nuffnang

Sunday, October 31, 2010

Inai Baru Habis

Akhirnya dah dekat 5 bulan kawen...baru inai habis. Lama jugak kan....Kuku memang jenis panjang. Bukan panjang tak potong. Ni memang panjang panjang....hehehe...pape laaa...Rindu plak saat2 inai meriah kat jari dulu...Sekarang tak boleh nak feeling2 pengantin baru dah...ahaks!


Sekarang tinggal inai kat ibu jari je sket. Ibu jari kaki pun ada lagi coz kuku tu lagi besar ;P

Tadaaaa....inai dah ada balik...hihihi...suka2....Semalam bosan2 tengah tengok TV rasa nak pakai inai. Pakai kat kuku je pun. Tak ada la beria nak lukis2 macam time kawen dulu kan. Tu pun pakai sebelah tangan saje.


Pakai inai tube Mahraja ni je. Tu pun akak aku tolong belikan time nak kawen dulu. Alang2 ada lagi pakai je la. Orang bagi pun tak kan nak bazirkan je kan. So pakai je la before expired nanti kang....


Pasal inai pun nak update kan....Tak pernah2 update blog time weekend. Nanti next week dah bz keje lansung tak sempat nak jenguk blog plak....selamat berhujung minggu....

Thursday, October 28, 2010

Katakan YA Kepada Susu Tepung

Iklan susu kejap....well...aku ni memang since kecik lagi memang liat nak minum susu.....especially susu tepung. Sebab tu la kot aku pun kecik molek saje walaupun makan banyak tak hengat...hikhikhik....


So sekarang dah peknen harus la minum susu tepung demi baby. Tu pun aku start minum dah lambat. Lepas dah masuk 4 bulan lebih. Lebih kurang lepas balik coti2 kat Langkawi. Before tu lansung tak boleh nak telan. Dah muntah pun tak benti. Loya2 lagi. Minum Milo pun Milo O memanjang. Masuk je pape yang berunsur susu memang saja nak cari pasal. Confirm kuar balik.



Sekarang ni gigih2 pun dapat minum segelas je sehari. Patut 2 gelas. Tu pun buat segelas tak boleh nak habiskan terus. Siap keluar masuk fridge 2 or 3 kali baru habis T_T Alahaiiii....kesian nya baby dalam perut ni. Mesti bengang apsal la mama dia ni tak suka minum susu :P


1st time beli susu beli Enfamama yang paket kecik2 tu. Dah habis dah pun. Sekarang dah replace ngan Anmum pulak. Menurut tekak aku yang tak suka susu ni....Anmum lagi sedap la kot. Boleh diterima lagi dek tekak :P Tapi still lagi 1 gelas je sehari. Ye2....lepas ni aku akan berusaha lagi minum 2 gelas....


Sekarang morning sickness dah tak ada....but sakit lain pulak yang datang. Sakit pinggang tu memang dari time bulan puasa hari tu. Tapi kadang2 buat tak layan jek. Sakit perut camtu jugak. Tambah pulak lagi satu lenguh bahu sebab cucuk semalam. Nak tido mengiring ke kiri pun tak boleh (cucuk mmg belah kiri). Ngadu kat nurse pun dia buat tak layan. So mengidap je la kan...ok...nak pergi minum susu ni...babai....

Wednesday, October 27, 2010

Update Buku Pink

Baru je lepas balik KKIA (klinik kesihatan ibu & anak) dekat2 pukul 1 tadi.
Appointment kul 10. Jenuh bertapa tunggu turn.
Masuk hari ni dah 5 kali melawat klinik tu.
Rutin yang agak membosankan. Kalau ada geng ok jugak.
Macam biasa tadi cek darah n aku kurang darah merah.
Kena makan kerang ngan hati dengan banyak....wuwuwu...
Pastu tadi cek jantung baby. Baby ok.
Mama dia yang tak ok. Sakit peruttt....
Since hari ni dah 5 bulan...kena inject for kancing gigi kat bahu.
Ni bahu rasa sengal2....
Actually nak update cite lain...tapi tak sempat la pulak.
Keje2 ofis sedang menantiku :(

Monday, October 25, 2010

Outdoor Wedding Pics: Part 2

Hoittt!!!Dah dekat 5 bulan kawen pun tak habis2 lagi nak letak gambar2 kawen kan....huhuhu...apa nak buat...dulu awal2 kawen baru nak adjust2 umah baru. Tenet pun lambat masuk. Ngan bz kemas2 barang baru pindah lagi. Lepas tu terus sakit lepas dah confirm preggy tu. Ni baru la nak start update balik. Tu pun baby dah membesar dalam perot ni. Dah la update in reverse order ni. Baru outdoor pics. Belum sampai nikah lagi. Entah2 baby dah kuar pun tak habis2 lagi update pasal kawen kot....hehehe....


So pics kat entry ni sambungan Part 1 hari tu. Outdoor kat taman layang2 Kepong. Pose2 menggeletis adalah atas tunjuk ajar akak photographer :P


Suker gambar ni. Cam Hang Tuah dah ;)


Sebab suka kasi close up sikit :P Nampak tak rama2 kat tengkolok tu? Cantik plak. Rasa nak je amik buat pakai kat tudung pergi ofis. Baru meriah :D


Last sekali before balik kitorang pegi kat jambatan yang ala2 port ni. Sekali kena tunggu giliran daaa....Ada pengantin lain tengah bergambar kat situ. Before kitorang pun ada lagi sepasang pengantin jugak tengah tunggu turn. So kitorang pun tercongok la sekali demi nak mendapatkan background kat situ....


Susah nak amik gambar kitorang ni. Dah la nak gelak je memanjang :D Tak reti nak serius kot ...


Pose gini jugak yang senang....Amik gambar dari belakang jek. Buat muka buruk pun orang tak nampak....hahaha...Syiok woooo kalo dating2 gini. Sambil tengok pemandangan yang indahhh.....Entah bila la nak datang sini lagi.


Sekali akak tu soh pusing belakang. Tengok2 dia dah tertiarap dah kat atas lantai jambatan tuh....Kitorang mana la nak perasan kan. Tengah sibuk menikmati keindahan alam....kuikuikui


Time kitorang dok sakan berposing sana sini pengapit2 kitorang dok berdating kat tepi jambatan tu.....hehehe....Nasib baik la pengapit teman sekali. Tak ada la kitorang rasa macam pelik sangat berposing kat tengah2 alam tu.


Korang layan gambar je la ye. Dah tak tau nak letak caption apa....










Tu je la gambar outdoor yang ada. Time ni dah nak senja. So masing2 dah penat. Photoshoot ala kadar je. Dah la last minute plan. Kira ok la kot. Nanti sambung lagi cerita kenduri....

Friday, October 22, 2010

Wedding Aizat

16/10/2010 - Sat

Weekend hari tu macam yang aku dah bagitau ada wedding cousin Myo, Aizat. Dorang buat kat banquet hall Intekma Resort. So Jumaat malam tu pergi Intekma tengok2 apa yang boleh ditolong. Kitorang sampai pun dah agak lambat sebab ada hal. Tapi sempat la jugak tolong2 masukkan doorgift dalam paperbag. Balik rumah pun dah pagi buta...


Esoknya pagi2 before pukul 10 dah keluar rumah menghala ke umah mertuaku kat Shah Alam. Nak gerak sama2 pergi Intekma. Kat sana dah ada sedara mara lain yang datang jauh nak konvoi sekali. So lepas dah kumpul2 semua kitorang pun berkonvoi la 4 bijik kereta. Awal2 tu relax2 je tak buat pape. Jalan2 tengok hall...amik gambar....Ni aku ngan adik Myo yg paling kecik, Usop.

Awal2 aku kebosanan tak tau nak buat apa. Myo sibuk ke hulu hilir mengangkut kotak2 doorgift. Hall dia boleh tahan jugak tapi still tak dapat nak menampung semua guest.


Pelamin adalah sangat cantik. Dulu teringin jugak nak letak kerusi camni kat pelamin. Tapi pikir2 balik kang aku plak yang tenggelam dalam kerusi yang besar tu :P So berangan je la kan....


Kek 5 tingkat lagi u....Hari tu belah perempuan 3 tingkat je. Ni belah laki plak yang lagi grand. Aku tak sempat pulak nak belek2 kek tu dari dekat. Tapi dari jauh memang nampak awesome!


Pose kat pintu gerbang. Theme color hari tu ialah gold. Tu je la baju kurung aku yang kena dengan theme. Dah lama tak pakai baju kurung kot. Pergi kerja pun macam malas sangat nak berbaju kurung. Time kenduri je baru sibuk2 nak cari baju kurung dalam almari ;)


Since kat hall tak boleh muat ramai orang, ada khemah extra kat area bawah kat tepi swimming pool. Siap ada heart gitu atas air. Soooo cute!!


So before orang start datang kitorang isi perut dulu. Aku makan alas perut je. Kang makan lebih2 ada yang nak buat aksi2 muntah kat kenduri orang....hehehe


Ni tempat aku hari tu. Jadi receptionist....ahaks...tak ada maknanya...aku berdiri terpacak kat depan tu standby nak bagi doorgift. Time orang nak balik je aku lari kejar2 bagi doorgift. Tu tak kira keluar masuk dewan lagi plus turun swimming pool bagi doorgift jugak. Semangat tetiba. Hilang terus sakit perut segala. Just sakit pinggang je time tu. FIL siap cakap "Risau je aku tengok orang perut buncit buat keje"....kihkihkih...cam lawak plak bila orang cakap aku buncit. Bukan senang nk dapat gelaran tu :P


Dalam pukul 1 camtu pengantin pun sampai. Sempat la jugak snap pic. Lepas tu terkejar2 orang yang nak balik. Risau jugak ada yang termiss tak dapat doorgift. Tak ada orang suruh pun aku bagi doorgift tu. Aku je yang pepandai sendiri. Dari aku melangut tak tentu pasal...baik la buat something kan...


Aku suka baju pengantin kali ni. Bukan la hari tu tak suka tapi kurang menyerlah.


Pengantin makan beradab...apa jadi before tu aku pun tak tau coz dok sibuk kat luar dewan...


Sesi potong kek....Aku tengok pun rasa berbunga2 jek....time ni tengah makan betul2 kat depan kek tu. Refill balik perut yang dah kosong :P


Dah potong kek...sesi suap menyuap plak...baru teringat aku tak pernah lagi letak gambar potong2 kek time kawen hari tu kat sini....coming soon la kot...banyak plak rasanya nak update.


Then amik gambar ramai2 ngan family belah ayah Myo. Aku pun dah tak tau nak pandang mana.


Kat entrance tu ada guest book. Pastu ada gambar2 time dorang tunang kot. Ada 2 balang sweets tapi awal balang tu dah licin :D Aku pun tak sempat nak kebas pape.


Pengantin dah nak balik baru la kitorang dapat nak amik gambar. Masing2 bz. Myo pun jumpa kejap2 je time kenduri tu pastu hilang. Sibuk angkut2 barang. Yang musykilnya aku pun boleh terbz sekali....kekeke....but seriously memang penat giler time ni. Nak berdiri pun rasa tak larat dah.


The galz ngan pengantin.


Masuk2 dewan baru ingat nak amik gambar kat pelamin sambil posing2 kat kerusi besar. Sekali kerusi dah kena alih daaa....Tinggal framenya aje. Frame pun frame laaa....Ngan adik2 Myo. Baby tu pinjam anak orang kejap.


Bergambar berdua tu sangat la harus walaupun tinggal frame je :P Baju aku tu dah macam langsir kat belakang dah. Memang ikut theme color betulll lahh...ni namanya balas dendam sebab aku sorang2 sesat tak ikut theme color time kenduri belah perempuan hari tu....huhuhu


Dah petang2 tu....kemas2 sikit pastu dah melepet...Sempat borak2 ngan atok Myo....Dah la raya hari tu tak balik Johor. So time tu baru la dapat borak2. Ni la 1st time kitorang jumpa balik pas kenduri kawen aku bulan 6 hari tu.


Balik2 rumah je dah pukul 7. Dah balik baru la terasa kepenatan yang teramat sangat. Lembik satu badan. Time tu la perut start sakit balik. Actually cousin aku pun kawen hari yang sama jugak kat Raub, Pahang but tak dapat la nak kerat dua badan ni kan. So pergi je la yang kat Shah Alam. Lagipun tak nak jadi isteri durhaka T_T

Thursday, October 21, 2010

Nak Scan ke Tak Nak?

Nak update blog tapi tak sempat nak upload gambar coz banyak pulak keje ofis nak kena siapkan. Sampai malam pun tak sempat nak habiskan kot...perghhh...ganbatte! So aku letak je la gambar ni sebijik since aku pun tak pernah nak tunjuk gambar perut lagi kan :P

Tak ada la besar mana pun lagi. Hari ni dah masuk minggu yang ke 19. Semalam balik2 keje terus amik gambar. Tengah2 sakit perut lagi time tu. Sakit perut aku still tak ok lagi. Alhamdulillah morning sickness dah hilang sikit2. Just kadang2 termuntah jugak kalau terlebih makan sikit. Lepas tu asik nak terkucil je. Kadang2 tak sampai 30min nak pegi toilet. Padahal tak ada minum air pun.

Sekarang dah rasa baby gerak2 dalam perut. Kejap2 kang tengah buat keje rasa nyut nyut nyut kat perut. Rasa buih2 kecik meletup pun ada. Tak reti la nak describe. Tapi lebih kurang gitu la. Baby pun dah boleh dengar aku dok menceceh kat dia hari2 :P Nanti dah masuk 5 bulan boleh rasa tendangan baby pulak. Suspen betul. Camne la rasanya eh.....

Kalau ikutkan sekarang dah boleh tau jantina baby. Tapi tengah pikir2. Nak pergi scan ke tak ni. Cam excited nak tau. Syoknya kalau baby ni boy. Girl pun syok jugak. Pape pun baby aku jugak kan. Kang pergi scan baby pusing ke lain pulak. Hurmmm...ke nak biar je kasi suspen? Tunggu je time deliver nanti. Haihhh...so korang rasa camne?

Tuesday, October 19, 2010

Honeystar @ Langkawi

16/09/2010 - Thu

Since tak ada sape yang teka betul kat entry ni....maka aku story je la kan. Kadang2 mood berblogging tu hilang ngan tetiba. Time preggy ni sindrom malas tu makin menular sebab asik nak melepet saje. Tu yang lambat je nak update.

Well, lepas dah check out kat Swiss Inn Sg Petani tu, kitorang terus gerak ke Kuala Perlis. Mau terjah Langkawi. Naik feri je kat situ je. Tinggal kete kat tempat parking and terus naik feri. Parking kat situ lebih kurang RM15 sehari kot. Dalam feri memang tak kuasa dah nak amik gambar sebab aku dah start mabuk2 cinta. Duduk pulak seat yang kat depan sekali. Ngadap dinding je la. So tak dapat la nak menikmati pemandangan luar.


Almost all the way pergi Langkawi tu aku pejam mata je. Risau jugak tetiba teruwek uwek dalam feri tu. At last sampai kat Jeti Kuah dalam lepas asar. Dalam mabuk mamai2 tu sempat la jugak amik gambar ngan muka yang serabai tu :P


Dah angkut2 barang tu nak kena cari kereta sewa dulu. Tunggu jumpa kereta sewa pun dah lama sebab nak survey betul2. Kot2 kena tipu ke. Macam biasa aku kalau pergi mana2 pun time preggy ni confirm nak cari kerusi dulu. Last2 tumpang duduk kat depan Baskin Robin. Sekali lagi muka aku yang tak semenggah tu dalam gambar. Boleh pulak sepanjang jalan dalam feri tu tetiba ngidam nak makan Twisties :P Sampai2 je terus cari kat jeti.


Last sekali lepas puas ayah n bro in law survey2, sewa la grand livina n MyVi SE sebijik. Kereta baru lagi tu. And ngan kuasa veto 3 orang budak kecik, secara automatiknya kitorang kena la naik MyVi saje. Awal2 dorang dah claim tu kereta bapak dorang baru beli. Siap jaga kunci lagi tak bagi orang pegang.

But before balik aku sempat la merasa drive kejap. Tu pun time semua hero2 pergi sembahyang Jumaat. Aku sempat la bawak budak2, mak n kakak dari kedai shopping pergi tempat makan. Syok jugak rupanya bawak Livina ni. Lepas tu sempat berangan Myo belikan sebijik kat aku....hikhikhik...


Ni la MyVi putih, kereta sewa lagi satu...Time ni baru sampai chalet kat Pantai Chenang. Akak aku memang dah book kan siap2. Main redah je book online. Kitorang tau duduk je :P Lagipun aku n Myo tak ada plan pun naik ikut mula2. Dah last minute tetiba rasa macam syok je sebab teringin nak pergi pantai. Lagipun since sakit dekat 2 bulan hari tu memang terperap kat rumah siang malam. Kalau keluar pun setakat nak pergi klinik or hospital je....


Kitorang stay kat sini...Malibest Resort. Best ker??? Boleh laaa. Yang paling penting kua chalet je terus nampak pantai. Memang heaven!! 1 malam RM120 kot. Aku nampak pantai je terus tetiba jadi segar bugar hilang segala mabuk2 :D


Akak book 3 bilik. So kitorang kua masuk survey nak dok bilik mana. Padahal semua bilik sama je....hahaha....


Ni pemandangan kat luar chalet parent aku. Bukak pintu bilik je dah nampak pantai. Syokkk...tapi since semua dah penat tak ada la nak lepak2 kat pantai lagi.


Lepas dah relax2 kejap keluar balik jalan2 cari makan....still kat Pantai Chenang sebab kat situ pun memang dah banyak kedai....pergi kat Restorang Hj. Jelani. Parent pun dah pernah makan sini. Siap pernah borak2 ngan bos kat situ lagi. So datang2 terus pilih lauk. Time ni semua tengah laparrrr....


Aku la yang paling lama terpacak kat depan tu. Semua rasa nak makan. Lain macam je lapar nya. So almost lauk pauk yang di'order' adalah hasil idea bernas dari aku...kihkihkih...Tempat makan ni pun mengadap pantai. Makanan pun sedap2. Memang recommended la coz besok nya kitorang makan kat Restoran Hj. Ramli. Rasa terus out. Tomyam pun tawar je...


Tak ingat sangat dah makan apa tapi yang penting ada ikan masak 3 rasa, sambal sotong, tom yam campur, sup campur, kailan ikan masin, gulai ketam n ikan pari bakar. Tu pun tak sempat2 dah nak amik gambar. Makan lagi penting. Kekeke....Ni kalau letak gambar confirm terus lapar nih...


Habis makan dah malam. So tak sempat nak pergi mana2 dah. Pagi2 esoknya get ready for shopping. Before tu amik gambar kat mana yang patut since nak check out sekali. Akak aku book semalaman je kat situ sebab lagi 1 malam kat resort lain. Saje nak tukar angin kata nya. But last minute aku ngan Myo tak join coz nak stay kat situ jugak. Tak puas lagi tengok pantai.


Before kua sempat bergambar sekali lalu kat tepi pantai. Tu pun cepat2 sebab nak kejar masa. Shopping lagi penting :D


Kat pantai pagi2 dah penuh orang. Even time subuh gelap2 pun orang dah turun jalan2 tepi pantai....


Me n hubby (^_^)

Aku, parent n adik....


Aku, parent n Myo...


Korang yang sama belajar kat UiTM sama ngan aku dulu ingat lagi tak baju Bug Debug tu? Entah bape tahun dah aku simpan baju tu diam2 tak pakai. Ni time preggy tetiba pakai balik. Cover perot :P


Hero remaja berposing kat pokok kelapa....pose tu kadang2 tak ingat kan. Kalah aku ni ha.....hikhikhik


Pose kenangan depan bilik parent aku. Nama bilik dah la Dayang Bunting. Patut kena dok bilik nih...hahaha...


Akak...akak aku pun kecik je tau. But don't play2. Kecik2 pun lawyer ni. Kalau berani meh la datang dekat ;)


Mak Mama buyung yang selalu tertinggal kat belakang coz jalan lambat sangat. Bawak perut macam dah 6 bulan. Padahal time ni baru je 3 bulan :P


Rumah atas pokok. Entah sape dok tak tau la. Tumpang amik gambar je. Kat situ ada a few rumah yang atas pokok tapi full kot.


Mula2 macam malas jek nak panjat naik amik gambar. Since semua dah pakat naik ramai2 aku pun cam terjeles jugak la. Naik jugak la hegeh2.



Habis je bergambar kitorang siap2 nak gerak ke Pekan Kuah. Shopping time!!! Tu next entry la cerita. Bergantung jugak pada tahap kerajinan aku ;) Ohhh bestnya pantai....rasa nak pergi pantai lagi!


So ni bukan la honeymoon kitorang. Boleh panggil honeystar gitu. More to family trip. Jalan2 relaxkan minda sambil shopping sambil balik kampung :) 2nd honeymoon still dalam perancangan (^_~)