nuffnang

Monday, March 21, 2011

Cabaran BF

Breastfeeding a.k.a BF....Nak cerita pasal experience aku since 1st day start BF sampai la ke hari ni. Actually siapa2 pun boleh cakap nak BF after deliver. Tapi kalau setakat cakap lepas tu tak buat pun tak guna jugak kan. Bukan nak cakap pasal orang lain pun. Ni aku cakap pasal diri sendiri coz aku hampir2 give up jugak la nak BF awal2 hari tu.

Bukan senang ohhh rupanya nak BF. Memang betul2 kena ada keazaman yang tinggi. Aku pun tau tak ada la senang mana nak BF ni. Even mak aku pun dah cakap awal2 kalo mula2 nak start BF memang perit. Sampai tahap rasa nak lepuk je kepala baby sendiri sebab sakit sangat. Memang la kita tak kan sampai hati kan nak buat camtu. Just nak describe keperitannya je. And lepas dah rasa sendiri baru aku paham camne sakitnya T_T Tak tau la ibu2 lain macam mana kan.

1st day baby lahir aku dah try BF tapi tak berapa nak berjaya sebab 1st day tu memang aku tak nampak lansung baby bukak mata. Tido je. Lepas tu rasa macam susu tak ada lagi. Tak reti nak bagi camne pun ada even mak aku dah guide time tu...huhuhu...Ngan duduk or baring pun tak berapa nak selesa lagi sebab time tu baru sangat lepas bersalin. Still lemah2. Perut pun still terasa merengat.

Nampak cam senang je kan nak BF. Lagipun aku bukannya tak pernah baca or dengar talk pasal BF ni. Tapi time tengok demo pun nurse pakai patung. Memang nampak senang. Sekali bila ngan baby sendiri rasa kekok giler. Baby pun time baru lahir bukan boleh nampak terus. So kita la yang nak kena adjust sendiri so baby dapat hisap ngan betul.

2nd day aku gigih2 jugak try BF lagi. Kali ni agak berjaya n dah nampak kolastrum dah start keluar. Still tak berapa reti n kadang2 Myo tolong sekali. Bersilat2 jugak la kitorang 3 beranak time tu...hehehe...Gigih ni nak BF. Tu pun terpaksa bagi baring. Sakit tak yah cakap la. Meleleh jugak la air mata. Rasa macam kena gigit2 je. Padahal baby bukan ada gigi lagi pun. 1st n 2nd week BF tu boleh kata still in learning process jugak la. Even sakit2 pun still teruskan bagi sampai luka2 n merekah jugak ler T_T

Sekarang nak cakap terer pun tak jugak. Tapi better la kan dari awal2 dulu. Still sakit tapi tahan je la kan. Tak sanggup kalau tengok Irfan nanges nak susu. Nak tak nak kena la letak tepi rasa sakit tu. Kesian betul tengok anak aku ni kalau lapar. Nak bagi susu tepung macam kena pikir banyak kali. Bukannya apa....kadang2 agak tak larat jugak la nak marathon bagi susu kat Irfan since dia kena jaundice. Nanti la aku buat entry lain pasal jaundice pulak. Entry pasal BF ni je pun dah berjela aku type sket2.

Since aku pun kena BF Irfan ngan sangat kerap sebab nak bagi dia kencing ngan yak yak banyak2 untuk buangkan kuning dia, nurse siap recommend suruh beli Medela breastpump thru dia. Boleh dapat harga staf katanya. Dia suruh pakai pump so that dapat tambahkan lagi penghasilan susu. Lagipun boleh buat stok sebab nak kena bagi susu sebanyak yang mungkin. Last2 Myo je yang belikan tapi beli Spectra3. Memang aku dah wusha dah jenis ni time tengah preggy lagi. Tapi ingat nak beli dekat2 nak start kerja. Dah nurse cakap kena pakai dah kitorang pun beli je la.


Beli sekali ngan storage bottle ni. Preparation utk nak kerja nanti buat stok susu.


1st time pump berjaya la dapat 2oz. Lepas tu nak dapatkan 1oz pun bercinta sebab Irfan dah tolong pamkan dulu dah :P Dok BF dia je bila masanya nak pam kan. Even sakit2 pun baik la bagi Irfan minum. Kalau tak bagi lagi la sakit sebab nanti bengkak. Pam pun rasa macam tak habis sakit. Lagipun bila tengok muka Irfan yang kekenyangan lepas BF tu rasa macam senang betul hati ni ;) Alhamdulillah so far aku tak ada masalah bab2 susu ni. Kadang2 rasa macam dah jadi kilang susu pulak.


Lagi satu best time BF aku boleh pot pet ngan Irfan sambil gosok2 tangan n kaki dia. Usap2 rambut dia....huhuhu...suka2....lepas tu time2 tengah menyusu pun dia sempat senyum sorang2 lagi....Saje bikin aku geram kan :P Tak sabar nak tunggu dia boleh nampak, senyum or gelak2. Sekarang ni mata je bukak tapi still tak boleh nampak. Kalau senyum pun cam tetiba je. Tido pun sempat senyum2 dulu ;)

Sampai sekarang ni pun aku still sakit2 lagi kalau Irfan nyusu kerap sangat. Tak ada la sampai2 luka2 dah. Kalau luka boleh sapu susu je kat tempat luka. Ni sakit macam berdenyut2 or melecet gitu. Makin besar makin banyak la dia nyusu kan. Tu yang asik nak bergayut je :P Dah nak masuk sebulan dah pun. Tak tau la whether Irfan yang kuat menyusu or aku ni ha yang tak tahan sakit. Tu apa yang aku rasa la kan. Ibu2 lain tak tau la camne. Sakit ke tak aku kena la jugak biasakan diri. Maybe lama2 nanti ok la kot. Lagipun memang BF ni banyak sangat faedahnya kat baby n diri aku sendiri. Sementara ni satu je aku dapat cakap kat diri sendiri "GANBATTE CUNA!" (^_^)

Harap2 Irfan tak mensia-siakankan lah pengorbanan mama nya nih. Hopefully besar nanti dia jadi seorang anak yang soleh...selalu dengar cakap mama n papanya...Amin...

10 comments:

Hasnah said...

terasa juga keperitan & kesakitan cuna citer pasal BF nie. Insyallah, cuna kuat mesti boleh punye!. Asna akan dtg pun insyallah kena letak azam setinggu gunung.. klu x takut asna cepat putus asa je.

Chaiyok! Ada pape tips nanti share ya ;) thanks!

Aishah 3005 said...

huhu klakar plak bc ayat nk lepuk kpla tu hihi...aishah dulu pn smpai nangis2, mase pam coz bengkak tu...sampai nangis2, sakit n crack...tp skang dah best dah huhu xsakit dah..enjoy ur BF k

cuna said...

asna: huhuhu...bkn nk takutkn mommy to be cm asna tau. maybe org lain relax je :P Insya Allah rasa skt ni time awl2 je. kena la jgk thn dulu sementara tu :)

cuna said...

Aishah: hehehe...tu la. sy pn cm pelik jgk. xkn la smpai cmtu skali kot rasenye. skali dh kena kat dri sendiri baru la phm. nk pam pn dh sakit2 jgk. tak sabanye nk tggu saat blh BF cm org lain. blh relax2 BF even dpn org ramai. camne la nk kua nnt kalo nk BF pn dok bersilat lg...huhuhu....

Rosie Rose said...

fuh fuh fuh.... thanks again for sharing! macam2 experience kan once dah pregnant and then deliver. macam penatnya tak habis2... hehehe. mujur la demi si kecik kesayangan! :)

caiyokkk cuna! .... and caiyokkk to me gak nanti. isk isk!

Ameh Wahab said...

Cuna...lagi senang breastfeed ni sbb mlm² x yah susah² nk bgun bancuh susu...tpi dr skrg kena start wat stok la kalo nk fully BF..anak sy x fully BF sbb mak sy riso taska tu x pndai handle EBM...tpi dgn sy mmg fully BF..Alhamdulilah dia OK... Anyway Good Luck yer Cuna~!!

cuna said...

Rosie Rose: huhuhu tu la. sume ni new experience. mcm2 sket sementara nk sesuaikn diri tu ;) tak sabar nk tgu si kecik ni membesar. harusla smgt. gud luck nnt ye rose :)

cuna said...

Ameh Wahab: thx ameh :) tu la kan. xyh bgn buat susu sume. kene la besusah2 dulu thn skt skrg, nnt blh bsenang2 pulak ;)

[DnaZz] said...

mmg skit kn..tu blm diorg ada gg.dh ada gg besok xtawlaa..jom sama2 ngepam hehe

cuna said...

Dnazz: huhuh...mau melompat kalo kene gigit ngan gigi. tak de chance lg ni nak ngepam. camne la ni dh nk start keje xbuat stok lg T_T