. Lepas tu bila orang tetiba nak keluar secara berjemaah kelam kelibut jugak la nak bagi door gift. Takut ada yang termiss pulak.


Antara tetamu yang datang...


Letak gambar yang ada background muka aku je la kan...hahaha...Tak bergambar sangat pun hari tu. So ada gambar jadi background pun jadik la...hahaha...


Pengantin n rombongan sudah sampai...


Sangat sweet color baju pengantin. Baru perasan color peach sangat sweet....hehehe...Lepas tu mula la nak berangan2 nak buat kenduri lagi sekali lepas tu buat tema peach jugak...lalala...


Rombongan masuk dulu tapi pengantin kena jalan jauh sikit sampai ke belakang dewan.


Baru la ada feel jalan jauh2. Kang kalau masuk ikut pintu depan belum habis kompang, pengantin dah sampai pelamin kan.


Pasukan kompang. Macam dah jadi tradisi family kitorang mesti nak ada kompang2 ni. Kompang yang real. Baru la terasa kemeriahannya =)


Pengantin ikut pintu belakang. Bikin saspens orang dalam dewan je sebab tunggu2 tengok2 rombongan je yang masuk tapi pengantin hilang...hahaha...


Baju pengantin perempuan yang sangat cantekkk...Saya suka!Saya sukaaaaa! Baju aku dulu boleh pulak mak andam tu tak sempat nak siapkan. So macam cacat sikit. Ada ke patotttt???


Flower girls versi muslimah. Ayu je. Actually hari tu buat rehearsal ngan bebudak ni je. Biasala budak2 kan. Susah nak dijangka. So expect the unexpected ;)






Boys beratur je tepi red carpet. Plan asal suruh dorang selawat. Sekali ustaz yang conduct selawat tu pakai microphone memang tak dengar apa dah...huhu...So jadi bodyguard je la dorang kat situ.





Pengantin dok dekat pelamin setakat amik gambar je. Tak bersanding pun. Maybe sesetengah orang fikir asal ada pelamin je dipanggil bersanding. So tak nak buat pelamin. Macam buat pelamin tu kira berdosa. Kesian tau pengantin kalau time dia kawen lepas tu tak ada pelamin pulak tu T_T Tapi bagi yang memang pengantin sendiri yang tak nak tu lain cerita la kan...huhu...


Parents pengantin perempuan....


Parents pengantin lelaki...


Parents pasangan pengantin...


Gambar muka aku nyelit lagi...hehehe...Dah nak update blog baru reti nak cari gambar. Kalau tak lansung tak peduli nak suruh sape2 amikkan gambar. Mata nak kena fokus tengok orang keluar masuk =)


Habis Part I. Kena buat 2 entry sebab banyak sangat gambar. Gambar banyak bebel pun kena la banyak jugak seiring dengan gambar...hohoho...To be continued =)

Wednesday, December 12, 2012

Big Bad Wolf Books Sale 2012

07/12/2012 - Fri

Hari ni date cantik 12.12.12. Nak tak nak gigih jugak update blog...hehe...Tapi bukan nak update pasal hari ni. Tapi pasal Jumaat lepas. Akhirnya berjaya pegi BigBadWolf sale dekat Mines Convention Centre (MIECC) on the 1st day. Jauh jugak la nak ke sana. Nasib baik memang bukak the whole day. So pukul 10 malam lepas kerja baru gerak ke sana. Sampai dalam pukul 11. Even dah malam pun still jem nak masuk ke area The Mines tu. 


Kereta apa tah ada kat lobby tu. Nak refer kat Papa Irfan dia kat ofis pulak. Malam2 memang tak ada apa la kat situ. Maybe time siang meriah dengan character superheroes kat luar tu. Tak tau la macam mana pulak la keadaannya time siang. Mesti lagi ramai manusia. Irfan letak dalam carrier je. Kalau bawak stroller takut leceh nak selit2 celah orang ramai. Dah la stroller Irfan besar gabak...huhu...


Floor plan. Kitorang terus tuju area children je. Memang main mission nak cari buku Irfan. 


Sekali dah sampai children section memang rambang mata uols! Banyak sangat buku best. Berpinar bijik mata nak tengok satu2. So mana yang sempat campak je la dalam shopping bag. Korang kalau nak senang bawak je troli kecik tu. Ada orang siap bawak luggage terus senang. Tarik je. Kalau tak kena la angkut dalam kotak yang dorang provide kat situ.


Kitorang pilih laju2 je buku2 kat situ. Agak2 dah penuh shopping bag pepandai la cari pintu keluar...huhu....Memang tak sampai sejam dah pegi bayar. Kena pantas dan tuntas sebab tak lama lepas tu Irfan dah tak selesa dok dalam carrier. Dah bagi dia keluar semua buku dia nak soh amik letak dalam beg. Tak amik kang dia pasang siren....hohoho...


Kalau ikutkan memang tak nak balik je. Nak je tawaf belek2 buku2 lain lagi. Tapi apakan daya. Bawak anak kecik tak boleh nak bersantai2 sangat. Lagipun esoknya kitorang nak cuti2 Malaysia. Nak kena balik packing barang lagi. Kesian kat Papa Irfan jugak sebab penat balik kerja datang sini esoknya nak kena drive lagi T_T


Dan inilah hasil rembatan untuk Irfan. Untuk kitorang tak ada pun. Rasa nak repeat datang sini lagi cari buku kitorang pulak. Kalau ada pun tak banyak boleh dibeli. Macam la banyak masa sangat nak baca. Diri sendiri pun kadang2 rasa tak terurus. Setakat selak2 boleh la. Tapi kalau dapat beli buku resipi macam menarik kan. Kot la tetiba datang aura rajin nak try resipi canggih manggih...haha...


Mostly memang beli buku yang hard cover. Dah tau Irfan macam mana. So nak selamat beli buku cenggini. Tu pun lama2 memang akan ada yang cacat jugak. Ni hasil shopping laju2. Kalau lama lagi tak tau la macam mana kan :P Memang banyak buku best. Ada buku2 yang ada animal sounds, lights, songs etc. Pop up books pun ada tapi tak sempat pulak nak cari. 

Ada sesat jugak beli encyclopedia Papa Irfan. Total damage tak sampai RM 200 pun. Memang berbaloi2! Mostly discount up to 75% - 95%. Siapa nak bagi kan discount banyak tu kalau kat luar. Buku2 Irfan yang kitorang amik harga range RM5-RM10. Macam mana la tak geram...huhu...


Irfan, baca buku rajin2 ye. Kalau tak baca nanti mama ngan papa menangis sama2 baca buku Irfan T_T Tapi sejak ada buku2 baru ni Irfan kemain rajin ngadap buku2 dia. Siap cerita sorang2. Kadang2 tarik kitorang join sekali...hehehe...Cute betul tau =) So korang kalau tak pegi lagi boleh la singgah nanti. Boleh klik sini kalau nak tengok list buku2 yang ada kat sana. So nanti tak ada la rambang mata sangat bila dah sampai ;)

Friday, December 7, 2012

Beach Mode On

Alhamdulillah kerja boleh dikatakan dah settle. Lega rasanya. Lepas dah bertungkus lumus mengerah tenaga siapkan kerja tak sangka pulak ada berita sedih lepas tu. Pasal kerja jugak lah. Tapi tak mo sedih2 dah. Sekarang nak hepi2 dulu.

Tengah berangan2 nak pegi bercuti. Teringin nak ke pantai. Bila rasa nak hilangkan stress harus la terus terbayang pantai. Memang automatik camtu. Tapi tak tau la menjadi ke tak plan kitorang ni sebab very the last minute baru rasa nak pegi.


Gambar ni time kitorang cuti2 ke PD before bulan puasa hari tu. Tak sempat pun nak update kat blog. Tangguh2 last2 peram je cerita ni. Tengok la kalau rajin akan ku update jua...hehe...Irfan kemain seronok lagi dapat main pasir. Tu yang nak sangat bawak dia ke pantai lagi. Minggu ni jugak dah start sale Big Bad Wolf book sales kan. Tu pun nak pegi jugak. Semua nak pegi camne nih? huhuh...

p/s: Kali ni BigBadWolf bukak straight 63 hours kan dari 7/11 Jumaat 6.30 pagi 9/11 Ahad 9 malam. Shopping la sampai ke pagi buta pun sampai lebammm...haha...

Monday, December 3, 2012

Buzy Bee

Seriously memang tak sempat lansung nak update blog last week. Terkejar2 nak siapkan kerja yang bertimbun. Kali ni cover kerja team member lain pulak yang amik cuti. Tetiba time ni jugak la tak boleh nak upload gambar. Picasa album exceed limit pulak. Dah bertahun berblogging tetiba nak exceed limit. Memang menagada betul! huhu~ Nak configure balik pun tak ada masa lagi ni.

Rasa macam workaholic je kekadang tu siang malam ngadap kerja je. Makan minum tido semua entah ke mana. Tunggang terbalik sudaaa. Boleh work from home tak semestinya boleh bersenang lenang kat rumah. Makin menjadi2 ada la mengadap kerja nak kejar dateline. Lagi stress kalau Papa Irfan pun sama bz balik kerja malam. Memang lepas Irfan tido jugak la baru dapat ngadap kerja. Biasanya lepas pukul 12 lebih. Kadang2 dengan Irfan sekali terlibat tak nak tido sampai pagi buta. Siap tarik2 tangan tak bagi klik mouse...huhuhu...Sian dia terabai kejap.

Dalam setahun mesti ada sekali dua dapat projek camni. Bagi kerja banyak lepas tu nak suruh siapkan cepat2 dengan resources yang sikit. Bayangkan aku sorang je kena execute 130 test scripts dalam masa seminggu. Memang tak tenteram hidup ok. Kalau semua smooth ok lagi. Ni kang jap2 server down. Jap2 tenet slow. Jap2 lagi tengok script tak betul....huwaaa...Memang rasa nak nanges je buat kerja.

So tinggal lagi seminggu nak berhempas pulas lepas ni. Chaiyok2! U can do it...hoho...Lepas tu rasa macam nak cuti2 Mesia je nak release tension. Tu pun kalau kerja tu tak melarat2 sampai ke minggu lagi satu. I wanna take a break! Entah tahun bila nak update pasal kenduri n pegi Singapore hari tu pun tak tau la T_T

Friday, November 23, 2012

Irfan 21 Bulan

Hari ni adalah hari yang sangat memenatkan dan menstresskan...huhu...Kerja tetap kerja. Tapi bila dah bagi berlonggok2 lepas tu suruh siapkan dalam masa 1 minggu memang sangat menyesakkan nafas. Kadang2 rasa macam dibuli...sobsobsobsob =( Sekarang pun dah 9.30 malam tapi masih mengadap kerja. 

Terlampau bz sampai tak sempat nak update semalam Irfan dah genap 21 bulan. Lagi 3 bulan nak masuk 2 tahun. Dah boleh planning birthday party dah ni. Macam tak percaya!


Cerita kenduri nak tak nak postpone dulu la nampaknya. Even cerita pegi Singapore hari tu pun dok postpone lagi tau....huhu...Nak amik cuti merehatkan otak pun cuti dah habis. Team member pakat ramai2 amik cuti hujung tahun pulak =(

Wednesday, November 21, 2012

Wedding Preparation

17/11/2012 - Sat

Selesai sudah majlis perkahwinan adik aku Ahad hari tu. Alhamdulillah semua ok je. Yang tak ok pun tak banyak. Boleh buat2 tak nampak...huhu...Gambar je banyak ni. Update pasal preparation dulu la a day before the wedding. 


Patut sampai dewan pukul 8 malam. Tapi kitorang berdua pukul 9 lebih baru sampai. Pegi cari marker pen punya pasal. Time nak cari tu la kemain susah nak jumpa kan. Sampai2 tengok dorang dah start packing door gift. Actually semua dah siap packing before datang dewan. Just nak masukkan satu2 dalam paper bag je.


Ni la untungnya adik beradik ramai. Buat sorang sket supsapsupsap dah siap. Budak2 yang dah besar sikit pun tolong sekali. So memang pantas dan tuntas la. Tapi lepas tu aku buat QC balik jenuh jugak la nak betul2kan T_T



Irfan buat kerja sendiri. Dok nyelit2 celah orang. Nasib la kan. Mama dia nak buat kerja. Pepandai la jaga diri ye.



Orang lain masukkan muffin dalam paper bag tapi Irfan pegi masuk dalam mulut...haihhh laaa...Nasib baik la memang habis kenduri tu memang ada banyak giler lebih door gift nya. So tak ada la aku rasa bersalah sangat kan =)


Pemandangan sekitar dewan.




View dari atas pun ada...hehe...Ni main cilok je dari FB ayah aku. Dia yang rajin amik gambar. 


Kat rumah 2 orang abang aku siapkan banner nak letak tepi jalan. Tulis tangan je la kan. Nasib tulisan cantik. Orang seni la katakan. Cakap je nak font apa terus settle. Apsal entah dulu time aku kawen abang aku ni tak tolong tuliskan pun tak tau. Musykil betul.


Ada jugak sedara mara datang tolong. Memang meriah la. Biasa kenduri sebelum2 ni memang kitorang adik beradik je yang buat kerja.



Staff caterer pun datang malam tu setting apa yang patut.




Pelamin pun dorang datang pasang malam tu jugak. 


Tadaaaa...Sudah siap. Susun kejap je. Kerahkan tenaga budak2 je tolong angkat pegi meja. Tak menang tangan pulak nak menyusun lepas tu.


Dapat la susun penuh 2 meja. Tu pun dah siap berlayer2.


Tak muat lagi moh kita sumbat bawah meja. Penuh jugak bawah 2 buah meja tu :P


Ni 1st time kenduri kawen family kitorang buat kat dewan. Adik beradik lain termasuk aku buat kat rumah aje. Ada pro n con jugak la sebenarnya. Tapi aku cam lagi suka buat kat dewan je. Kalau kat rumah 2 or 3 hari before tu dah siap2. Ni kat dewan malam tu buat semua sekali settle malam tu jugak. Habis cerita. Rumah pun tak semak. Kalau semak pun tak pe sebab tak orang pun nak datang :D


Habis bab door gift baru la buat meeting. Discuss pasal tentatif esoknya. Memasing dah ada tugas masing2. So nak kena tau jugak la perjalanan majlis.




Habis meeting buat rehearsal pulak. Don't play2 ok. Siap buat rehearsal lagi. Dah 7 orang adik beradik kawen lansung tak pernah nak rehearsal pape. Semua main redah aje. Kali ni special punya. Maybe sebab kat dewan kot. So nak nampak proper sket. Lagipun ni kenduri kawen yang last. Memasing pun excited termasuk la aku ;)


Flower girls...


Boys pun terlibat jugak walaupun memasing cam bosan je. Dok pikir nak main je tu. Biasala dah kumpul ramai2 camtu.


Budak kecik ni lagi la seronok lari sana sini. Risau jugak kot2 terjatuh ke apa. Tengah2 buat kerja jap2 kang cari dia pegi mana. Asal tak nampak je terus bangun pegi cari. Risau betul kot hilang kat mana2 kan. Haru je nanti.


Ini la untungnya orang buat kenduri at least ada gap seminggu. Sempat la nak posing2 lepas tu letak kat banner. Time aku dulu straight 3 hari berturut2 nikah, belah perempuan n belah laki. Memang nakbuatapapuntakbole T_T


Budak kecik yang dah mengantuk.


Irfan tengah merajuk kitorang tak bagi dia main kat kerusi pengantin ni. Dia boleh nak main terjun2 dari atas tu pulak. Ni pun beberapa minit sebelum tragedi malam tu...huhu...


Ini la tragedinya. Benjol besar kat dahi tu ha. Kesian sangat tengok Irfan time ni. Ni baru lepas tuapkan ais. Memang mengamuk la dia. Mesti sakit punya. Al kisahnya aku tetiba sakit perut. So nak duduk la kejap. Pass kat papa dia tolong tengokkan. Lepas tu atok dia amik dukung. Time atok dia sibuk2 borak Irfan pegi lari kat kerusi pengantin tu. Dah berdiri atas tu dia terus nak pegi capai ada stand fan kat tepi tu. Apa lagi terus la jatuh tergolek ke bawah. Seriau je tengok time tu. Time Irfan nak naik kerusi aku dah lari dah. Sementara nak sampai elok2 je dia jatuh...huhu...Terasa sangat bersalah. Well, kalau tak salah pun at the end memang orang akan salahkan aku jugak T_T


Sebab dah berlaku tragedi terus laju2 balik rumah. Lepas tu tak tau la apa jadi kat dewan tu. Memang sangat lasak Irfan sekarang ni. Memang nak kena ngadap dia je 24 jam. Seminit pun tak kan dok diam. Ada je mende dia nak buat...huhu...


Next entry...Cerita kenduri. Entah sempat update ke tak minggu ni aku pun tak tau. Team lead siap nak amik cuti sebulan. Dah nak hujung tahun baru gelabah nak habiskan cuti. Lepas tu longgok kerja kat aku yang awal2 dah clearkan cuti ni. Dah la sekarang time projek tengah genting. Memang stress nak ngadap kerja. Tak tido malam dibuatnya. Nasib baik ada blog. Boleh jugak kurangkan stress bebel kat sini ;)