nuffnang

Friday, March 15, 2013

Jack dan Pokok Kacang

09/03/2013 - Sat

Dedulu time kecik2 siapa la tak pernah baca buku cerita Jack dan Pokok Kacang kan. Aku siap ulang2 baca lagi. Sekarang dah ada movie pulak tapi tajuknya Jack Si Pembunuh Gergasi....huhu...Sekarang ni english movie tetiba semua nak buat cerita dongeng2 dolu2. Tapi version nya ganaz sket macam Snow White, Hensel n Gretel, Rapunzel. Jack The Giant Slayer ni pun tak kurang ganaz nyer but I loike. Baru la tak bosan. Banyak aksi terkezut2 :P

Dan heronya of coz la Jack kan. Yang paling kiri sekali tu Jack. Aku ni jenis kalau hero tak hensem memang tak bersemangat nak tengok. Tapi hari tu macam dah tak tau nak tengok cerita apa. Hero macam Jehan Miskin. So aku tak minat...hehe...Tapi nasib baik ada Elmont si penyelamat. Macho okeh...lalalala...Elmont yang paling kanan tu. Dia macam ketua askar/pengawal gitu.


See...see...Macho tak???Dia pernah berlakon Star Wars dulu. Tapi aku tak pernah tau pun sebab tak pernah layan Star Wars sangat. Tengok pun sikit2 aje. So memang tak perasan lansung. Overall movie ni memang best. Tak rugi la tengok. Nak kasi review tak reti. Yang penting sangat enjoy sebab ada Elmont yang hensem! =)


Hensem tak? Hensem takkk? Kalau korang rasa tak hensem jugak baik pegi tengok Jack The Giant Slayer tu. Mesti akan nampak aura kehenseman dia tu...hahaha...Nama dia Ewan McGregor. Yang Jack tu nama dia Nicholas hape entah. Malas nak google :P


Ok...Back to reality :P Marah kang Papa Irfan asyik dok kata Ewan tu hensem. Papa Irfan pun hensem jugeee di mata ku ini ;) Actually sejak dua menjak ni teringin nak main boling. Tapi tak ada geng. Nak main berdua macam tak best. So plan nak tengok movie sebab rasa macam dah lama je tak pegi dating berdua.


Cobaan pertama ambik gambar macam tak jadi. Siap suruh Papa Irfan benti tepi jalan nak snap lagi sekali...hehehe...Maklum la orang tak fotogenik kan. Amik 10 kali pun belum tentu jadi T_T




Balik rumah tu lepak2 dulu then petang sikit keluar balik. Bawak Irfan jalan2 pulak. Kesian dia kena tinggal. 


Gambar candid. Aku nampak tua time ni...wuwuwu...Ok la kan. Baru la nampak macam orang yang dah 29 tahun :)


Amik peace kemain besar sampai tak nampak muka Irfan :P


Ok dah kena marah sebab asik paksa dia suruh pandang kamera T_T


Susah2 sangat kitorang ambik gambar berdua je la :P




Kesian hidung Irfan luka. Lepas baik batuk n selsema tetiba macam ada kesan luka. Ada orang yang tak sayang mulut siap cakap sebab aku dok tonyoh2 hidung dia time nak lap hingus. Haihhh...Sabo je lah. Memang dasar mulut tak ada insurans betul. Aku punya la lap berhati2. Siap pedap2 je time nak lap hingus dia.


Akhirnya nak jugak Irfan buat peace lepas kena paksa tu...hehehe...


Kitorang datang makan aje. Makan dekat food court new wing. Selama ni lalu je tapi tak pernah singgah. Not bad jugak rupanya stall2 dekat dalam tu. Meriah. So lepas ni boleh datang lagi ;) Habis makan singgah JJ pegi tempat mainan.


Macam biasa Irfan adalah excited :)


Excited tapi still tak nak senyum. Tak berapa nak sihat lagi. Luka dekat hidung tu sampai hari ni pun tak baik2 lagi. Nak pegi klinik pun tak sempat sebab Papa Irfan bz n asik balik malam je T_T



Esok dah weekend. Nak pegi kenduri dekat Perak. Lepas tu hari Ahad dah berangan nak pegi Matta Fair. Tu pun kalau tak overnite dekat Perak. Happy weekend uols!

Wednesday, March 13, 2013

March Random Updates

02/03/2013 - Sat

Aktiviti time weekend kalau keluar pun ke mana lagi kalau tak melawat shopping complex yang ada. So balik2 memang update lebih kurang sama je kecuali kalau ada kenduri or jalan2 makan angin. Other than that tak pasal makan pasal shopping. Tak pun ber'camwhoring' semata2 ;) 

Serius betul tengok Upin Ipin. Kalau buffering ha memang siap lah. 1st time makan dekat Pepper Lunch. Ni dekat Sunway Pyramid. Ada kedai dia. Kalau dekat Mid Valley or 1 Utama ada Pepper Lunch Express je. Yang express punya pilihan pun tak banyak tapi harga agak murah kalau nak dibandingkan dengan yang kedai punya. 


Menu dekat sini semua hot plate and mostly of course la yang berunsurkan black pepper. Kalau tak nak pun boleh request. Ala2 teppayanki tapi kita masak sendiri. Sampai2 memang tengah berasap kita kena gaul2kan tambah la kicap or sos sesedap rasa. Sebab aku tak pernah datang maka blur kejap tak tau nak buat apa time makanan sampai. Papa Irfan pulak on the phone. Sebab lambat gaul so nasi jadi macam hangit sikit T_T

Tapi best la. Lepas balik tu dok terbayang2 nak makan lagi. Lepas2 tu makan dekat 1 Utama pulak. Dekat food court new wing. Try nasi with salmon pulak. 1st time makan dekat food court 1U new wing. Selama ni tak pernah singgah pun. Biasa kalau nak pegi pun dekat old wing. Finally jumpa lagi satu tempat yang ada sizzling mi yang sedap selain dekat food court Giant Batu Caves n Tesco Shah Alam =)


Ni cerita hari esoknya. Kitorang ke Bangi join charity sale dekat area perumahan abang aku. Kekononnya nak jual tudung. Tudung ekspres aku banyak giler. Yang tak pernah pakai lansung pun ada. So tumpang la dekat booth SIL yang jual barang2 budak n household. Sudahnya aku yang jaga sampai ke petang sebab SIL ada job dekat TTDI. Tinggalkan anak2 dia tolong jaga.


Mintak tolong si kembar tolong amikkan gambar. Burok giler muka tahan ni sebab tengah tahan gelak. Ada ke patut anak sedara aku saje lambat snap. So kitorang dah macam tugu keras dekat situ lama2 T_T Tudung yang aku pakai tu baru 1st time pakai. Lepas tu ingat nak pakai pegi ofis. Sekali gosok terover heat maka terhasil la lubang kecik plus kedut2 sket. Sayang ok dah tak boleh pakai :((

At the end of the day tak ada orang pun beli tudung2ku...sob sob sob...Barang2 SIL pun 1 je terjual. Botol susu Avent. Last2 bukan orang datang beli. Kitorang pulak yang pegi menyopping dekat booth orang lain...hahaha...Papa Irfan rembat jersey. Aku belikan mainan n baju Irfan. Plus beli makan minum lagi. Susah betul kalau dah kaki soping nih. Tukang melaku kan barang orang lagi ada laa :P


One of the twins. Sorang Hadif sorang Haris. Ni tak tau la yang mana satu. Sampai sekarang pun tak tau nak beza kan. Panggil je si kembar habis cerita...hahaha...Dia ni kaki buli ok. Sepanjang hari aku asik kena buli je dengan dia. Ada je point dia nak kenakan aku T_T


Ni cerita hari lain minggu pun lain. Pegi JCard Day dekat 1 Utama. Malam2 lepas Maghrib terus keluar rumah. Kekononnya nak tengok2 baju Irfan n kasut sendiri. Sudahnya berjangkit beli mainan untuk Irfan skali :P


Papa Irfan yang beria suruh beli jugak Bop Bag ni.


Baju2 Irfan. Beli saiz 2-3 years. Boleh simpan sampai raya agaknya. Main ambik je sampai tak sedar ada selai pyjamas yang ada tulisan cina. Entah apa maksud dia pun tak tau...huhu...


Orang yang tak tau nak shopping apa pun dapat hasil ok. Aku je yang pulang dengan tangan kosong. Tapi tak kesah pun. Dapat keluar shopping pun dah kira cukup bagus ;) Lagipun sejak dua menjak ni aku dah menggila shopping online..hohoho...


Ni weekend baru ni. Before balik kampung Shah Alam singgah SACC Mall. Ada sale Anakku. Dapat la 3 helai. Tu pun sebab Papa Irfan dah tahan2 suruh jangan beli dah...hehehe...


Dah habis random updates untuk aktiviti 2 minggu di bulan Mac =)

Monday, March 11, 2013

Durian Pancake @ Sweet Chat

17/02/2013 - Sun

Kalau pegi Mid Valley selalu tak tau nak makan dekat mana. Pikir punya pikir last2 mesti makan dekat The Chicken Rice Shop. Dah banyak kali macam tu walaupun kedai ni selalu tak termasuk dalam list pun :P Irfan tido so kitorang berdua makan kenyang2 dulu.


Dah habis makan kejut Irfan. Paksa jugak dia bangun sebab nanti dia sorang je yang akan kelaparan.


Isi tank...


Before balik singgah Sweet Chat. Dah lama mengidam nak makan durian pancake dekat sini. Dah 2 kali datang tapi dah habis. So kali ketiga ni dapat hasil.


Irfan khusyuk layan Upin Ipin. Malas nak bawak dia keluar. Dok je lah dalam stroller tu.


So aku boleh la godek2 henfon...hehehe...


Dessert...Mango hape entah. Not bad. Sedap la jugak. Nak makan berat2 memang dah tak boleh masuk sebab dah makan nasi dekat chicken rice shop tu. Actually banyak lagi menu2 lain dekat Sweet Chat ni. Mula2 ingat jual dessert je. Banyak lagi western foods yang lain. Mi, nasi ayam, burger, spageti etc. Tengok gambar macam sedap tapi rasa memang tak tau la macam mana. Next time la kot. Harga ala2 dekat Secret Recipe.


My durian pancake...Yummeh2. Sedap sampai tengah makan tu siap pejam2 mata. Punya menghayati kesedapannya...hahaha...Tapi Papa Irfan tak suka. Dia suka durian yang betul2 durian je. So aku makan 2 ketul. Tu pun rasa nak mintak tambah :D


Scones...Biasa2 aje. Ni 1st time aku makan scone. Kesian tak. Tapi for 1st trial memang aku tak suka pun...huhuhu...


Before balik order durian pancake nak tapau...hehe...Tak tahan...Tapi nak tunggu siap tu punya la berzaman. Dah bosan sangat amik2 gambar la dulu ;)


Irfan and clown. Memang blur habis clown nih. Pelik Irfan tengok.


Singgah Secret Recipe belakang tu. Beli Durian2 cake. Well nak makan durian pancake pun ada syarat ok. Lepas tu Papa Irfan suruh rasa Durian2 cake dekat Secret Recipe tu. Aku dengar kek rasa durian pun dah tak boleh terima. Balik tu terpaksa jugak makan. Sumpah tak sedap ok! Lansung tak boleh diterima dek tekak T_T


Ni cerita yang agak basi. Weekend sebulan lepas kot. Ni gara2 mood nak update belog hilang entah ke mana. Actually aku ada nak promote something but ummm tak tau macam mana nak mulakan. Tunggu idea datang dulu ;)

Wednesday, March 6, 2013

Cheese Cakes

30/01/2013 - Wed

Kejadian 1 bulan lepas. Entah macam mana aura nak mem'baking' tetiba datang. Time weekdays pulak tu. Tengah malam buta lagi. Pukul 3 pagi baru siap 1 kek :P Kira hari ni dalam sejarah jugak la nih...hahaha...Selama ni minat makan je. Well, 1st trial tak berapa nak menjadi sangat laaa. Buat blueberry cheese cake. Tapi kejap je dah habis licin 1 bekas tu. Tak sempat nak snap gambar pun. Tengok2 ni je yang tinggal.

Actually tak berapa nak jadi sebab topping atas tu tak jadi keras. Base pun agak hancur. Silap teknik. Yang jadi part cheese tu aje. Next time buat Insya-Allah jadi. Tapi next time tu tak tau bila lagi la kan. Tunggu aura je datang...hehe...Apa2 pun budak2 memang suka ;)


Tak sampai seminggu lepas tu buat blueberry oreo cheesecake pulak. Nak menghabiskan blueberry filing ngan cheese cream kekdahnya. Lagi2 cheese cake. Dah memang peminat cheese. Apa2 yang ada cheese sentiasa menyelerakan...yummeh2! Buah tak ada stok dalam fridge. Tepek je la anggur atas tu. Tu pun anggur yang hilang dulu. Budak2 kutip anggur baru makan kek :P


Agak berjaya compared to 1st project. Kali ni bakar. Yang 1st cake to non baked. Masuk fridge je dah siap. Tu yang rajin nak buat tu. Dah 2nd time rajin nak membakar pulak ;) Just part oreo layer tu macam nipis sikit. Next time kena derhaka buat 2 bungkus oreo. Tapi yang peliknya budak2 tak suka pulak bila makan oreo dengan kek.

Kali ni sempat snap gambar. Tu pun pinggan dah comot2 sebab dah makan 2 or 3 potong baru teringat nak snap...hahaha...


Actually ada lagi 1 baking projek yang dah berjaya dilaksanakan. Siap buat 2 round. Itu next time la pulak cerita ye. Sebab tu dah kategori lain. Bukan cheese cake dah ;) Hari ni berjaya masuk ke ofis buat pertama kalinya untuk tahun 2013...hehehe...Makin liat nak ke ofis. Ni pun datang sebab ada benda nak kena submit. Dah lama rasanya tak berkemeja and pegi kerja sesama dengan incik hasben ;)

Friday, March 1, 2013

Irfan's 2nd Birthday Party: Part 2

23/02/2013 - Sat

Lepas bacaan doa selamat masa untuk potong kek. Tu dia orang pertama yang sampai wusha2 meja. Siap standby ambik mangkuk siap2. Dah aim dah tu nak buat apa :P


Kawan2! Mari kita belajar mengira!


1...2...3...


10!!!


Upin Ipin choc moist cupcake. Saje order sebab dah tau memang ramai peminat Upin Ipin dekat situ ;) Memasing teruja nak kunyah Upin Ipin :D


Jajan, cupcakes, koko jelly, jelly, baked macaroni cheese and of coz birthday cake. Koko jelly dalam mangkuk tu kerja Irfan la. Tu pun dah siap nak kaut kek dengan makaroni tu. Memang tak boleh dipandang begitu saje. Itulah Irfan =) Patutnya nak bawak keluar puding trifle time ni. Tapi makanan yang sedia ada pun orang tak larat nak makan. So simpan je la diam2 dalam fridge. 


Kek karamel Upin Ipin. Akak aku cakap tak kreatif lansung. Memang simple je deco dia. Tapi rasa dia memang sedappp. Tak ada la muak makan kek. Memang cari kek yang tak ada icing. Budak2 tak suka makan. 


Irfan sibuk nak cabut topi tu. Ingat dah besar sikit ni dia boleh la pakai topi tu lama sikit. Sama je macam dia setahun dulu...huhu...


Bersungguh2 mama dia nyanyi lagu birthday. Sekali dia buat muka sedih pulak dekat situ. Terharu kots :P Last2 orang lain yang tolong tiupkan lilin.


Tumpang potong kek birthday Irfan. Kengkonon kek birthday aku sekali la kan...hehehe...


Kesian habis kepala Ipin kena potong T_T


Habis je potong kek tengok2 semua hilang. Biasa semua dah beratur nak mintak kek. Rupa2nya masing2 tengah sedap menikmati cupcake....hahaha...Terus diam pulak tu tetiba...Lawak2...So kek karamel agak tak laku malam tu. Ulang tayang esoknya baru la orang makan bertambah2 :P




Ada 2 family abang aku tak datang last minute sebab ada yang tak sihat. 2 family yang ramai anak pulak tu. So short 8 orang budak2 malam tu. Terasa kurang meriah. Last year lagi meriah kot. So makanan banyak berlebih. Esoknya lunch dinner tak payah masak dah. Ulang tayang menu sama =)


Settle birthday party. Tapi semalam ada cerita yang tak best. Ada motor langgar keretaku yang comel ituuuu....Padahal sikit je lagi nak sampai depan rumah. Entah budak mana entah merempit tetiba. Kereta kemek teruk belah co driver. Side mirror pun terkulai layu...sob sob sob =(