nuffnang

Thursday, February 14, 2013

Kedai Makan Upin & Ipin

09/02/2013 - Sat

Lepas balik kenduri kawen then round2 dekat Wangsa Walk perut dah start lapar. Time kenduri pun makan sikit je akibat hilang selera makan walaupun lauk2 nampak sedap. Last2 ajak Papa Irfan singgah makan dekat kedai Upin Ipin dekat Platinum Victory area Taman Melati. Dah banyak kali lalu tapi tak pernah singgah pun.

Irfan adalah sangat excited bila keluar kereta je dah nampak gambar Upin Ipin. Dah masuk kedai lagi la. Upin Ipin sana sini. Merchandise Upin Ipin 1 almari penuh dekat belakang tu. Ingat nak belikan tshirt untuk Irfan tapi tak ada saiz kecik pulak.


Mata tak berkelip tengok cerita Upin Ipin dekat TV.


Aku order set nasi tomato+ayam masak merah+air. Ayam masak merah tak ada rupa ayam masak merah sangat. Rasa pun macam kurang. So tukar dengan Papa Irfan :P


Papa Irfan order set nasi ayam+ air. Pun sama jugak. Something wrong somewhere.Tak tau la memang tak sedap or aku yang sudah hilang deria rasa. Tengah demam kot tekak rasa lain kan. So tak boleh komen lebih2.


Untuk Irfan order bubur ayam tapi tawar semedang. Tasteless. Last2 suap nasi ayam sikit. Lepas tu makan keropok je dia...huhu...Satu je best makan sini sebab cerita Upin Ipin non stop. Tak ada cerita lain. Iklan pun tak ada. Biasanya kalau makan dekat kedai lain memang kitorang akan pasangkan Upin Ipin dekat phone semata2 nak bagi dia duduk diam :P


Lepas ni tak tau la nak datang lagi ke tak. Cubaan pertama memang fail. Banyak lagi menu2 lain yang nampak macam menarik. Korang yang ada plan nak datang makan sini sila la order menu lain pulak ye. Mana tau kot sedap. Boleh heboh2 kan dekat kami ;)

Meaningless

Hari ni dah 14 Februari. Tak ada apa yang menarik pun untuk dikenang sempena date ni. Kalau boleh tak nak ada 14 Februari pun dalam kalendar T_T To be exact, 14 Februari 2010. Hari yang kurang bernasib baik bagi aku. Jumpa orang yang salah di tempat yang salah. Kesannya luka yang sangat pedih untuk ditanggung. Habis ayat novel semua keluar nih :P

Well, life must go on. Bukan senang nak lupakan kenangan pahit. Saat berendam air mata. Even dah 3 tahun berlalu kadang2 peristiwa tu asik bermain di kepala. Macam tengok video. Nak jadikan drama pun boleh. Kadang2 bila kita tengok drama kan ada yang kita rasa tak logik la merepek la kan. Bila terkena dekat diri sendiri baru kita tau logik ke tak logik. Sampai ke hari ni aku still tak sangka ada rupanya manusia yang sebegitu rupa dalam dunia ni.

Semalam rasa nak demam balik. Bila cuti panjang jalan sana sini elok pulak tak demam. Nak buat kerja pun agak slow motion. Jiwa kacau. Entry pun dah start ber'emo2' belaka :p Nanti la nak cari mood update entry yang ceria sikit ye =)

Wednesday, February 13, 2013

Wedding Anil & Natasha

09/10/2013 - Sat

Cuti panjang dimulakan dengan undangan kenduri kawen offismate Papa Irfan. Aku dah 3 hari demam time tu. Demam2 pun kena gagahkan diri jugak jaga Irfan lepas kerja sebab Papa Irfan memang balik 2 or 3 pagi. Tak kesah la siapa pun sakit agaknya memang susah nak balik awal. Tak tau la alasan apa kena bagi baru boleh balik awal macam dulu2. Tapi memang tak nak salahkan Papa Irfan. Just bengang dengan bos dia. Dah dapat staf sikit punya rajin macam tu pun tak reti nak appreciate jugak...grrrrr!

Tu yang ada baju biru secoet tu adalah bos dia. Siap amik seat aku lagi sebab mula2 aku dah duduk situ. Bangun kejap main kejar2 dengan Irfan tengok2 dia dah ada dekat situ. Terus tukar tempat dengan Papa Irfan. Tak koser nak duduk sebelah dia ok. Bikin hati panas saje. Memang spoil. Terus tak ada mood time tu. Dah la tengah demam T_T


Time kitorang makan pengantin tengah posing2 atas pelamin. Offismate Papa Irfan yang laki tu, Anil. Pengantin lelaki adalah sangat ceria. Senyum je sepanjang masa. Sejuk hati memandang. Sebab tengok pengantin perempuan macam tak berapa nak welcoming. I mean tengok dari reaksi muka and cara dia berkomunikasi la kan. Penat maybe...


Pelamin yang berwarna warni...


Kami dengan pengantin before balik. Demam2 pun nak jugak datang. Tengah kemaruk nak attend kenduri orang je sekarang ni. Kawan sendiri tak ada yang nak kawen. Tumpang kawan Papa Irfan je la even tak kenal and tak pernah jumpa pun.


Serius memang buat muka ketat je time tu. Time ni kawan2 Papa Irfan ada dekat depan including his boss. Ada yang datang single, ada yang bawak wife and gf. Kitorang je yang bawak anak. Yang lain masih muda belia =)


Balik tu kitorang round2 dalam Wangsa Walk and singgah makan dekat kedai Upin & Ipin. Next entry la story mory k.


Esoknya kitorang berjalan sakan. KLCC-The Curve-Waroeng Penyet-Cineleisure-Tesco. Tepek je sekali dekat entry ni sebab tak ambik gambar sangat pun hari tu. Dekat Tesco agak lengang. Best je shopping. Oh hari tu jugak rasmi halfmoon shawl yang patutnya pakai time kenduri kawen adik. Last2 pakai tudung lain. Dari peram lama2 pakai la jugak.


Balik singgah makan dekat kedai mamak dengan parent n family abang. Balik rumah sambung borak2 lagi sampai family abang balik.


Makanan fevret Irfan...Satay ayam. Kalau ada satay makanan lain memang tak nampak dah.


Entry ni macam ada sedikit unsur2 emo...hehe...Jiwa tak berapa nak tenteram kot but I'm getting better now after writing this entry =)

Friday, February 8, 2013

A' Famosa Cowboy Town

27/01/2013 - Sun

Next, A' Famosa Cowboy Town. Agak liat nak update sebenarnya. Maklum la esok dah nak start cuti panjang. Sibuk berangan nak pegi jalan2. Tapi bukan pegi bercuti la. Kang bajet lari. Dah la birthday Irfan bulan ni. Asik bercuti je kerjanya. Ingat kerja cop duit? :P

Cowboy Town ni bukak pukul 6 petang. So between gap tu terasa agak lama jugak la. Lain la kalau stay situ. Boleh la jugak balik bilik lepak2 dulu. Pukul 6 terpacak kitorang masuk. Tak payah beli tiket sebab dah redeem sekali voucher time dekat Safari Wonderland. 


Masuk2 lengang aje. Sebab Red Indian show start pukul 8.30 malam. Tu la acara kemuncaknya. So sementara nak tunggu malam tu buat la apa yang patut. Nampak poney ni tersadai dekat tepi. Kasi chance la Irfan naik. Bila lagi kan.



Statik je duduk atas tu.Mengamuk tak excited pun tak.




Tak jauh mana pun jalannya. Jalan straight then patah balik.


Ada train and kereta kecik. Kalau naik bayar RM2 kot kalau tak silap. Tapi memang tak berkeinginan pun nak naik. Time2 macam tu yang bukak children theme park dengan fun fair je. Lupa pulak nak amik gambar area tu. Lagi ada tempat bowling, tempat shopping. Kitorang jalan2 je.




Hari dah gelap tapi show still belum start. Last2 terjebak naik gajah. Asik tengok orang naik je. Lepas bosan tak tau nak buat apa. Naik je lah merasa sekali. Sorang RM15. Kalau naik dekat Kuala Gandah tak sampai RM 10 kot. Time tu tak nak naik pulak :P Gambar atas gajah yang blur. Tak ada gambar dengan gajah tu sekali. Dah datang 3 beranak je sape la yang nak amikkan gambar kan.


Lepas tu keluar kejap. Boleh je keluar masuk asalkan tak tanggalkan wrist band tu. Lepas tu baru la nak ambik gambar dekat entrance. Time mula2 datang terlupa nak ambik :P



Dekat2 pukul 8.30 masuk tempat show sebab dah tak tau nak buat apa dah dekat luar tu. Kematu jugak la punggung duduk atas kerusi simen dekat situ sementara nak tunggu show start.



Train yang berliplapliplap di malam hari. Ada lagi orang naik train. Dorang tak tau train tu pusing dekat tempat show. Kesian ada yang tutup muka sebab malu orang kiri kanan amik gambar. Memasing tak ada kerja siap lambai2 tangan lagi kat dorang yang dalam train tu...huhu...



Dekat pukul 9 kot baru show start. Start dengan Red Indian show.


Show tu memang penuh dengan api je la sana sini. Masuk api dalam mulut la...



Ala2 juggling la...Biasa dapat tengok dekat TV je. Ni baru la dapat tengok depan mata. Awesome!






Lepas Red Indian show tu break kejap. Sambil tu dorang bawak keluar la gajah, poney, maskot la jalan2 situ bagi orang ramai amik gambar. Ular pun ada. Nasib baik sangkut dekat bahu Papa Irfan. Memang dia main sangkut je dekat bahu orang tak kisah la orang tu cakap tak nak ke apa. Lepas tu amik gambar. Taktik nak suruh orang beli gambar la tu kan.


Lepas tu ada animal musical parade. Keluar la segala kuda dengan cowboynya, ayam itik lembu keluar berlari. Sangat cute. Macam2 binatang jugak la yang keluar. Tak ingat sudah. Tapi binatang liar tak ada la kan.


Bila dah malam makin banyak la gambar yang blur. Kalau pakai kamera mahal syok la ambik gambar malam2. Tapi sebab Papa Irfan dah susah payah ambikkan gambar aku upload je la. Harapkan aku setakat 2 or 3 kali snap lepas tu statik dekat situ. Fokus tengok show. Bayar mahal kot...hahaha...



Clown pun ado...


Time binatang keluar banyak2...toleh atas tengok ada tikus2 yang tengah meniti tali tu...Risau kot2 ada yang terjatuh lepas tu landing dekat atas riba...huhu...Time ni bateri kamera dah kong...Seharian pakai. Nak tak nak ambik pakai kamera handphone aje la.


Dah nak hujung2 tu keluar la segala tarian kebudayaan. Memang rasa macam pelancong betul lah. Siap nyanyi lagu cuti2 Malaysia.


Ada kereta berhias.


Jet berhias pun ada.


Beca berliplap pun ada. Tapi tak boleh naik :P Sepanjang show tu memang dorang nyanyi live. Nasib baik la suara memasing sedap. So memang enjoy la =)



Dekat sejam jugak la show tu. Tapi rasa macam kejap je. Irfan pun boleh tahan la tak meragam pun. Ada la kekadang nak berjalan sesuka hati dia. Tapi most of the time memang dia maintain je duduk dekat kerusi sebab ada banyak benda pelik yang dia tak pernah tengok ;)

Last sekali ada fireworks display. Best2. Dah lama tak tengok fireworks live. Asik tengok dekat TV je. Maklum la kitorang ni jenis yang tak keluar celebrate time new year or merdeka. Last tengok live time study dulu je la. Tu 7 tahun lepas. So memang tak berkelip la mata tengok bunga api yang meriah malam tu. Hepi2! Sangat happening! Memang akan ada tiap2 malam fireworks dekat A' Famosa ni. Kalau tido sini 5 malam, 5 malam jugak la boleh ngadap bunga api :P


Dah habis fireworks display tu kitorang singgah beli gambar. Memang berjaya jugak la taktik dorang tu. Beli gambar kitorang dekat entrance dengan gambar kitorang dengan ular. Buat kenangan. Boleh la sekeping RM 15. Pejam mata je la bayar. 

Lepas tu ada show Red Indian lagi dekat luar. 2nd show katanya. Ada magic show and dancing show apa lagi entah. Ada 4D Theater jugak. Ala2 macam dekat USS tu. Kerusi gerak2 percik air bagai. Tapi tiket kitorang tak included untuk 4D show tu. So memang tak dapat masuk la. Kitorang terus balik laju2 sebab nak balik rumah terus.

Cowboy Town tu tutup pukul 12 pagi. Memang sangat sesuai la untuk kitorang yang kuat berjaga ni. Tapi tu la takut lari bajet. Kang awal2 bulan wallet dah kering. Cowboy Town fees ni dalam RM48 kot. Time weekend semuanya mahal. Kalau stay dekat A'Famosa ni tak silap boleh dapat harga tiket lagi murah. Kitorang beli dekat Groupon je. Sorang RM 53 untuk masuk Safari Wonderland ngan Cowboy Town. Kira murah dah tu =) Next time boleh datang lagi pegi water theme park pulak. Plus repeat ke Safari Wonderland :P